Hari Sabtu Ahad, rasanya hari cuti buat mak-mak setelah menempuh lima hari waktu bekerja. Bersiap bukan untuk dirinya tetapi seluruh keluarganya. Bangun awal pagi, menyiapkan sarapan, mengemas rumah sebelum ke pejabat.
Malamnya pun menyediakan makan malam dan membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah. Ini belum lagi termasuk kerja-kerja sampiang sepeti melipat baju, mengemop lantai dan sebagainya.
Boleh dikatakan bila waktu cutilah mak-mak akan balas dendam untuk berehat daripada kerja-kerja rutin yang dilakukan sepanjang minggu itu. Namun, betulkah mak-mak boleh bercuti dengan tenang?
Rasanya, bercuti atau tidak, kerja rumah tetap kena jalan. Kalau tak jalan, mahunya huru hara rumah. Segala keperluan untuk keluarga kena uruskan juga. Maknanya, cuti atau tidak sama sahaja bagi mak-mak kan.
Itulah yang dikatakan dalam perkongsian Farizal Radzali tentang cuti mak-mak. Mmang ada benarnya.
Hari-hari kerja. Bangun pagi, kerja. Balik kerja, kerja. Tak de cuti ke untuk emak ni?
Ads
Ada…. Mesti ada.
Cuti kerja biasanya hari sabtu ahad tapi bila ada cuti umum, dapatlah emak ni cuti. Wahhh… Bestnya, sesekali bangun pagi hari Rabu tak payah pergi kerja! Yes! Best oooo….
Pagi hujan, anak-anak baru bangun tidur. Mesti semua lapar. Masak lempeng sedap ni, makan dengan kopi panas. Eh, nasi semalam banyak lebih, goreng la.
Dah alang-alang cuti ni, kemas almari anak-anak la. Tengok pula cadar katil dah lama tak basuh. Basuh dulu la, dah alang-alang cuti kan.
Eh, barang dapur banyak dah kurang, keluar jap beli barang dapur. Balik dah tengah hari.
Haritu anak ada kata, “lama dah mak tak masak nasi ayam.”
Mak jawab “Alaa, takat nasi ayam, beli je kat pasar malam.”
Ads
Lalu anak balas, “Tapi kan mak, mak punya nasi ayam paling sedap.”
Lebar senyum mak kan bila anak puji. Senyum sendirian kat tepi sinki. Ok, dah alang² cuti hari ni, kita masak nasi ayam spesial.
“Wahhhh!!! Mak kemas almari adik ke? Cantiknya. Terima kasih mak. Dah jumpa balik seluar adik yang hilang haritu.” Kata si bongsu dari biliknya. “Lain kali sepah lagi mak taknak kemas dah” mak sahut dari dapur. Gembira dengar anak gembira.
Lepas siap masak, tgk anak-anak makan dengan seleranya. Gembira lagi.
Bila lepas makan, angkat kain kat ampaian. Lambat nanti risau hujan pulak. Dah angkat kain tu, kena la lipat kan. Tup tup hari dah petang.
Ads
“Mak, malam ni ada citer best kat tv.” Kata si anak. “Wah, ingatkan mak tau, mak nak tengok” sahut si emak. “Mak, cerita mak dah start,” panggil si anak. “Haa, kejap lagi mak datang,” 5 minit, 10 minit, 30 minit, mak tak datang-datang pun. Tukar cadar baru, siapkan baju anak sekolah esok. Selesai semua, duduk depan tv, dah keluar baris² pelakon & pengarah. “Citer mak dah abis,” kata si anak.
“Takpelah, dah tu. Pergi tidur. Esok nak sekolah,”
Habis dah hari cuti seorang EMAK.
EMAK, kadang dia sendiri tak tahu apa dia dah buat dalam satu hari tu. Tau-tau dah malam. Cuti padanya adalah kenikmatan bila bersama keluarga. Apapun dia boleh buat pada hari cuti tu. Dia gembira, itulah nikmat baginya. Apa kegembiraan buat seorang mak?
Bila semua ahli keluarganya gembira, ada pakaian bersih setiap hari, ada makanan bila lapar, ada tempat untuk berehat.
Itulah EMAK. Hargailah setiap inci seorang EMAK. Kerana penghargaan kalian adalah satu kegembiraan buatnya, sebagaimana dia bagi kegembiraan buat kalian setiap detik. Dia tak minta lebih dari itu.
MW: Bagi mak-mak, cuti atau tidak sama sahaja, kerja rumah tetap kena buat kan!
Biasanya anak yang selesema mungkin akan demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair yang membuatkan mereka meragam dan hilang selera makan.
Jadi sebelum selera makan anak makin kelaut dan meragam setiap kali nak tidur malam, mak-mak boleh ikut tip yang dikongsikan Doktor Taufiq Razif melalui pengalaman jaga anaknya sendiri…
Anak Selesema
Solahuddin ni jarang selsema tapi kalau dah selsema pun saya takkan bagi ubat. Bahaya budak bawah umur 2 tahun ni kalau bagi ubat selsema.
Ada sesetengah ubat selsema tu boleh menyebabkan anak di bawah umur 2 tahun berhenti bernafas ( Apnea ). Lagipun biasanya anak-anak yang selsema ni disebabkan virus je. Ia akan hilang sendiri walaupun tanpa antibiotik.
Jadi apa nak buat?
PERTAMA:
Tengok dulu hingusnya. Kalau hingusnya kental dan berwarna disertai demam tinggi mungkin penyebabnya bakteria. Yang ni boleh je nak bawa jumpa doktor.
KEDUA:
Kalau hingusnya jernih dan tak demam. Ni mungkin disebabkan virus je. Selsema disebabkan virus ni akan baik sendiri tapi selsema ni memang akan buat anak meragam sebab hidungnya tersumbat.
Ni saya ajar cara mudah supaya hidung anak kita tu jadi KURANG TERSUMBAT dan anak kita boleh bernafas dengan LEBIH LEGA.
MASAK SUP AYAM
Masakkan je sup ayam pada anak kita tu. Sup ayam terbukti boleh mengurangkan ‘nasal congestion’ . Biasanya anak meragam sebab dua dua belah hidung tersumbat. Dia nak bagitahu tak pandai lagi. Tu yang dia meragam tu kalau tengah selsema.
Dah tahu ni boleh terus amal pada anak masing-masing ye.
Resepi Sup Ayam Antibiotik
Bahan-bahan
5 biji buah pelaga
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji lada hitam
3 cawan air
1 batang carrot yang dipotong dadu atau dihiris bulat (terpulang kepada anda berapa banyak)
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk
Cara Membuatnya:
Didihkan semua seperti memasak sup.
Untuk lebih menyelerakan dan sedikit karbohidrat, anda boleh tambahkan mee hoon atau pun spagheti.
Sumber protein pula, anda boleh gantikan ikan bilis tadi dengan isi ayam.
Untuk lebih menarik lagi, tambahkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
NOTA:
Kalau nak masukkan isi ayam, tak perlu bubuh ikan bilis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lumrah manusia tidak lari daripada melihat kebahagian dari kaca mata orang lain. Kdang-kadang bahagia kita diukur dengan cara bahagia orang lain.
Salah sebenarnya kerana masing-masing ada cara bahagianya yang tersendiri yang Allah kurniakan tanpa kita sedar dek asyik merenung kebahagian orang lain.
Sebaiknya jangan asyik pandang kebahagian orang lain sampai lupa apa yang Allah berikan pada kita selama ini. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim dan ketahui bagamana cara terbaik untuk mencipta bahagia:
Jangan Asyik Pandang Kebahagiaan Orang Lain
Sebenarnya ada cara untuk bahagia. Kita asyik tengok kebahagiaan orang lain. Sampai lupa nak tengok apa yang Tuhan sudah bagi dekat kita.
Di sini suka saya nak kongsikan beberapa petua untuk menggapai kebahagiaan hati yang sebenar.
#1 – Jangan membenci walaupun ada yang berbuat salah kepada kamu. Doakan dia agar insaf dari berbuat salah dan suka menyakitkan hati orang.
#2 – Jangan putus berdoa untuk saudara mukmin kita di seluruh dunia dan orang yang mendidik kita. Sentiasa berbuat baik kepada orang yang paling dekat pada kita.
#3 – Jangan bersedih lama sangat walaupun masalah yang menimpa tinggi menggunung. Selama dia bukan oksigen, kamu masih dapat hidup tanpa dia.
#4 – Perbanyakkan memberi, walaupun kita sendiri berada dalam kesusahan. Allah tingkatkan darjat orang sebegini. Belajar sifat ikram muslimin.
#5 – Hidup dalam kesederhanaan, walau kekayaan seluas lautan. Biarlah orang hairan tengok kita hidup sederhana. Yang dia pening tengok kita, dah kenapa?
#6 – Senyum walau hati sedang menangis. Orang yang terbaik sifatnya apabila menyembunyikan kesakitan dan kesedihannya. Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita.
#7 – Berbuat kebaikan walau sendiri sedang ditimpa musibah. Insha Allah, akan datang bantuan dari sumber yang tak disangka-sangka. Bahagia yang sebenar itu datang dari dalam diri kita sendiri. Apabila kita selalu rasa sentiasa betul, kita bimbang akan cenderung lihat kesalahan orang. Perhatikan hati kita.
Jangan Lupa Kita Pun Sedang Bahagia
Ada 9 sebab hati tak bahagia. Diantaranya: 1. Pemarah 2. Pendendam 3. Hasad dengki 4. Bakhil atau lokek 5. Tamak 6. Tidak sabar 7. Ego 8. Riak 9. Cinta dunia
Semoga kita terhindar dari sifat di atas. Beroleh bahagia dalam hati untuk capai kehidupan tenang dan berkat. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta #SelamatPagi
Waktu Puan Nurkhairun Amrina Ahmad Kamal, 31 berkongsi status anak kecilnya mengalami jangkitan virus HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut) dia syak puncanya dari baby chair (rujuk gambar).
Sebab sebaik pulang, keesokan hari anak kecilnya, Airil Hasiyf Bin Hamdanawal, setahun diserang demam.
Bila dikenang-kenang, tersedarlah ibu muda ini akan kesilapannya yang tidak membawa ‘baby wipes’ pada malam itu.
“Kerusi tu pun tak nampak kotor. So, tak adalah nak lap-lap.” Biasalah mak-mak, selagi tak terkena selagi itu tak ambil langkah berjaga-jaga. Tak beringat kata orang.
Keluarga Puan Nurkhairun Amrina Ahmad Kamal.
Rentetan anaknya yang disahkan alami virus HFMD itulah, ibu ini mula lebih prihatin dengan kebersihan persekitarannya.
“Selepas ini mama dah standby segala protection before and after. Duduk kat mana-mana kena lap dulu sampai habis bersih.
“Biarlah orang kata pulun pun. Yang nak menjaga anak tak sihat tu nanti kita juga.”
Pengalaman lima hari menjaga anaknya yang dijangkiti virus HFMD dikongsikan dalam bentuk bergambar. Info itu berguna, sebabnya boleh bantu mak-mak yang mungkin sedang berhadapan situasi yang sama.
Dicatatkan juga tip penjagaan anak yang diserang virus HFMD. Lagi-lagi demam virus ini bukan jenis yang biasa-biasa. Kena extra bersih dan banyak do’s and don’ts yang ibu perlu ikut.
Nota: Alhamdulillah masa saya share ni anak saya dah sihat pun. Lepas seminggu dah kering semua biji-biji kat kulit tu. Saya just sapu VCO n bagi dia minum vco. Memang cepat baik.
5 Hari Jangkitan Virus HFMD, Ini Tandanya
Kadangkala mak ayah tak faham sangat macam mana nak tahu tanda anak kita dah kena virus HFMD ini. Haa.. penerangan bergambar di bawah harap membantu.
Kalau anak ada tanda-tanda macam ini, mak ayah cepat-cepatlah bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan ya.
Petanda Pertama
Demam dengan suhu 38.6 darjah celsius.
Pastu nampak naik biji-biji macam ni kat lengan.
Day 2
Biji-biji dah jadi macam blister (melepuh) dan makin banyak.
Air liur asyik meleleh je. Pastu ada juga biji-biji kat area mulut. Mama syak masa ni mesti ada biji-biji kat tekak juga. Malam tu demam lagi.
Day 3
Dah naik kat lutut. Siku sikit-sikit macam ni je. Kat area nappy pun ada.
Day 4
Dah mula naik kat tangan kaki dan jari jemari.
Jari favourite dia hisap tu pun ada bintik merah.
Kat siku dah banyak.
Port Paling banyak kat lutut.
Day 5
Blister dah mula surut.
7 Tip Menjaga Dan Rawat Anak Kena Jangkitan Virus HFMD
(Ikut Pengalaman Peribadi Puan Nurkhairun Amrina)
1. Duduk Rumah, Jangan Nak Keluar Pergi Mana-mana
Kalau dah musim HFMD, avoid pergi play area. HFMD ni wajib kuarantin. Kuarantin ni maksudnya duduk di rumah. Saya kuarantin anak. Memang duduk dalam rumah je.
2. Wajib Pergi Klinik
Pergi klinik minta pengesahan doktor untuk sahkan anak kena HFMD.
3. Sibuk Mana Pun Kita, Jangan Hantar Anak-anak Ke Taska/Sekolah
Langsung tak boleh hantar anak ke taska/sekolah. Keluar pergi makan, pergi playground, pergi jalan-jalan, supermarket, shopping mall semua tak boleh. Sebab HFMD mudah berjangkit dari sentuhan.
Dalam masa 3 hari itu juga abang dengan kakaknya tak pergi taska/sekolah. Mereka sama-sama kena kuarantin.
Mesti bawa pergi mana pun wipes, anticeptic dan sanitizer.
4. Standy Bahan Penting Ini
Buat parents yang lain pun, make sure standby dalam handbag antibacterial wipes/spray atau dettol anticeptic, sanitizer ke.. Bawa je pergi mana-mana pun.
Tapi kalau dah kena juga, tak bolehlah nak tolak takdir. Redha dan kuarantin sampai anak betul-betul sihat.
5. Elakkan Kongsi Sudu, Cawan etc
Elakkan berkongsi sudu, makanan, cawan, botol air dengan abang atau kakak dia. Malah mak dan ayah sekali pun tak boleh berkongsi.
6. Cuci Tangan Dengan Sabun
Cuci tangan setiap isi rumah dengan sabun setiap masa. Sapu hand sanitizer.
Untuk anak yang HFMD tu saya mandikan 3 kali sehari. Sabun. Lepas mandi lap.
7. Berikan Juga VCO
Lepas mandi, saya sapu dengan Virgin Coconut Oil (minyak kelapa dara). Bagi dia minum 1 sudu VCO untuk kuatkan antibodinya.
Fahami Apa Itu Virus HFMD
Sumber/Foto : Facebook Amrina Meena
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...