Bakti kepada seorang isteri sehingga ke akhir hayat. Seorang warga emas sempat belikan sarapan terakhir untuk isteri yang menghidap angin ahmar sebelum meninggal dunia dalam kemalangan.
MW merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa dan harapnya isterinya yang sedang sakit dapat menerima ketentuan Yang Maha Esa. Al-Fatihah.
Sempat Belikan Sarapan Terakhir Untuk Isteri
Seorang warga emas sempat membelikan sarapan terakhir untuk keluarganya sebelum meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Batu 3, Kampung Belimbing, Tanah Merah, Kelantan.
Sebelum kejadian pada jam 9.45 pagi itu, mangsa, Zakaria Seman, 77, dari Batu 2/5, Bukit Merah menghantar laksa yang dibeli untuk sarapan pagi isterinya yang mengalami angin ahmar.
Zakaria kemudiannya keluar semula untuk minum di kedai yang terletak 10 meter dari jalan utama.
Sarapan Terakhir Untuk Isteri Yang Angin Ahmar
Kemalangan berlaku selepas warga emas berkenaan selesai bersarapan dan mahu pulang ke rumahnya.
Motosikalnya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.
Anak bongsu mangsa, Nurbalaili Zakaria, 30, berkata, mereka sekeluarga mendapat tahu mengenai kejadian tersebut daripada orang ramai yang berada berhampiran kedai arwah bapanya bersarapan.
Ads
“Orang kampung menghubungi kakak saya memaklumkan kejadian itu sebelum saya dan suami bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati arwah ayah terbujur di tengah jalan.
“Hanya Allah sahaja yang tahu luluhnya hati saya namun saya kuatkan jua untuk melihat keadaan ayah. Ketika itu ayah sudah tiada,” katanya lagi.
Rutin Arwah Membeli Sarapan
Menurut anak bongsu daripada lapan beradik itu, dia bertemu arwah bapanya ketika keluar bersama semalam.
Katanya, arwah bapanya seorang yang peramah dan sentiasa mementingkan keperluan anak-anaknya.
Ads
“Arwah tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh dan sentiasa ceria. Setiap pagi memang menjadi rutinnya membeli sarapan pagi untuk kami kerana emak menghidap sakit angin ahmar dan tidak mampu berjalan,” katanya.
Harap Ibu Dapat Menerima Ketentuan
Nurbalaili berkata, mereka sekeluarga belum memaklumkan perkara itu kepada ibunya kerana tetapi berharap ibunya dapat menerima ketentuan Allah itu.
“Insyallah, semoga semuanya selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Tanah Merah Deputi Superintendan Zainuddin Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mayat dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut.
MW: Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa allahyarham dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Amin.
Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza.
Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah agar dapat berlaku adil tidak membeza-bezakan anak-anak. Tiada istilah anak kesayangan mahupun anak tak guna pada anak-anak. Semuanya perlulah dilayan sama rata.
Perkongsian oleh Hj Hushim Hj Salleh, Kaunselor Motivasi ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah.
Pengalaman kes yang pernah ditangani apabila anak masih berdendam dengan arwah bapanya apabila membeza-bezakan diantara adik beradiknya.Anak tersebut dibandingkan dari segi kepandaian akademiknya yang kurang berbanding adik beradiknya yang lain. Kesan psikologi dan trauma yang dialami oleh anak tersebut, berbekas dan tersimpan sekian lama sehingga dewasa dan sampai ke tua.
Tambah Hj Hushim lagi, mak ayah kadangkala ‘mulut tak dijaga’ bezakan anak-anak dari segi warna kulit, pencapaian akademik, akhlak dan moral.Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Peringkat awal remaja banyak cabaran yang harus mak ayah tempuhi.
Banyak kes yang ditangani, anak yang tak pandai itulah yang menjaga mak ayah sewaktu tua.Bila mana anak-anak yang bijak pandai,sibuk bekerja.Sebab itula jangan sesekali beza-bezakan anak-anak. Setiap anak pasti ada kelebihan masing-masing dan berhak dilayan sama rata.
Mak-mak yang pernah kirim barang dapur dekat suami, akan memahami sangat-sangat perasaan ini. Kerana, ada suami.. walaupun isteri sudah tuliskan siap-siap senarai barang dapur yang perlu dibeli, suami tetap akan telefon bertanya itu ini. Serius ini bukan bergurau!
Dan bila mana suami telefon minta penjelasan tentang barangan dapur mak-mak, jangan sesekali bergurau dengan mereka. Sebab, mereka akan anggap ayat isteri itu serius belaka.
Bak kata Firda Ashaary ini, kaum lelaki Allah ciptakan sebagai makhluk yang lurus sangat. Bila isteri minta, mereka akan beli ikut permintaan isteri. Walaupun, hakikatnya isteri cuma bergurau je tu.
Puas Cari Satu Kedai, Tak Jumpa Pes Tom Yam
“Yang, jangan lupa beli pes tom yam naa. Kata nak suruh buat oden.”
“Okey baik. Satgi cari.”
Begitulah mesej wassap yang aku send kat laki aku semalam waktu dia keluar ke kedai runcit nak beli bahan-bahan memasak. List barang nak beli dah gitau dah tadi, tapi saja ingatkan sekali lagi.
Setengah jam kemudian,
“Sayang, rata kedai dah I cari pes tomyam tu. Takdak pun. Ada tom yam putih dengan nasi goreng tom yam ja. Macam mana?”
“Adoii, hat tu nak buat apa? Takleh guna. Kalau takdak jugak, U cuba tengok pes hat dalam botoi naaa. Mesti ada. Cari kat kawasan sos dan kicap.”
“Okey.”
“Ehh Yang, Yang. Takpa, takpa. I jumpak dah. Depa letak kat belakang. Patut cari takdak. Haishh.”
“Haaa okey. Good boy. U beli lah seploh. Besa dia, payah sangat cari dia nohhh!” gurau aku.
.
Isteri Bergurau, Suami Serius Beli 16 Pek Pes Tomyam
Sesampainya dia di rumah, aku pun selongkar semua plastik barang yang dibeli. Nahh, ambik kau! Sepapan pes tomyam dia bawak balik.
Aku gurau jer pun suruh beli 10 peket. Sekali dia balas gurauan dengan bawak balik 16 peket daaaa. Nak buat scrub badan ke Yang oiii!
Itulah korang, dengan kaum lelaki ni korang jangan lah nak bergurau kias-kias yer. Diorang memang Allah ciptakan sebagai makhluk yang lurus sangat.
Betul ke betul gais?
#SuffianSuffiya #KisahKami
Sapa tak sayang bini oiii.
MW : Mungkin suami tak sampai hati nak kecewakan isteri, itu dia gigih tunaikan permintaan isteri. Dan beli banyak terus, nanti-nanti senang isteri nak guna.. hehehe.
Dalam keadaan sekarang ini, rata-rata wanita pandai bawa kereta. Bukan untuk tunjuk hebat tapi sekurangnya dengan kepandaian ini, kita tidaklah terlalu bergantung pada pasangan atau orang lain.
Mungkin juga ada wanita yang mempunyai alasan tertentu kenapa tidak pandai bawa kereta. Fobia, tak nak redah jalan jem atau merasakan diri selesa hanya suami yang tolong bawakan ke mana sahaja.
Tak kiralah kita sebagai surirumah sepenuh masa atau berkerjaya sekalipun, kita wajib pandai bawa kereta sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan nanti. Memang betul apa yang dikongsikan oleh Eina Shukry ini.
Wanita, tak kaya mahupun tak pandai takpe. Kalau tak ada banyak duit atau tak pandai masak pun tak pe.
Cuma satu saja yang ‘tak’ boleh ada ‘tak’
Kita tak boleh – TAK PANDAI BAWA KERETA
You – WAJIB PANDAI BAWA KERETA
Wanita – WAJIB ADA KERETA SENDIRI
Jika berlaku pada kehidupan kita dan perlukan kita mulakan seorang diri, perkara pertama yang perlu kita fikirkan adalah kena pandai is DRIVING. Kalau you tak pandai drive, memang hidup kita 360° akan bertambah susah.
Tolonglah, belajar cara nak bawa kereta. Belajar driving, jangan harap orang bawak kita saja.
Nanti bila kita pandai driving, dari tak de duit kita akan ada duit sebab kita boleh keluar cari kerja (alone). Anak-anak nak pergi sekolah atau nak pergi klinik semua kita selesaikan sendiri.
Kena Tahu Bawa Kereta
Jangan LEMBIK! Sekurang-kurangnya seorang wanita kena tahu bawak kereta.
Sekarang mungkin kita selesa bergantung pada suami, keluarga dan sesiapa sahaja tapi letakkan dalam fikiran kita, itu semua sementara sahaja. Sampai bila nak bergantung @ sampai bila apa apa ajelah.
At least girls, at least..u must learn to drive. For the sake of yourself
Please..
Mingguan Wanita : Masing-masing punya pendapat sendiri. Tapi apa yang dikatakan itu betul. Sebab kita tidaklah bergantung harap pada pasangan dan boleh membantu jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...