Hubungan suami isteri perlu disemai sebaik mungkin. Jangan biarkan berlarutan jika anda melihat pasangan semakin jemu.

Semaikan dan suburkan ia dengan kasih sayang. Malah ada yang meluahkan selepas beberapa tahun mendirikan rumahtangga hendak sentuh atau pegang pasangan pun sudah tak rasa apa malah ada yang rimas.

Ikuti penerangan dari Pakar dalam Relationship and Intimacy Expert, Diyana Tahir untuk kembalikan rasa cinta pada pasangan anda.

Sentuh Pasangan Pun TAK RASA APA! Malah Ada Yang Rimas, Bertindak PANTAS Jangan Menyesal Kemudian
DIyana Tahir

Walau Dan Lama Berkahwin, Suami-Isteri Tetap Perlu Semarakkan Cinta

Bertindak Pantas Amalkan Diet Sentuhan Cinta 

“Ramai orang bila ada masalah mereka pilih untuk selesaikan hanya pada permukaan sahaja. Ibarat anda hanya memotong dahan dan membuang daun-daun pada sebatang pokok dan kemudian ianya akan tubuh semula.

IKLAN

“Begitu juga pada masalah anda, ianya akan berterusan jika tidak di selesaikan dari akarnya.

“Jadi perlu beberapa langkah yang betul untuk anda kembalikan semula rasa cinta dengan pasangan dan untuk anda merasai semula kehangatan asmara dengan pasangan.

Sentuh Pasangan Pun TAK RASA APA! Malah Ada Yang Rimas, Bertindak PANTAS Jangan Menyesal Kemudian
Gambar sekadar hiasan

Langkah-Langkah Kembalikan Kehangatan Asmara

  1. Yang pertama adalah ‘reboot’ hati. Sebelum nak buat apa-apa penting untuk pikat dari hati dulu. Kenali keegoan pasangan ni seperti apa. Ambil hati pasangan dengan ketahui apa kehendak hatinya. Berhenti untuk berteka-teka apa kemahuan suami. Sebab itu penting ada ilmu. Setiap orang adalah berbeza-beza. Tidak semestinya kita akan faham dia dan dia akan faham kita 100 peratus. Sebab itu penting untuk mengenali keegoan pasangan anda ini seperti apa. Sebab sebenarnya keegoan manusia ini ada tiga iaitu keegoaan ingin disukai, keegoaan ingin selamat dan keegoan ingin berkuasa.
  2. Yang kedua adalah ‘reboot’ fikiran. Ketahui pasangan maskulin atau feminin. Kembalikan polarisasi feminin maskulin itu dalam hubungan. Sebenarnya untuk menjadikan hubungan itu menjadi lebih tertarik anda dan pasangan perlu ada polariti feminin dan maskulin. Dalam perhubungan perlu ada keseimbangan, kedua-duanya tidak boleh jadi feminin sahaja atau sebaliknya. Penting juga untuk mengenali samada pasangan anda itu feminin atau maskulin. Kenali ciri-ciri feminin dan maskulin itu bagaimana. Lelaki alaminya bersifat maskulin. Salah satu ciri maskulin adalah kekosongan. Dan untuk menarik perhatian maskulin perlu ada polariti (berlawanan) pada kekosongan iaitu keberlimpahan kehidupan (feminin).
  3.  Yang terakhir adalah reboot tubuh. Suburkan hormon cinta dengan diet sentuhan cinta. Punca hubungan dengan suami yang dah semakin hambar dan hilang rasa ghairah atau suami dah tak bernafsu adalah disebabkan kurangnya oxytocin dalam badan. Oxytocin ini ialah HORMON LOVE yang semakin berkurang kerana aktiviti seksual dan faktor cara hidup yang tak seimbang.

Jangan Salahkan PASANGAN Kalau Rumahtangga TAK Bahagia Sebab Jodoh Dari Allah

IKLAN
Sentuh Pasangan Pun TAK RASA APA! Malah Ada Yang Rimas, Bertindak PANTAS Jangan Menyesal Kemudian
Gambar sekadar hiasan

Masa Mula Kahwin Jeling-Jeling Pun Terasa Di Hati 

“Kalau dulu masa masih anak dara atau bujang, hormon ini melambak dalam badan kita sebab tu masa mula-mula kahwin jeling-jeling pun dah terasa kat hati, mesranya bukan main lagi kan?

“Tapi sekarang ni sentuh-sentuh atau pegang pasangan pun tak rasa apa dah malah ada yang rasa rimas.

“Jadi dengan mengamalkan Diet Sentuhan Cinta yang lebih efektif akan dapat membantu menguatkan semula hormon cinta dengan pasangan. Bukan sekadar merawat tetapi menjadi BOOSTER untuk hubungan cinta yang lebih hangat,” akhiri Diyana Tahir.

IKLAN

Nak Rumah Tangga Kekal, Kena Kental Lawan Ujian Dalam Perkahwinan, Jangan Ambil Mudah!

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Reen Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Saja Lagi

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI