
Selain membaca dan memahamkan isi kandungan, kita juga sangat digalakkan untuk menghafal ayat-ayat dan surah di dalam Al Quran.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Sebagai seorang pelakon menghafal setiap baris skrip bagaikan satu kemestian dalam melengkapkan watak yang dibawa. Memanfaatkan waktu rehat makan, pelakon versatil dan berbakat besar Noorkhiriah Ahmad Shapie,43 berjaya menghafal Surah Al-Kahfi, Ayat 1-10 di set penggambaraan drama lakonannya “Nikah Cerai Rujuk” baru-baru ini.
Sekali Hafal 10 Ayat Pertama Surah Alkahfi
Berita gembira tersebut dikongsikan di laman Instagram pelakon ini sendiri. Malah lebih manis, dengan hanya sekali hafalan pelakon ini berjaya menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi.
“Tak pernah terjadi dalam hidup akak kat set shooting. Time ni break makan. Sekali abang @gib_idris cakap ‘Jom Nor kita tasmik nak’? Masa ni ramai bukan akak berdua. Memula segan, surah apa je akak hafal..sekali abang Gib cakap jom Al Kahfi Ayat 1-10”
“Akak try my best. Akak sejenis suka cabaran dik..sekali hafal..MasyaAllah akak sendiri terkejut,”
“Inilah suasana kerja akak sekarang..Positif vibe yang sangat kuat..Alhamdulilah Allah permudahkan urusan kerja akak bersama Tok Sidang @jinggo_jspictures Sis @sheilarusly_jspictures @uzairhaqimy69 serta team #nikahcerairujuk.We are One Happy Big Family,” ujar Khiriah.
Ramai yang meninggalkan komen positif, mengucapkan syukur dan turut menjadikan inspirasi atas pencapaian Khiriah ini.
Mesti Baca:Patutlah Surah Al-Kahfi Sangat Digalakkan Dibaca Hari Jumaat, Memang Istimewa!
Baca Lagi Di Sini:“Skrip 30 Episod Boleh Hafal, Takkan Al-Mulk 30 Ayat Tak Boleh,” Amar Baharin
Artikel Menarik:“Kalau Dulu Terselak Sana Terselak Sini, Sekarang Tutuplah, Kita Berhak Merubah Diri Sendiri” Noorkhiriah

Mingguan Wanita:Alhamdulillah, tahniah Khiriah memanfaatkan waktu rehat dengan berjaya menghafal 10 ayat pertama Surah AlKahfi sebaiknya. Kesungguhannya menghafal ayat-ayat suci Al Quran wajar dijadikan inspirasi buat kita juga.
Sumber: Khiriah17
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Isi Kandungan
ToggleHari ini, keputusan SPM telah diumumkan. Rata-rata mak ayah turut berdebar-debar menanti keputusan anak masing-masing, sama ada cemerlang atau sebaliknya.Biar apa pun keputusan yang dimiliki, semoga mak ayah dapat berlapang dada. Berikanlah kebebasan dan sokongan penuh buat anak-anak untuk memilih bidang yang mereka gemari tak kiralah dalam bidang apa pun.
Jika ada anak-anak yang berhasrat untuk menceburi bidang seni, walaupun cemerlang dalam SPM mungkin 4 selebriti ini boleh dijadikan kayu ukur.Ini kerana 4 selebriti wanita ini pernah memiliki keputusan SPM yang cemerlang namun memilih untuk menceburi bidang seni kerana minat yang mendalam dalam industri ini.
Berikut pencapaian 4 selebriti yang pernah mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mungkin ramai tak tahu.
1. Dr Soo Wincci
Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama
Dr Soo Wincci, 33 antara selebriti Malaysia yang hadir dengan pakej lengkap ‘beauty with brain’.Beliau dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia pada 2008 dan pernah mewakili Malaysia untuk Pertandingan Ratu Cantik Dunia pada 2013.
Penyanyi, pelakon, komposer, pengacara, model dan selebriti chef berbangsa Cina ini, berjaya memperoleh keputusan cemerlang SPM, 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.
Soo Wincci mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.
Kesibukan dalam bidang seni, bukanlah menjadi penghalang Soo Wincci mengejar impian selama 6 tahun untuk menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan yang diperoleh dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).Malah,Dr Soo Wincci juga telah menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.
2. Neelofa
Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi
Noor Neelofa binti Mohd Noor,29 atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.Teraju utama drama ‘Ti Amo, Sweeheart 100 Hari’ dan ‘Suri Hati Mr Pilot’ ini berjaya memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006. Bukan sekadar SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).
Pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini kemudiannya telah melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama (KDU) sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.
Neelofa mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10. Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk.Malah Neelofa sendiri merupakan ikon usahawan wanita yang berjaya dan memiliki perniagaan sendiri.
3. Mira Filzah
Tahun: 2010
Keputusan: 8A 2B
Sekolah:SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.
Gadis kelahiran Negeri Perak yang juga pelakon utama Drama bersiri ‘Cinta Si Wedding Planner’ ini pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A didalam PMR. Malah Mira berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dengan memperolehi 8A 2B dalam SPM pada tahun 2010, kira-kira lapan tahun yang lalu.
Kerana minat yang mendalam, Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, namun tetap berjaya memiliki Ijazah Jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
4.Janna Nick
Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: SMK Danau Kota

Nurul Janna Muner, 22, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.Beliau dilahirkan di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya.Pelakon utama drama bersiri ‘Dia’ ini memiliki darah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya.
Janna memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Ketika itu, usia beliau dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya.
Janna Nick pernah bersekolah di asrama penuh dan juga sekolah harian. Beliau merupakan bekas pelajar MRSM Pendang,Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota. Hasil keputusan SPM 6A 2B yang diperolehi,Janna pernah mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan.
Tahniah diatas kecemerlangan keempat-keempat selebriti ini. Bukan sahaja berbakat dilapangan seni malah membuktikan golongan artis pun bijak dalam bidang akademik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Orang Cina “Kalau Tiada Duit, Kami Tak Benarkan Kahwin” PANTANG AMBIL PERSONAL LOAN

Isi Kandungan
ToggleOrang Cina “kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin”. Lain kaum lain adat mereka dalam menguruskan majlis perkahwinan.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara TAI ZEE KIN menerusi akaun Facebooknya membuka mata masyarakat Melayu tentang orang Cina melayan isu perkahwinan.
Sememangnya sesetengah tip yang dikongsi ada kebaikan dan boleh menjadi rujukan.
Orang Cina “Kalau Tiada Duit, Kami Tak Benarkan Kahwin”
Rupa-rupanya ibu bapa kaum Cina pantang jika anak-anak buat loan untuk majlis perkahwinan. Mereka lebih selesa jika anak-anak benar-benar bersedia dari segi kewangan sebelum mengadakan sesebuah majlis perkahwinan.
Beginilah uniknya Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya. Malah perkongsian budaya ini boleh dipraktikkan jika bersesuai dan tidak menyalahi agama.
Ini cara orang Cina layan isu majlis perkahwinan (Wedding).
- Ibu Bapa pihak wanita akan galakkan supaya menantu buktikan kemampuan membeli rumah dulu sebelum meminang/merisik – dan lazimnya dengan cara lembut (soft approach) untuk memastikan anak nama anak perempuan mereka muncul dalam Geran Tanah/Rumah.
- Bila dah mampu beli rumah, ada kereta, baru ‘mula’ proses meminang/merisik atau buat ‘marriage proposal’.
- Selepas itu, kami akan ‘daftar perkahwinan dulu’ bawah ROM (pendaftar perkahwanan). Jadilah suami isteri sah undang-undang dahulu sebelum majlis. Ambilah masa secukupnya untuk membuat rancangan majlis perkahwinan. Banyak antara kaum cina yang mengaturkan majlis perkahwinan dari 6bulan hingga 2 tahun setelah mendaftarkan perkahwinan dengan ROM.
- Pasal majlis ini, biasa ada dua jenis.
– jenis pertama ialah dua majlis berasingan (lazim untuk keluarga pengantin lelaki dan wanita yang berkampung di tempat belainan – contoh, keluarga pengantin lelaki di Sungai Petani Kedah, keluarga pengantin perempuan di Seremban, Negeri Sembilan). Ibu bapa pengantin akan saling hadir.
– jenis kedua adalah majlis yang bergabung (dua dalam satu) 聯婚, dimana hanya ada 1 majlis sahaja untuk kedua-dua belah pihak pengantin. Saudara Mara dua pihak akan hadir majlis yang sama. Majlis sebegini biasa berlaku kalau pasangan pengantin berasal dari tempat yang sama.
- Bagi cina, PANTANG AMBIL PERSONAL LOAN untuk membuat majlis perkahwinan. Tidak dibenarkan. Ibu bapa akan kata ‘kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin’. Simpan cari duit dulu. NON NEGOTIABLE. Tidak akan berlaku.
- Ibu bapa biasa kalau mampu, akan simpan duit untuk perkahwinan anak masing-masing. Mereka akan bagi duit kepada anak-anak untuk ringankan beban mereka.
- Budaya Cina berpisah tiada dengan ‘Ang Pow’. Kalau pernah hadiri perkahwinan cina, depan dewan biasanya ada satu meja kaunter pendaftaran. Kaunter ada dwi-fungsi. Pertama pendaftaran, kedua, ‘rekod Duit Angpow’.
- Pasal angpow perkahwinan ini, dia ada ‘kadar rujukan’ mengikut jenis majlis (hotel, restoran, dewan orang ramai), lokasi (hotel 5 star Bukit bintang, atau restoran Jade Garden Sungai Petani) dan juga berapa intim hubungan (pek pek emem ah cik ah sim bagi lebih. Biao shu, shu po, yi po, biao jie bayar kurang sikit. Kawan karib bagi lebih, kawan tak sekarib bagi kurang sikit.
- Saudara mara sudah tahu, untuk bagi amoun berapa dalam angpow ikut kadar tersebut. Sebagai contoh, kalau RSVP majlis di Hotel 4/5 bintang, RM150-250 adalah biasa bagi setiap yang hadir. ibu akan tanya dalam kumpulan whatsapp – berapa yang akan hadir majlis perkahwinan sepupu? Ibu nak buat anggaran angpow. Kalau keluarga ada 3 yang hadir, ibu mungkin akan sediakan angpow RM500. Kalau ibu seorang sahaja yang hadir, mungkin RM200.
Kalau buat di restoran makan di Tampin, mungkin kadarnya RM50-RM 80.
- Bila sampai depan kaunter rekod angpow, zaman dulu-dulu dia akan terus buka angpow (sekarang dah jarang, dia buka bila majlis habis di rumah) dan buat catatan amoun ang pow
Tai Zee Kin (Sepupu belah pengantin wanita) – RM250
Chew Hoong Ling (sepupu xxxx) – RM300
Joan Lai (Yi Poh) – RM 500
Jadi, bila bagi angpow, kami akan tulis dengan jelas nama di belakang angpow itu untuk memudahkan rekod. WAJIB. Tak caya? Hadirlah majlis perkahwinan cina, perhatikan angpow mereka bagi. Mesti ada tulis nama di belakang.
- Buku catatan angpow ini, pihak ibu bapa pengantin akan simpan dengan baik. Hari kemudian bila ada anak sesiapa kahwin, ibu akan buka buku catatan tersebut (selalu disimpan dalam laci altar dewa dewi), dan cari juga berapa yang dia atau ibubapa dia bagi masa majlis perkahwinan anak sendiri. Dia akan balas amoun tersebut dan top up sikit lagi. Kalau yang kahwin itu adalah anak tunggal, ibu akan top up lagi angpow tu.
- Maka, dalam banyak majlis Perkahwinan Cina, pasangan pengantin akan dapat ‘lebihan’ wang dari angpow : cukup untuk membayar semua belanja dan kos majlis, siap ada baki lagi. Baki ini akan dibelanjakan untuk cuti Bulan Madu, atau beli rumah.
- Budaya ini diwarisi sejak ribuan tahun sampai sekarang. Ang Pow Majlis perkahwinan seolah-olah menjadi ‘pelaburan’ yang bakal meraikan keuntungan. Kami sampai sekarang tidak pernah hadir majlis perkahwinan cina tanpa memberi angpow dengan amoun yang setimpal.
- Budaya ini tidak terpakai untuk mereka yang ‘mampu’ dan ‘moden’ ala barat. Keluarga yang cukup kaya, mungkin akan suruh jangan bagi angpow. Mereka adalah golongan minoriti.
- Saya berasa budaya ribuan tahun ini harus diteruskan kerana ia memperlihatkan sifat kebergantungan dan memupuk semangat ‘komunal’ dengan mendalam.
- Nasihat saya kepada kaum lain – JANGAN BENARKAN ANAK-ANAK MEMBUAT PINJAMAN LOAN untuk majlis perkahwinan. Halangkan anak-anak daripada perbuatan ini yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka demi nafsu ‘ego’ sendiri untuk sehari.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Baca Disini : Lelaki Ini Kongsi ‘Struggle’nya Lalui Fasa ‘Parenthood’, Jangan Pelik Orang Cina Anak TAK RAMAI
Tak Suka Berhutang, Bantu Adik Beradik RAHSIA Orang Cina Kaya Berjaya
“Semeja Paling Kurang RM1000” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang menyatakan pandangan dan pengalaman mereka sendiri.

Mingguan Wanita : Buatlah kenduri kahwin secara sederhana, ikut kemampuan. Janganlah mereka lepas kahwin sebab hutang.
Sumber Foto : CANVA
Sumber : Facebook Tai Zee Kin
RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Elfira Kontak Rapat Individu Positif Covid-19 “Rayyan Tak Keluar, Orang Datang Rumah Terdedah Virus”

Isi Kandungan
ToggleBergelar ibu kepada seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini.
Walaupun berhati-hati sehingga pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah dan memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Namun hati ibu muda ini begitu terkejut dan rasa takut, apabila mengetahui individu yang bertemu dengan anak kesayangan merupakan kontak rapat dan positif Covid-19.
Anak Kontak Rapat Individu Positif Covid-19, Rayyan Buat Jantung Elfira Mahu Luruh
Menerusi perkongsian di laman Instagram menggunakan nama akaun putera kesayangannya itu, Elfira, menjelaskan dia tidak membawa anaknya keluar, bagaimanapun dalam masa yang sama, dia tidak tahu orang yang datang ke rumah telah dijangkiti virus itu.

“Kongsi di sini sebagai peringatan kepada ibu-ibu, untuk keadaan sekarang tidak mengapa untuk bertegas mengatakan tidak kepada orang yang nak datang rapat dengan anak kita .
“Terutamanya bila kita tahu orang itu selalu keluar dan jumpa dengan ramai orang.
“Rayyan tak keluar , tapi kita tak tahu orang yang datang rumah itu telah terdedah kepada virus.
Rayyan Salah Seorang Kontak Rapat Individu Positif Covid-19
“Jadi nak dijadikan cerita, dia merupakan salah seorang kontak rapat. Memang nak luruh jantung, sebab saya takut sangat dengan hospital, kalaulah jadi apa-apa mesti saya kena jaga dia, memang takut sangat,” ujarnya.
Alhamdulillah, Semuanya Baik
Tambah Elfira, dia bersyukur apabila ujian calitan yang dilakukan terhadap Rayyan, menunjukkan dia tidak dijangkiti biarpun berada beberapa jam bersama individu terbabit.
“Alhamdulillah semuanya baik. Kuat imun system anakku dan syukur kepada ALLAH SWT kerana melindungi Rayyan.
“Menakjubkan kerana dia terdedah beberapa jam tetapi tidak ada apa-apa tetapi yang terdedah satu jam dijangkiti. Memang ajaib.
“Jadi tolong jaga diri anda dan pastikan makan vitamin C,” tulisnya lagi.
Baca Disini Juga:

Elfira Loy Lebih Selesa Habiskan Masa Di Rumah Beri Perhatian Jaga ‘Baby PKP’
Elfira Bangun 4 Pagi, Mula Mengaji Empat Juzuk Akhir Sehingga Asar
‘Semua Tak Kena..’ Elfira Loy Menangis, Hari Pertama Dijaga ‘Confinement Lady’
Semoga Rayyan Sihat Sentiasa
Sumber/Sumber Foto: Instagram muhamadrayyankhalafofficial
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI