Telur mata goyang ini, disebut juga telur mata kerbau. Sesetengah orang suka makan yang telur kuningnya lembut, cair sementara telur putih masak elok. Nak dapatkan telur mata goyang yang sempurna bukannya mudah.
Kongsi lelaki ini, Khabbab Jamalludin jika ikut teknik / step by step yang diajar ini anda akan dapat telur mata goyang yang sempurna. Sebagaimana yang dibayangkan.
“Orang kata kalau nak resepi boleh Google je. Tapi resepi yang sama, bahan yang sama, hasil boleh berbeza. Teknik memainkan peranan penting dalam masakan juga.
Jadi ada orang minta saya kongsi macamana nak dapat telur goyang/gedik (kuning telur tersebut bergoyang ketika digoyangkan.
Kadang badan pun ikut goyang dalam kita nak buktikan kegoyangan telur tersebut.”
Begini Telur Goyang Yang Ideal
Telur goyang yang ideal pada saya :
– Keseluruhan kuning telur tak jadi padat.
– Semua putih telur kering.
– Bahagian bawah putih telur ada kerak kecoklatan sedikit (kurang muak)
– Ada selaput putih menutupi kuning telur.
“Mesti korang tengah rasa geram nak cucuk kuning telur tu kan? Dengki la tu.”
Pemilihan telur adalah penting.
Saiz tak kisah.
Yang pasti telur mesti baru.
Dah lepas beli telur, jangan cuci.
Simpan dalam peti sejuk terus.
Kalau nak guna baru cuci.
Kalau cuci awal, akan ganggu lapisan telur yang berfungsi lindungi isi telur.
Telur yang agak lama dan dicuci terlalu awal akan buat kuning dia pecah.
Dah habis basuh lap kering.
Tak nak air dekat kulit masuk sama.
Kain lap boleh pakai apa saja.
Saya pakai kain Norwex apa tah.
Bini beli.
Dia kata ada beza.
Saya pakai sahaja ambil hati dia.
Ads
Kedua : Pecahkan Dulu Dalam Bekas
Pecahkan telur dalam bekas dahulu.
Kadang tangan kita tak dibedung dulu, pecahkan telur atas kuali, telur tu dah hancur macam telur dadar sebelum cecah kuali.
Yang kedua, kita boleh tahu telur tu elok ke tak sebelum masuk dalam kuali.
Disamping itu kalau baru keluar peti sejuk dia ada can kurang sejuk sikit.
Tak nak dia terkejut dari sejuk gila pergi panas gila.
Masuk angin nanti (burrppp)
Ketiga : Guna Kuali Non Stick
Paling baik pakai kuali ‘non stick’ yang tak lekat. Kawalan suhu lebih sekata.
Tapi tetap kena bubuh minyak sedikit.
Kalau kuali biasa minyak kena lebih lagi.
Minyak goreng biasa tu je.
Api antara sedang dan besar.
Tapi jangan lama sangat.
Jangan tunggu berasap satu dapur.
Air fryer boleh ke tak?
Tak bole la, gedik.
Ini telur yang gedik, bukan yang masak.
Keempat : Cara Tuang Telur Atas Kuali
Dah cukup panas boleh tuang telur.
Jangan tinggi sangat macam buat teh tarik; pecahlah ia.
Bagi dia ‘landing’ ngam ngam atas minyak tu.
Ads
Kelima : Renjiskan Air, Wajib Tutup Kuali
Okay ini tips paling penting.
Wajib ada tutup yang boleh cover kuali tu.
Tak ngam ngam takpa.
Janji boleh cover telur.
Saya pakai tudung periuk je.
Selepas letakkan telur atas kuali panas,
basahkan satu tangan macam basuh tangan tu,
bukan takung macam nak ambil wuduk ya.
Kemudian terus renjiskan air yang ada kat tangan tu ke tutup (banyak lebih kurang macam dalam gambar)
Pastikan tangan bersih tak ada hingus ke apa sebelum buat.
Hanya terbalikkan, tutup bila betul-betul atas kuali sambil terus tutup.
* kenapa renjiskan air? Bagi wap yang terhasil, bila kena kuali masakkan bahagian atas.
Keenam : Kawalan Api
Api pun main peranan penting.
Terus adjust macam dalam gambar.
Tak nak terlalu kuat nanti hangus dan tak sekata.
Setiap dapur berbeza.
Dapur kayu api, minyak tanah saya tak tahu setting dia macamana.
Ads
Biarkan dalam 30 saat dan buka tudung nak tengok masak dia macamana.
Kalau belum tengok lagi tiap 10 saat.
Tudung periuk tadi tau.
Letih pula kalau tudung tukang masak nak kena buka pakai buka pakai.
Tambah-tambah kalau pakai shawl.
Ketujuh : Cara Keluarkan Telur Dari Kuali
Dah ngam masak terus buka periuk, tutup api.
Untuk yang guna non stick, tolong ya pakai sudip bukan besi.
Besi boleh calarkan lapisan coating non stick dan bahayakan kesihatan.
Tiap kali nampak orang guna besi kat non stick.
Hati saya meraung sama.
Sekejap sajala tapi.
Kuali dia bukan kuali saya.
Sudip tu masukkan perlahan lahan bawah telur just in case ada lekat lekat sikit.
Slide je telur tu masuk dalam pinggan.
Kisah Telur Mata Goyang Antara Anak Dan Ayah
Prinsip saya mudah.
Apa yang boleh beri manfaat pada orang.
Saya kongsi.
Biar seremeh apa pun ia.
Bagi kita remeh, bagi orang lain mungkin tidak.
Terfikir juga apa ‘storyline’ saya nak buat.
Takkan nak kongsi gitu je.
Baru faham susahnya jadi ‘content writer’
Sementara perah otak tu tiba tiba ada anak yang tanya.
“Macamana baby boleh lahir?”
Ahhh sudah..
Muka saya macam Misae bila Shin Chan tanya soalan kontroversi.
Saya hanya mampu kata “nanti eh ..”
Akhirnya lepas goreng telur saya dapat idea nak jelaskan kat anak saya macamana baby ada. Tapi masa nak bawa kat meja terfikir pula nanti lagi banyak dia tanya.
Macam terlalu awal pula.
Jadi terus tak jadi.
Saya hidang nasi lemak biasa je sudahnya. #dapurpakbidan
Memang puas hati bila mak-mak dapat buat sendiri Cheese Tart Magnum Buncit yang penuh keju selambak ni. Lebih-lebih lagi perkongsian resipi, ilmu dan tips buat tart sedap ini dikongsikan oleh penjual tart sendiri yang dibuat niaga.Kalau nak beli yang dijual boleh tahan juga harganya.Mak-mak yang penggemar cheese tart kena cuba resipi ini. Tart keju buncit bersalut coklat dengan badam cincang.
Berikut perkongsian resipi ini oleh Puan Nur Dayana sebagai rujukan;
“Siapa pengemar cheseetart buncit? Nak beli dekat luar pun sebijik RM1.50 ke atas.Ni saya nak sedekahkan resepi yang selalu Saya jual..Saya halalkan dunia akhirat ye ❤”
Bahan-Bahan:
1.(Shell Tart)
260gm Butter
100gm Gula icing
1 biji Telor
500gm Tepung
1 sudu besar air sejuk
Sedikit esen vanila
Cara Membuat:
1.Kacau butter dan gula dalam bekas. Kacau guna tangan je senang.
2.Bila dah sebati masukkan telur.
3.Gaulkan lagi, masukkan pula esen vanila dan air sejuk.
4.Akhir sekali masukkan tepung gandum.Uli sampai jadi doh ye.
5.Bakar dalam oven suhu 180 selama 20 minit, guna api atas bawah.
*Untuk bekas shell guna saiz 4.5cm .Selepas itu, ambil pisau dan buang lebihan tepung tu.
2.(Krim Cheese)
250gm chesee tatura
1 sudu kecil telur (telur tu kacau sebati dulu iya)
50gm Gula icing.
Cara Membuat:
1.Putar cheese sekejap, sampai sebati.Jangan putar lama nanti cair.
2.Selepas tu masukan gula icing, putar sebati.
3.Akhir sekali, masukkan telur putar sekejap.
Cara-Cara Paip Krim Cheese:
1.Masukan cream cheese dalam piping beg.
2.Paip secara membukit.
3.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 7 minit.
*Untuk filling apa-apa pun boleh Nutela, strawberry, blueberry. Ni coklat saya beli dekat kedai bakeri je.
*Mula-mula piping akan bertanduk.Tipsnya ambil sedikit air letak di hujung jari, ratakan yang bertanduk tu.
Cara Nak Buat Magnum:
Bahan-Bahan
Coklat bar (Jenama apa-apa pun tak kisah)
Butter
Badam cincang
Cara Membuat:
1.Double boilkan coklat atas periuk yang telah diisi air sedikit air.
2.Bila dah cair coklat masukan sedikit butter dan kacau sampai pekat.Sejukan sekejap.
3.Bila Tart dah siap bakar, sejukkan dulu baru salut dengan coklat.
4.Bila dah salut dengan coklat, salut pula dengan kacang badam hancur.
5.Kemudian letak dalam peti sejuk.
Try laa.
Puass makan sendiri ❤❤
Doakan saya selamat bersalin hujung tahun.Ni ye semua.
Siap Selamat mencuba!
MW: Menarik sungguh perkongsian resipi Cheese Tart Magnum Buncit ni. Gebu, penuh keju selambak! Puas hati makan. Terima kasih kerana berkongsi resipi, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan bersalin nanti. Mak-mak kena cuba resipi ni di rumah.
Rupanya mudah ke nak buat Labu Sira Kelantan yang sedap dan manis berlemak ni. Kuah sikit-sikit je sekadar basah-basah je.Labu Sira Kelantan ni pencuci mulut yang sangat popular di negeri pantai timur. Memang sangat sedap, boleh lah buat sendiri di rumah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Aisya ini sebagai panduan.
Bahan-Bahan
Labu
Air Kapur
Gula Melaka
Gula
Garam
Daun Pandan
Santan
Cara Membuat:
1. Buang kulit labu nipis-nipis je dan rendam air kapur 2 jam.
2. Bilas dan cuci daripada rendaman air kapur tadi. Kemudian masukkan labu tersebut dalam periuk beserta daun pandan, gula, nise (gula Melaka) dan garam secubit. Air tak payah letak.
*Kadar kemanisan terpulang pada individu. Tapi labu sira elok manis, tapi jangan manis terlampau.
Buka api gas yang perlahan sahaja.
3. Tengok air daripada labu dah kering-kering sikit, gula dan nise pun dah cair. Masukkan santan pekat dan sedikit je air. Masak lagi sampai la tinggal kuah sikit-sikit.
Mingguan Wanita: Sedapnya Labu Sira Kelantan ni, rupanya kena rendam air kapur dulu 2 jam dan masak masak masukkan santan sikit, barulah berlemak. Boleh cuba buat sendiri nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesekali tukar selera anak dan keluarga buat sarapan pagi atau minum petang dengan Dorayaki menarik juga. Dorayaki merupakan antara kuih tradisional Jepun yang menjadi kegemaran ramai. Nak buat pun mudah sahaja guna sukatan sudu, tanpa telur namun kekal lembut dan gebu walaupun masuk hari ketiga.
Bole cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Farhah Azman ini sebagai panduan;
Sediakan bekal suami. Suami pulak pesen tak nak bawak bekas. Jadi isi dalam plastik senang terus buang.
Buat dorayaki dua biji untuk suami, selebihnya untuk rumah. Satu perisa koko, satu original.Bancuh dorayaki ni tanpa telur. Gebus die tu, masuk hari ketiga pun lembut jek makan. Anak anak suka sangat.
Resepi ni pakai sukatan sudu dan tanpa telur, tapi lembut. Buat ye.
Bahan-Bahan:
7 sudu besar penuh Tepung Gandum *Nak tapis boleh, tak tapis pun takpe
2 sudu sudu besar Gula
1 sudu sudu besar Madu
1 sudu besar Esen vanila
2 sudu besar Susu tepung
1/2 sudu Kecil Baking powder
1/2 sudu Kecil Baking soda
Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan-bahan sekali dengan air atau susu kotak.Ok part air ni, pakai air putih biasa boleh, pakai susu kotak pun boleh, isi sikit-sikit sampai dapat konsistensi yang tak terlalu pekat, tapi tak terlalu cair. Anggaran setengah cawan air dulu. Isi sikit sikit tau. Jangan tuang semua. Sikit sikit. Sampai dapat pekat tak pekat, cair tak cair.
2. Dah siap bancuh, perap setengah jam. Pastu masak. Masak jangan letak minyak atau marjerin. Pakai nonstick pan. Baru cantik kulit. Tapi kalau takde nonstick pan takpe,letak je marjerin atau minyak, ok je. Kita buat dia.
Selamat mencuba!
Boleh guna kuali nonstick dari Coowin Detachable Marble Cookware Setini. Khas buat pembaca Mingguan Wanita boleh dapatkan diskaun RM5 apabila masukkan kod berikut. MWGSP5
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.