Tak mudah jadi surirumah! Bila mak-mak lalui sendiri barulah tahu cabarannya, jangan perkecilkan mereka.
Sememangnya tidak semua wanita sanggup bergelar surirumah sepenuh masa, ada yang perlu bekerja dan ada pula wanita yang terpaksa melupakan cita-cita demi keluarga.
Tidak kiralah anda seorang surirumah atau wanita bekerjaya, mak-mak adalah di kalangan wanita kerana menghabiskan masa dan tenaga untuk menguruskan anak-anak dan keluarga.
Tak Mudah Jadi Surirumah!
Ikuti perkongsian Wawa Shauqi ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Betul ke jadi surirumah ni stres?
Jadi surirumah ke, ibu bekerja ke, ayah bekerja ke, masing-masing ada cabaran tersendiri.
Bagaimanapun, bila keluar data begini, dari study yang legit, pasti ada sebab di sebaliknya.
Nota ini adalah daripada nota Konvensyen Suri, 2 tahun lepas. Info ni dikongsi oleh psikologis Akif Basri.
Bila Lalui Sendiri Barulah Tahu Cabarannya
Antara Top 10 Penyebab Surirumah Lebih Stres adalah:
Menjalani rutin yang sama setiap hari
Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain
Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun dok pusing-pusing dalam rumah saja
Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak
Kejaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.
Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi surirumah bila raya lagi banyak kerja. Dahlah kerja tak bergaji.
Ads
Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak-anak yang mencabar.
Tekanan masyarakat.
“Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.”
“Dok rumah habiskan beras laki.”
“Korang ni golongan yang tak nak memajukan diri.”
Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.
Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.
Jangan Perkecilkan Surirumah
Nombor 1 hingga 3 tu, ramai dah merasa waktu pandemik melanda dengan dahsyat 2 tahun ni kan!
Faktor yang menggandakan lagi stres ni bila :
– Bekerja sambilan dari rumah
– Anak masih kecil
– Juga anak rapat-rapat
– Anak istimewa
– Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)
– Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan
Ads
Surirumah Satu Kerja Mulia
Sesungguhnya, tak mudah jadi surirumah sebenarnya. Dah lalui sendiri, barulah tahu cabarannya.
Janganlah perkecilkan mereka ni.
Sesungguhnya kerjaya mereka ni mulia.
Siapa je sanggup sandang tugas macam-macam tapi tak diberi cuti dan tiada gaji?
Ada yang sanggup melupakan cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan.
Hargailah mereka.
Sesekali, pegang bahu dan cakap kat mereka, “You are such a brave and strong for being a housewife.”
Itu pun sudah cukup beri mereka kekuatan.
Jom pakat beri kata-kata yang empowering buat golongan ini dan ibu-ibu lain yang sedang struggle.
Mingguan Wanita : Tidak kira siapalah mak-mak, surirumah atau wanita bekerjaya keduanya mempunyai peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Semoga semua wanita di luar sana terus kuat berdepan cabaran.
Sebagai mak ayah, mendidik anak memang tak mudah. Karakter setiap anak-anak itu berbeza. Ada yang mudah mendengar kata dan ada yang sebaliknya walaupun ‘berbuih’boleh menengur dan menasihatkan mereka. Kita sebagai ‘orang luar’ janganlah mudah menghukum dan tak sepatutnya menegur cara didikan dan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Ini kerana perjalanan dan situasi kita mungkin berbeza.
Semalam ada terbaca komen digambar seorang ibu yang berkongsi gambar anaknya tumpahkan beras.. Bila saya terbaca komen tu, saya terus rasa marah.. How could you asked a mother, “Sis tak ajar anak ke.. ?” wow.. Instead of asking someone that stupid and rude question, why don’t you give an advise to help the situation?
Teguran buat ibu-ibu semua,
jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang.
Jangan sesekali mendongak ke langit cakap anak awak behave, anak orang lain nakal..
Jangan sesekali anggap awak hebat, you have good parenting skills while others don’t.
Jangan sesekali tanya orang lain rude question, “TAK AJAR ANAK KE?”
Mana awak tau dia tak ajar anak dia? Mungkin dah berpuluh kali, malah beratus kali dia tegur anak dia, tapi anak dia tetap main.. Mungkin anak dia tak behave macam anak awak? Daripada awak tanya soalan macam tu, baik awak suggest parenting skills awak yang dapat membantu dia selesaikan masalah anak dia main beras tu.
Perjalanan Hidup Kita Tak Sama
Perjalanan hidup kita semua tak sama tau. Awak tau ke kehidupan ibu lain macam mana? Ada yang kena uruskan anak sendiri 24jam, suami takde nak membantu, seminggu, 2 minggu, sebulan, malah setahun. Ada pulak suami ada je setiap hari di rumah tapi tetap tak membantu.. Semua isteri yang uruskan. Suami main game, main fon, tidur.Tak beri kerjasama jaga anak.
Setiap anak pun perangai lain-lain, bukan anak awak sama perangai macam anak jiran, anak sepupu, anak orang lain.. Macam anak saya jugak, Aryan dan Areeq.
Aryan ni, bawak pi mana pun, semua cakap “behave giler anak hang”, “baiknya Aryan dengar cakap ibu”.. Saya bawak Aryan naik flight berdua masa dia umur 2 tahun lebih, penumpang lain, termasuk ‘mat salleh’ puji bagusnya Aryan tak banyak meragam, tak banyak karenah sepanjang 14 jam lebih dalam flight. Tu belum masuk waktu menunggu, uruskan beg dan sebagainya. Lebih kurang 18 jam berdua. Dan aryan beri kerjasama dengan ibu.. Tak susah nak bawak ke mana pun, memang dia dengar cakap ibu.
Areeq pulak belum cukup 2 tahun. Tapi dia punya akal tu fuhh boleh buat ibu tarik nafas dalam-dalam. Bila ibu kat dapur, dia akan cuba apa je cara untuk dia buat keje sekali kat dapur.. Dia akan ambik kerusi, panjat, main air, buka segala almari kabinet, keluarkan barang, panjat meja makan, baling pinggan.
Eyh, ibu tak larang ke? Ofcourse la dah berbuih mulut, dengan rotan semua tak jalan.. Marah pun dia buat tak tau. Cakap baik-baik pun dia buat tak tau.Nangis tak sampai seminit, dia senyum pastu cari kerja lagi. Segala mainan abang dia, semua dia patahkan.. Abang main 5 tahun tak pernah rosak mainan sebelum ni.
So sekarang nak cakap saya pandai ajar anak ke tak? Sebab Aryan behave je, Areeq suka buat kerja. So mak mak ni jangan la cepat melatah tanya soalan “Tak Ajar Anak ke?” for me, it’s rude! Don’t judge other mothers ‘tak pandai ajar anak’ hanya disebabkan anak awak behave. Umpama, mulut awak biadap, orang tanya awak, mak awak tak ajar ke dulu jangan biadap tanya orang macam tu?? See? Memang as parents, kita kena ajar anak kita.. Tapi jangan la sampai macam tu soalannya.Suggest a solution, advise what should she do.
Sekian membebel panjang. Thank you yg sudi baca bebelan pagi ni
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak, jangan mudah menghukum dan menilai cara didikan anak orang lain. Menegur ada caranya. Mereka ada cara mereka sendiri, tak seharusnya bandingkan dengan cara kita didik anak.
Kebanyakan kaum isteri mendambakan suami yang baik untuk rebut kebahagiaan dalam rumah tangga.
Baik itu bukanlah bermakna suami yang ikut kehendak isteri setiap masa, tetapi lelaki yang baik boleh menyelami hati seorang isteri dan mampu bertolak ansur tika ada masalah.
Lebih dekat, istilah baik itu ada dalam perkongsian Puan Nieza termizi ini. Jemput renungkan seminit.
Suami Yang Baik Itu…
Memenuhi keperluan emosi isteri adalah salah satu dari nafkah batin.
Dalam rumahtangga, suami dan isteri menghadapi pelbagai perubahan emosi. Mula-mula kahwin segalanya indah. Hari demi hari, tahun bertukar ganti, kita mula menghadapi ujian dalam rumahtangga. Setiap pasangan pasti tidak akan dapat lari dari situasi menduga ni.
Bercakaplah dengan isteri apabila ada masalah. Jangan mengelak. Jangan minum kopi bersama kawan-kawan di restoran mamak. Jangan menyorok main game di dalam bilik. Jangan buat hal sendiri seolah tak ada apa berlaku.
Isteri diam, terus selidik. Isteri merajuk, terus pujuk.
Berani menghadapi masalah adalah tanda kekuatan seorang suami. Berbincang dengan isteri adalah tanda kita memenuhi nafkah batin untuknya. Mendengar rintihan isteri, diam ketika dia sedang marah, bersabar dengan karenahnya, memujuk dan menyapu air matanya adalah tanda kita memenuhi keperluan emosinya.
Suami tak bagi bunga, isteri tak kisah. Suami tidak hadiahkan kepingan coklat cudburry, isteri tidak sedih. Tiada rantai mahal, tiada percutian mewah, tiada teddy bear, tiada candle ligth dinner atau tiada taburan kelopak mawar atas katil. Semua itu isteri tidak peduli.
Yang dia peduli, apakah suami mendengar suara hatinya? Ketika dia sedang bersedih, menangis, penat, keletihan, marah, geram dan berkecil hati. Adakah suami menyedari dan mengerti?
Kadangkala isteri juga mahu luangkan masa bersama suami. Berdating berdua, berjalan ke tempat cantik, berpegangan tangan, berbual sambil berkongsi straw minuman, makan bersuap, selfie berdua dan seumpamanya adalah cara memenuhi keperluan emosi isteri. Alangkah indahnya perasaan isteri.
Cakap Baik-baik
Selain daripada itu, bercakaplah dengan lemah lembut dan gunakan perkataan yang baik. Jangan suka menyindir dengan maksud gurauan atau sebaliknya. Jika isteri berkecil hati, tercalarlah emosinya. Suami yang baik akan selalu mencairkan hati walaupun tidak mengeluarkan bahasa romantik.
Isteri adalah cerminan suami. Baik suami baiklah isteri (InshaAllah). Suami yang suka mendidik isteri bermakna dia sedang berusaha memenuhi nafkah batin untuk isteri. Beri nasihat dan tegur dengan cara yang baik bila dia tersilap, ajarkan dia tentang akidah islamiyah, ibadah, akhlak dan sebagainya. Jika suami tidak mampu, izinkanlah dia keluar ke kelas pengajian.
Begitulah..
Seperti kita tidak pernah mengabaikan nafkah zahir (duit belanja, pakaian baru, duit makan, segala keperluan dan kelengkapan diri untuk setiap bulan), begitu juga dengan nafkah batin. Jangan diabaikan. Kerana sesungguhnya nafkah batin bukan hanya keperluan di bilik tidur semata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri adalah punca rezeki dalam keluarga, jadi dahulukan isteri. Jangan sesekali seorang suami menganggap isterinya sebagai beban. Jika merasakan isteri sebagai beban, maka menjadi bebanlah dalam hidup rumah tangga.
Tetapi jika sebaliknya dan menganggap isteri sebagai asbab rezeki dan kekayaan, maka secara tidak langsung ia akan menjadi penarik rezeki.
Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan fahami sebaiknya.
“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumah tangga.
Isteri Bukan Beban, Bahagiakan Hatinya
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan, Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insyallah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Begitulah.
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
MW: Bahagiakanlah isteri, insyallah rezeki akan berganda. Bila isteri bahagia, rumah tangga pun akan bertambah bahagia.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...