Setelah keluar daripada rumah keluarga pada hari Khamis lalu, mereka tidak mampu menyewa, tujuh beranak terpaksa berhimpit tidur dalam kereta.
Ternyata bukan mudah apatah lagi mengenangkan anak-anak masih kecil dan terpaksa menumpang stesen minyak dan sungai untuk mandi serta bersihkan badan.
Tujuh Beranak Terpaksa Berhimpit Tidur Dalam Kereta
Tujuh beranak yang ditemui di Taman Mawar Lestari, Selama, Perak terpaksa menjalani kehidupan ala nomad dengan bermalam dan berhimpit dalam Proton Wira sepanjang tiga hari.
Saliza Samat, 38, serta suami, Mohd Hazrul Haris, 43, menjadikan kereta berkenaan sebagai tempat tinggal sementara bersama lima anak mereka berusia dua tahun hingga 15 tahun.
Saliza berkata, keadaan lebih sukar apabila Mohd Hazrul yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori tidak bekerja sejak dua tahun lalu berikutan kecacatan fizikal dan mental dialami manakala dia pula hanya suri rumah.
Hidup Berubah Selepas Berhijrah
Katanya, semuanya bermula apabila mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Kuala Selangor, Selangor nekad berhijrah ke kampung halaman Mohd Hazrul di Ulu Mengkuang di sini, sejak setahun lalu.
“Namun kami kemudiannya keluar daripada rumah keluarga demi kebaikan semua.
“Kami keluar dari rumah itu Khamis lalu. Sejak itu, kami tujuh beranak bermalam dalam kereta selain menjadikan sungai serta stesen minyak sebagai lokasi untuk kami mandi, solat dan sebagainya,” katanya.
Menurut Saliza, mereka tidak mampu mencari rumah sewa kerana ketiadaan wang.
Katanya, dia dan suami sedih dengan keadaan yang perlu dilalui anak-anak namun mereka tiada pilihan.
“Kami sedih mengenangkan nasib ini yang turut perlu dilalui anak-anak, syukur kerana anak faham.
Ads
“Syukur juga kerana ada pihak yang prihatin dengan keadaan kami datang menghulurkan bantuan dengan menyediakan tempat berteduh sementara hingga hari ini,” katanya.
ADUN Hulurkan Bantuan
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta Muhammad Arafat Varisai Mahamad berkata, pihaknya menghulurkan bantuan dengan membenarkan keluarga itu berteduh sementara di Pejabat PKR Selama.
Katanya, pihaknya mendapatkan rumah sewa yang akan dihuni keluarga itu bermula hari ini dengan bayaran sewa RM500 sebulan yang dibayarkan pihaknya selama tiga bulan.
Pada masa sama, menurutnya, pihaknya turut mendapatkan barangan keperluan rumah dan dapur buat tujuh beranak itu.
Mingguan Wanita : Tidak dapat bayangkan keadaan mereka tujuk beranak terpaksa tidur berhimpit-himpit dalam kereta yang sempit. Ternyata Covid-19 memberi impak yang sangat besar bila ketua keluarga hilang kerja untuk menampung keluarga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Pertama Kali Alunan Merdu Ayat Quran Berkumandang Ketika Upacara Pembukaan PIALA DUNIA. Sungguh istimewa upacara pembukaan Piala Dunia yang pertama kali diadakan di Qatar ini.
Piala Dunia Fifa Qatar edisi ke-22 ini berjaya menarik perhatian dunia apabila mengalu-alukan para peminat bola sepak seluruh dunia dengan alunan merdu ayat al-Quran. Ia disampaikan oleh Qari remaja OKU berusia 20 tahun, Ghanim Al Muftah, yang juga duta Piala Dunia Fifa.
Lebih istimewa Ghanim, merupakan remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilahirkan tanpa kaki iaitu mengalami kecacatan perkembangan tulang belakang (Caudal Regression Syndrome) , muncul bersama pelakon pemenang Oscar Morgan Freeman.
Segmen ‘The Calling’
Segmen pembukaan bertajuk ‘The Calling’, pelakon Morgan Freeman yang juga pemenang Oscar bertanyakan soalan;
“Kita semua berkumpul di sini dalam satu suku besar”.
“Bagaimana banyak negara, bahasa dan budaya boleh bersatu jika hanya satu cara diterima?”
Surah Al Hujurat Ayat ke-13
Lantas sambil tersenyum, Qari Ghanim Al Muftah mengalunkan petikan dari Surah Al Hujurat Ayat ke-13 berserta terjemahannya.
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
“Bola sepak menyatukan pelbagai dengan ‘permainan yang cantik’. Apa yang menyatukan negara-negara juga membawa bersama menyatukan masyarakat.” tambah Freeman.
Pertama Kali Diadakan Di Timur Tengah
Budaya masyarakat Badwi Qatar telah dipamerkan pada hari Ahad semasa upacara pembukaan Piala Dunia Fifa baru-baru ini.
Raja Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani merasmikan upacara pembukaan dengan mencium tangan ayahnya dan mengalu-alukan dunia ke acara terbesar bola sepak itu, yang juga kali pertama diadakan di negara Timur Tengah.
“Dari Qatar, dari dunia Arab, saya mengalu-alukan semua orang ke Piala Dunia 2022,” kata Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
“Betapa indahnya orang boleh mengetepikan apa yang memisahkan mereka untuk meraikan kepelbagaian mereka dan apa yang menyatukan mereka.” Kemudian, bunga api meletup dari bumbung stadium Al Bayt.
Piala Dunia 2022 bermula dengan rekod tercipta apabila Qatar muncul tuan rumah pertama tumpas dalam aksi pembukaan selepas tunduk 0-2 kepada Ecuador di Stadium Al Bayt, awal pagi tadi. Pertembungan Qatar-Ecuador secara rasmi membuka edisi ke-22 Piala Dunia.
Mingguan Wanita:Alhamdulillah.Indahnya apabila alunan petikan bacaan alquran berserta terjemahannya diperdengarkan buat pertama kali nya di upacara pembukaan, bertaraf dunia ini. Semoga menjadi ikutan buat negara dunia lain.
Isu berhijab kembali hangat diperkatakan apabila seorang pelakon dan usahawan tampil tidak berhijab baru-baru ini. Perkara tersebut mendapat liputan meluas dan ramai memberikan pandangan masing-masing mengenai perkara tersebut.
Namun bagi pelakon Aprena Manrose, dia mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak berhijab selepas mengambil keputusan menutup aurat sekitar dua tahun lalu.
Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkata, lumrah sebagai manusia biasa apabila iman mereka diuji sebegitu, lebih-lebih lagi ketika berusaha untuk istiqamah ke arah kebaikan.
“Tapi dengan doa yang membuatkan saya terus kuat. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab isu menutup aurat ini adalah perkara sensitif,” katanya kepada Mingguan Wanita baru-baru ini.
Ujar anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan Syahman itu lagi, individu sekeliling juga menjadi faktor yang mempengaruhi tahap keimanan seseorang untuk kekal istiqamah. Meskipun mempunyai figura seorang bapa yang mendalami bidang agama, Aprena pernah berkongsi perasaan dengan bapanya mengenai perkara mengenai hijab ini.
“Papa kalau tiba-tiba Aprena rasa nak bukak tudung boleh tak?. Hanya satu jawapan papa yang melekat di hati saya iaitu “Kalau you sempat bertaubat Alhamdulillah, kalau tidak… Tapi dia sentiasa memberi nasihat dan setiap kali berjumpa, saya sentiasa meminta papa mendoakan saya,” ujar Aprena ketika ditemui Mingguan Wanita.
Aprena yang ditemui di majlis memperkenalkan pelakon Wanna Ali sebagai duta produk Millefelur di Hotel Royale Chulan, Damansara semalam turut berpendapat doa daripada ahli keluarga terutama suaminya, sebagai ‘perisai’ untuk dirinya kekal istikamah untuk menutup aurat.
“Selain tuntutan agama, salah satu sebab saya masih kuat (istikamah) adalah kerana suami, Mohd. Afiq Hazman. Insya-Allah dengan berkat doa daripada keluarga, bapa dan juga suamu, itu yang membuatkan saya kuat. Bagaimanapun, saya tidak tahu ke depannya nanti bagaimana. Kalau satu hari nanti nampak saya tidak lagi berhijab, maka saya tidak lagi bertudung.
Kata Aprena lagi, dia tidak menganggap berhijab menjadi punca rezekinya dalam bidang lakonan berkurangan, cuma dia berpendapat wataknya mungkin agak terbatas selepas menutup aurat.
“Dalam dunia lakonan, sebelum saya berhijab, watak yang ditawarkan kepada saya lebih banyak dan luas. Tapi bila dan mula menutup aurat, produksi mungkin hormat dengan penampilan kita.
“Jadi tawaran berlakon itu menjadi kurang. Tapi itu bukanlah masalahnya. Rezeki saya tetap ada. Lagi pun saya tidak terfikir pun memakai hijab menjadi punca rezeki saya disekat,” katanya.
Terdahulu, Aprena yang juga adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu mula berjinak-jinak untuk berhijab sejak Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya tidak lama kemudian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
10 tahun pikul hutang & bakal langsai awal 2025, Individu kongsi “kebodohan”yang boleh dielak sebelum terjerat. Tak berhutang tak ada harta. Inilah antara kata-kata biasa dengar. Lain lahir dari dulang emas, tiada masalah kerana duit tak habis 7 keturunan. Ramai orang berhutang khususnya pembelian rumah, kereta dan lain lagi.
Ada separuh berhutang kerana gaya hidup serta tersalah membeli hingga terjerat dengan hutang seumur hidup terutama hutang kad kredit hingga perlu buat dua tiga jenis kerja untuk mencukupkan perbelanjaan. Malangnya masih belum mencukupi hingga diburu ah long dan peminjam wang berlesen.
10 Tahun Pikul Hutang & Bakal Langsai Awal 2025
Namun satu perkongsian dari seorang individu tanpa nama di FB Muflis Bangkrup di Malaysia, dirinya berkongsi “kesilapan” yang nampak agak kecil tetapi sebenarnya menjerat diri ke kancah hutang.
Kisahnya boleh dijadikan pengajaran agar tidak membuat kesilapan yang pernah dilakukannya. Ikuti kisahnya.
Selepas 10 tahun bekerja dan memikul komitmen yang besar, insyaAllah selebihnya akan selesai pada awal 2025.
“Saya melihat kepada benda-benda yang menjerat ramai orang ke arah keberhutangan.
Individu Kongsi “Kebodohan” Pernah Dilakukannya
Di bawah ini adalah senarai pengalaman bodoh saya sebagai seorang yang tidak pandai mengawal kewangan.
Semua benda yang boleh di lowgradkan tapi dibeli secara installment. Contoh, produk water filter yang dibayar secara installment setiap bulan, walhal ada lagi yang boleh diberi harga berpatutan dan berkualiti.
Contoh :
Penapis A : cash rm500
Penapis B : RM79 ( INSTALLMENT ) X 5TAHUN
HOME WIFI :- Sedangkan sekarang phone boleh unlimited + hotspot.
Mengambil kereta pada paras kemampuan GAJI end up with tak mampu bayar dek komitmen lain. Jadi saya rasa, biarlah kereta dibeli yang bulanan kurang dari KELAYAKAN GAJI kita. Berjaga-jaga demi kesihatan mental sendiri.
RUMAH! dek kerana USIA MUDA HARUS MEMILIKI RUMAH sendiri.
Sikap boros dan BERBELANJA.
Membeli TV BESAR kononnya trend sekarang walhal belum tentu lagi tv dibuka.
A***o walhal sekarang ada banyak apps lain yang boleh dipakai dengan 1 peranti.
Sekian dari saya yang setiap hari belajar daripada semua kesilapan ini, walau pun selalu tersasar. Semoga kamu, kamu, saya dan kita semua diberikan kemudahan, kelapangan, dimewahkan rezeki untuk melunaskan segala komitmen dan sekecil-kecil hutang.
Kepada adik-adik yang baru melangkah ke penjawat awam, aturlah kewangan anda sebaik mungkin.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!