Risiko bila memasak, kalau leka sedikit, mahunya berkerak bahagian bawah. Ini belum lagi kalau makanan yang kerap di panaskan dalam periuk yang sama. Satu kerja pula nak bersihkan sampai boleh lenguh tangan nak menyental.
Ada sestengah mak-mak, tak sanggup nak cuci periuk berkerak, akhirnya akan buang saja. Walaupun sayang tapi kesan kotoran tu tetap tak hilang. Daripada buat ‘sakit hati’ dengan kesan keraknya, baik buang saja.
Biasanya begitulah mak-mak bila ada periuk berkerak dan masakan hangit di bahagian bawahnya. Ini belum lagi keranya di bahagian bawah akibat dimamah api. Sayang memang sayang tapi kalau bersih pun masih tak tanggal, inilah jalan terakhirnya.
Jangan risau dan jangan dibuang, ada cara yang boleh bantu mak-mak bersihkan periuk berkerak. Inilah yang dikongsikan oleh Susun Atur Sioca. Cuma guna dua bahan saja. Mesti berkilat kembali.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Perasan tak, ada masa bila kita potong sesuatu ia jadi tak kemas atau hancur. Bukan sebab pisau tak tajam tapi salah jenis dan kegunaanya. Kena tahu pisau ada jenis-jenis dan kegunaannya yang tersendiri. Lagi pula untuk kegunaan harian di dapur. Bukan main sebarang guna je. Barulah memudahkan kerja memasak dan urusan potong memotong.
Untuk tahu lebih lanjut, tambah ilmu mengenai jenis pisau ini daripada perkongsian amatur yang dikongsikan oleh Mohd Faeez Harith di page Tukang Apa Hari Ini sebagai rujukan.
“Saya menjadi tukang sembelih musim korban sejak 2012, dari situ lelaki belajar jenis pisau dari tukang-tukang lama dan tukang-tukang masak.”
JENIS-JENIS PISAU DAN KEGUNAANNYA
1)Paring Knife
-Pisau kecil dengan saiz bilah biasanya 3 inci panjang, digunakan untuk potong bawang atau kupas kulit buah-buahan atau sayur dan sebagainya.
2)Boning Knife
-Pisau berbilah boleh lentur untuk kegunaan menceraikan tulang dari isi serta memotong bahagian-bahagian rawan dan sambungan tulang belulang.
3)Filleting Knife
-Digunakan untuk menghiris nipis daging atau memisahkan isi ikan dari tulang.
4)Cleaver
Pisau pemotong serba guna dan boleh digunakan untuk menetak bahagian tulang atau cengkerang.
5)Skinning Knife
-Gunanya untuk menceraikan daging dari kulit.
6)Butcher Knife
-Untuk memotong daging,atau sembelihan.Variasi saiz bilah berbeza untuk sembelihan, 6 inci ke atas untuk kambing,lembu bersaiz sederhana
9 inci dan ke atas untuk lembu bersaiz besar atau kerbau.
Ada beberapa variasi bentuk juga.Yang kepunyaan saya ini jenis ‘bullnose’
7)Kitchen/Chef Knife
-Pisau serbaguna di dapur
8)Serrated / Bread knife
-Pisau bergerigi untuk memotong roti,kek dan sebagainya.
Penting;
a) Kalau di dapur anda hanya perlu ada sekurang-kurangnya 3 bilah sahaja pisau iaitu pisau bernombor 1,4, dan 7.Yang lain kalau ada kira bonus!
b)Jenama pisau ada pelbagai dan tak semestinya kualiti pisau bergantung pada jenama semata-mata.Yang lebih mustahak ialah cara penggunaan yang betul selain pengendalian pisau selepas digunakan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini pastikan guna pisau mengikut jenis dan kegunaannya. Tak semestinya kena ada pisau yang berjenama, paling penting kena tahu gun dan kendalikan pisau selepas digunakan.
Kerja-kerja memasak di dapur akan jadi lebih mudah jika kita tahu caranya yang betul.Bagi mak-mak yang suka guna santan perahan berbanding santan kotak, ada petua untuk menjadikan santan tersebut lebih pekat dan mudah diperah. Bukan apa, jika kelapa parut terus diperah, santannya lebih sikit dan cair.
Boleh rujuk perkongsian petua untuk jadikan santan lebih pekat oleh Puan Nursyahida Al-Hashimy ini sebagai panduan;
“Tips supaya santan perahan lebih pekat.Mungkin ada yang dah tahu tips ni n biasa buat. Mungkin ada yang belum tahu.Kepada yang biasa guna santan kotak dilarang keras untuk ikut tips ni.”
Caranya:
1. Untuk akak-akak atau mak-mak yang suka masak guna santan asli dari isi kelapa parut (orang utagha panggil kukoq nyoq) sebelum perah isi kelapa yang dah parut tu boleh blend dulu dengan air suam. Air jangan terlalu banyak nanti santan tak berapa pekat.
2.Lepas tu tuang dalam penapis macam biasa dan hampas kelapa tu masukkan balik ke dalam blender.Kemudian, ulang langkah yang sama sampai dapat jumlah santan yang nak. InshaAllah, santan akan jadi lebih pekat.
Cara ni mak saya ajar masa mula-mula saya belajar masak zaman remaja dulu. Alhamdulillah, sampai sekarang anak dah sorang masih ikut cara ni.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Jika guna santan kotak kalau tak habis dan nak simpan lama..letak tempat beku. Bila nak masak keluarkan biar santan sedikit cair, tambah air panas suam dan kisar. Santan tak akan berketul dan pekat semula. Sama jugak untuk kelapa parut yang dibekukan.
MW: Terima kasih berkongsi tip dan petua ini. Sangat bermanfaat terutamanya bagi mak-mak yang tak tahu dan wanita masih belajar memasak, boleh cuba petua yang dikongsikan ini.
Musim persekolahan bermula, banyak belanja yang mak ayah perlu keluarkan untuk anak-anak. Selagi mana boleh berjimat, usahakan agar boleh digunakan kembali tak perlu membazir, serba serbi nak beli baru. Salah satunya baju uniform sekolah anak-anak. Jika dinila dengan cara yang betul, baju putih tersebut akan nampak seakan baru. Malah nak lebih senang, mak-mak boleh nila je dalam mesin basuh, kesannya baju cantik warna putih kebiruan sekata dan tak bercapuk.
Jemput baca perkongsian Puan Syaiful Ainiini sebagai panduan cara menila baju sekolah anak.
Nak share tips senang nak NILA baju sekolah anak. Saya nila baju sekolah anak guna nila cair Ujala macam dalam gambar. Setakat ni masih setia dengan baju jenama ‘Canggih’ sebab sukakan material dia yang sejuk dan cotton seakan licin (mudah iron dan mudah hilang kotoran) dan saya bukan jenis beli baju baru tiap-tiap tahun, akan pakai selagi boleh pakai.
Caranya:
1. Rendam Baju Sekolah, Basuh Guna Mesin Basuh
Basuh baju bersih-bersih, kalau ada yang perlu rendam boleh rendam dulu. Saya rendam baju sekolah anak guna vanish + dynamo + air suam-suam panas. Kadang vanish tu tukar guna sabun champaca. Hasil dia lebih kurang je. Basuh dengan mesin macam biasa je, saya tak rajin nak sental-sental baju anak, semua jenis masuk je dalam mesin. Basuhan biasa saya guna dynamo. Kalau setakat kotoran biasa, tak perlu rendam. Just basuh macam biasa je, memang akan hilang kotoran tu.
2. Isikan Air Nila Dalam Mesin
Dah siap basuh, bilas hingga bersih macam biasa dan spin. Kosong kan ruang basuhan untuk diisikan air nila. Isi air ngam-ngam boleh putar hingga tenggelam baju je. Kalau baju canggih tak yah risau untuk terlebih nila sebab biru yang melekat kat baju tu akan maintain cun je macam dalam gambar. Kalau nila baju biasa yang licin tu kan hati-hati sikit, jangan terlebih letak nila sebab nanti akan jadi biru pekat.
3. Masukkan Baju, Pusing, Bilas Dan Spin
Lepas dah isi air dan nila, putar je mesin tu hingga sebati air dan nila. Baru masukkan baju putih sehelai-sehelai dan teruskan je pusing sampai abis. Kalau mesin saya dalam 15 minit juga pusing. Dah abis pusing terus buang air dan bilas sehelai-sehelai dan masuk semula tempat spin. Spin macam biasa dan jemur hingga kering. Siap dah baju sekolah yang bernila. Insya Allah takkan ada nila yang bercapuk kat baju.
Gambar A tu baju abang yang lama dan baju adik yang baru. Baju 2019 tu dah pulun pakai setahun dah. Untuk abang tahun ni tak beli baju baru dah, guna baju lama je semua. Bila compare baju lama dan baju baru, tak jauh beza pun rupanya. Masih nampak seakan baru.
Gambar B tu baju baru dengan baju yang pakai 2 tahun dah. 2018 masa abang mula-mula masuk darjah 1. 2020 bagi baju tu ke adik. Ni gambar sebelum iron. Kain dan warna masih elok lagi walau dah pakai 2 tahun. Pelaburan berbaloi lah sebab tak perlu nak beli yang baru tiap-tiap tahun. Tapi kalau jenis anak cepat membesar, tak dan setengah tahun dah ketat tu kan lah kerap beli yang baru.
Sekian sahaja tips yang paling senang untuk menila baju tanpa risau baju bercapuk.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika baju sekolah anak masih elok, tak salah gunakan kembali dan tak perlu membazir beli baru. Ikut tip nila baju cara ni, tiada lagi masalah baju anak bercapuk dan baju pun seakan baru.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...