Tukar dugaan jadi motivasi, berkorban kena bijak jangan sampai aniaya diri! Secebis kisah benar yang boleh kita jadikan pengajaran dan renungan bersama.
Kita selalu dengar orang tua kata, jadilah seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dalam konteks ini, memang tragis apabila seseorang terpaksa mengorbankan diri untuk kebahagiaan orang lain.
Tanya sendiri sendiri. Betulkah anda benar-benar sangggup berbuat demikian? Sanggup hilang segalanya asalkan orang lain bahagia. Bukankah situasi ini tidak adil untuk anda. Bagi saya, bagus melakukan pengorbanan tetapi biar dengan cara yang bijak.
Buat Pilihan Tepat Hadapi Dugaan
Dalam hidup ini, kita sentiasa mempunyai pilihan. Dalam setiap saat, kita mempunyai pilihan termasuk perkara yang remeh seperti hendak makan dulu atau mandi? Kita perlu membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan.
Walaupun untuk perkara yang remeh atau mudah, kita mesti melatih diri membuat keputusan bijak dan yang paling tepat. Ini kerana setiap keputusan yang kita buat mempengaruhi kehidupan kita selepas itu.
Misalnya ketika mahu memulakan perjalanan ke tempat kerja. Kita mempunyai dua pilihan samada melalui lebuh raya atau jalan biasa. Mungkin ketika itu, kita fikir mahu jimat duit tol lantaran kita memilih melalui jalan biasa.
Namun kita terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, minyak kereta juga ‘parah’. Akibat keputusan yang kurang tepat ini, kita lambat ke tempat kerja dan mengalami tekanan. Ini antara contoh yang boleh kita lihat dengan jelas akibat keputusan yang dilakukan.
Berkorban Kerana Allah Bukannya Mahukan Pujian Manusia
Begitu juga ketika kita membuat keputusan untuk melakukan pengorbanan. Pertama, betulkan nawaitu. Pastikan pengorbanan yang dilakukan kerana Allah bukannya mahukan pujian daripada manusia.
Analisis pilihan yang ada agar ia membantu anda membuat keputusan bijak. Saya teringat dengan satu kisah teman rapat. Ketika ibu bapanya bercerai, dia masih di bangku sekolah rendah. Adik-adiknya masih kecil. Sebagai anak sulung dalam keluarga, dia membuat keputusan untuk tinggal bersama ayah.
Ads
Manakala adik-adiknya tinggal bersama ibu. Dia sedar pengorbanan ini begitu besar, dia akan berdepan dengan kerenah ibu tiri dan terpaksa berjauhan dengan ibunya serta adik-adik. Keputusan ini dibuat kerana mahu mengurangkan beban ibunya dan dalam masa yang sama tidak ingin juga melihat ayahnya sunyi.
Dia jelas kehidupan yang dilalui tidak indah. Sejak dari awal, dia sudah persiapkan mental, rohani dan fizikal untuk berdepan dengan ujian. Pengharapan yang paling tinggi diletakkan kepada Allah. Setiap hari, dia berdoa agar menjadi insan yang berjaya agar dapat membalas jasa kedua ibu bapanya.
Ibu Tiri Yang Kejam
Kerenah ibu tiri benar-benar menguji kesabaran, walaupun dalam usia yang masih mentah dia berjaya mengawal emosi. Dia tidak putus berdoa kepada Allah agar segalanya dipermudah. Saat ibu tirinya mahu memberhentikan dia sekolah, dia tidak goyah. Dia sudah pasak di hati mahu menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Dia tidak minta wang daripada ayahnya yang ketika itu ‘dikawal’ ketat oleh ibu tiri. Ketika teman-teman bermain dan bersantai, dia sekali lagi berkorban. Dia bekerja sambilan mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan ketika cuti sekolah. Gaji inilah yang digunakan untuk membeli buku tambahan agar dapat mengulangkaji dengan lebih baik.
Dia menjeruk rasa dengan sikap orang di sekeliling yang menuduhnya bukan-bukan. Ketika itu, teman saya ini tidak tunduk dengan dugaan. Dia mengambil keputusan untuk menjadikan dugaan sebagai motivasi untuknya berjaya.
Ads
Setiap kali cuti sekolah, dia bekerja sambilan. Ibu tirinya tidak dapat berkata apa-apa lagi kerana dia tidak menyusahkan sesiapa untuk meneruskan pelajaran. Di sekolah, teman saya ini tidak memilih untuk bercinta. Dia juga membuat keputusan untuk tidak libatkan diri dengan pelajar nakal sebaliknya mengisi masa terbuang dengan aktiviti berfaedah.
Tidak Berdendam
Pengorbanan bertahun-tahun ini yang disulami dengan usaha gigih dan doa kepada Allah membuahkan kemanisan. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Alhamdulillah, dia menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik.
Adat manusia, apabila sudah berjaya ramai yang mendekatinya. Dia masih lagi berkorban, wang ringgit diberikan kepada ibunya untuk menyara adik-adik belajar. Walaupun hatinya pernah terluka dengan segala perbuatan tidak baik ibu tiri, namun dia mengambil keputusan untuk memaafkan segalanya.
Dia berkorban perasaannya demi kebaikan. Dia mahu menjaga ikatan silatulrahim. Ketika hatinya sakit, dia tidak mudah meluah rasa kepada ibunya. Dia tidak mahu ibunya susah hati dan rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia mengambil keputusan untuk mengadu segala penderitaan kepada Allah. Aibnya terpelihara dan Allah melorongkan jalan terbaik kepadanya untuk menjadi insan berjaya.
Banyak yang boleh kita pelajari daripada kisah ini. Pengorbanan yang bijak membentuk kita menjadi insan yang cekal, matang dan berjiwa kental. Pengorbanan ini juga membantu kita menjadi individu yang mempunyai kemahiran, berdikari, sabar dan mendorong kita berusaha lebih gigih.
Dalam kehidupan memang kita perlu berkorban namun lakukan pengorbanan ini dengan bijak. Buat keputusan yang tepat agar tidak merugikan diri kita. Orang yang disayangi bahagia, kita juga gembira dan berjaya. Bukankah lebih indah dan bererti pengorbanan begini?
Bebel sebab sayang. Bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aprena belum berniqab, doakan dirinya kekal istiqamah. Sejak akhir-akhir ini pelakon cantik Aprena Manrose akui dirinya sering ke kelas ilmu agama.
Menerusi hantaran video dii akaun Instagram, pelakon tersebut mengenakan niqab. Dek kerana itu menerusi ruangan komen dihujani pertanyaan peminat dan merekaa mendoakan dirinya supaya kekal istiqamah.
Aprena Belum Berniqab
Aprena juga menghargai setiap komen dan doa dari peminat.
“Belum lagi berniqab, tapi doakan insya-Allah.
“Mengenai komen peminat untuk istiqamah itu, saya anggap ia sebagai doa untuk saya semoga terus kekal dengan apa yang dilakukan ini. Saya hargai semua komen dan doa mereka.
“Apabila pergi ke kelas ilmu agama sebegitu dan berjumpa ramai wanita berniqab, Ketika hadiri kelas yang pertama saya tak pakai. Jadi, bila tengok kepada suasana, hati kita terdetik untuk ingin belajar.
“Saya pun tidak kuat pengetahuan ilmu agama, tapi bila saya ikuti sesi itu, Allah beri ruang. Ada saja kelas seumpamanya untuk saya sertai lagi. Orang ajak pun ada.
“Cuma video yang saya kongsi di Instagram itu bukan yang pertama yang dihadiri. Sebelum ini saya jarang kongsikan di media sosial.
“Cuma baru-baru ini saya pernah kongsikan video sama di Instagram Story, masyaAllah tak sangka ramai peminat yang bertanya dan mahu ikut serta.
“Jadi, niat saya berkongsi sekarang adalah untuk memberi pendedahan yang mana ada banyak kelas agama yang dianjurkan khusus buat Muslimat. Kelas yang saya kongsikan itu dibuat di Semenyih, Selangor pada Ahad lalu,” kongsinya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada suami tu dia tak berkira pun kena basuh kain dekat kedai dobi layan diri. Asalkan dapat senang dan mudahkan urusan isteri.
Sayangnya waktu mendobi itulah macam-macam hal boleh suami jumpa. Walhal kata Andy Sulaiman, aturan mendobi ni simple je.
Sayangnya ada juga yang langgar sampai boleh jadi rimas dibuatnya.
Jangan Langgar 8 Pantang Basuh Kain Di Kedai Dobi Layan Diri
1. Kalau nak tinggalkan pakaian dalam mesin lepas tu nak datang balik, pastikan kau peka pukul berapa mesin tu dah berhenti. Elok aku tak masukkan dalam plastik hitam je pakaian yang dah siap tu.
2. Ada wanita dan kanak-kanak, tolong jangan tunggu pakaian kau siap sambil merokok.
3. Orang baru datang bawa bakul baju, jangan tengok beriya! Segan aku tadi ada akak tu pandaaaaang je aku. Nak check aku ada bawa boxer ke tak dalam bakul aku lah tu. Please lah.
4. Jaga kebersihan. Makan kuaci, cekedis jangan sepah-sepah atas meja. Ada orang guna meja tu untuk lipat baju terus lepas keluar dryer.
5. Kerusi panjang untuk duduk ramai-ramai. Bukan untuk kau baring atau menjulur kaki dan orang lain berdiri tengok kau main phone.
6. Adamassage chair, masuk duit kau rest dan relax. Bukan kau buat duduk saja-saja sambil tunggu pakaian kau siap. Naik serak suara amoi massage chair tu suruh kau insert coin.
7. Kalau couple, dobi tempat basuh baju. Bukan tempat kau nak bermesra, peluk, pegang-pegang hidung, cium pipi. Libas pakai jeans lembap, tau lah nasib korang.
8 . Kot ya pun kau nak masukkan baju kau lepas orang tu tarik keluar pakaian dia, rileks je. Tak perlu berdiri belakang orang tu. Tadi aku tengok ada akak tu malu-malu nak tarik baju kelawar dia sebab ada brader tercegat kat belakang dia.
Saja je bercerita hal ni. Tak penting mana pun sebenarnya. Aku rasa banyak masa terluang kat dobi tadi.
Sofea Jane teruja nak jadi nenek, anak sulung dijangka bersalin akhir bulan ini. Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, 53, meluahkan keterujaannya bakal menimang cucu apabila anak sulungnya, Arissa yang kini berusia 29 tahun, dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada penghujung bulan ini.
Sofea Jane Teruja Nak Jadi Nenek, Anak Sulung Dijangka Bersalin Akhir Bulan Ini
Menurut Sofia, fasa kehidupan ini sangat bermakna – dari zaman bujang, kemudian jadi ibu, dan sekarang bakal bergelar nenek. Katanya, “Insya-Allah, doakan semuanya berjalan lancar dan selamat untuk Arissa dan bayi nanti.”
Menariknya, Sofia sekeluarga akan sambut Hari Raya tahun ini di Eropah. Bukan saja untuk beraya, tapi juga menanti kelahiran cucu sulung mereka di sana.
“Kami beraya di sana sebab Arissa dan suaminya, Maximilian Lotz, tinggal dan bekerja di Jerman,” kongsi Sofia.
Apa yang lebih istimewa, Sofia sendiri akan uruskan tempoh berpantang anaknya. Katanya, walaupun zaman sekarang serba moden, dia tetap suka gabungkan elemen tradisional dengan moden untuk penjagaan selepas bersalin.
“Sekarang ni lebih mudah sebab banyak produk tempatan yang bantu ibu baru. Saya akan jadi macam ‘mak bidan’ – tolong jagakan cucu, pakaikan bengkung dan macam-macam lagi,” katanya sambil tersenyum.
Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995, dan mereka dikurniakan empat orang anak: Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...