Tak sangka ada amalan minum air kencing sendiri atau lebih dikenali sebagai ‘Urine Theraphy’. Mungkin ramai yang rasa pelik dan jijik dengan amalan ini namun pengamalnya percaya ia mampu beri kesan positif pada kesihatan, kekal bertenaga, awet muda malah boleh menurunkan berat badan.Rasa macam tak logik, tapi itulah yang digembar-gemburkan oleh pengamalnya. Bahkan lebih membimbangkan trend ini semakin meningkat.
Disebabkan peningkatan ini, orang ramai digesa untuk berhenti minum air kencing mereka sendiri atas nasihat doktor yang menghalang pengambilannya. Walaupun ia nampak pelik bagi kebanyakan kita, air kencing adalah sesuatu yang asli dan pengamalnya mendakwa terdapat manfaat kesihatan di sebalik amalan ini.
Guna Untuk Minum & Mencuci
Mereka menggunakan air kencing sendiri sebagai sebahagian daripada rutin harian, seperti untuk mencuci, menjadikannya minuman dan ada yang melakukan untuk kedua-duanya.Individu yang mengamalkannya melaporkan kulit mereka lebih licin, turun berat badan dan pelbagai kesan positif lain yang diperolehi.
1. Kieran Hughes
Kieran ‘Raw Gong’ Hughes adalah salah seorang daripada mereka yang menjadikannnya satu amalan.Dia hanya makan buah-buahan, minum air kencingnya dan sesekali menggunakannya sebagai toner muka yang dikatakan ‘mempunyai kesan pelembab luar biasa untuk awet muda’.
Kieran memberitahu Metro.co.uk:
“Saya mula melakukannya kerana saya sukakan miliki tahap tenaga yang tinggi. Jadi selama empat tahun lalu, saya telah menganalisis kesan setiap minuman dan makanan yang saya ambil. Ini secara automatik mendorong saya untuk mengamalkan diet buah-buahan dan minum air kencing sendiri sebagai air utama”.
Untuk memulakan perjalanan terapi kencingnya, Kieran membaca buku berjudul ‘Secrets To An Alkaline Body’ (Rahsia Untuk Tubuh Beralkali) oleh Dr David Jubb. Dari situ, dia mula menghirupnya sedikit demi sedikit danminum dengan lebih banyak, yang mana dia berkata dapat merasakan dirinya menjadi bertambah baik.
Ads
Menurutnya, manfaat untuk dirinya termasuklah dia rasa lebih hidrasi, tenaga meningkat dan seluruh tubuh berfungsi dengan lebih baik.
Minum Banyak Ketika Bangun Tidur
The UK wellness YouTuber ini berkata dia hanya mengambil sehirup air kencingnya pada waktu petang, tetapi meminumnya lebih banyak ketika bangun tidur.
“Air kencing pagi jauh lebih ‘hebat’ kerana mengandungi melatonin dan boleh menunjukkan kesan yang lebih ketara, jadi saya selalu mengesyorkan air kencing pagi sebagai minuman pertama setiap hari,” ujarnya.
Ads
2.Sophie Prana
Sophie Prana pula, yang mengendalikan retret yoga dan mempunyai blog gaya hidupnya sendiri berkata dia memulakan terapi kencing apabila dia mahu berhenti minum kopi.
Dia memberitahu Metro.co.uk bahawa ia adalah ‘cara terbaik’ untuk merawat usus, menyembubkan kulit dan sokongan detoks. Selain minum air kencingnya, Prana juga berpuasa dengan hanya makan setiap 15 jam.Jika dia mempunyai ruam atau jerawat, dia juga akan menggunakan air kencing sebagai toner muka.
Dia berkata cara ini menjadikan dirinya lebih bertenaga, menjadikan anggota badannya saling berhubung dan menjadikan kulit dan penglihatan lebih jelas.
Ads
Walaupun manusia bebas untuk melakukan apa yang mereka inginkan terhadap tubuh mereka sendiri, sebilangan doktor tidak bersetuju dengan terapi kencing ini.Walaupun berlaku salah faham terhadap air kencing sebagai steril, ia mungkin dicemari dengan bakteria apabila keluar dari badan.
Tambahan pula, walaupun air kencing terdiri daripada 95 peratus air, sisa lima peratus yang lain mungkin boleh memudaratkan kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
Mingguan Wanita mengharapkan agar trend ini tidak menular dikalangan masyarakat kita.Jangan kerana nak awet muda, kulit cantik, turun beran badan , sanggup minum air kencing sendiri!
Seronok tengok body mak-mak yang boleh kurus lepas berpantang, tetapi agaknya apa rahsia paling ‘kacang’ yang anda boleh tiru?
Haaa… ini yang Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Puan Siti Aishah dah kongsi, tinggal rajin nak buat atu tidak saja, jom baca…
Tak semua wanita kurus mampu kurus lepas berpantang.
Tak semua wanita berisi kekal gemuk lepas berpantang.
Its all about your daily routine masa berpantang.
Kemahuan. Kesungguhan. Istiqamah.
Alasan boleh dicipta dengan pelbagai cara.
Tetapi hanya usaha yang akan menampakkan hasil.
Berpantang dengan anak yang ramai tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mampu melakukan beberapa rutin berpantang yang asas.
Anda hanya perlu tahu cara yang bijak untuk “mencuri” masa.
Antara rutin-rutin yang penting untuk mendapatkan tubuh yang kurus selepas bersalin meskipun dalam keadaan kegawatan urusan rumahtangga ialah:
1.Makan jamu dan herba (2 minit – telan)
2. Bengkung dan ubat barut (20 minit : 10 minit pagi & 10 minit petang)
3. Pakai param dan pilis (10 minit : 5 minit pagi & 5 minit petang)
32 minit dari keseluruhan 1440 minit sehari.
So?
Apa alasan lagi untuk tidak menjaga diri anda?
Set your priority right mommy!
Aturcara curi masa dalam pantang dengan Set Bersalin NR
1. Phyto Natal makan 2- 4 biji. Sekali ngap xsampai seminit. Akar herbanika rebus dalam jug elektrik (banyak bagi alasan tak sempat rebus… alasaaaaan). Letak dalam flask. Habiskan 1.5 litre sehari
2. Sapu herbanika barut pada perut (even perut lebar besen pun tak sampai seminit dah siap). Pakai bengkung. Kalau tak sempat sbb anak melalak2, pakai strap on binder. Budak dah tidur baru pakai bengkung kain.
3. Pakai param dan pilis. Pakai minyak herbanika selepas mandi. 5 minit tak sampai. Seluruh badan. Utk pilis, tampal mustajab Balm NR kat dahi dalam masa senafas.
Elakkan beralasan.
Usahakan sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Harapkan pagar, pagar makan padi. Sungguh perbuatan tidak bertanggungjawab dan mencemarkan kepercayaan institusi penjara. Bilamana tindakan seorang warden sanggup menggadai kepercayaan dengan mengedar dadah di Penjara Sungai Buloh.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila tindakan tersebut mengundang padah apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.
Mohd Elmy Arif Hamid, 40, menunduk selepas hukuman itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Nurulhuda Nur’aini Md Nor.
Dalam penghakimannya, Nurulhuda Nur’aini berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dengan anggapan mengedar dadah tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam, Zameri Mat Nawang dan Ilya Hakim.
Kesalahan Edar Dadah
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar dadah iaitu 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh di sini, pada jam 11 malam, 18 Jun 2019 lalu.
Hukuman dibuat mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Bagi pertuduhan ketiga, dia dihukum dua tahun penjara dan tiga sebatan kerana memiliki 4.25 gram dadah jenis heroin, mengikut Seksyen 39A (1) akta sama.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam bulan hingga setahun bagi tiga lagi pertuduhan iaitu memiliki 1 gram dadah Monoacetylmorphines dan ada dalam kawalannya dadah Etizolam (38.67 gram) serta Clozapine (50.8gram).
Mingguan Wanita: Harapkan pagar, pagar makan padi. Semoga menjadi pengajaran buat yang lain agar lebih bertanggungjawab dan tidak menggadai amanah serta kepercayaan yang telah diberikan.
Nampak macam senang, hakikatnya ujian wanita yang kahwin dengan duda itu besar cabarannya. Tak mudah untuk mereka. Selain menjaga suami, dia juga perlu berbaik-baik dengan anak tirinya.
Dan anak-anak tiri ini tak boleh disogok dengan kepura-puraan dan sikap ramah yang plastik. Keikhlasan dan luhurnya hati mendorong perasaan sayang dan suka dalam hati mereka. Sebab itulah, wanita yang berkahwin dengan duda perlu faham garis panduan ini.
5 Tip BAHAGIA Untuk Wanita Yang Kahwin Dengan Duda
Satu : Belajar Menjadi Ikhlas
Benarkan, yang paling sukar diduga adalah keikhlasan. Ia perasaan suci yang hanya mampu dinilai oleh Yang Maha Esa.
Namun, hati-hati yang suci mampu melihat sejauh mana seorang itu ikhlas atau tidak terhadap mereka. Justeru, terimalah anak-anak suami anda dengan penuh rasa cinta.
Dua : Jujur Pada Diri Sendiri
Sebagaimana anda cinta dengan suami, salurkan rasa itu pada darah dagingnya. Berikan sepenuh jiwa dan layani makan minum mereka mengikut aturan yang sepatutnya.
Anda juga perlu menjadi jujur pada diri sendiri. Agar keikhlasan itu boleh terpancar dari lubuk nurani yang ikhlas.
Tiga : Dekatkan Jurang
Bagaimana mahu menjadi rapat dengan anak-anak, cinta hati suami ini? Salah satu caranya adalah merapatkan hubungan yang mula terasa hambar.
Lakukan aktiviti bersama suami dan anak-anak tiri ketika waktu lapang. Bawa mereka bersiar atau melancong ke satu destinasi yang tenang.
Empat : Pupuk Rasa Kasih
Anda boleh juga pupuk jiwa kasih anak-anak tiri melalui solat berjemaah. Pinta suami lakukan bersama biarpun cuma dapat melakukannya ketika solat maghrib sahaja.
Selesai solat, biarkan suami memberi tazkirah diikuti oleh harapan anda sebagai seorang ibu baru kepada anak-anak suami.
Lima : Bersabar Dan Bertenang
Jika duda yang anda kahwini itu kematian isteri, anda selamat kerana tidak perlu berbalah dengan bekas isterinya. Jika bercerai hidup, bertahanlah.
Apa pun kawal diri anda dan jangan sengaja mengungkit kisah silam suami anda. Ketika bersama anak-anak, jangan ‘apikan’ anak-anak agar membenci ibu mereka. Oh! itu paling bahaya sekali.
Belajar Terima Hakikat, Anda Ibu Ekspres
1. Anak-anak merupakan permata yang paling berharga. Ibarat melentur buluh dari rebungnya, begitulah halnya dengan diri anda. Lenturlah diri agar dapat mengadaptasi suasana baru itu. Status seorang isteri sekali gus ibu ekspres kadangkala memberi bebanan yang luar biasa.
2. Paling sukar apabila anak-anak tiri sudah masuk peringkat remaja.Pendekatan menawan hati mereka tidak sama dengan cara memujuk anak kecil dengan sebungkus gula-gula. Namun, kaedahnya masih sama iaitu sentuhan emosi memainkan peranan utama.
3. Perkara utama yang boleh anda praktikkan adalah jadikan diri anda buah hati pada anak-anak tiri anda. Jika mahu diri dianggap bagaikan sahabat, teman mahupun BFF, cubalah cipta diri anda jadi sebegitu. Anda perlu jadi pendengar yang baik dan bukannya pengarah yang dibenci. Anda juga perlu tahu bagaimana mahu menjadi pembantu mereka bukannya seorang yang mudah dibuli.
4. Menasihati mereka juga ibarat menarik rambut di dalam tepung. Ia tidak meninggalkan pesanan yang berbisa. Sebaliknya jika mereka mahu berubah, mereka lakukan dengan rela. Hubungan baik anda dan permata hati suami ini pasti menyenangkan hati suami.
Suami jadi lebih sayang malah suami sendiri pasti mahu tahu rahsia anda dapat berbaik dengan anak-anaknya. Justeru jadilah ibu tiri yang lembut jiwanya namun tegas dalam setiap tindak tanduk.
Perlu Kental & Sabar Melayan Emosi Seorang Duda
Berkahwin dengan seorang duda yang sudah beranak pinak membuatkan anda perlu bekerja lebih keras untuk memenangi hati mereka. Benarkah begitu? Atau ada cara lain yang lebih relaks dan tak perlu terkocoh-kocoh merebut cinta suami yang satu ini.
Bertenang, sebenarnya tak perlu bersusah payah. Biarpun mereka ada anak-anak, andai suami sudah melafazkan kata cinta bermakna andalah pilihan utama di hati. Jaga makan minumnya dan belajarlah santuni emosinya.
Layan suami dengan perasaan kasih, jadilah isteri yang mendengar kata dan bijaksana. Anda juga perlu tahu bilakah masanya perlu bertolak ansur. Yang mana suami boleh membahagikan ruang untuk anda dan juga anak-anaknya. Jangan terlalu tamak.
Ya, anda isterinya. Namun, anak-anak juga perlukan kasih seorang ayah. Dalam masa yang sama, mereka juga perlukan belaian mesra seorang ibu. Lengkapilah hidup keluarga baru anda itu dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.