Sedapnya dapat makan cendawan yang segar. Boleh dibuat sup, digoreng, masak lemak cili padi, tumis cili dan macam-macam lagi. Mak-mak yang suka berkebun boleh cuba tanam cendawan jerami atau Volvariella. Tabur benih cendawan atas batas tandan sawit, selepas 9 hari dah boleh tuai hasilnya.
Boleh rujuk perkongsian tip tanam Cendawan Volvariella oleh Puan Ieyta Rizal ini sebagai panduan;
“Alhamdulillah..Rezeki hari ni, satu batas dapat 2kg Cendawan Volvariella. Pada yang tanya cara tanam saya kongsikan tipsnya.”
Cara-Caranya:
1. Beli tandan sawit yang fresh (Dah buang buah) dekat kilang.
2. Kumpul dekat tempat lapang dan panas, tutup dengan plastik canvas
biar selama 2 minggu.
3. Basuh setiap tandan dan susun buat batas sebanyak 3 lapisan.
4. Tabur benih setiap lapisan.
5. Tutup tandan guna plastik canvas or plastik biru macam saya guna tu.
6. Buat perlindungan/bumbung cahaya matahari @ tempat redup sikit.
7. Selepas 9 hari ditutup, Cendawan mula tumbuh. Masa ni setiap hari boleh tuai hasil. Alhamdulillah.
Ads
Info Ekstra!
Boleh juga kalau tak nak guna benih. Cendawan akan tumbuh sendiri. Tapi perlukan masa yang lama untuk keluar cendawan.
Benih saya beli di Thailand.
Pejabat Pertanian Kedah mungkin ada jual benih (boleh try tanya mereka).
MW: Nak rasa keenakan cendawan jerami atau Volvariella ini bolehlah ikut tips yang dikongsikan. Mudah tumbuh dan memang berbaloi hasilnya, jimat belanja dapur tak perlu beli cendawan lagi. Malah boleh juga dijual dan dapat duit sampingan.
Sayuran memang antara barang basah yang sukar disimpan lama, tak kiralah sayuran hijau waima tauge sekali pun. Ada segelintir wanita memang perangainya setiap kali masuk pasaraya atau pasar tani, memang ralit membeli aneka sayur.
Sudahnya pening bila mahu memasak sayur, nak disimpan risau pula hilang kesegarannya. Tauge kalau disimpan lama-lama mulalah hilang segar. Norhaniza Kamaruddin ada caranya untuk menyimpan tauge agar kekal segar walaupun sudah memasuki tiga hari.
Selalunya kalau kita membeli tauge, kemudian disimpan di dalam peti ais lebih daripada dua hari, mesti tauge akan bertukar warna sama ada menjadi warna perang atau kehitam-hitaman kan???
Jadi, saya share petua yang saya amalkan. Caranya cukup mudah iaitu dengan hanya meletakkan sekeping asam keping di dalam bekas tauge yang direndam.
Biarkan dan letak bekas tadi di dalam peti ais. Pastikan tauge dalam keadaan terendam. Insyallah tauge akan nampak segar, seolah-olah baru baru dibeli. Paling penting ia masih rangup.
Mula-mula dahulu memang tak percaya tetapi apabila sudah tengok sendiri hasilnya. Barulah saya berani share… Jika anda semua sudah sedia maklum dengan petua ini, saya minta maaf ya. Bimbang dan mungkin saya ketinggalan.
.
.
MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu serta memudahkan tugas mak-mak di dapur. Tauge antara sayuran yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Tidak kiralah sama ada dimasak lemak atau digoreng begitu sahaja.
Rezeki selebriti Lufya Omar dapat solat di Raudhah semalam selepas Isyak. Lufya kini sedang menunaikan umrah. Masuk ke Raudhah ini perlu ada strategi juga kerana bukan kita seorang sahaja yang ingin solat di situ, malahan jutaan orang berpusu ke Raudhah.
Apatah lagi Raudhah untuk wanita hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja. Lufya antara insan yang bertuah dan dia teruja berkongsi pengalaman pertama kalinya menjejaki Raudhah.
Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak.
Raudhah dibuka dua kali sehari iaitu pada waktu selepas Subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25. Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa.
Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan Lufya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah).
Syukur dengan rezeki ini, Lufya kongsikan sedikit tip untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah.
1. Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
2. Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tidak sakit sangat apabila dirempuh dan diasak (rasa macam main raghbi pun ada) Pakai stokin yang tebal. Makan banyak sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga.
3. Orang di sini berkejar dan berlari-lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tidak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian untuk solat di saf terbaik di dalam Raudhah.
4. Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al-Quran kepada ibu bapa kita untuk mudah mendapat bantuan yang tidak disangka-sangkakan.
5. Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan.
6. Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain.
7. Jangan ikut perbuatan yang melebih-lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana.
Semoga bermanfaat. Terima kasih @amwajtravel membimbing Lufya dan jemaah lain dengan ilmu yang cukup padat. Sampai sini kami sudah bersedia dari segi ilmu, mental dan fizikal. Rezeki Allah bagi. I’m bleesed.
MW: Alhamdullilah rezeki Lufya dapat tunaikan umrah dan dalam masa yang merasai untuk masuk, solat dan berdoa di Raudhah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Harapnya kita semua berpeluang menjejakkan kaki ke sana suatu hari kelak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Besar peranan dan tanggungjawab sebagai seorang mak. Dari anak tu kecil sehinggalah besar panjang meningkat dewasa. Dalam tempoh tersebut, jika ada anak perempuan mak-mak pasti akan berhadapan dengan situasi anak yang pertama kali datang haid sekaligus memasuki usia akil baligh.
Pada waktu inilah, persediaan buat anak sangat penting agar mereka benar-benar bersedia, faham dengan perubahan biologi diri dan tahu apa yang perlu dilakukan. Lebih-lebih lagi jika anak istimewa, mak perlu lebih bersedia lebih awal, menerangkan dan ajar lebih kerap. Boleh juga sediakan ‘period kit’ sebagai persediaan awal.
Pagi ni aku nak share tentang period kit buat anak perempuan kita. Aku tak pasti mak mak lain buat macamana, tapi aku nak kongsikan persediaan untuk anak perempuan kita yang bakal melalui period buat kali pertama.
Memandangkan anak aku anak istimewa, effort tu kena lebih sikit.Persediaan tu aku dah buat beberapa tahun lepas. Aku gunakan kaedah social story untuk ceritakan pada dia apa yang dia perlu lakukan kalau tiba tiba period kali pertama di sekolah.
Aku sediakan period kit yang mengandungi:
Isikan di dalam satu bag berzip yang mudah untuk dibawa kemana saja.
Aku kongsikan social story buat anak aku ya. Maaf jika dalam Bahasa Inggeris.
1. You may have noticed some spots of blood in your underwear.Don’t panic! The blood might be red, brown, or even blackish.
2. Keep calm, tell your mom or class teacher ( whisper in her ear)
3. Get your period kit and go to the toilet.
4. Unwrap the pad, remove the backing to expose the sticky side of the pad.
5. Center the pad in the middle part of your underwear. Pull up your underwear.
6. Keep your dirty underwear in a plastic bag.
7. Wash your hands.
8. Mark the date on your calendar.
9. Change your pad every 3 to 4 hours. ( sooner if you have a really heavy flow)
Arahan ini, boleh dijadikan dalam bentuk bergambar. Tak semua anak suka arahan dalam bentuk bertulis. Print dan masukkan di dalam period kit tadi . Maklumkan pada guru kelas yang kita sudah sediakan period kit dalam beg sekolah anak.
Setiap anak kita berbeza level kefahaman mereka. Seeloknya kita tunjukkan bagaimana untuk gunakan pad dengan cara yang betul. Bagaimana untuk basuh, bagaimana untuk buang.
Untuk anak istimewa, lebih mencabar. Mak mak perlu ajar anak dengan lebih kerap. Tuang sedikit pewarna merah di seluar dalam dan pad, tunjuk pada anak dan latih anak. Rutinkan mereka supaya walaupun mereka tidak bertutur sekalipun, mereka akan cuba ikut apabila dirutinkan.
Ceritakan pada anak, yang mereka perlu jaga aib mereka apabila datang haid. Bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Ceritakan juga mereka sudah wajib untuk solat dan menutup aurat. Cuma, rutin solat dan menutup aurat tu perlu dibuat sejak mereka kecil lagi bukan selepas didatangi haid.
Ceritakan yang akan berlaku perubahan pada diri mereka. Contohnya perubahan pada buah dada, private part, ketiak.
Ceritakan juga berapa hari kitaran haid, apa yang mereka tidak boleh lakukan sepanjang haid, dan apa yang akan berlaku jika mereka melakukan hubungan sex setelah di datangi haid.
Jangan malu untuk ceritakan pada mereka dengan menggunakan bahasa yang betul. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Apabila mak ayah tak berceritalah mereka mula mencari jawapan sendiri dan perasaan ingin mencuba tu meluap luap.
MW: Semoga perkongsian ini menjadi panduan dan rujukan buat mak-mak dalam mendidik anak untuk menghadapi kedatangan haid buat kali pertama. Semoga anak tahu dan tidak buntu apabila melaluinya nanti.
Isteri penghidap kanser sarcoma menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan suami ketika dalam perjalanan ke HUSM. Kisah penuh sebak perjuangan Aifat dan pengorbanan suaminya yang setia hingga ke akhir hayat.