Bila isteri bekerja, masanya berbahagi dua. Kena fikirkan tentang hal kerja dan masa yang sama perlu menguruskan rumahtangga.
Sebab itulah kadang-kadang isteri bekerja ini moodnya lain macam sikit. Mungkin sebab penat otak tentang kerja dan bali ke rumah perlu uruskan hal-hal kerja rumah pula.
Jadi, sebagai suami kenalah tolong apa yang patut sebab isteri bekerja bukan hanya untuk suka-suka tetapi demi ingin membantu mengurangkan beban suami.
Malah, dalam perkongsian daripada Abu Hurairah Roslan yang menarik perhatian adalah isteri bekerja ini suami mendapat isteri lain yang bergelar ‘pekerja’ walaupun hakikatnya isteri tetap sama.
Jadi, sebagai suami kenalah faham dan hadapi cara terbaik dalam berhadapan dengan isteri yang bekerja.
Saya berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Siti.
Dulu siti tidak berkerja, maka 24 jam masanya adalah untuk saya sahaja.
Hari ini, saya adalah suami juga kepada Siti, tapi kali ini isteri saya dah ada gelaran.
Dunia yang baru padanya dan juga pada saya.
Ads
Sekarang dia teacher siti.
Dia membuka taska dan pusat transit. Taska untuk kanak-kanak. Dan pusat transit adalah budak-budak sekolah. Dengan 8 orang pekerja, 45 orang anak-anak di bawah jagaannya, itu bukan mudah.
Apalagi sekarang, satu persatu ujian di waktu PKP dan PKPB ini. Masih belum ada ruang untuk dibuka, dan masih berusaha agar punya sinar.
Maka, sebagai suami, saya perlu menukar diri saya bukan lagi abu, lelaki yang manja. Yang nak belaian isteri semata-mata. Bila nak baliknya di sambut. Yang makan minumnya di jaga. Bila sakit dan lelahnya di layan.
Apabila isteri kita memasuki alam bekerja, kita akan mendapat isteri yang lain, walau dia tetaplah isteri yang sama.
Bagaimana mahu menghadapi isteri yang bekerja?
Tip Hadapi Isteri Bekerja
Ini yang saya buat dan saya usahakan.
Ads
1. Anda mengahwini seorang wanita, yang anda pilih dan cintai. Kerana dirinya adalah dirinya, sebelum dia seorang pekerja. Pandanglah dia sebagai wanita itu, bukan sebagai seorang pekerja. Dia mahu dirinya dicintai sebagai dirinya. Bukan kerana dia sekarang sudah bekerja dan punya gaji yang kadang lebih besar dari kita.
2. Jika dirinya melakukan kesilapan, ia adalah kerana dirinya adalah dirinya, bukan kerana dia itu seorang pekerja. Jangan salahkan kerjanya, yang membuat dia mengabaikan rumahtangga. Tanyalah pada isteri, dia pun tidak mahu bekerja, tapi sebab dia sayangkan kita, maka dia mahu bekerjasama dalam mengusahakan bahagia.
3. Dia penat. Kita pun penat. Cuma tenaga isteri akan habis tersisa dan yang tinggal beberapa peratus kasih sayangnya buat keluarga. Kita yang walau penat, cas terus bateri isteri kita. Bantu dia buat kerja rumah. Mandikan anak-anak. Angkat baju kotor. Bila isteri pandang suaminya berusaha, tenaganya akan tercas sekali dan dia automatik akan senyum dan melayani kita sendiri.
4. Jangan terkejut dengan kesibukan, menyalahkan kesibukan, marah-marah dengan kesibukan kerana ia sesuatu yang sepatutnya sudah ada dalam jangkaan. Isteri kadang balik lewat, overtime dan kadang kursus. Bagi dorongan dan sokongan, selfie sekali dengan anak dan hantar padanya. Pasti dia akan semangat untuk siapkan kerja dan terus pulang memeluk suaminya dan anak-anaknya.
5. Sering berbincang. Kukuh mengukuhkan. Sangat bagus jika anda mengambil tahu tentang kerja isteri. Call dan whatsapp tanya kerja dia ok tak. Bagaimana suasana pejabat. Kawan dan bosnya steady tak. Walau sumpah! Kita kalau boleh tak nak semakkan kepala lagi. Tapi, buat tu sebab nak usahakan yang baik-baik dalam rumahtangga kita.
6. Berilah sokongan kepada apa yang dia lakukan. Yakini itu terbaik kerana ia akan membantu dia membuat keputusan dengan baik dan seterusnya keputusan yang dibuat menjadikan dia seorang yang lebih baik. Anda dan anak-anak juga akan menikmatinya. Kerana kita meringankan beban dan fikiran isteri kita.
Menangis sama-sama.
Mata merah sama-sama.
Batuk sama-sama.
Itulah rumahtangga kita.
Ia adalah kemanisan yang kita rasai setelah kita berdua melalui sakit dan peritnya di uji.
Berkahwin ni, hanya untuk seorang lelaki dan wanita
Hebat yang bersemangat nak masuk syurga Allah!
#sweeterapi
MW: Suami yang faham dia akan bantu isteri tanpa di minta atau di suruh.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Lumrahnya mak-mak walaupun surirumah, tetap berusaha gigih cari duit poket sendiri dengan buat macam-macam kerja. Dengan niat bantu suami, ada sedikit pendapatan sendiri. Walaupun pendapatan suami cukup je untuk menampung semua keperluan.
Menjadikan arwah mak sebagai sumber inspirasi, Pelakon Shima Anuar mengambil inisiatif menambah duit poket sendiri dari rumah dengan mengambil tempahan makanan tradisi di Pantai Timur hasil air tangannya iaitu Laksam.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, seawal pukul 5.15 pagi, pelakon ini gigih membuat persediaan Laksam yang telah ditempah oleh para pembeli.
Kongsi ibu kepada dua orang anak ini;
“Arwah mak dulu macam-macam dia buat walaupun suami kerja, boleh bagi duit semua. Dia buat kuih la, menjahit la. Macam-macam.”
“Ada 6 orang anak, takde maid pun. Semua buat sendiri. I wanna be like her. That’s why I buat @laksambys and jual sikit-sikit macam ni.”
“Walaupun boleh je duduk goyang kaki, kilatkan kuku 24jam because my husband provides me everything. Tapi I rasa buat kerja lagi cool daripada goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit.”
Terdahulu, Shima dan suami mendirikan rumahtangga pada 8 April 2017 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
MW: Mak-mak lumrahnya begitu. Walaupun suri rumah dan suami boleh bagi nafkah secukupnya tetap berusaha buat macam-macam kerja untuk ada duit poket sendiri.Memang penat, menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Tapi satu kepuasan dan kegembiraan bila ada duit poket walaupun sikit hasil usaha sendiri.
Suami panas baran, inilah yang paling ditakuti oleh para isteri. Semasa bercinta langsung tidak nampak panas barannya namun bila sudah hidup serumah, terserlah segala perangai yang selama ini disorok.
Suami yang baik sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan penuh sopan dan bersabar walaupun ada tingkah laku isteri yang tidak disukainya. Bagaimanapun bagi seorang lelaki yang bergelar suami yang memiliki sifat panas baran, amat sukar untuk dibendung sikap ini.
Suami Panas Baran
Apabila sikap panas baran ini berlarutan dalam rumah tangga, sudah tentulah isteri yang menjadi mangsa. Berikut perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Dia bukan taat dan hormat, tetapi dia lebih kepada takut. Itulah nasib para isteri yang dapat suami panas baran, bengis dan ego yang meninggi.
Isteri sampai takut nak luahkan apa-apa. Apatah lagi nak menegur. Maka selamanya isteri membisu, menelan segala pahit dalam rumahtangga.
Isteri terlalu takut kerana sebutir luahan, boleh menyebabkan pertengkaran, malahan kesannya bukan sampai ke hati sahaja, tetapi mental dan fizikal isteri.
Jenis suami begini, selalunya dia rasa dia betul, tidak suka dipersalahkan dan egonya tercalar hebat. Maruahnya jatuh kerana acapkali rasa terhina.
Ini Tip Power Dikongsikan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Buat para isteri yang tersepit dengan suami yang begini, ini tip power untuk kalian gunakan:
1. Nak tegur sesuatu kesalahan, sandarkan kepada beberapa orang yang lebih arif dalam sesuatu bidang.
Selepas : “Abang, itu hari ayang ada baca satu kajian/sharing Prof. ABCD ni, kalau rumah bersih dan kemas, ia akan beri kesan positif pada isi keluarga. Jom bang, kita bersihkan sama-sama belakang rumah ni.”
2. Ajak suami sama-sama solat dan mengaji sama-sama.
Seusai solat dan beribadah, bila kedua-dua dalam keadaan tenang, baru zahirkan apa yang terbuku.
3. Bawa suami berjumpa dengan orang yang dia hormati. Sebaiknya orang yang bukan dari ahli keluarga. Lebih baik orang luar.
Ajak berjumpa, berbincang santai dan minta pandangan. Catat dan pastikan praktiskan segala saranan itu dalam rumahtangga.
Para isteri, memang hal ini berisiko. Tok Abah selalu terima kes-kes yang sehingga kepada penderaan fizikal kepada isteri. Memang menakutkan. Nauzubillah.
Sandarkan segala-galanya kepada Allah SWT agar Dia melindungi dan menjaga diri kalian serta keharmonian rumahtangga kalian ya.
Memiliki suami yang ada rupa, bekerjaya hebat dan dikenali ramai, pendek kata mempunyai pakej sempurna, pastinya sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan buat seorang isteri. Apatah lagi, bidang kerja yang terlibat dengan dunia glamor seperti industri lakonan dan pengiklanan yang memerlukan berjumpa ramai orang dan wanita cantik.
Namun situasi tersebut tidak sedikit pun membuatkan Dr Azura Abas, iaitu isteri kepada Dr Say rasa tergugat mahupun risau dengan suami.
Meskipun ada yang mempertikaikan, ini jawapan yang dikongsikan doktor selebriti dikenali ramai, Dr Muhammad Shazril Shaharuddin,32 yang lebih mesra dengan panggilan Dr Say dalam instagram miliknya.
“Tak sangka masih ada yang tanya bini saya soalan ni walaupun kami buat video dah menjawab soalan ni. Lepas tu bila bini saya jawab yang dia tak risau, yang dia dah biasa, somehow yang bertanya tu macam tak puas hati, seakan-akan bukan jawapan yang ingin didengarinya.”
“Mungkin dia ingin mendengar jawapan sensasi seperti “saya masih risau hingga ke harini, saya akan check whatsapp dr say senyap-senyap & saya akan monitor dia bercakap dengan siapa”.
“Sebab rata-rata lihat dalam industri lakonan dan pengiklanan ni, ramai wanita-wanita yang cantik jadi tidakkah isteri saya rasa tergugat atau risau sekiranya saya teringin kepada wanita-wanita tersebut?”
Wanita Cantik Yang Perfect, Hanya Isteri Saya
Ternyata suami kepada Dr Azura Abas ini ada pendirian dan jawapan yang tersendiri. Sekaligus menjawab pertikaian tersebut.
“Okay meh saya nak jawab dari point of view saya. Tak dinafikan dalam industri lakonan dan pengiklanan ni memang ramai gila wanita cantik tapi saya tanya balik, APA BINI SAYA TAK CANTIK KA? Cantik gila dah kot.”
“Dan kalau nak ikutkan setakat wanita cantik, ade beribu kat luar sana tapi wanita cantik yang berpendidikan, wanita cantik yang menjaga kesihatan (siap lift weights), wanita cantik yang banyak kesamaan & senang kata PERFECT PACKAGE so far bagi saya, HANYA ISTERI SAYA. Zaman saya nak fooling around, berfoya-foya, fenfeeling hot ni dah berakhir peeps. Banyak lagi benda lain nak buat in life daripada main perempuan. Cherish your woman & your life will be cherished.”
MW: Ada benarnya. Terbaik jawapan yang diberikan oleh Dr Say ini. Isteri yang dimiliki adalah anugerah dan pilihan jodoh terbaik daripadaNya.Hargai dan bahagiakanlah isteri.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.