Wah semakin cantik, kurus dan berseri-seri penampilan terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata keduanya.
Mana tidaknya sewaktu menjayakan sidang media virtual, BeauRaya penyanyi tersohor negara ini menerangkan berat badannya sudah turun sebanyak 20kg selepas bersalin.
Siti Nurhaliza Berazam Turunkan Lagi 10kg Berat Badan
Walaupun sudah berjaya menurunkan berat badan namun Siti turut berazam mahu menurunkan lagi 10 kilogram berat badannya untuk mencapai berat badan ideal. Malah ketika hamil anak keduanya, Muhammad Afwa, berat badannya mencecah sehingga 92kg.
“Ketika hamilkan Muhammad Afwa, berat badan saya mencecah sehingga 92kg. Alhamdulillah, saya kemudiannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas itu.
“Kini saya mahu untuk turunkan lagi 10kg berat badan untuk mencapai berat ideal iaitu 60kg,” ujar Siti.
Akui Berat Badan Sukar Turun
Tidak seperti wanita lain, ibu kepada dua cahaya mata ini juga akui berat badannya sukar untuk turun berbanding wanita lain selepas habis berpantang.
“Jika sesetengah ibu yang baru habis berpantang senang turunkan berat badan namun sukar buat saya,” sambung Siti.
Ads
Tumpuan Pada Muhammad Afwa
Sejak dikurniakan cahaya mata kedua, Siti kini lebih tertumpu dengan Muhammad Afwa.
“Jika sebelum saya manja dan lebihkan tumpuan pada Aafiyah. Tapi sekarang lebih fokus kepada dengan Afwa pula. Alhamdulillah Aafiyah taka da masalah dan dia pun sangat sayangkan adiknya.
“Setiap pagi selepas bangun dia akan mencari adiknya untuk dicium. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran dua cahaya ini melengkapkan lagi kehidupan keluarga saya,” akhiri Siti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Rakyat di negeri Kelantan hari ini berduka, susulan ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, pada jam 8.11 pagi tadi.
Menurut laman Facebook Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan terakhir dan dijangka Istiadat Pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.
Etika Berpakaian
Dalam entri Facebook tersebut turut disertakan etika berpakaian untuk penghormatan terakhir tersebut.
“Etika berpakaian untuk kerabat Diraja adalah berbaju Melayu putih, bersamping putih, songkok hitam beralas kain putih di atas dan baju kurung putih bagi perempuan.
“Manakala etika berpakaian untuk orang awam ialah berbaju Melayu putih, bersamping putih, bersongkok hitam beralas kain putih dan baju kurung putih bagi perempuan,” tulisnya.
Cuti 2 Hari
Sementara itu, Kerajaan Kelantan mengisytiharkan tempoh berkabung bermula hari ini dan cuti selama dua hari bermula esok bagi menghormati kemangkatan ayahanda Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra pagi tadi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, cuti diberikan pada hari Ahad dan Isnin ini iaitu selama dua dan perkabungan juga akan bermula pada hari ini.
“Almarhum Sultan dijangka dikebumikan hari ini selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Diraja Langgar,” katanya kepada pemberita di sini.
Ahmad Yakob (tengah) selepas sidang akhbar di Kompleks Kota Darul Naim di sini.
MW: Merafak sembah dan ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh almarhum.
Pelakon popular, Anna Jobling menasihati agar wanita di luar sana berhati-hati memperagakan barang kemas di tempat awam bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pelakon cantik Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25 berkata wanita tidak boleh ambil mudah tentang soal keselamatan diri.
“Mungkin kadang-kadang kita rasa tempat yang kita nak pergi itu selamat dan tiada sesiapa akan buat perkara tidak baik kepada anda. Tetapi sebenarnya ada.
“Kalau boleh cuba elak berjalan seorang diri di tempat yang sunyi, gelap dan anda rasa tidak selamat.
“Macam saya sendiri, saya akan elak memakai barang kemas apabila pergi ke luar negara. Sebab kita tidak tahu keadaan di negara orang macam mana. Kita sendiri tidak ‘familiar’ dengan orang di sana macam mana. Jadi elakkan pakai barang kemas apabila pergi ke luar negara,” katanya.
Anna ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta jenama barang kemas di pusat beli belah Suria KLCC sempena sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut tentang pemilihannya sebagai duta jenama barang kemas tersohor itu, kata Anna dia memang peminat barang kemas terutamanya emas dan berlian.
“Sejak kecil lagi ibu saya sudah terapkan tentang nilai barang kemas untuk wanita yang bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan tetapi juga pelaburan untuk masa hadapan.
“Saya rasa bukan saya sahaja, tetapi semua wanita sukakan barang kemas. Tambah-tambah lagi kalau nak raya mesti kena pakai.
“Sesiapa yang rapat dengan saya mesti tahu yang saya sangat sukakan emas. Kalau dahulu ibu yang selalu belikan. Tetapi bila dah bekerja saya mula beli untuk diri sendiri sebagai pelaburan,” kongsinya.
Koleksi terbaru Tomei merayakan keindahan rekaan klasik yang kaya,dengan reka bentuk yang menggabungkan elemen ikonik seperti “Kerawang Bunga” dan “Motif Flora,” serta mempamerkan kemahiran rekabentuk yang berkualtii tinggi. Koleksi ini mewakili gabungan intipati seni tradisional Melayu dan sentuhan rekaan moden.
Berbesar Hati
Anna yang turut berkongsi kegembiraannya tentang kerjasama ini berkata “Saya amat berbesar hati dengan peluang dan tanggungjawab yang diberikan oleh Tomei. Saya sebenarnya meminati barang kemas sejak kecil, dan apabila saya melihat koleksi perhiasan dari Tomei, terutamanya koleksi Tomei Raya Keepsakes: Written in Gold ini membuatkan saya sedar bahawa kecintaan saya terhadap reka bentuk perhiasan yang elegan dan berkualiti tinggi tak pernah pudar.
Sebagai peminat barang kemas terutamanya jenis berlian dan emas, saya percaya membeli perhiasan adalah satu pelaburan yang baik, dan ia adalah sesuatu yang perlu dimulakan sejak usia muda.”ujarnya mengakhiri perbualan.
Usahawan terkenal, Asyraf Khalid, baru-baru ini melancarkan jenama daging premium pertamanya, AK Meat, yang menawarkan pelbagai pilihan daging Wagyu berkualiti tinggi.
Pelancaran AK Meat ini disebabkan kecintaan Asyraf terhadap daging Wagyu, yang menjadi kegemarannya sejak 15 tahun lalu, ketika menyambung pengajiannya di Melbourne, Australia.
“Kenapa Wagyu? Sebab bagi saya, tiada daging lain yang boleh menandingi rasa dan kualiti Wagyu.
“Kelembutan daging yang meleleh di mulut dan rasa yang luar biasa menjadikannya pilihan utama saya dan kalau nak tahu saya hanya makan daging wagyu sahaja.
“Ia bukan sekadar makanan biasa, tetapi merupakan pilihan utama dalam setiap hidangan saya terutamanya masakan steak. Tak kisahlah daging wagyu itu dari Australia atau Jepun,” kata Asyraf.
Pada pelancaran AK Meat Khamis lalu, turut hadir para selebriti yang juga merupakan keluarga Asyraf iaitu ibu tirinya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, serta isterinya Tya Arifin selain rakan perniagaan dan teman rapat lain. Pada majlis itu, Asyraf telah menyajikan steak daging wagyu dengan membelanjakan sehingga RM30,000 buat tetamu-tetamu yang hadir.
Kongsi Bersama Pelanggan
Tambah Asyraf, keputusannya untuk mengambil langkah berani dalam melancarkan AK Meat kerana daging Wagyu premium ini bukan sekadar berkaitan perniagaan semata-mata tetapi juga untuk berkongsi nikmat daging kegemarannya itu dengan masyarakat.
“Setiap hidangan AK Meat adalah lebih daripada sekadar makanan, ia adalah pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pelanggan saya.
“Jangan keliru, AK Meat bukan sebuah restoran, tetapi ia adalah perniagaan daging premium yang dipesan secara dalam talian dan kemudian dihantar terus ke rumah. Beberapa lori AK Meat juga akan berada di masjid-masjid tertentu dan boleh dibeli terus dari sana,” ujarnya.
Sementara itu, Asyraf turut berterima kasih kepada rakan niaganya iaitu Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan pasukan DAEM, yang telah banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan impian beliau.
Selain menawarkan produk daging premium, Asyraf menegaskan bahawa AK Meat kini bersedia untuk menjadi jenama pilihan utama dalam pasaran daging premium di Malaysia.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.