
Isi Kandungan
TogglePenyanyi terkenal Nora Ariffin sebelum ini telah kehilangan suami kesayangan yang juga seorang komposer terkenal, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
Kemudian deritanya ditambah dengan pemergiaan anak keduanya Muhammad Syakir Alif Johan Disember tahun lalu.
Artikel berkaitan: “Doa Untuk Papa & Abang Alif Tak Pernah Putus, Moga Mereka Tenang Disana” Nora Ariffin
Semalam pula, penyanyi ini telah berkongsi kisah duka di entri Instagram tentang ibu mentuanya Puan Nora Abdullah yang telah kembali ke ramahtullah.
“Semoga Mami Ditempatkan Bersama Orang Beriman”
“Innalillahiwainna ilaihi rajiuunnn.
“Dukacita dimaklumkan….
“Ibu mentua tersayang saya Mami, Puan Nora Abdullah yg telah kembali kerahmatullah pagi tadi dengan tenang.
“Semoga mami ditempatkan bersama org beriman.
“Serta dapat bertemu dgn insan2 tersayang. Suami, anak & cucu tercinta.
“Arwah Baba, arwah Johan & arwah Alif. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara
Al- fatihah.”
Al-Fatihah dan salam takziah kami dari Mingguan Wanita ucapkan.
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Nora Baru Saja Bergelar Nenek
Artikel berkaitan: ‘Wan Nak Ayden Jadi Anak Soleh Macam Arwah Atok’ Nora Ariffin Teruja Dapat Cucu

Beberapa hari sebelum itu, penyanyi yang baru bergelar nenek ini telah berkongsi khabar gembira tersebut selepas anak sulungnya Mohd Syakir Iman dan menantu Eilya Sofea selamat menimang cahaya mata sulung.
Sumber Foto: Instagram Nora Ariffin
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Walaupun Perlukan Alat Sokongan, Daddy Bangga Dengan Abang! Ahmad Idham Syukur Anak Istimewanya Berjalan

Isi Kandungan
Toggle‘Walaupun perlukan alat sokongan, daddy bangga dengan abang! Ahmad Idham syukur anak istimewanya boleh berjalan. Alhamdulillah.
Ternyata tiada perkataan yang dapat diluahkan apabila melihat anak yang selama ini tak boleh berjalan kita mampu berdiri dan melangkah biarpun bergantung kepada alat sokongan.
Pengarah dan juga pelakon Dr Ahmad Idham berkongsi rasa syukurnya di akaun Instagramnya. Ikuti luahannya:
Walaupun Perlukan Alat Sokongan
Antara aktiviti hujung minggu, bawa Abang jalan-jalan untuk latihan kuatkan kaki Abang.
Walaupun kadang-kadang ada benda kita rasa mustahil untuk kita capai, namun tidak pernah ada yang mustahil selagi Allah izinkan ianya untuk berlaku.
Daddy Bangga Dengan Abang!
Abang, ketika usia 2 tahun doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur.
Namun, hari ini abang dah boleh berjalan walaupun memerlukan alat sokongan, tapi abang tetap berjaya lakukannya.
Ahmad Idham Syukur Anak Istimewanya Berjalan
Daddy bangga dengan abang!
Semoga lebih ramai anak-anak istimewa mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lain.
– Dr. Ahmad Idham –
Ikuti saya di telegram : https://t.me/drahmadidham
#DrAI #HabPendidikanKhas #Ampang
Artikel Berkaitan:

“Anak Istimewa Bukan Bebanan” Ahmad Idham Faham Perasaan Mak Ayah, Tekad Beri Pendidikan Terbaik
‘Kakak Takde Suara Langsung Ke’ Diuji Anak Istimewa, Ibu Terapi Sendiri Anaknya
Mingguan Wanita : Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat mak ayah di luar sana yang mempunyai anak istimewa. Anda semua hebat!
Sumber: Instagram Dr Ahmad Idham
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Menghidap Penyakit.” Suami Terkilan Hilang Isteri & Anak Dalam Kandungan

Isi Kandungan
ToggleIsterinya tak pernah menghidap apa-apa penyakit dan sebarang alahan sepanjang mengandung anak ketiga mereka kali ini. Jadi suami terkilan hilang isteri dan anak dalam kandungan.
Memang sedih apatah kehilangan keduanya sekali serentak. Team MW merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Umaisarah Azmi. Al-Fatihah.
Suami Terkilan Hilang Isteri & Anak Dalam Kandungan
“Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana Covid-19.
“Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah kerana boleh alami nasib sama seperti saya,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Menurutnya, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia semalam pada 1.25 tengah hari selepas dijangkiti Covid-19, malah anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Baca Juga Di Sini:
Pernah Berjanji Sehidup Semati, Selepas DiJangkiti Covid-19, Allah Jemput Ibu Ayah Selang 24Jam
DiPercayai Meningkatkan Pengeluaran Antibodi Untuk Cegah Covid-19, Susu Lembu Jadi Rebutan
Doktor Hamil 29 Minggu Positif Covid-19, Bayi Selamat Dilahirkan Lebih Awal Elak Komplikasi
Tak Pernah Menghidap Penyakit
Tambah Mohd Fadli, isterinya yang tidak bekerja menghembuskan nafas terakhir ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala yang teruk.
“Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka.
“Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
“Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
“Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya.
Petanda Akan Pergi
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Muhamad Adam, 3, persiapan yang dilakukannya hanya biasa-biasa tetapi kali ini dibelikan barang yang mahal.
“Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tidak dapat bekerja disebabkan tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Reda Dengan Pemergian Isteri
Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta di Padang Temusu di sini, reda dengan pemergian isterinya itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam pada 4 petang hari ini.
Jelasnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana Covid-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk dikuarantinkan.
MW: Semoga keluarga ini tabah berdepan dengan ujian ini. Sentiasa beringat menjaga keselamatan diri dan keluarga, kerana Covid-19 tidak mengenal sesiapapun.

Sumber: myMetro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Senang Ikhlaskan Hati TAPI Cubalah, Bagi RM20 Sekelip Mata Allah BALAS RM50

Isi Kandungan
ToggleTernyata bukan mudah untuk berbuat baik dan ikhlaskan hati. Kadang-kadang dalam membuat kebaikan, ada juga terdetik di hati kurang rasa ikhlas. Lebih-lebih lagi setelah kita berbuat baik, kita tak mendapat balasan seperti kita harapkan.
Memang bab ikhlaskan hati bukan satu benda yang senang. Walaupun tak senang ikhlaskan hati, tapi cubalah. Seperti peniaga akok ini, setelah memberi RM 20, akhirnya Allah beri padanya rezeki tergolek RM 50.
Ikuti perkongsian Muhammad Ikram Rosdi ini dan fahami apa yang cuba disampaikan :
BAGI RM20, DAPAT RM50
Semalam dapat satu request dari customer minta hantar akok ke Bangi lama, akak tersebut minta tolong sangat hantar sebab anak nak makan. Tapi katanya nak dalam RM 5 jer. Terdiam kejap.
Sudahlah jauh, lepas tu RM 5 jer. Kalau ikutkan luar kawasan, Bandar Baru Bangi aku ambil minimum order 4 set bergantung lokasi. Tapi tergerak juga hati untuk terima.
Hari itu ada 9 tempat nak kena hantar. Jadi aku start dengan hantar yang beliau punya, bermula dari tempat paling hujung. Sampai sahaja di lokasi, aku lihat sebuah rumah yang agak sedikit serba kekurangan dari pandangan mata aku. Kemudian seorang anak kecil keluar.
“Yeeaa, kuih akok kuih akok !”
“Pakcik ni duit”, di tangannya ada segenggam duit syiling yang dihulurkan kepada ku.
Entah kenapa hati aku terkedu. Aku ambil duit darinya. Secara spontan aku terseluk poket seluar. Ada RM 20. Lalu aku panggil kembali anak kecil tersebut yang sedang beransur masuk ke dalam rumah.
“Adik! Mari sini kejap”
“Nah duit raya. Nanti boleh belanja family makan-makan”
Mukanya tersenyum gembira. Selepas mengucapkan terima kasih, si kecik tersebut terus meluru masuk dan aku teruskan perjalanan ku ke destinasi lain.
Bukan Mudah Nak Ikhlaskan Hati
Nak dipendekkan cerita, selepas itu dilokasi penghantaran kedua, keempat, kelima dan ketujuh, aku tidak dibayar cas penghantaran. Tipulah kalau aku katakan tak terdetik langsung rasa kecewa dihati.
Yelah. Untung sekeping akok baru berapa sen. Minyak, mantainance motor, penat dan masa tak diambil kira. Setakat seorang dua, mungkin tak rasa ralat sangat. Lagi pun, baru tadi buat baik. Rasa ikhlas tadi dah jadi macam tak ikhlas dah.
Apa pun, yang nyata syaitan tetap akan berusaha untuk menghasut hati seorang manusia. Jadi aku cuba untuk tetap bersangka baik. Sebenarnya aku langsung tak salahkan mereka. Mungkin mereka terlupa, mungkin tidak perasan aku ada mention cas COD.
Atau mungkin juga mereka ada kekangan kewangan. Sebab aku sendiri pernah alami situasi sebegini. Lagipun seperti mana yang aku mention cas COD seikhlas hati, sama ada dapat banyak, sedikit atau tak dapat langsung, aku sendiri perlu terima.
Baca Juga Di sini:

Nak Berubah, Kena Didik Hati Ikhlas & Bukan Bagi Alasan Belum Sampai Seru
Walau Pun Penat, Isteri Bekerja Kalau Nak Lubuk Pahala;Tolong Ikhlaskan Hati
Info Menarik Klik Saja di sini.
Bila Kita Ikhlaskan Hati, Allah Balas Berganda
Setibanya dilokasi kelapan, aku hulurkan 4 set akok yang berharga RM 20 kepada pelanggan setia aku, Puan Halimah. Disusuli dengan bayaran.
“Eh puan terbagi lebih RM 50 ni”, kataku sambil membelek sekeping note Rm20 dan Rm50.
“Takpe ambil jer. Upah delivery, memang niat nak bagi…”ujar beliau. Sebenarnya ucapannya panjang lagi. Tapi aku lupa sebab dalam keadaan terperanjat.
Aku cuba kira kembali upah delivery yang aku perolehi. RM 2, RM 3, RM 50 dan RM 5. Total Rm60. Alhamdulillah rezeki bergolek.
Kesimpulannya:
1. Dalam keadaan kita fikir kita susah, sebenarnya lebih ramai lagi yang lebih susah daripada kita
2. Bukan senang nak ikhlaskan hati. Tapi cubalah dan sentiasalah bersangka baik.
3. Jangan sesekali mengalah untuk berbuat baik atau berubah jadi baik. Walaupun kita berterusan diuji tapi percayalah, Allah tidak akan kejam pada hambanya. Tapi sebaliknya kitalah yang kejam pada diri sendiri diwaktu lampau kita
#akokpahorbangi
MW: Dalam berbuat baik ini, kita kena harus istiqomah. Insyallah mungkin di peringkat permulaam nampak payah, tapi lama-kelamaan mak,ayah akan terbiasa dan perasaan ikhlas itu datang dengan sendirinya.
Sumber: Muhammad Ikram Rosdi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI