Mesti pelik kan bila tengok ada resipi kerabu pucuk daun kari. Tertanya-tanya, tak bau kari ke bila makan nanti. Itulah, belum cuba belum tahu rasa sedapnya.
Bagi rumah mak-mak yang ada daun kari, bolehlah cuba resipi kerabu pucuk daun kari. Selalunya kita dengar, kerabu pucuk paku, kerabu mangga dan beberapa jenis kerabu yang tak dinafikan memang sedap dan selalu kita makan.
Sementelah, biasanya daun kari untuk kita masak gulai kari atau buttermilk yuang memang untuk menaikkan aroma masakan.
Kali ini, apa kata anda cuba resipi kerabu pucuk daun kari yang dikongsikan oleh Nurul Nadzirah. Nak tahu bau atau tidak karinya, kena rendam dengan air garam dulu ye. Kena cuba.
Kelapa parut
8 tangkai cabai melaka (cili) – Nak pedas boleh letak lebih.
Cabai besar (Cili Merah)
Air asam jawa
Belacan sikit (bagi yang suka, tak masuk pun tak apa)
(Blend semua bahan di atas)
Ads
Isi ikan, udang(di rebus asing-asing)
Kerisik, garam, cukup rasa sedikit..
Bawang besar di hilis/potong nipis
Daun kari di leraikan ramas, gaul rendam dengan air garam (dalam 15 minit) untuk buang bau.
Inilah daun kari, boleh ambil semua.buang tulang ranting dan ambil yang lembut di bahagian atasnya saja.
Ads
Bilas dan tapis daun kari.
Selepas itu, gaulkan dengan semua bahan di atas.
Ads
P/s: Saya pun pertama kali buat. Bila tengok bantyak pucuk daun kari terut tanya mak selain ulam, boleh juga buat kerabu. Sedap sangat. Gandingkan dengan kuah gulai memang makan bertambah dan tak tengok lauk lain dah.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Kalau dah pokok kari merimbun, bolehlah cuba buat nanti. Mesti sedap ni.
Rupanya senang sangat buat sendiri kuah rojak ini. Selalu, kalau nak senang beli saja di kedai. Tapi, bila dah rasa ada saja tak kena dengan tekak kita. Terus hilang selera nak ‘colek’ dengan mangga.
Dripada tak kena dengan lidah kita, boleh saja buat sendiri kuah rojak. Buat banyak dan simpan dalam peti ais. Nak makan dan cicah dengan buah jambu atau mangga, terus saja ambil.
Mizzs Lina Ali turut berkongsi cara nak buat sendiri kuah rojak ini. Nanti bolehlah cuba, baru puas hati.
“Selalu beli memang kurang sedap. Nak puas hati, buat sendiri. Sampai suami puji sedap dan terbaik. Cicah dengan mangga.
Bahan :
1 botol kecik kicap lemak
1botol kecil sos cili
5 sudu sos tiram
1 bekas pes otak udang
1 ketul gula merah
2 cawan gula (nak manis boleh tambah lagi, ikut selera)
Sedikit belacan bakar
Segengam cili kering (rebus dan blender brsama sedikit air dan belacan)
5 sudu tepung jagung (ini untuk pekatkan kuah)
1 cawan kacang tanah goreng dan tumbuk.
4 sudu bijan di sanggai
5 sudu tepung jagung
Cara Membuat:
1. Masak cili kering yang telah dikisar tadi bersama belacan.
2. Kacau sebati dan masukkan bahan lain kecuali kacang tanah, tepung jagung dan bijan.
3. Bila hampir masak, barulah masukkan tepung jagung.
4. Tutup api dan barulah masukkan kacang tanah.
5. Siap.
Mingguan Wanita : Mudah sangat nak membuatnya. Puas hati bila dapat buat sendiri.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila masak nasi lemak selain rasa nasinya, sambal juga memainkan peranan yang cukup penting. Sambal kenalah power, serba serbi secukup rasa barulah sempurna nasi lemaknya. Ada macam-macam petua mak-mak boleh cuba untuk menyedapkan lagi sambal nasi lemak ni. Salah satu petua yang boleh dicuba ialah memasukkan segenggam ikan bilis ke dalam blender ketika mengisar bawang.
Berikut perkongsian resipi dan petua oleh Puan Rose Nieysebagai rujukan;
“Assalamualaikum Ros nak kongsi petua, bila orang makan asyik teringat masakan kita.Balik kampung, ros masak nasi lemak untuk mak, ayah & nenek. Diorang cakap sedap sangat-sangat, letak ape dalam sambal nasi lemak. gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia”.
Ramai yang tanya resepi.
Bahan-Bahan:
10 biji Bawang merah
3-4 biji Bawang putih
Segenggam Ikan bilis
15 tangkai cili kering (cili kisar)
Gula Melaka
Gula
Asam Gelugur
Ikan bilis
Garam
Cara Masak :
1. Tumis bawang merah 10 biji, bawang putih 3-4 biji, ikan bilis segenggam (blend kasar-kasar)
2. Bila dah betul-betul garing, baru masukkan cili kering kisar 15 tangkai, kacau sekali sekala je.
3. Masukkan Nissan (gula Melaka), gula, asam gelugur. Dekat-dekat nak kering kuah tu, masukkan ikan bilis, garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh..tak nak letak pun takpe.
#Tips Sambal Tak Terpercik Satu Dapur
***Api perlahan dan kacau sekali sekala je.
***Satu lagi masa blend bawang..letak ikan bilis segenggam (ni petua nak sedap) jangan blend hancur sangat..blend kasar-kasar je)..tumis sampai betul-betul garing baru masukkan bahan-bahan lain. Tu je..
Bagi yang suka makan laksa, sebenarnya boleh buat mee laksa sendiri secara di rumah. Lebih jimat, puas hati dan terjamin kebersihan serta ramuan bahan-bahan yang digunakan. Hanya guna 5 bahan sahaja dah boleh buat laksa beras ni. Malah tak perlu risau tiada mesin acuan, bentukkan guna acuan maruku pun boleh jadi.
Ikut resipi dan cara-cara buat laksa beras yang dikongsikan oleh Puan Roslina Shaari Ina Kie ini.
Laksa beras home made.
Bahan-Bahan:
500gm tepung beras cap teratai
3 sudu makan tepung ubi/gandum membukit
2 cawan air panas mendidih
Secubit garam
2 sudu makan minyak
Cara Membuat:
1. Letak tepung dalam bekas dan larutkan garam dengan air panas.
2. Masukkan minyak ke tepung dan tuang sikit-sikit air panas sambil kacau dengan senduk.Kalau rasa keras tambah sikit-sikit air panas.
3. Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul.
4. Masukkan dalam acuan.Saya guna acuan maruku.
5. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
6. Bentukkan laksa buat sampai habis.Terus kukus dalam 20 minit.
7. Angkat dan letak dalam air biasa dalam 5 minit.
8. Buang air dan tambah air baru.Kacau laksa bagi terlerai antara satu sama lain.Terus tapis.
Boleh makan dengan segala jenis kuah laksa. Laksa utara, Laksa lemak kuah putih, Laksa kuah kari dan sebagainya.
Tip Ekstra!
Saya pernah guna tepung gajah1 cap rose, laksa jadi putusdan hancur, tak cantik.
MW: Mudah je nak buat laksa beras di rumah. Bahan-bahan pun tak banyak malah boleh guna acuan maruku je. Bukan apa bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihannya, status halal dan ramuan yang digunakan.
Kisah menyentuh hati seorang nenek memangku jenazah bayi meredah banjir sejauh 3km menaiki pacuan empat roda demi menyempurnakan pengebumian. Ketabahan keluarga ini mengundang sebak.