Bermula hari ini, penduduk mukim Klang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Di sebalik arahan duduk rumah ini, penyanyi Liza Hanim juga terkesan.
Kerana terpaksa berjauhan selama 2 minggu dengan suaminya, Mohd Shahrin Mohd Samsudin.
Sewaktu aktif menyanyi dahulu, Shahrin merupakan anggota kumpulan Indigo. Dan kali ini, untuk rancangan realiti hiburan Gegar Vaganza 7 (GV7) Shahrin bakal menyertainya.
Memandangkan kawasan kediaman mereka terlibat dengan PKPB dan akan menyukarkan kelancaran urusan rehearsal, Shahrin membuat keputusan menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan, Marysa Qistina dan Marysa Qaireen. Sememangnya terasa lain bagi seorang isteri yang sentiasa ke mana saja ada suami di sisi. Apa pun, kejauhan itulah nanti yang mengajar erti rindu.
MW : Semoga wabak Covid-19 segeralah pergi dari bumi Malaysia ini.
Ternyata pengeluaran duit KWSP 10K dapat membantu ramai orang yang terjejas. Bukan terhad kepada persiapan raya, malahan ada di kalangan mak ayah yang menanti-nantikan duit KWSP ini untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bagi keluarga kecil ini, setelah sekian lama menaiki motor ke sana, sini akhirnya mereka berjaya memiliki sebuah kereta. Biar pun kecil namun maknanya cukup besar buat keluarga kecil ini.
Video yang dikongsi ini mendapat pelbagai reaksi orang ramai malah ada yang turut meluahkan turut mengalami nasib yang sama.
Dalam masa yang sama, wanita ini turut kongsikan muka bahagia anaknya apabila diambil di sekolah dengan menaiki kereta “baru”. Reaksi anak ini cukup membuatkan semua netizen turut menumpang rasa bahagia.
Ternyata video ini membuatkan ramai yang berasa insaf dan bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Di saat kita merasakan diri kita susah, rupanya lebih ramai yang mengalami kesukaran hidup di luar sana.
Mingguan Wanita : Bersyukurlah dengan setiap nikmat dan ujian Allah berikan. Pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.
Sejak Rabu lalu, satu persatu kerbau milik Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis, 15 mati disebabkan penyakit hawar berdarah atau Haemorragic Septicamia (HS). Jumlahnya lebih 41 daripada 110 kerbau mati secara mengejut.
Lebih menyedihkan, ada ibu kerbau yang sedang menyusukan anaknya mati kerana penyakit itu. Baru sebulan lalu, ibu kerbau melahirkan anaknya. Terpinga-pingan anak kerbau bila lihat ibunya dah tak bernyawa.
Baik Syukur, mahupun ayahnya Khamis Jusoh, 64 dalam kebuntuan. Tak tahu cara mana lagi nak selamatkan kerbau-kerbaunya yang masih tinggal.
Biar pun usaha mengalihkan kerbau-kerbau lain sejauh 30 meter dari kandang utama, tetap masih juga ada yang terkena simptom hawar berdarah.
Pesanan Dari Menteri Agama
Berita kematian kerbau Mowgli Malaysia ini sampai juga ke pengetahuan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Di laman instagramnya, beliau menitipkan pesanan.
“Pagi ini menerima berita kematian mengejut 36 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.
Doa Ketika Ditimpa Musibah اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”
Hebat ujian Khamis Jusoh dan anaknya ini. “Sekiranya kerbau yang ada tidak dapat diselamatkan apa boleh buat, semuanya kehendak Allah dan saya perlu redha.” Ungkap Khamis lagi.
Hari ini, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu memaklumkan, jalan akhir adalah melalui suntikan antibiotik.
Kata Dr Mohd Termizi Ghazali, “Hanya itu saja usaha yang boleh diambil untuk menyelamatkan baki kerbau yang masih tinggal.” Hari ini, 58 kerbau Syukur diberikan suntikan itu.
Pemantauan kerbau di kandang kerbau turut dilakukan, supaya penyakit itu tak menular ke tempat lain.
“Segala pergerakan ternakan kerbau dan kerbau di kawasan Kampung Sedara ke kawasan lain tak dibenarkan. Arahan halangan yang dibuat itu sehingga wabak pulih sepenuhnya.”
Malah pihak tak berkaitan terutama orang awak pun tak dibenarkan memasuki kawasan kandang kerbau berkenaan. Sesiapa yang melanggar arahan boleh dikenakan tindakan mengikut subseksyen 70 Akta Binatang 1953 (Akta 647).
“Jika sabit kesalahan boleh didenda tak melebihi RM5,000 atau penjara selama tak melebihi enam bulan.” katanya lagi.
MW : Semoga Syukur dan ayahnya diberi ketabahan dan kecekalan dengan ujian ini.
Pelakon yang sering menghiasi drama di kaca TV, Arash Mohd akur dengan suratan takdir walaupun sudah 15 tahun melayari bahtera perkahwinan namun masih belum dikurniakan zuriat.
15 Tahun Berkahwin, Arash Mohd & Isteri Akur Belum Ada Rezeki Zuriat
Arash, 53 dan isterinya Noor Afidahwati Mohammad, 43 terima seadanya takdir yang tertulis dan sentiasa berfikiran positif.
“Saya sudah 15 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi. Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja,” kata Arash seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
Tak Pernah Berkecil Hati
Walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata namun Arash dan isteri tidak pernah berkecil hati jika ada yang bertanya tentang hal ini.
“Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun. Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki.
“Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. InsyaAllah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” ujar Arash yang akui begitu rapat dengan semua anak saudara mereka.
Dapatkan Khidmat Nasihat Doktot Usaha Dapatkan Zuriat
Akui Arash lagi pelbagai usaha dilakukan dalam usaha mendapatkan zuriat.
“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospital. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita. Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” sambungnya lagi.
Pencinta Haiwan, Pelihara 11 Ekor Kucing
Tidak pernah rasa sunyi, Arash dan isteri yang juga pencinta haiwan memelihara 11 ekor kucing.
“Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak kurung dalam sangkar.
“Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan,” kongsinya.
Sumber Foto: Instagram Arash Mohd
Sumber: Harian Metro
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...