Tak Pernah Solat Sepanjang Berkahwin, Usaha Isteri Ini Lakukan Akhirnya Suami Dapat Hidayah!

Benarlah hidayah itu perlu dicari dan berusaha untuk mendapatkannya. Buat para isteri yang diuji dengan suami yang cukup payah untuk mendirikan solat, boleh jadikan perkongsian kisah benar wanita ini sebagai panduan. Memang tak mudah untuk mengubah dan mengajak suami mendirikan Rukun Islam kedua ini, tapi percayalah dengan usaha dan doa tanpa jemu, hidayah Allah pasti akan datang.

Berikut catatan perkongsian pengalaman  Puan Emilda sebagai panduan;

Rata-rata dekat sini majoritinya beragama Islam yang membaca.Saya nak ceritakan bagaimana hidayah Allah tu datang tiba tiba dan hidayah tu telah mengubah suami saya daripada tak pernah solat dan mula solat 5 waktu.

Pertama kali, saya dulu pernah kawin dan gagal dalam perkahwinan. Saya tak pernah solat selama saya berkahwin begitu juga dengan suami saya. Last-last rumah tangga jahanam sampai saya dah bercerai barulah nak sedar. Rupa-rupanya manusia ada time kite senang, bila kite susah. Allah banyak bantu saya. Masa saya susah, Allah bagi saya macam-macam petunjuk untuk saya maju ke depan, berduit. Padahal lepas saya cerai. Saya zero. Tak ada duit. Lepas saya dah berjaya. Memang saya meletakkan sayang kepada Allah itu yang teratas.

Diuji Suami Tak Pernah Solat

Perkahwinan kedua ini, saya diuji dengan suami yang tak pernah solat. Hari-hari dia kerja tapi solat dia kelaut. Dipendekkan cerite, kadang masa saya solat. Saya sengaja ajak dia jemaah. Tapi dia malu sebab tak pandai jadi imam. Katanya solat sendiri-sendiri boleh lah. Untuk pengetahuan, suami saya bukan orang yang berpendidikan tinggi. Tak ade UPSR. tapi dia boleh berjaya. Kadang-kadang saya sengaja cakap kat dia. Allah bagi awak macam-macam. Awak berduit. Tapi kenapa awak dengan Allah sombong sangat? Kenapa Awak tak nak tunduk kepada Allah. Dia diam.

IKLAN

Buka Video Agama

Sampai la satu hari ni. Saya buka satu video kat youtube. Saya taip Neraka. Keluar lah gambaran neraka macam mana. Menangis saya dan waktu tu saya tak boleh tidur. Rasa macam-macam dalam fikiran. Kalau nak rase keinsafan boleh tengok kat youtube. Taip neraka.

Namun, video itu masih tak ade keinsafan dalam diri suami saya. Suami saya buat tak tahu je bila tengok saya semakin berubah jadi baik. Sampai la Allah tu gerakkan hati saya untuk bagi suami dengar ceramah Ustaz Zulkifli – Dahsyatnya Padang Masyhar

Masa tu saya buka ceramah ni dalam kereta. Lepas daripada dengar ceramah tu. Suami saya diam dan terus solat. Alhamdulillah. Sekarang tak tinggal dan kami sentiasa set alarm supaya tak lupa. Siapa-siapa yang kurang ilmu agama boleh rujuk Ustaz-ustaz dalam youtube atau dengar ceramah di Masjid. Saya suka tengok ceramah Ustaz Khalid Basalamah.

IKLAN

Alhamdulillah. Sama-sama kita berubah. Usia kita di Dunia ni singkat untuk kita memikirkan masalah sedangkan Akhirat itu kekal selamanya. Jangan lupa baca surah Al Mulk. Surah Al Mulk peguam bela kite nanti . Surah ni akan tolong kita daripada terima Azab seksaan Kubur nanti. Semoga beramal soleh. Amin. Jangan lupa tau solat. Kita pinjam oksigen ni daripada Allah. Jadi jangan ye sombong dengan Allah . Insyallah selamat dunia Akhirat.

– Emilda

IKLAN

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

MW: Sesungguhnya hidayah Allah itu perlu dicari. Jangan pernah jemu mencari hidayah, sentiasalah berdoa agar ditetapkan keimananan dalam menjaga waktu solat.

Sumber: IIUM Confessions

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI