Bahagia ayah ini, bila mana anak-anak tunaikan impian dalam diam. Kisahnya, ayah ini, Kades sudah menjual kereta lamanya yang kerap kali rosak. Dekat dua bulan jugalah ayah tiada kenderaan.
Jadi, sedikit bebanlah untuk ayah nak pergi ke klinik, beli barang keperluan dapur bagai. Kadang tu mintalah juga pinjam kereta anak. Tapi, ayah tetap rasa susah hati.
Sebolehnya, ayah tak nak susahkan anak-anak. Jadi, hari-hari ayah belek page kedai kereta terpakai. Ada rezeki, ayah ini mahulah cari kereta pengganti. Rupanya dalam diam, anak-anaknya sudah tunaikan impian ayah.
Indah kisahnya,
Kejutan Hadiah Kenderaan Baru Untuk Abah
“Syukur alhamdulillah, maha suci allah, Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Setelah berbulan abah jual kereta lamanya sebab banyak kerosakannya, baru hari ni berpeluang bagi mak abah kereta baru untuk memudahkan pergerakan mak abah.
Walau bukan kereta jenama luar negara mahupun kereta keluaran model baharu, syukur ya Allah dapat juga memudahkan urusan mak abah kelak.
Tak putus-putus ucapan syukur mak abah atas pemberian yang tidak seberapa ni walhal pemberian ni sikit pun tak dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mak abah pada kami
Terima kasih banyak pada adik tersayang @eynazilia @hafiqazlin bersusah payah bertungkus lumus dari awal hingga akhir rencana demi menjaya dan merealisasikan impian kita untuk hadiah yang bermakna untuk mak abah kali ni, hanya Allah saja dapat membalas segala jasa baik kalian.
Ads
P/S: kita record video konon nak tengok abah ngan mak nangis terharu, alih-alih kita plak yang menangis teruk sebab tak tahan tengok reaksi mak abah. Klik sini untuk lihat videonya.”
Sejak Tiada Kenderaan, Hari-hari Abah Buka Page Menjual Kereta Terpakai
Ketika Mingguan Wanita menghubungi anak-anak baik ini, mahu bertanyakan lanjut di sebalik pemberian hadiah kereta untuk kegunaan abah dan ibunya, Rafizah. Dan ini yang anak ini, Zamona Kades kongsikan.
“Subhanallah, semua pun asbab Allah Maha Baik.
Asalnya kereta lama mak abah saya rosak dan tak mampu dah nak baiki lagi sebab terlalu mahal nak repair.. so kita sepakat kata let go je kereta tu, dapat pun sikit je pulangan duitnya.
Ads
Dari bulan 12 tahun lepas, mak abah saya susah nak bergerak gi mana-mana sebab tak ada kenderaan sendiri. Nak pergi klinik checkup, nak beli barang keperluan dan macam-macam lah. Meminjam kereta kita dan mak abah rasa menyusahkan sebab saya dan adik pun bekerja kan.
Tapi sebenarnya tak rasa menyusahkan pun, mungkin sebab mak abah saya tak selesa. Biasa lah orang tua, mereka rasa menyusahkan anak-anak.. so dari sejak tak ada kereta tu, abah saya hari-hari akan bukak video di fb kedai menjual kereta terpakai.
Kami tak smpai hati, jadi diam-diam hadiahkan tanpa pengetahuan mak abah.
Tak sangka betapa bersyukurnya mak abah saya kerana kita hadiahkan kereta yang tak seberapa ni kat mak abah.” Kongsi Zamona kepada Mingguan Wanita.
Ads
Dua Beradik Sepakat Bahagiakan Mak Abah
Pemberian hadiah kereta ini disepakat oleh dua beradik daripada 5 orang beradik. “Kami ada 5 beradik. Saya keempat dan adik anak kelima. Atas saya semua abang-abang.
Abang-abang pun dah banyak membantu mak abah dulu, masa saya dan adik saya belajar. In fact, kereta lama tu pun abang-abang saya yang belikan dan repairkan.
Mungkin sekarang kos hidup makin meningkat dan anak-anak pun ramai, jadi tibalah giliran saya dan adik pula.
Dan yang banyak membantu uruskan adik dan adik ipar berkenaan keluarkan kereta baru. Yang mana, kosnya kami kongsi bersama.”
MW : Bertuah mak ayahnya, anak-anak tetap kenang kepayahan mak ayah yang tiada kenderaan. . Semoga kisah ini jadi inspirasi untuk anak-anak yang lain, agar terus menghargai mak ayah dengan cara masing-masing.
Khairul Aming bawa 100 pekerja bercuti di Hotel 5 Star hadap seaview, dapat duit poket untuk shopping. Nama pempengaruh Khairul Aming sekali lagi meraih tuaian ramai bila dirinya mengekalkan status sebagai majikan baik hati. Malah ramai yang bercita-cita mahu bekerja di kilang miliknya namun malangnya tiada pekerjanya yang berhenti setakat ini.
Hari ini di instagramnya, dirinya berkongsi membawa pekerjanya seramai 100 orang bercuti di Pulau Pinang.
Khairul Aming Bawa 100 Pekerja Bercuti Di Hotel 5 Star Hadap Seaview
Menariknya dirinya menempah hotel bertaraf lima bintang di mana setiap pekerja mendapat bilik setiap seorang yang mengadap pemandangan laut.
Bukan itu saja, Khairul Aming turut berkongsi bahawa kesemua pekerjanya mendapat duit poket untuk membeli belah, berseronok di Escape Park, bermain parasailing selain menaiki banana boat, jetski.
Malah kesemua mereka akan menjelajah bandar Georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan bermacam-macam lagi.
Dapat Duit Poket Untuk Shopping
Paling penting kilang ditutup selama lima hari dan hal paling utama ialah kesemua pekerja dapat berehat dan bercuti dengan happy.
Yeay, paling pasti kesemua staffnya akan lebih bersemangat selepas kembali dari bercuti dan kesemua mereka berseronok menikmati percutian bersama majikan baik hati.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon kecil molek yang berstatus isteri kepada Muhammad Faliq Amirudin dan ibu kepada Fahad Ibrahim (Yem) baru selesai membintangi teater klasik Mak Yung ‘Raja Besar Maha Gading’ bersama barisan pelakon lain seperti Rosnan Rahman, Naque Ariffin, Izzue Islam dan Issey yang bertempat di Istana Budaya.
Terbaru, Nad Zainal diamanahkan untuk menghidupkan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dalam filem biografi serta percintaan, ‘Hasmah Bila Deh Bertemu Det’ yang bergandingan dengan Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad akan bakal ditayangkan pada tahun 2020.
Di sebalik lakonannya, dia juga tidak dapat lari daripada kritikan dan komen oleh peminat-peminatnya yang melibatkan hal-hal peribadi. Sejauh manakah Nad Zainal menakis kecaman ini?
MW: Terlebih dahulu, boleh ceritakan bagaimana Nad terlibat dalam teater klasik Mak Yung?
Sebenarnya, saya memang minat dengan teater-teater tradisional dan sudah lama tidak melibatkan diri dalam teater. Alhamdulillah, dalam tahun ini saya berkesempatan dan diberi peluang untuk membintangi teater klasik Mak Yung.
MW: Sejauh manakah Nad yakin dengan potensi diri dalam menjiwa watak yang diberi?
Syukur, saya turut diberi peluang untuk membawa watak tokoh negara, Tun Dr Siti Hasmah. Malah, sebelum memulakan penggambaran saya sudah habiskan membaca buku biografinya dan pergi kelas untuk belajar.
Tidak dinafikan dengan tawaran ini, ia membantu saya untuk mengetahui sejauh mana potensi diri saya. Jadi, dalam dunia lakonan yang kita ceburi ini, jangan berhenti belajar, sentiasa mencari skil baru dan yang paling penting sebagai pelakon, kita perlu belajar, melihat dan mendengar.
MW: Memandangkan Nad sibuk dengan lakonan, siapa yang menguruskan anak?
Saya sangat bertuah dan bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga, baik keluarga sendiri mahu pun keluarga mentua. Merekalah yang membantu menguruskan anak semasa bekerja. Begitu juga dengan suami yang sangat memberi sokongan dan sudah tentu dengan kerjasama daripada keluarga dapat melancarkan kerja saya.
MW: Agak-agak bila hendak tambah keluarga lagi?
Sebenarnya, saya tidak merancang dan terserah pada rezeki. Jika ada, adalah… Memandangkan saya dan suami daripada keluarga yang kecil, sudah tentu kami mahukan anak yang ramai dan keluarga yang besar. Perancangannya, saya ingin mendapatkan anak perempuan pula. Apa pun, kita hanya merancang, yang penting anak itu sihat.
MW: Baiklah, boleh Nad komen tentang isu seksi semasa bercuti bersama kawan selebriti baru-baru ini?
Seperti yang semua tahu, sangat jarang update tentang personal atau gambar bercuti di media sosial, jika ada pun lebih kepada gambar-gambar kerja saya. Waima, itulah diri saya dan kawan-kawan saya, sehinggakan ada yang memberitahu saya berkawan dengan sesetengah artis yang memberi pengaruh buruk.
Tentang berpakaian seksi pula, mungkin netizen yang tidak suka melihat cara saya berpakaian. Saya juga turut mengambil kira pandangan daripada suami dan akan memperbaiki pada masa akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pendamik Covid-19 memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan seharian kita. Kesannya bukan sekadar cara hidup malah ekonomi juga turut terjejas.
Begitu juga dengan penyanyi terkenal Shah Indrawan Ismail, 36 atau Tomok. Baru-baru ini menerusi @tomokofficial bapa kepada tiga orang anak itu telah mengumumkan penutupan perniagaan tudung jenama miliknya Arriandra.
Keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas perniagaan yang diusahakan lebih lima tahun lalu itu gagal bertahan.
Bertahan Lima Tahun
Seperti mana yang ditulis:
“Berat untuk saya, tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih kepada anda semua yang pernah sokong Arriandra.
“Pada yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.
“Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini (Khamis). Nanti saya cari tempat untuk habiskan baki tudung yang ada.
“Insya-ALLAH ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” kongsi Tomok di laman Instagramnya.
Cuba Survive, Tapi Bisnes Ada Naik Turun
Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Bekas Kekasih itu juga memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan barangan jualan yang masih berbaki.
“Sudah beberapa tahun dah kita cuba untuk survive, tapi bisnes ada naik turun. Hari ini kita terpaksa pindah keluar dari tempat ini.
“Saya akan buat clearance sale nanti. Insya-ALLAH jika ada sesiapa berminat, saya nak jual murah-murah saja.
“Mungkin harga serendah RM5 atau RM10, dah nak tutup kedai ni,” kata Tomok.
Doa Dari Peminat
Berita sedih itu turut mendapat perhatian warganet. Malah ada peminat Tomok yang mendoakan agar penyanyi ini terus dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.
“Semoga abg tomok Sekeluarga rezeki semakin bertambah dalam bentuk apa saja rezeki yg ada. Dan semoga dipermudahkan segala urusan semua. Support!’ aieyra.
“Semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezki yg lebih bnyk lagi buat tomok n family aamiin” syaliza_along.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...