Bila terlalu sayang pada pasangan, adakalanya sukar untuk ‘melepaskannya’ apabila dia telah tiada. Hanya kenangan manis waktu bersama yang dapat mengubat rindu tersebut.
Gara-gara tidak tahan menanggung rindu, seorang lelaki dari Ponorogo, Jawa Timur bertindak menggali kubur isterinya yang baru sebulan meninggal dunia, lapor laman berita Suara.com semalam.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan di TikTok, lelaki tersebut dilihat sedang menggali kubur isterinya menggunakan cangkul.
Dia dikatakan masih tidak dapat mempercayai bahawa isteri yang amat dicintainya telah ‘meninggalkannya’.
“Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur,” demikian tulis keterangan dalam video tersebut.
Dihalang Polis
Tindakan lelaki itu bagaimanapun dapat dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis yang pergi ke kawasan kubur tersebut bagi menghentikan perbuatannya.
Sementara itu, menurut laporan laman berita Tribun News, tindakan lelaki itu bukanlah kali pertama kerana dia turut melakukan perkara yang sama pada hari ketujuh kematian isterinya.
Gangguan Mental
Lelaki berkenaan juga dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bisikan ghaib menyuruhnya melakukan perkara demikian.
Ketika polis tiba, dia dilaporkan telah menggali sedalam 80 sentimeter.
Ads
Video lelaki tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen mengenai tindakannya.
“Gara-gara menonton video ini, saya menjadi bertambah sayang kepada isteri. Susah dan senang selalu bersama. Semoga kami dapat sehidup semati,” komen seorang netizen.
Mingguan Wanita: Hargailah pasangan selagi mempunyai masa bersama-sama, kerana bila pasangan dah tiada hanya memori manis dan kenangan yang dapat mengubat rindu.
Peti ais lama yang dah lebih 10 tahun akan pudar warnanya. Berkarat pun boleh dikesan terutama dekat bahagian pemegang. Cantikkan kembali peti ais lama yang masih elok fungsinya itu dengan wallpaper sticker.
Wallpaper sticker ini yang biasa dipasang di dinding rumah tu. Antara kegunaan lainnya boleh ditampal di peti sejuk malah kabinet. Ia tak meninggalkan kesan melekat apabila mahu ditanggalkan kelak.
Anda akan berhadapan masalah jika baru pertama kali memasangnya. Sebabnya, kalau tak dipasang dengan betul akan ada gelembung dan tak cantik permukaannya. Sebab itu kena belajar cara yang betul.
Bahan-bahan
Wallpaper Sticker yang anda boleh beli di kedai DIY
Span pembersih
Air dan sabun
Gunting/Pisa
Cara Betul Pasang Wallpaper Sticker
1. Bersihkan Permukaan Peti Ais
Semasa membeli wallpaper sticker pastikan anda beli yang mudah ditanggalkan. Bersihkan permukaan peti ais dengan span basah. Gunakan air sabun semasa mengelap. Sebab anda mungkin akan terpaksa menanggalkan semula (buat kali pertama, akan berhadapan masalah ini). Air sabun memudahkan kerja menanggal dan memelihara wallpaper dari rosak.
2. Ukur 2 Kali, Barulah Gunting
Kebanyakan wallpaper sticker ini datang dalam gulungan yang besar. Ukur saiz peti ais terlebih dahulu. Lebihkan 7 ke 8 inci daripada saiz lilitan tepi peti ais. Lebihan ini nanti bolehlah anda nak kelim ke tepi atau potong. Sebaiknya ukur dua kali agar tak tersilap.
Di belakang wallpaper sticker ada garisan yang anda boleh jadikan panduan ketika memotong. Jadi tidaklah hasilnya senget-benget nanti.
3. Tampal Di Pintu Atas Dulu (Jika 2 pintu)
Tanggalkan pelekat wallpaper sticker yang teal dipotong ikut ikuran pintu peti ais anda. Lebihkan 3 inci di setiap bahagian tepi. Tekan di tengah dan tolak ke atas dan ke tepi untuk mengurangkan gelembung. Gunakan tuala untuk memudahkan kerja meratakan permukaan.
4. Potong Lebihan Dengan Pisau
Gunakan pisau lipat untuk memotong lebihan terutama di sudut lengkungan. Buat dengan kemas dan berhati-hati. Boleh kelimkan ke tepi atau buang saja lebihan yang tak diperlukan itu. Gunakan pisau untuk memotong dan kemaskan wallpaper sticker di bahagian pemegang peti ais.
Lakukan langkah yang sama untuk pintu di bahagian bawah. Projek DIY ini sememangnya akan banyak menguji kesabaran anda. Namun, hasilnya memang memuaskan hati.
Rupa-rupanya bukan peti ais saja boleh ditampal dengan wallpaper sticker ni. Ada macam-macam peralatan rumah yang boleh dicantikkan dengan wallpaper sticker yang pelbagai rekaan menarik dan cantik ni.
“Demam wallpaper habis semua akak balut. Loker tu dah nak dibuang akka ambil balut buat tempat baju anak akak sekali pandang dah macam kotak hadiah. Join kelab ni (Kelab Kaki D.I.Y) banyak benda yang nak buang akak ambil balik. Contoh tikar tu dah nak letgo sekali nampak org letak wallpaper akak pun ape lg tampallah maka jadilah tikar bilik anak akak 1 set ngan loker. Modal RM10.”
Kisah sedih akka nasi lemak viral, di sebalik popualariti akui masih menyewa. Rumah Pun Tiada Perabot. Tidak semua populariti baik untuk sebahagian orang. Ada yang membantu, tapi tak kurang juga ia mampu mendatangkan tekanan. Contoh Youtuber Sugu Pavitra yang mengambil keputusan berdiam diri di media sosial selepas kisahnya menjadi sorotan media.
Terkini, populariti yang tak terjangkau di media sosial melibatkan Akka Nasi Lemak Viral atau nama sebenarnya Sangeetha yang berniaga di Sri Kembangan.
Kisah Sedih Akka Nasi Lemak Viral
Selepas kisahnya berniaga nasi lemak dengan pelbagai lauk pauk viral, gerai kecilnya menjadi tumpuan ramai.
Diberitakan orang beratur hampir 6 jam untuk mendapatkan nasi lemaknya yang tular di media sosial. Ramai menjangkakan, bila ramai membeli, maka keuntungan semakin banyak namun satu sorotan video memperlihatkan “populariti” itu tidak mampu membeli ketenangan kepada kehidupannya.
Jelas dalam video dikongsi, kelihatan tubuhnya semakin kurus. Bukan kerana tak makan tapi sebab tak lalu makan kerana badannya agak penat mencuci bekas-bekas makanan selepas habis berjualan.
Di Sebalik Populariti Akui Masih Menyewa. Rumah Pun Tiada Perabot
“Perniagaan ini telah menjejaskan kesihatan badan saya. Bukan saja perlu cuci periuk belanga tapi kereta juga setiap hari. Kereta bau ayam dan udang. Semua ini memenatkan hingga saya tak lalu makan dan sebab itulah badan jadi kurus.
Ya, mak-mak pun biasa lalui hal ini. Bila badan terlalu penat memang tak larat nak makan.
Bahkan akka nasi lemak viral turut meminta masyarakat tidak bercakap bukan-bukan disebabkan badannya yang agak kurus itu.
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) May 18, 2023
Sebalik popularitinya itu juga, akka nasi lemak viral mengakui hidupnya tidak sesenang mana. Dia masih menyewa satu bilik kecil dan tidur di satu tilam bujang bersama anak-anak.
“Sofa dan perabot pun tiada di rumah. Masih bergelut untuk kehidupan.Banyak yang mampu kami beli walau gerai ini menjadi viral,’ katanya yang meminta pada sesiapa yang bertanya tentang kisah kehidupannya, boleh datang ke gerai jualannya dan dia akan menjawab semua soalan di tanyakan.
“Jangan menghina saya di media sosial. Datang ke gerai dan saya boleh luangkan masa sekurang-kurangnya lima minit menjawab setiap pertanyaan orang ramai,” katanya yang meminta orang ramai memahami keadaannya dan berkelakuan baik dan melayaninya seperti manusia lain.
Ya, tidak semua yang kita nampak viral itu tidaklah indah di mata kerana ada kisah di sebalik yang kita tak tahu.
Bukan mudah nak pikat selera anak yang tak makan sayur. Pantang nampak warna hijau, cepat-cepat dia tolak ke tepi. Sudahnya mak susah hati sebab fikir anak tak cukup vitamin dalam badan.
Apa kata cuba resepi bakwan sayur yang dikongsikan Cik Puan Mimi Lyini, cara membuatnya pun mudah saja.
“Hai, happy sunday all.. anak saya memang tak makan sayur tapi bila di buatkan jadi bakwan sekejap je habis. Bila ada anak-anak yang susah makan sayur cubalah macam ni, insyaAllah.”
“Tambahkan sedikit serbuk kunyit nak tambah color dia lagi cantik. Tak nak letak pun ok aje.”
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...