Uyaina & suami teruja raya pertama bersama. Pasangan selebriti popular Uyaina Arshad dan pasangannya Raja Syahiran begitu gembira sewaktu ditemubual untuk menyambut hari raya kali pertama sebagai suami isteri.
Paling tidak sabar Uyaina yang kini sedang hamil empat bulan mahu merasai pengalaman bersalaman dan bermaafan dengan suami tercinta.
Uyaina & Suami Teruja Raya Pertama Bersama
“Syukur alhamdulillah pada tahun ini kami akan beraya ‘bertiga’ dan semestinya Aidilfitri kali ini menjadi sangat istimewa untuk diraikan bersama-sama.
“Saya sebenarnya sangat teruja beraya sebagai isteri, tidak sabar menanti pagi 1 Syawal untuk merasai pengalaman pertama bersalaman dan saling bermaafan dengan suami,” ujar Uyaina yang turut menyatakan dia dan suami suka menikmati ketupat dan rendang di pagi Syawal.
Kedua Belah Keluarga Orang KL
Malah ketika ditebak beraya di mana 1 Syawal ini, Uyaina dan suami terus tersenyum dan menyatakan mereka tidak perlu bergaduh untuk pulang ke kampung kerana keluarg masing-masing menetap di Kuala Lumpur.
Ads
“Saya dan suami bertuah kerana kedua-kedua belah keluarga kami menetap di Lembah Klang sahaja.
“Saya di Petaling Jaya dan suami di Subang Jaya. Jadi tiada isu bergaduh nak balik raya di mana,” luah Uyaina.
Kesihatan Tidak Mengizinkan
Uyaina yang baru menjalani pembedahan akibat apendiks lebih dua minggu lalu membuat persiapan hari raya secara sederhana.
“Walaupun keadaan kesihatan semakin baik, namun suami tidak benarkan saya melakukan kerja-kerja berat kerana bimbang memberi risiko kesan daripada pembedahan baru-baru ini.
Ads
“Jadi persiapan kami untuk baju raya dan keperluan lainnya dilakukan dengan serba ringkas. Untuk juadah, saya membantu umi dan ibu mertua mengikut kemampuan diri,” kongsi Uyaina.
Diana Danielle fail perceraian, Farid Kamil enggan lafaz talak di mahkamah. Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Diana Daniell dberitakan bermasalah. Baru saja balik dari mengerjakan umrah Februari lalu, pasangan ini didakwa tidak lagi sefahaman dan masalah ini sudah berlarutan sejak lama dulu.
Menurut pelakon ini, dirinya telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini dan alasan permohonan cerai ini kerana tiadanya persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Diana Danielle Fail Perceraian
Memetik laporan Kosmo Online, di saat anak-anak memulakan sesi persekolahan hari ini, sebutan kes mereka disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6, – Kosmo Online
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarkah vaksin covid-19 sebabkan hasil PCR jadi positif, sebenarnya perkara ini disebabkan beberapa punca.
Rata-rata ramai mulai bimbang apabila ada di kalangan penerima vaksin positif Covid-19 apabila menjalani PCR test. Sebenarnya bukan vaksin yang menjadi punca kepada hasil PCR positif.
Ikuti perkongsian Dr Arisman ini dan hadam baik-baik ya:
Vaksin Covid-19 Sebabkan Hasil PCR Jadi Positif
PCR jadi positif selepas vaksin?
“Doktor, selepas vaksin badan saya demam. Tiga hari selepas itu saya buat ujian swab PCR jadi positif. Adakah ini kerana suntikan virus pada vaksin tersebut?”
Sebenarnya Ini Puncanya
1. Jawapannya adalah bukan kerana vaksin. Vaksin tidak akan membuatkan ujian swab RTK Antigen atau Rt-PCR bertukar jadi positif. Kajian telah membuktikannya.
Kenapa? “Getting vaccinated won’t make you show up as positive on PCR tests. That’s because these tests look for copies of the genetic material of the virus as an indication that you have been infected.
But vaccines only show a part of the coronavirus to our immune systems to trigger a reaction, and at most may only contain a very small part of the complete genetic material of the virus, and so won’t get detected by these tests.” (1)
“Moreover, the virus can only be present in a significant amount when it is a live virus that is able to replicate. Thus even though some vaccines are made with viral RNA or DNA, they won’t lead to a positive PCR test result. That’s because the small part of the pathogen’s genetic material contained within the vaccine cannot replicate and therefore cannot cause infection or trigger a positive PCR test result.” (1)
Sumber: Facebook Dr Arisman
Positif Selepas Divaksin
2. Ujian apa yang akan positif selepas divaksin?
Ujian imunologi dan serologi boleh menjawab soalan ini. Iaitu Covid Neutralising Antibody Test untuk mengetahui peratus antibodi yang terbentuk dalam badan selepas divaksin. Ia akan menjadi positif jika bacaan antibodi lebih dari 30 peratus. Kosnya lebih mahal. RTK Antibodi sesuai untuk menentukan wujudnya antibodi terhadap virus kerana jangkitan alami (natural infection) tetapi bukan antibodi kerana vaksin.
Dapat Jangkitan Covid-19 Tanpa Sedar
3. Jadi bagaimana dia boleh dijangkiti? Kemungkinan…
– Dia dapat jangkitan Covid-19 tanpa sedar (secara sporadik) sebelum tarikh suntikan vaksin. (Lazimnya gejala dan tanda muncul selepas 5 hari terdedah kepada Covid-19. Jika varian Delta ianya lebih cepat seawal 3 hari).
*** Demam sejurus suntikan adalah kesan sampingan ringan daripada suntikan vaksin. Tidak dapat dibezakan dengan jangkitan alami Covid-19.
Atau
Jangkitan Berlaku Ketika Tarikh Vaksin
– Jangkitan berlaku semasa tarikh vaksin. Sepanjang perjalanan pergi dan balik atau semasa dalam PPV. Ini memang boleh berlaku jika pengamalan SOP adalah rendah. Bersesak. Tiada penjarakkan terutamanya di PPV yang kecil.
Terlupa mencuci tangan dengan kerap. Begitu juga semasa keluar dari rumah mungkin ada ke tempat-tempat lain yang boleh menjadi risiko penularan berlaku tanpa sedar.
Kes-kes sporadik penyumbang utama kepada penambahan kes baharu disebabkan oleh varian Delta paling tinggi. Varian Delta adalah virus paling dominan di seluruh dunia pada hari ini.
Kerana penukarannya lebih cepat berlaku terutama dalam ruangan tertutup dan ventilasi kurang baik.
Umumnya sudah faham bahawa vaksin tidak mencegah dari jangkitan Covid-19 tetapi mempunyai keberkesanan mencegah dari timbulnya gejala jika berlaku jangkitan, data sangat signifikan mampu elakkan kemasukkan ke hospital atau ICU dan juga mampu mengurangkan kadar kematian.
Rata-ratanya vaksin menghasilkan antibodi penuh atau perlindungan yang lengkap hanya selepas 2 minggu dari suntikan kedua diberikan. Stay safe.
Pergi ke PPV dengan bawa hand sanitizer, amalkan cuci tangan setiap masa, pakai double mask sangat digalakkan, pakai face shield adalah lebih baik dan jaga jarak semasa bersembang dengan orang lain atau petugas di PPV.
Mingguan Wanita : Paling penting jangan menolak untuk menerima vaksin, sekurangnya lindungi diri dan juga ahli keluarga terdekat bagi mengurangkan gejala jika berlaku jangkitan kelak.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Rupanya letak secubit garam dan sesudu Nescafe merupakan rahsia agar Teh Tarik mempunyai rasa sempurna cukup lemak, manis, kelat dan wangi.Jika sebelum ini, Wan LuQman pernah kongsikan dengan mak-mak semua cara nak buat Air Nescafe warna Sungai Pahang, kali ini beliau sudi kongsikan cara nak buat ‘Teh Tarik Banjir’ yang sedap pula.
Berikut merupakan antara perkongsian oleh lelaki ini;
Salam 1 jemaah kaki tarik teh. Semalam dah flashback air nescafe, alhamdulillah ramai yang share. Semoga bermanfaat. Air ni sedapnya kalau warna dia cantik..tapi tengok teh ais tepi jalan sekarang ada letak perwarna sampai kita pun konpius tu teh ke atau air carrot? Oren bebenau warnanya..
Harini kite tengok pulak air teh. Teh tarik banjir. Air teh ni memang sedap dibuat waktu minum petang dan sesi bergosip. Sebab tu kita panggil “ngeteh” atau sesi “tarik teh”. Selain nescafe, air teh susu juga merupakan satu ketagihan. Haha..Ingat pesan kander, jangan minum selalu. Sehari 1-2kali cukup ya.Macam biasa, kander punya kurang manis tapi cukup rasa.
Kalau orang have-have dia suka tea session dekat harrods, english breakfast, earl grey atau chamomile tea (which is boringgg…haha).
Orang-orang non have, kat warung ke restoran ke mamak ke boleh bantai gelak sambil jerit teh tarik satu! Kena pulak dengan keropok lekor ke, cucur udang tak pun cucur badak…ferghhhh.
Bahan-Bahan (1 gelas):
2 uncang Teh Lipton
1 sudu besar Teh Wangi Cap Masjid
1 sudu kecil Nescafe
300ml Air (untuk dijerang)
2 setengah kecil Susu Pekat Manis
5 sudu kecil Susu Cair
Cara Membuat:
1.Mula-mula masukkan 2 uncang teh dan sesudu besar teh wangi. Rebus dalam 5 minit macam tu lah.Nak pakai electric kettle pun boleh.Air yang direbus ni sebanyak 300ml.Dalam episod kali ini, untuk uncang teh guna lipton
Teh wangi ialah teh cap mesjid.
2.Bila air dah dah menggelegak..haaa ni yang sifu anuar ajar haritu. Letak setengah sudu kecil nescafe. Teh ni sedap bila kelat dan pahit after taste.
3.Kacau kemudian tutup api. Sambil tu kita prepare bancuhan susu. 2 setengah kecil susu manis dan 5 sudu kecil susu cair. Bancuh dan kacau siap-siap.
4.Teh yang dah siap rebus tu, kita tapis ke dalam jug siap-siap.
5. Rasanya ni semua orang tahu masukkan secubit garam untuk melemakkan rasa teh.
6.Bila dah tuang, kacau sebati.
Untuk gambaran jelas warna airnya, saya letak dalam transparent glass. Nampak tak warna dia? Asli, pekat, lemak manis.
Teh macam ni lah kita nak.
Lemak, manis, kelat, wangi.sedappp sangat. Macam air banjir lumpur kan? Hahaha
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...