Pukul 5.30 pagi tadi saya turun bawah. Masuk saja dapur terus basuh beras, potong bawang, halia, masukkan santan. Kemudian ambil 5 biji telur masukkan dalam air fryer. Sementara tu juga saya buatkan sambal ikan bilis, sediakan air teh Abah dan ubat- ubatan Abah.
Selesai semuanya saya dengar bunyi grill di atas. Dalam hati,
“ Dah siap mandilah agaknya tu…”
Bukan Fasa Bertempik
Kadang- kadang encik suamiku ni kena check juga. Kita di bawah kot dia terlena lagi. Tak lama tu dia turun.
Selesai solat subuh berjemaah, selesai sarapan nasi lemak tadi dia pun nak gerak ke tempat kerja. Masa bersalam- salaman,
“ Baju dalam bakul Pa dah basuh, dah sidai. Pasni Ma rehat..”
Awwww! Terima kasih!
Ads
Suruh Suami
Secara jujurnya bila ditanya pada saya macam mana keadaan di rumah nampak teratur salah satunya adalah teamwork. Bukan penglibatan saya seorang.
Bila masing- masing tahu peranan semua akan jadi mudah. Bila semua bekerjasama emosi kita sebagai wanita pun akan tenang.
Umur dah 40-an ni bukan lagi fasa bertempik nak suruh anak dan suami buat itu ini nak pula anak- anak sudah besar kan. Saya mengambil pendekatan untuk tenang tenang saja.
Pengorbanan melatih anak-anak buat kerja rumah waktu mereka masih kanak- kanak dulu terasa berbaloi. Latih dari awal inshaAllah kemudian hari akan jadi mudah.
Latih Dari Awal
Dan sudah pasti peranan suami sebagai role model pada anak-anak sangat membantu.
Ads
Kalau anak- anak malas buat kerja rumah tanya balik pada diri sendiri adakah kita pun rajin seperti yang kita mahukan dari mereka.
Salam Jumaat
Mingguan Wanita : Mak ayah kena jadi role model pada anak-anak barulah mereka tak kekok lakukan kerja rumah. Jadikan kebiasaan barulah anak-anak terbiasa.
Alhamdulillah… Doa di bulan puasa mustajab akhirnya semalam bayi kena culik dah dijumpai tapi sampai lembik bayi 17 bulan ini diikat. Cuba bayangkan anak sekecil ni, kena ikat, lapar susu lepas tu nyamuk, semut dan spesies kerengga banyak di pokok.. Allahuakbar!
Namun semalam pihak keluarga mengesahkan bayi perempuan berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan yang dibawa lari oleh individu tidak dikenali dari rumah keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, Muar berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Polis Daerah Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 9 pagi tadi bersama-sama dengan sebuah telefon bimbit yang turut dilarikan dalam kes berkenaan.
Hasil penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan di satu kawasan belukar kira-kira satu kilometer dari rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3.45 petang.
Pihak polis juga masih melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit. Kes disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.
Luahan Dari Pihak Ibu Mangsa
Dalam keadaan sedih, ibu mangsa, Diela Yusofe menghargai orang ramai yang mendoakan anaknya dan atas usaha PDRM cekap mengambil tindakan sampai anaknya dijumpai semula semalam…
Assalamualaikum
Kepada semua warga malaysia terima kasih atas doa kalian. Terima kasih sangat-sangat untuk skuad #PDRM dari semua unit dia atas segala tindakan anda. Alhamdullilah aisya selamat walaupun muka beliau teruk.
Tak pe kita boleh rawat ya sayang. Nanti aisya comel semula, saya tak sempat balas kesemua komen dari anda, PM dari anda kerana terlalu banyak.
Terima kasih pada semua yang membantu. Buat kesemua customer saya hp saya masih tidak ditemui dan segala detail anda saya tiada. Tapi kesemua barang saya memang dah pos..kepada customer biskut saya insyaah saya usahakan sebelum raya untuk hantar. Harap faham keadaan saya sekeluarga di duga sebegini.
Kepada semua mohon terus berdoa untuk aisya kembali sihat, beliau masih dalam trauma.
Kalau ikutkan memang rasa geram bila tengok keadaan anak kecil itu yang dah digigit serangga, kasihan yang amat! Namun apa pun, syukur Alhamdulillah sebab bayi kecil itu dah dijumpai. Moga anak kecil itu cepat-cepat sihat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak perempuan dikatakan cukup rapat dan manja dengan ayahnya. Ke mana saja, pasti akan ikut sampaikan digelar ‘anak ayah’. Sebaliknya anak lelaki pula dengan ibunya.
Selalunya, memang itulah realitinya anak perempuan rapat dengan ayah sejak kecil. Dia tahu, ayahnya itulah yang akan melindungi dan menjaganya.
Lagipun, mungkin sikap ayah ini memang akan jadi lembut, bila anak-anak inginkan sesuatu baik mainan atau apa-apa akan di rujuk pada ayah.
Apa yang dikatakan anak perempuan rapat dengan ayah ada sebabnya. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif tentang anak perempuan.
Kadang anak perempuan perlukan MASA ayahnya: 1. Perlukan untuk bercerita. 2. Sebab ingin bergurau senda 3. Perlukan untuk bertatap mata.
Ada juga anak perempuan perlukan CONTOH daripada ayahnya: 1. Dijadikan contoh cara melayan pasangan. 2. Contoh cara mengurus rumah tangga. 3. Dijadikan contoh cara berkomunikasi sesama ahli keluarga
Kadang anak perempuan perlukan KEBERADAAN ayahnya 1. Untuk bersama keluarga 2. Keberadaan ayahnya bersama adik beradiknya 3. Malah, keberadaan ayahnya bersama dirinya
TAPI…Ini boleh berlaku
Anak perempuan mungkin akan jauh hati dengan ayahnya
1. Bila ayahnya terlampau KERAS.
2. Ada bila ayahnya terlampau BENGIS
Bila ayahnya terlampau menggunakan KEKERASAN & KESAKITAN untuk mendidiknya
INGAT…
Kerana anak perempuan kita 1. Jiwanya sangat halus. 2. Dalam jiwanya sangat lembut 3. Jiwanya sangat rapuh
Itulah kenapa mereka perlukan sosok seorang ayahnya untuk melindungi dan menjaganya dengan sepenuh jiwa dan raga.
Ketahuilah wahai ayah, dirimu adalah lelaki pertama yang dicintai oleh anakmu dan sampai bila bila mereka akan tetap mencintai dan menyayangimu.
Mingguan Wanita : Kasih ayah sanggup susah untuk kesenangan anak-anak. Hargailah kasih ayah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak lembutkan hati suami atau tundukkan suami bukan dengan jalan singkat dengan jampi serapah bagai. Tambah geram kalau suami jenis yang tak pernah nak dengar pandangan isteri.
Ini belum lagi suami langsung lalai dalam tunaikan tanggungjawab keluarga, berat tulang untuk menolong isteri dan yang paling gerun bila suami panas baran, ada saja yang tak kena dimatanya.
Sebagai isteri, mampu bersabar dan cara nak lembutkan hati suami dengan hanya doa dan selawat. Inilah cara minta pertolongan daripadaNya untuk mengubah sikap suami.
Nak lembutkan hati suami ni banyakkan selawat untuk dia.
Selawat tu bukan panggil dia duk depan muka, pastu panggil kawan semarhaban, palu kompang selawat! Bukan!
Cukup masa ingat suami, masa pandang suami selawatlah untuk dia.
Kedua belajarlah minta pandangan suami. Walaupun kita sebagai isteri tahu semua benda, tanyalah pandangannya. Walaupun dalam perkara kecil.
Kalau suami buat tak tahu saja, takpe. Yang penting berkat tu kita dah dapat.
Dan last doakan kesalahan dia. Nampak saja suami salah, doakan pada Tuhan.
Mak kata;
“Isteri bukan Tuhan nak ubah suami. Isteri ni takde kuasa yang Allah bagi kat dia, tapi kelebihan yang Allah bagi pada isteri, redhanya pada suami dapat mengubah neraka menjadi syurga.”
Mingguan Wanita : Keberkatanan doa seorang isteri dan ibu.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.