Sudah namanya ibu, walaupun hanya ibu angkat tetapi sudah tentu perkara ini membuat wanita ini sedih bukan kepalang. Bayangkan menjaga anak angkat yang pada masa itu baru berusia dua bulan dan kini telah pun menginjak usia enam tahun.
Berat ujian ini, namun sudah tiba masanya untuk tepati janji. Walaupun sedih, ibu angkat ini tiada niat untuk berebut dan redha kembalikan semula pada ibu kandungnya. Siapalah dia dan dayanya untuk menolak kenyataan yang sebenar.
Sudah Tiba Masanya, Tiada Niat berebut
“Kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini kerana tahu satu hari nanti pasti akan berpisah dengan adik.
“Cuma, emak saya yang paling sedih kerana terlalu sayangkan adik memandangkan sudah menjaganya sejak kecil lagi,” kata Tuhfah Nazihah Md Tarmidi.
Tuhfah Nazihah, 25, meluahkan kesedihannya itu apabila adik angkatnya, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 6, atau lebih mesra dipanggil Amir diserahkan semula kepada keluarga kandungnya.
Memang Sedih, Tiba Masanya Kembalikan Pada Ibu
Dalam satu video dimuat naik Tuhfah Nazihah di Facebook (Fb), ibunya, Norlida Hassan, 47, dan adik-beradiknya yang lain menangis sambil memeluk Amir ketika perpisahan itu.
Mereka dilihat menyampaikan pesanan terakhir kepada Amir sambil mencium pipinya.
Berkongsi kisah sebenar, Tuhfah Nazihah berkata, video itu dirakam Selasa lalu oleh adiknya, Tuhfah Nazira, 22.
“Pada malam itu, ibu kandung adik (Amir) datang ke rumah emak saya di Rawang ditemani suaminya untuk mengambil semula Amir.
Ads
“Mereka datang dengan mengejut dan itu yang membuatkan kami sekeluarga tidak bersedia kerana mengikut persetujuan sebelum ini, ibu kandung adik mahu mengambil adik apabila usianya 10 tahun.
“Namun, kami tidak dapat berbuat-apa kerana menghormati permintaan ibu kandung adik dan melepaskannya pergi walaupun dengan berat hati.
“Lagipun, niat asal kami hanya membantu menjaganya dan tidak pernah terlintas memisahkannya dengan keluarga kandung,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Redha Kembalikan Semula Pada Ibu Kandungnya
Menurut Tuhfah Nazihah, sehingga kini, ibunya masih bersedih kerana sudah lama menjaga Amir malah menyayanginya seperti anak kandung sendiri.
“Adik seorang yang ceria, petah berkata-kata dan cukup rapat dengan emak selain adik ketiga saya (Tuhfah Nazira).
“Jadi, pemergian adik memang memberi kesan terutama buat emak kerana kehadirannya selama ini menjadi penyeri serta penyejuk hati kami sekeluarga,” katanya.
Berkongsi perihal adik angkatnya itu,Tuhfah Nazihah berkata, Amir dijaga ibunya sejak berusia dua bulan.
“Tidak lama selepas tamat berpantang, ibu kandung adik yang juga rakan saya meminta bantuan untuk menjaga adik.
Ads
“Kebetulan, emak memang sukakan budak jadi dia tidak keberatan untuk menjaga adik.
“Emak sudah terangkan pada adik mengenai statusnya dan dia faham malah ia sedikitpun tidak membuatkannya berasa tersisih.
“Cuma, kami sangka dapat menjaganya lebih lama, sekurang-kurangnya sehingga dapat mengajarnya mengaji dan solat dengan betul tetapi hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.
Di sebalik perpisahan itu , Tuhfah Nazihah yakin Amir akan dijaga dengan baik oleh keluarga kandungnya.
“Adik kenal ibunya kerana kami sekeluarga pernah mempertemukan mereka beberapa kali sebelum ini terutama ketika Aidilfitri.
“Cuma, mungkin adik perlu membiasakan diri tinggal di rumah baharu ,” katanya.
MW: Kasih seorang ibu, tiada bezanya sama ada pada anak sendiri atau anak angkat. Semoga ibu ini terus menghadapi ujian ini. Sudah tentu apa yang dia lakukan selama ini dalam membesarkan anak angkat mendapat balasan pahala yang berlipat ganda. Insyallah.
Mak Ayah amatlah digalakkan mendidik dan melatih anak-anak berpuasa ketika mereka yang masih kecil. Salah satu perkara sunnah yang amat dituntut ketika berpuasa adalah dengan bersahur sebelum masuknya waktu Subuh. Bagi kita yang dewasa ini mungkin tak jadi masalah, namun bila melatih anak-anak yang masih kecil untuk bersahur di subuh hari mungkin pelbagai ragam dan ‘drama’ dapat disaksikan.
Alahai comelnya melihat perkongsian video gelagat comel anak-anak Shuib (Sepahtu) atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad,34 di instagram baru-baru ini.Rasanya bukan Shuib dan Siti Sarah je yang alami situasi ini, ramai mak ayah lain juga yang hadapi keadaan sama sabar dalam melayan ragam anak-anak bangun makan waktu bersahur.
Didalam video tersebut, menunjukkan anak sulung pasangan ini Uwais Alqarni,7 dan Dzahira Talita Zahra,5 makan sahur dengan mata yang tertutup di meja makan. Meskipun mengantuk namun tetap kuat semangat untuk bersahur dan berpuasa. Uwais disuap oleh atuknya Raissuddin Hamzah,62 yang juga merupakan ayah kepada Siti Sarah manakala Talita pula disuap oleh Shuib sendiri.Pasangan ini turut memiliki seorang lagi anak lelaki iaitu Ariq Matin,3.
Berikut antara perkongsian video tersebut:
“Anak Siapa Kalau Sahur Macam Ni…Sahur Mata Tutup”
Perkongsian video ini berjaya menarik perhatian para pengikut pasangan ini malah mereka juga berkongsi pengalaman yang sama.
sharipah78Bukan anak-anak je sahur tutup mata kadang-kadang saya pun sama tak larat nak buka mata.hahaha.. Serius comel
juneyusAnak saya kadang-kadang je pejam mata kalau time ngantuk sangat sebab malam tidur lambat, tapi lepas sahur je terus bammm tidur.
alehnoraBiasalah tu masih budak bateri belum cukup cas, tu pasal susah sangat buka mata,janji dia ada puasa dan makan sikit.Jagankan budak kecil kita orang besar ni pun susah sangat nak bangun sahur nasib baik ada alarm yang buat bising.Dahlah nak bangun sediakan makanan untuk family lagi.
aiyn_dear09Comel je talita dengan uwais hahaha..
haizahmohdHahaha..kalau anak saya siap tertidur balik.. makanan dalam mulut, cuit pipi, dia kunyah lagi.
leeya_asyikinYa Allah comel-comelnya. Nasib mahu juga mengunyah.
63_ijah12Samalah pengalaman saya masa anak-anak kecik baru nak belajar puasa. Suapkan mengunyah sambil mata pejam. Elok bagi dia orang minum susu kenyang sikit @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin.
anahazlianaAnak saya pun gini juga. Nama pun sama uwaiz gak.Adoiiiila uwaiz-uwaiz.
afidahmastor Anak dah darjah 5 pun kalau sahur nasi memang kena suap, tidak nanti ada la muka tersembam dalam pinggan nasi.
fajehanKenangan termanis buat ibu bapa, nanti bila anak-anak dah besar dah tak dapat lalui kenangan ni.
amni_zuHahahaComel, puasa penuh dah ke anak-anak ni..baiknye la bangun sahur walaupun mata tutup lagi.
salinasanifBukan budak je kekadang mak & bapak budak pun mata tutup makan nasi.
zaa1958 Alhmdulillah.Kecik-kecik dah diajar berpuasa, tahniah shuib & sarah juga atuknya.
Ternyata bulan Ramadan merupakan bulan merapatkan hubungan kekeluargaan serta peluang mak ayah dalam mendidik dan melatih anak-anak kewajipan Rukun Islam keempat ini. Namun mak ayah perlu ingat iya, berpuasa bagi anak-anak adalah tidak wajib, biarlah mereka dilatih mengikut kemampuan diri. Kenangan bersahur dengan anak-anak sewaktu mereka kecil ini mungkin menjadi antara kenangan terindah buat mak ayah bila mereka dah besar nanti.
Jangan pandang sebelah mata. Siapa sangka, kucing jalanan yang tidak bertuan dan hanya makan sisa makanan ini menjadi popular dan daya tarikan pelancong.
Inilah yang berlaku pada kucing jalanan bernama Gacek. Ia kucing berwarna hitam putih yang mempunyai berat badan berlebih dan menjadi tarikan pelancong di bandar Szczecin, Poland.
Seperti yang kita ketahui, Poland mempunyai banyak tempat menarik untuk kunjungan pelancong. Antara yang popular ialah Istana Duke Pomeranian dan Taman Kasprowicza.
Namun, salah satu tarikan lain yang dikatakan viral sekarang ini ialah seekor kucing jalanan yang gemuk bernama Gacek. Ia menjadi terkenal pada tahun 2020 selepas satu berita yang menyiarkan kucing ini dalam videonya sehingga tular di media sosial.
Meurut seorang wanita tempatan, Gacek muncul di Jalan Kaszubska, pusat bandar Szczecin sejak 10 tahun lalu. Dari situ, ramai orang memberi makan dan membelainya. Daripada seekor kucing yang kurus, ia menjadi kucing yang gempal dan lebih comel.
Dalam pada itu, Gacek telah mendapat banyak pencarian di Google iaitu lebih banytak daripada tarikan lain di Szczecin sehingga menjadi tarikan pelancing tertinggi di bandar itu.
Selain itu, ia turut dikenali sebagai “King of Kaszubska Street”, Gacek tinggal di dalam kotak kayu berbumbung di luar kedai di Kaszubska Street. Walaupun ia tidak mempunyai pemilik tetapi peniaga kedai yang berhampiran bertindak sebagai peniaga.
Terdapat papan tanda di luar rumahnya antara lain bila orang yang lalu-lalang boleh meninggalkan apa-apa makanan di dalam bekas tertutup untuk diberikan kepada kucing itu.
.
Apa yang menarik, ada sesetengah pengunjung turut berinteraksi dengan Gacek dan merasakan ia seorang yang sangat kacak dan hebat. Tak kurang juga yang melhat Gacek suka menggaru tangan dan mencuri sosej, seolah-olah mengatakan dirinya dicemburui kerana populariti yang dimilikinya.
Penyakit Kanser menyerang tanpa mengira usia dan bila waktunya. Meskipun telah disahkan bebas dari sel kanser, tak mustahil jika ia boleh kembali menyerang. Apa yang penting tetap terus berjuang melawan penyakit ini, berani menjalani segala prosedur atas nasihat doktor.
Ketika saat ini, sokongan moral daripada anak-anak dan suami juga sangatlah penting dalam berjuang menghadapi penyakit ini. Sesibuk mana pun bekerja dengan pelbagai tugasan, anak-anak dan suami kena luangkan masa untuk memberi sokongan dan semangat positif pada pesakit.
Semalam, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 27 yang merupakan Ahli Parlimen Muar sempat meluangkan masa bergegas menziarahi dan menemani ibunya di hospital di Johor dalam kesibukan menghadapi sidang dewan di Parlimen.
Bekas Menteri Belia dan Sukan ini ada berkongsi di laman Instagramnya menceritakan bahawa ibunya merupakan seorang pejuang Kanser Payudara sejak 2013. Selepas 7 tahun, sel kanser tersebut kembali dan dikesan 2 minggu lalu.
Beliau turut meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan mamanya Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz,57 yang akan menjalani pembedahan membuang sel kanser.
“Terpaksa tinggalkan Parlimen awal untuk ke Johor, demi mama.”
“My mum is a fighter.In 2013, she won the battle against breast cancer.”
“2 weeks ago, we found out that the breast cancer is back.”
“Tomorrow mama will be going through her operation to remove the cancerous cells.”
“Saya harap rakan-rakan boleh doakan untuk kesihatan mama.”
“Stay strong ma. I will be there with you all the way.”
MW: Sokongan moral dan kata-kata positif dari anak-anak dan ahli keluarga sangrus berjuang melawan penyakit ini. Semoga ibu kepada Ahli Parlimen Muar ini, terus cekal, diberikan kesembuhan dan kesihatan kembali pulih seperti sedia kala.
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...