Sesungguhnya dalam ikatan perkahwinan bukan sahaja kebahagiaan semata yang dicari sebaliknya keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Oleh itu, jangan merasakan bahawa rumah tangga yang harmoni, tiada pergaduhan sudah menentukan kejayaan sesebuah rumah tangga.
Sebaliknya selepas berkahwin, penentu rumah tangga berjaya adalah pasangan bertambah baik dalam beribadat dalam mengejar redha Allah.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli ini dan hadam baik-baik iya:
Tugas Suami Selepas Berkahwin
Tugas terberat suami kita sebenarnya bukanlah perlu melunaskan semua yang kita teringin makan, dari murah sampailah mahal atau belikan barang kemas apa yang kita suka.
Tolong snapkan gambar bagi kita nampak kurus atau bayarkan item yang kita letak dalam cart shopee sampai beratus itu.
Melainkan untuk membawa isteri dan anak-anaknya masuk ke dalam syurga.
Hari Itu dengar tazkirah dalam ikim.fm, ramai suami isteri hari Ini dia fikir rumah tangganya tiada gaduh, kekal harmoni (tak bercerai) itu sudah dikira ‘berjaya’.
Ads
Walhal isteri belum tutup aurat, isteri biarkan suami cari rezeki dari sumber yang syubhah/haram, suami biarkan isteri pertontonkan aurat di depan bukan mahram, ibu bapa membiarkan anak-anak tidak solat, tak ajar baca Al-Quran (contoh).
Hakikat sebenarnya, rumah tangga yang berjaya ialah apabila suami isteri saling mengingati untuk mentaati perintah Tuhan.
Kita bertambah baik dalam beribadah apabila berkahwin dengannya. Kalau waktu bujang baca al-Quran pun merangkak, selepas berkahwin boleh membaca dan menghafaz al-Quran dengan baik.
Ads
Kalau sebelum berkahwin lalai beragama, selepas berkahwin semakin rancak ibadahnya. Masyallah.
Itulah pasangan yang rumah tangganya berkah meskipun hidupnya mungkin tidak gah. Hati saling tenang tatkala sesama sendiri dan saling menyokong ke jalan kebaikan. Insyallah.
Penentu Kejayaan Adalah Pasangan Bertambah Baik Dalam Beribadat
Ramai harini suami isteri lupa mengejar keberkatan dalam rumah tangganya kerana mereka belajar ilmu rumah tangga dari media sosial artis dan selebriti, bukannya menelusuri sirah dan sunnah Rasulullah SAW dan akhlak berumahtangga para ‘alim ulama’.
Lalai dengan duniawi. Ke majlis ilmu jauh sekali. Allahuakbar. Astaghfirullahal adzhim. . Hari yang mulia ini, mari ambil waktu sejenak, kita muhasabah ke mana arah tuju rumah tangga kita hari ini. Masihkah atas landasan syariat agama ataupun semakin menjauhi keredhaan-Nya?
Peringatan saya sebagai isteri juga, yang paling banyak terlalai. Sama-samalah kita suami isteri muhasabah kembali. Anak-anak memerhati. Mereka amanah yang amat berat. . #intandzulkefli #selfreminder
MW: Semoga rumah tangga kita mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Insyallah.
Adam Corrie mengakui, dia kini tidak bersalam dengan wanita bukan mahram. Bagi sesetengah orang mungkin ini perkara kecil tapi besar bagi Adam Corrie.
Bersalaman atau berjabat tangan adalah salah satu cara kita memulakan perkenalan atau cara bermesra mengikut adat. Namun bersalaman di kalangan bukan mahram adalah salah sama sekali seperti mana yang dikongsikan pelakon, Adam Corrie di akaun Facebooknya.
Tidak Bersalam Dengan Wanita Bukan Mahram
Assalamualaikum dan selamat pagi…
Saya teringat dulu ketika awal pengislaman saya, saya masih lagi berjabat tangan dengan wanita..
Tapi selepas berkahwin, bidadari saya maklumkan bahawa orang Islam tak boleh bersentuhan dengan berlainan jantina, haram.
Pada awalnya memang agak sukar untuk mengelak dari peminat dan rakan artis wanita yang hulurkan tangan.
Kecil Pada Orang Tapi Besar Bagi Adam Corrie
Lama-lama saya rasa, saya perlu berani buat perubahan demi kebaikan. Jadi apabila rakan atau peminat wanita saya selalu hulur tangan untuk berjabat tangan dengan saya. Lalu saya terpaksa kata “minta maaf” sambil tangan letak di dada.
Ada yang terima dengan baik, ada yang kata sombong, ada yang kata sudah jadi ustaz ke? Dan macam-macam lagi.
Makan masa juga untuk buat perubahan dan orang sekeliling terima perkara baik ini iaitu selepas 4 tahun kembali fitrah.
Budaya Bersalam Tak Sesuai Dalam Islam
Saya faham, budaya bersalaman ini telah diterapkan dari dulu lagi tanda hormat. Tak kisahlah lelaki perempuan perlu bersalam.
Kalau tak bersalaman dikata kurang ajar, tiada adab. Tapi sebenarnya budaya bersalaman dengan bukan mahram ini tak sesuai dalam Islam.
Jadi sekarang rata-rata mereka sudah faham, saya tidak berjabat tangan dengan wanita bukan mahram.
Mungkin perkara ini kecil atau remeh bagi sesetengah orang. Tapi besar bagi saya.
Mingguan Wanita : Masyarakat Melayu memang terdidik dengan sifar mesra begini tanpa mengira lelaki atau wanita. Memang sukar dikikis tetapi jika kita belajar dan mengetahui ianya haram seeloknya cubalah untuk tinggalkan secara perlahan-lahan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Inilah khutbah iblis di hari akhirat yang akan membuat semua penghuni menangis. Beriman kepada hari akhirat merupakan salah satu rukun dari rukun iman dan salah satu ‘aqidah dari ‘aqidah Islam yang asas.
Beriman kepada terhadap segala perkara yang berlaku pada hari akhirat dan tanda-tandanya merupakan keimanan terhadap perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal dan tidak ada jalan untuk mengetahuinya kecuali melalui nas Ilahi atau Nabawi.
Kita diajar tentang syurga dan neraka, hari pembalasan dan sebagainya bahkan orang-orang beriman mempercayai adanya kebangkitan semula selepas dunia dihancurkan.
Di hari akhirat nanti, hanya manusia akan beratur di hadapan Allah sebelum menerima kitab amalan masing-masing. Ketika itu kita cuma ada dua pilihan, syurga atau neraka.
Apabila selesai proses hisab, manusia akan terbahagi kepada dua kelompok. Orang beriman dan beramal soleh akan masuk ke dalam syurga manakala orang kafur nikmat akan ke neraka.
Selesai hisab, Iblis la’natullahi ‘alaihi (makhluk yang dilaknat Allah) yang berjanji akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam hingga hari akhirat akan berucap di hadapan kelompok penghuni neraka.
Ucapan iblis ini ada di abadi Allah SWT di dalam Alquran, pada surah ke 14 iaitu surah Ibrahim ayat 22.
Arab-Latin: Wa qālasy-syaiṭānu lammā quḍiyal-amru innallāha wa’adakum wa’dal-ḥaqqi wa wa’attukum fa akhlaftukum, wa mā kāna liya ‘alaikum min sulṭānin illā an da’autukum fastajabtum lī, fa lā talụmụnī wa lụmū anfusakum, mā ana bimuṣrikhikum wa mā antum bimuṣrikhiyy, innī kafartu bimā asyraktumụni ming qabl, innaẓ-ẓālimīna lahum ‘ażābun alīm
Ertinya: Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.
Dan kerana surah itulah mengakibatkan penghuni neraka menangis kerana tertipu dengan tipu daya dunia yang menyesatkan mereka selama hidup di dunia.
Berdasarkan, tafsir Al-Muyassar / Kementerian Agama Saudi Arabia
“Dan setan berkata, setelah Allah memutuskan perkara dan memperhitungkan amal perbuatan makhlukNya, dan penghuni syurga telah memasuki syurga dan penghuni neraka telah masuk ke dalam neraka, Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kalian janji yang benar berupa kebangkitan kembali dan pembalasan amal perbuatan, dan aku menawarkan kepada kalian janji yang batil bahawa tidak ada hari kebangkitan dan pembalasan amal perbuatan, lalu aku memungkiri kalian akan janjiku.
Dan tidaklah ada padaku kekuatan atas kalian untuk memaksa pengikut-pengikutku dengannya, dan tidak ada hujjah yang aku miliki. Akan tetapi, aku seru kalian kepada kekafiran dan kesesatan, lalu kalian mengikutiku, maka janganlah kalian mencelaku, tetapi celalah diri kalian sendiri, sebab dosa yang kalian perbuat adalah dosa kalian.
Aku tidak bisa menjadi penolong kalian dan kalian pun tidak bisa menolongku dari seksaan Allah. Sesungguhnya aku telah berlepas diri dari tindakan kalian menjadikanku sekutu bagi Allah dalam ketaatan di dunia.”
Sesungguhnya orang-orang yang zalim, dengan berpalingnya mereka dari kebenaran dan mengikuti kebatilan, bagi mereka siksaan yang pedih lagi menyakitkan.
Hal yang sama dinyatakan dari tafsir Al-Mukhtashar / Markaz Tafsir Riyadh, di bawah pengawasan Syaikh Dr. Shalih bin Abdullah bin Humaid (Imam Masjidil Haram)
“Iblis berkata manakala penghuni surga masuk syurga dan penduduk neraka masuk neraka, sesungguhnya Allah telah menjanjikan kalian janji yang benar, Allah menunaikan janji-Nya kepada kalian, aku juga menjanjikan janji batil kepada kalian, maka aku tidak memenuhi apa yang aku janjikan kepada kalian.
“Aku sendiri tidak mempunyai kekuatan untuk memaksa kalian di dunia supaya kafir dan sesat akan tetapi aku hanya mengajak kalian kepada kekufuran, aku menghiasi kemaksiatan untuk kalian, lalu kalian mengikutinya dengan bergegas, maka jangan menyalahkanku atas kesesatan yang terjadi pada kalian, salahkanlah diri kalian sendiri, karena diri kalian lebih layak untuk disalahkan.
“Aku sendiri tak kuasa menolong kalian dari azab dan kalian juga tidak kuasa menolongku darinya, sesungguhnya aku mengingkari tindakan kalian yang menjadikanku sebagai sekutu bagi Allah dalam ibadah.” Sesungguhnya orang-orang zalim dengan melakukan syirik kepada Allah di dunia dan kafir kepada Allah, bagi mereka azab yang telah siap menunggu pada Hari Kiamat.
Maka menangislah penghuni nereka kerana mereka akan kekal selama-lamanya di dalam neraka jahanam.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Betapa solat itu tiang agama dan kewajipan yang dituntut bagi setiap umat Islam. Namun adakalanya sebagai hamba, kita seringkali alpa, selalu melengahkan waktu solat, mahupun meninggalkannya dengan sengaja tanpa ‘rasa’ bersalah berbekas di hati.Hakikatnya, amalan solat itulah yang pertama sekali dihisab nanti.
Perlu ingat usia muda bukanlah jaminan kita hidup lama sehingga hujung usia senja. Ajal menjemput tanpa mengira usia. Jagalah solat, tunaikanlah kewajipan sebaiknya. Jika ada pernah ‘tertinggal’ solat sebelum ini, berusalah untuk menggantinya kembali semampu kita, selagi berkesempatan. Semoga segala amalan diterimaNya.
Ada satu hari tu aku pi solat kat Petronas. Lewat sikit aku sembahyang asar hari tu. Astaghfirullahala’zim.
Dalam surau tu ada sorang pak cik tengah solat. Aku pun jadikan dia imam. Aku takbir kuat sikit. Tapi mungkin dia tak perasan kot, dia baca perlahan je, macam solat sorang-sorang. Tapi aku tetap follow dia.
Oleh sebab dia solat depan aku, habis je dia bagi salam, aku tengok dia solat lagi.
Habis je aku solat, aku tengok dia masih solat lagi. Ah, dah berapa rakaat dah dia ni sembahyang.
Solat Tak Habis-Habis
Sementara tunggu masuk waktu Maghrib, aku rilek jap main henset. Aku tengok pak cik tadi masih solat tak habis-habis lagi.
Bila masuk waktu Maghrib, dia senyum kat aku. Aku pun balas senyuman. Muka dia putih bersih. Mungkin dia perasan aku tengok dia solat, dia tiba-tiba cakap kat aku
‘Jangan jadi macam pak cik dik, masa pak cik muda-muda dulu pak cik selalu tinggal solat. Sekarang ni pak cik cuba ganti solat mana yang pak cik teringat. Harap-harap Allah ampunkan dosa pak cik. Dah tua-tua ni risau betul tiba-tiba Allah tarik nyawa pak cik.. Risau pak cik kalau-kalau Allah letak pak cik dalam neraka sebab dosa pak cik..’
Allah, Allah. Rasa nak menitis air mata aku.
Solat maghrib, dia suruh aku jadi imam. Habis solat dia bisik kat aku ‘Jaga solat dik. Jangan jadi macam pak cik, jangan..’
Pesanan yang pendek tapi sangat membekas dalam hati.
Allah kan, kalau Dia nak bagi hati kita tersentuh, cukup Dia hantar seorang pak cik entah dari mana, agar aku ingat pada Dia. Harap kau dapat Husnul Khotimah pak cik.
‘Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami..’
Amin.
Sekadar menumpang kebaikan orang lain: Muhammad Yusof
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Berusahalah kita menjaga solat, menunaikan kewajipannya. Jika pernah ada meninggalkannya, berusahalah menqada’kannya.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!