Dalam bab pengurusan jenazah, menyantuni jenazah dengan cermat dan tak menyakiti jenazah adalah satu tuntutan dalam Islam.
Dan wanita ini, Puan Amina Jasmine berkongsi panduan cara menghasilkan bantal pandan untuk jenazah.
“Bila kita berada dalam rumah ada kematian. Bantulah apa yang perlu buat keluarga si mati. Antaranya buatkan bantal pandan buat jenazah. Semoga beroleh pahala dan Allah mengampuni kita semua.”
“Bantal pandan ini digunakan semasa memandikan jenazah. Bagi alas kepalanya agar tidak rasa sakit terkena pan (tempat) mandi.”
Selain dibuat alas kepala jenazah, bantal pandan juga boleh dibuat dekat liang lahad. Alaskan dekat kepala.
Peralatan menjahit bantal : Kain perca putih, benang putih dan gunting.
Bahan diperlukan
Beberapa helai daun pandan
Benang putih
Kain perca putih (saya gunakan baju sekolah anak tak pakai untuk buat bantal)
Gunting
Cara Buat Bantal Pandan Untuk Jenazah
Ads
Daun pandan halus…kalau boleh halus, haluskan lagi lebih baik agar bantal jenazah rasa lembut.
Pertama : Panduan Racik Daun Pandan
Ada dua cara nak racik daun pandan. Pertama racik macam nak buat bunga rampai, potong halus, kecil-kecil. Jika tiada masa, ada satu lagi pilihan anda boleh buat.
Iaitu daun pandan boleh disiat-siat memanjang, halus-halus.
Daun pandan disiat memanjang ini takkan rasa keras. Teksturnya akan mudah jadi lembut dan tak menyakitkan jenazah. Begitu juga daun pandan yang diracik halus.
Manakala daun pandan yang dipotong kasar, ia lambat jadi kering. Teksturnya boleh menyakitkan bahagian kepala jenazah.
Daun pandan yang dipotong kasar untuk ditaburkan di atas tanah perkuburan..
Ads
Jadi, daun pandan kasasr tadi bolehlah ditabur atas tanah perkuburan. Daun potongan kasar ini, dia lambat layu dan daun yang masih segar akan berzikir untuk mayat di bawah.
Berbanding daun yang diracik halus akan mudah layu. Bila ditabur pagi atas tanah perkuburan jenazah, sebelah petang ia dah mati. Dan tak lagi berzikir untuk mayat.
Mulut berbau, satu masalah yang biasa dialami oleh kita bila tiba bulan Ramadan. Maklum sahaja, kita bersahur awal pagi dan sepanjang hari tidak menjamah makanan, sudah tentulah tiada proses ‘kunyah-mengunyah’.
Kadang-kadang, kita sendiri boleh merasakan ada bau yang kurang enak pada mulut. Mulalah rasa segan bila bercakap dengan kawan-kawan. Cara selamat, tutup mulut. Betul tak?
Semua ini boleh menjadi lebih teruk bila tiba bulan Ramadan. Memang, mulut berbau tak boleh nak elak walaupun kita sudah mencuba pelbagai cara.
Walau bagaimanapun, perkara ini disebabkan oleh pengambilan makanan semas bersahur. Ini yang dikatakan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang cara nak elak daripada mulut berbau.
1. Minum Air Secukupnya Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan Minum Kopi Atau Teh Di Waktu Sahur Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan Bercakap Kurangkan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
4. Ambil Karbohidrat Secukupnya Ramai cuba kurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan dengan tidak ambil karbohidrat serta gula. Ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit.
5. Gosok Gigi Dan Bersihkan Lidah Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Maka, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Boleh juga kumur dengan larutan pembersih mulut.
6. Pastikan Tiada Masalah Mulut Dan Hidung Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalah doktor untuk pemeriksaan.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
MW: Masalah yang kerap berlaku bila bulan puasa. Kalau dah macam-macam buat tapi masih lagi berbau, kena jumpa doktor sebab kita tak tahu ada masalah lain pula kan!
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pukul anak saudara dengan tukul besi, suspek gantung diri pada pokok di pantai. Seorang lelaki berusia 46 tahun yang tidak bekerja ditemui mati di sebatang pokok ru berhampiran Pantai Melawi, selepas dipercayai menyerang anak saudaranya dengan tukul dalam satu insiden di sebuah rumah kedai di Jelawat, Khamis petang.
Pukul Anak Saudara Dengan Tukul Besi, Suspek Gantung Diri Pada Pokok Di Pantai
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang kanak-kanak yang mengalami kecederaan serius akibat dipukul. Mayat lelaki tersebut ditemui kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, “Mangsa ditemukan dalam keadaan cedera parah di sebuah rumah kedai. Siasatan mendapati suspek dijumpai mati pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.”
Beliau menjelaskan, siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. Difahamkan, rumah kedai berkenaan merupakan tempat tinggal suspek.
“Suspek dipercayai memukul bahagian kepala anak saudaranya yang berusia tujuh tahun dengan tukul. Mangsa yang kritikal dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menerima rawatan,” katanya.
Perkara yang paling ‘melegakan’ dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1.Lepaskan Gadaian Di Pejabat Tanah
Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2.Mohon Dokumen Dari Bank
Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3. Isi Dokumen
Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4. Failkan Borang Melepaskan Gadaian
Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5. Tunggu Geran Baru Siap
Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6. Periksa Butiran Geran Baru
Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7. Serah Geran Kepada Pemilik
Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi bila habis bayar ansuran rumah, jangan ia ia automatik jadi milik kita iya. Jangan lupa lepaskan gadaian di pejabat tanah dan lantiklah peguam bagi memudahkan segala urusan bagi mendapat geran rumah yang baru.
JAIP sahkan pernikahan Uqasha & Kamal Adli sah menurut syarak selepas pasangan selebriti itu dinikahkan secara rasmi pada 4 November 2021 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.