Mudah je sebenarnya nak buat sendiri sosej ayam keju ni. Anak-anak biasanya memang suka makanan sampingan seperti nugget, sosej, kentang goreng dan sebagainya berbanding makanan berat seperti nasi dan mi. Tapi walaupun anak suka, makanan proses ni tak elok sebenarnya kalau mak-mak berikan selalu.Lagi pulak, makanan proses yang dibeli ni mengandungi banyak perasa tambahan dan bahan pengawet.
Melalui perkongsian oleh Puan Nyssa Kamal, wanita ini kongsikan cara mudah nak buat sendiri Sosej Ayam Keju yang sedap dan paling penting tiada bahan pengawet serta 100 peratus menggunakan daging ayam. Tak lah risau nak bagi anak makan sosej ni, sebab bukan sahaja sedap, malah bahan-bahannya pun terjamin selamat.
Bolehlah mak-mak cuba buat sendiri. Tak perlu beli dah makanan proses ni.
Berikut merupakan perkongsiannya;
Bahan-Bahan:
Daging ayam
Cheese keping (2-3 keping)
1 sudu kecik mix herbs
1 sudu kecik cajun (kalau tak nk letak pun xpe sbb cajun ni rasa pedas)
Garam (ikut sedap rasa)
Daun bawang
Daun sup
Sedikit bawang putih
Plastik ais krim atau daun pisang
Ads
Cara Membuat:
1.Kisar daging ayam
2.Masukkan cheese yang dah dikoyakkan dan bahan-bahan yang lain serta gaul sampai sebati.
3.Masukkan ke dalam plastik ais krim (boleh rujuk gambar) atau pakai daun pisang lagi senang.
4.Kukus dalam 10-15min.
5.Selepas kukus koyakkan plastik dan sejukkan sekejap.
6.Simpan dalam peti sejuk.
Ads
Sosej ini sedap dimasak sup atau digoreng. Yang pasti menggunakan bahan-bahan sihat untuk anak-anak.
Ini cara senang perangkap nyamuk untuk anda yang rumahnya selalu ada nyamuk. Jenuh juga kalau setiap malam nak kena sembur dulu sebelum tidur, tambah pula kalau anda ada anak kecil. Jimat tak perlu beli racun penyembur.
Jadi macam elok sangatlah kalau Hakak kongsi tip ini demi tepis segala penyakit yang puncanya dari seekor nyamuk. Jom semak, apa yang anda perlu…
200 ml air
50 gram gula perang
1 gram yis (yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya)
1 botol plastik 2 liter
1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher.
2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu gaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.
Serius, kaedah perangkap nyamuk ini sangat berkesan, sila cuba demi nyawa orang tersayang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai peminat yang menumpang rasa gembira dan turut bersyukur dengan berita kehamilan penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza Tarudin baru-baru ini. Ternyata penantian selama 11 tahun penyanyi ini untuk hamil bukanlah perkara yang mudah. Laluan dan pengorbanannya penuh berliku, demi mendapatkan cahayamata yang diimpikan. Namun berkat kesabaran dan usaha tanpa henti, rezeki penyanyi ini untuk hamil dan bakal bergelar ibu bakal menjadi kenyataan.
Perkongsian catatan peribadi oleh Pengurus Peribadi yang juga merupakan kakak ipar Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak di laman instagramnya, menceritakan ‘perjalanan’ dan pengorbanan yang perlu dilalui oleh penyanyi ini sebelum berjaya disahkan hamil.
Rozi merupakan antara individu yang paling rapat dengan Datuk Siti Nurhaliza, sepanjang tempoh 20 tahun bersama Siti sejak tahun 1999. Rozi juga bertanggungjawab menyelenggara jadual persembahan nyanyian, acara undangan, strategi syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan sudah pasti penasihat utama Siti.
“Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti ‘pantang’ bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.
Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahayamata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.
Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh ‘google’ jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.
Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.
Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih ‘presentable’ di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.
Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa.
Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya”.
Semoga ia mampu menjadi inspirasi buat wanita yang masih menanti kehadiran cahayamata agar tidak henti berputus asa.
Nak buat Kek keju atau Cheese Cake memang ada macam-macam cara .Perkongsian resipi Mini Peach Cheese Cake daripada Amanda Rania Zafreenini memang istimewa sebab bahagian ‘base’ hanya guna Biskut Tiger je. Cukup mudah dan senang nak buat serta yang pastinya sangat sedap! Bagi penggemar cheese mahupun cheese cake WAJIB cuba resipi ini.
Mini cheesecake untuk anak-anak.Base akak guna biskut tiger. Mudah dan ringkas untuk anak-anak. Asas cheesecake akak tambah dengan sedikit hirisan buah peach.Yang nak cuba boleh je guna resipi dibawah :
500gm cream cheese ( saya guna tatura)
2biji telor ( gred A)
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan whipping cream
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sunquick ( oren mandarin)
Sedikit hirisan buah peach. ( optional)
Kepingan biskut tiger utk asas/dasarnya.
1.Semua bahan dipukul sekali kecuali buah peach dan kepingan biskut. Pukul hingga sebati.
2.Susun biskut dalam papercup dan gunakan acuan muffin ( seperti dalam gambar).
3.Letakkan sedikit hirisan buah peach sebelum dituangkan adunan cheese tadi.
4.Bakar dengan kaedah doubleboiled dengan suhu 150° selama 20-25minit.
Apabila masak, sejukkan & hidang. Mudah kan…. Happy baking…
Satu tragedi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth pagi Rabu semalam cukup menyayat hati bila mana seorang ibu ditemui rentung bersama anak angkatnya berusia sekitar 4-5 tahun. Lebih menyedihkan, kedua-duanya ditemui di ruang tamu rumah berhampiran pintu keluar dalam rumah yang hampir terbakar keseluruhannya.