Biar pun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ramai yang alpa lalu menjalani kehidupan seharian seperti sebelum ini. Dengan tidak rasa bersalah membawa anak-anak keluar membeli keperluan dan tidak kurang juga melepak di kedai makan.

Beringatlah negara kita masih belum bebas Covid-19, malahan barisan hadapan masih berjuang berhabis-habisan. Jika semua mengambil mudah dan tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan, tidak mustahil PKP akan dilaksanakan semula.

Jangan Ambil Mudah, PKP Mungkin Akan Dilaksana Semula

Kerajaan mendapati masyarakat seolah-olah mengambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seolah-olah tiada undang-undang.

IKLAN

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada orang ramai mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, contohnya semalam beliau menerima video tular mengenai keadaan orang ramai di warung di Kampung Pandan dan menyangkakan ia adalah palsu.

IKLAN
Jadi, saya menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum beliau mengesahkan ia adalah berita benar.

“Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melonggarkan, rakyat mesti patut kerana bimbang kes baru akan berlaku dan kes positif Covid-19 meningkat.

“Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

IKLAN

Ismail Sabri berkata, jika berlaku ketidak patuhan, bukan mustahil, PKP Fasa 1, 2 dan 3 akan diperkenalkan semula.

Bergantung Kepada Rakyat Patuh PKPB

Beliau berkata, jika rakyat mahu terus menikmati PKPB atau mungkin menyaksikan ia ditamatkan, semuanya bergantung kepada pematuhan rakyat.

“Tidak mustahil kembali ke PKP dan pergerakan terbatas semula. Jadi lebih baik rakyat patuh dan PKPB ditamatkan sebelum kita bebas bergerak semula dengan SOP diperkenalkan nanti.

“Pesanan saya, teruskan berada di rumah, patuh kepada undang-undang dan saranan kerajaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MW: Setelah kita mematuhi beberapa fasa PKP sebelum ini dengan baik, jangan pula bila PKPB dilaksanakan kita menjadi terlampau bebas hingga merosakkan segala usaha yang kita lakukan selama ini. Jadi beringatlah sebelum keadaan bertambah buruk. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI