Setiap hari isteri memasak untuk seisi keluarga tidak kiralah yang bekerja atau bergelar suri rumah sepenuh masa. Bila setiap hari memasak, ada hari isteri jadi jemu memasak sebab peat berfikir setiap hari apa yang perlu dimasak. Sebenarnya skil masak mak-mak ini, chef pu tak boleh lawan.
Terapi kalau tiba perasaan tak tentu arah nak masak apa, memang jem kepala mak-mak. Waktu ini, suami kena peka perasaan dan perubahan isteri, bawalah isteri dan makan di luar. Bagi ruang buat isteri bertenang seketika.
Ikuti perkongsian, Farizal Radzali dan fahami situasi yang dialami golongan mak-mak bila mereka buntu di dapur.
Kepada suami tersayang…
Kalau isteri mu sudah masak nasi goreng tiga hari berturut-turut, atau asyik-asyik menu yang sama, atau menu macam nak tak nak saja, atau masak merah jadi warna kuning, atau masak kari rasa taucu, atau masak sardin tin sudah entah berapa tin dalam seminggu sambil buat muka sardin.
Pulak itu, kalau nampak isteri mu termenung panjang di tepi peti ais, keluarkan ikan masukkan balik, keluarkan ayam masukkan balik. Ada masa dia dok tenung ikan dekat sinki macam hendak tembus ikan itu dia punya tenung, main mata dengan ikan itu, mata bertentang mata tapi dia tak usik ikan itu untuk satu tempoh yang lama.
Paling best, jika kau nampak isteri mu keluarkan ayam tapi bila sudah siap, rupanya dia masak ikan.
Hari-hari Memasak Jadi Jemu, Penat Fikir
Itu maknanya dia sudah tak tau hendak masak apa. Silalah bawa dia makan dekat luar. Atau tapau balik untuk dia. Pening sudah dia tu.
Isteri punya skil memasak ni, chef pun surrender tau. Kalau dia tengah rajin, on mood kata orang, dia boleh cipta menu baru, modified menu orang, hispterkan menu klasik, pelbagaikan masakan walau hanya dengan ikan masin sekalipun dan macam-macamlah dia boleh buat.
Tak pernah buat kek, tiba-tiba buat kek. Tak pernah buat biskut, tiba-tiba buat biskut. Biskut 3 bahan katanya.
Tapi kalau dia sudah tak ada mood, atau dah tak tahu nak masak apa, atau sudah boring masak, tengoklah, entah apa-apa saja dia masak. Masak nasi pun jadi tak jadi saja nanti. Silap gaya terus jadi bubur. Kalau boleh, janganlah sampai nasi menjadi bubur. Takut nanti hari-hari kena makan bubur pula sudah.
Bukan Malas, Dia Jemu Memasak Bila Penat Berfikir
Ketahuilah, dia bukan malas masak. Dia bukan cari alasan tak nak masak. Dia bukan nak mengeluh. Tapi ada masa dia jemu memasak, dia sudah penat berfikir. Kita kadang itu pergi kedai makan pun tak tahu nak makan apa.
Inikan pula dia yang hari-hari hendak masak, ahli keluarga pula ramai, yang itu tak makan ini, yang ini tak makan itu. Cabarannya mengalahkan lompat papan anjal tahu tak.
Re-post
Farizal Radzali
MW: Bila isteri tak tahu nak masak apa, jangan cop isteri pemalas pula ya. Sebab bukan selalu isteri begitu, kadang-kadang saja bila dia penat berfikir sangat. Jadi sebagai suami, masa-masa kecemasan begini sebaiknya beli sahaja makanan atau lebih manis bawa isteri makan di luar.
Bagi sebahagian pasangan suami isteri, handphone antara barangan peribadi yang boleh dikongsi dan tiada rahsianya.Isteri tahu password, bebas boleh buka handphone suami dan begitu juga sebaliknya.Namun ada juga pasangan yang begitu berahsia dan tak suka berkongsi, walaupun dah berkahwin bertahun-tahun lamanya.Anggap ia kekal barangan peribadi.
Seorang lelaki yang berang selepas isterinya membuka dan membaca WhatsaApp miliknya secara sembunyi, telah nekad menyaman wanita itu.
Kejadian berlaku di Arab Saudi selepas lelaki itu sedar pergerakannya dipantau secara sembunyi oleh isterinya selama sembilan bulan.Lelaki berkenaan menganggap tingkah laku isterinya itu sebagai salah satu jenayah siber.
Dilaporkan wanita berkenaan sudahpun menyalin semua data termasuk klip video dalam aplikasi WhatsApp milik suaminya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana mahu menjaga aib, namun memilih untuk berpisah dengan suaminya.
Lelaki itu pula enggan berpisah dan memilih untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara aman.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ditempat awam, kerana dikhuatiri akan digodam dan data peribadi akan diceroboh dengan lebih mudah.
MW: Setuju ke, handphone pasangan adalah barangan peribadi yang tak boleh dikongsi, dibuka tanpa izin? Tapi secara rasionalnya, jika tiada yang ‘pelik-pelik’ atau tak buat hal, tiada apa pun yang perlu dirahsiakan.
Kadang-kadang kita terfikir, suami isteri bekerja dan tiap-tiap bulan dapat gaji. Masalahnya, duit selalu tidak cukup. Mesti akan ambil dalam akaun simpanan untuk menampung keperluan sehingga hujung bulan.
Begitulah bagi sesetengah pasangan yang merasakan sentiasa tidka cukup dengan gaji yang diperolehi. Kiranya, suami isteri bekerja pun masih tidak cukup untuk menampung keperluan rumah.
Pernah terfikir atau perhatikan tak tentang ke manakah duit gaji suami isteri gunakan sebelum ini. Memanglah semuanya gunakan untuk keperluan rumah tapi mungkin ada wang yang digunakan kepada perkara yang dirasakan tidak perlu.
Perkongsian daripada Azizul Azli Ahamd boleh membuak mata suami isteri di luar sana dalam menyusun semula keutamaan dalam keperluan rumah.
“Masalah aku, semua benda aku nak aku beli. Tak sampai pertengahan bulan semua dah habis”
“Aku pun macam tu, alah waktu muda inilah kita nak merasakan”
“Aku rasa gaji aku kecik la, nak berhenti cari kerja lain lah”
“Ok gak tu, boleh aku ganti kau kat sini”
Kawan kawan yang mulia,
Ada kalanya kita yang gagal urus keutamaan dalam hidup kita. Kita rasa apa yang kita dapat belum cukup.
Bila kita salah letak yang mana penting, yang mana utama. Maka kita selalu berasa tak cukup.
Cuba susun balik hidup kita dan tulis dulu apa benda yang kita nak beli. Jika dah berkeluarga, selalulah berbincang dengan suami dan isteri kewangan kita.
Jangan tanggung beban kewangan sendirian bagi suami, selalu berbincang dengan keluarga.
“Gaji abang RM3200 sahaja, mari kita susun apa yang wajib beli dulu yang sayang”
Azizul Azli Ahmad
Ketua Keluarga Juga
MW: Moga memberi manfaat dan panduan untuk pasangan di luar sana dalam menyusun kembali keperluan mengikut keutamaan dalam rumah tangga.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.