Sedapnya makan sagu susu cair sejuk-sejuk. Buat sendiri confirm sedap malah jimat banyak. Ikut sukatan yang dikongsikan ini boleh dapat 50 bekas, malah boleh dibuat meniaga.
Tengah cuti, makan-makan daging ni, sedap jugak kalau ade pencuci mulut. Meh saya share resipi sagu susu cair yang confirm sedap dan murah. Resipi ni boleh dapat lebih kurang 50 bekas 190ml tu. Anggaran kos tak lebih dari 80 sen sebekas termasuk bekas sekali. Boleh buat meniaga. InsyaAllah sedap tau.
Resipi sagu susu cair sedap nomnomnom.
Bahan-Bahan:
Air Gula
0.5kg Gula merah
(gula yang makan dengan putu mayam tu. Warna gelap. Bukan brown sugar!)
1 cawan Gula pasir
1sk Garam
1.5L Air
*Masak semuanya sehingga mendidih
Kuah susu
1 Tin Susu pekat
3 Tin krimer sejat
5 tin Air dari sukatan tin susu tadi
Tepung kastad 1/2cawan + air 1/2 cawan
2sk Garam
5 tutup Esen vanilla
*Masak sehingga mendidih, cairkan lagi jika perlu.
1. Masak sagu dalam air yang mendidih.
2. Bila sagu dah separuh masak, tutup api dan periuk, biarkan sehingga sagu masak kembang sepenuhnya.
3.Tapis sagu untuk buang kanji.
4. Masukkan sirap+esen+emulco, gaul sekata.
5. Biarkan untuk beberapa minit supaya sagu menyerap semua perisa.
Ni bekas dadih 190ml. Dah kene makan sikit. Isi air gula sampai garisan 1. Isi sagu sampai garisan 2. Isi kuah susu garisan 3. InsyaAllah, boleh dapat lebih kurang 50 bekas.
Mingguan Wanita: Sedapnya Sagu Susu Cair ni, buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan. Nak buat jual pun boleh sangat, sukatan ni boleh dapat 50 bekas!
Jika selalu makan di restoran Thailand, menu Siakap Stim ni antara yang paling disukai ramai. Secukup rasa masam, pedas, manis kuahnya yang dikukus dengan ikan siakap. Masak sendiri di rumah lebih puas hati dan dapat jimat banyak berbanding beli di kedai. Nak buat pun mudah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Amirah Md Esa ini. Menu paling simple, tapi sangat sedap.
Menu paling simple tapi sedap gila. Siakap stim ala Thai.
Bahan-bahan penting nak buat Siakap Stim Ala Thai. Gula, garam dan sos ikan jangan dilupakan. Jom masak!
Bahan-Bahan:
Cili api
Bawang putih
Akar Daun ketumbar
gula
garam
limau nipis
sos ikan
serai
Cara Membuat:
1. Tumbuk cili api, bawang putih dan akar daun ketumbar.Kita malas nak cincang. Bubuh gula, garam sikit. Ni nak wujudkan daya geseran supaya senang nak haluskan bahan-bahan tu.
2. Bila dah halus, perahkan limau nipis dan renjiskan sos ikan secukupnya.
3. Letak ikan atas bekas yang boleh dikukus. Tuang bahan tumbuk tadi. Taburkan hirisan serai dan kukus sampai masak.
4. Bila dah siap kukus, taburkan daun ketumbar. Fuh, sedap gila bau.
Bagi mak-mak yang gemar masakan cina, Sup Dumpling ini antara menu kesukaan. Memang boleh beli je kulit dumping yang sedia ada jual di pasaran, tapi lebih puas hati dan berbaloi bila kita buat sendiri. Terjamin halal dan bersih.Nak uli tepung dan nak buat kulitnya pun mudah je. Paling penting jenis sup ini antara menu sihat dan sedap sesuai bagi yang sedang berdiet, sebab tak menggunakan minyak dan guna kaedah rebus.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini sebagai rujukan;
“Hari ni saya masak sup dumpling sempena hari jadi suami. Nak buat kek saya tak reti. Jadinya saya uli tepung buat dumpling. Senang. Saya share resepi (rujuk gambar) sebab jarang-jarang saya buat dumpling ni. Semoga bermanfaat ya.”
Sup dumpling bersama sos cili bawang putih
Bahan-Bahan:
(Inti)
Tauhu
Isi daging ayam
Daun bawang
Lobak merah
Cendawan shitake
(Kulit Dumpling)
2 cawan tepung gandum (cawan ikea)
1 cawan tepung ubi
1 cawan air suam
1 sudu teh garam
(Sup)
Air
2 hirisan halia
1 biji bawang putih
1 asam keping
1 setengah kiub pati ayam
Daun bawang diikat
Cara Membuat:
1.Cincang semua sekali bahan-bahan untuk inti dan gaul bersama perencah Nasi Goreng Cina.
2.Kemudian gaulkan kesemuanya bahan-bahan untuk buat kulit dumpling, uli tepung dan jadikan doh.
3.Uli doh senipisnya dan tekap guna cawan ikea.
4.Siap kulit dan inti. So, apa lagi masukkan la inti ke dalam kulit nya. Bila dah pegang kulit nya, jadi teralih bentuk. Mencabar sedikit bahagian ni. Pada sesiapa yang tak tahan sabar part ni, sila beli kulit dumpling yang instant ya. Senang. Haha.
5.So, siap dumpling. Kita rebus ke dalam sup.
Siap.
Info Ekstra!
Acuan tu saya beli kat kedai RM2 The Store. Dia pakej dgn kayu uli tepung tu. Lebih kurang acuan karipap. Tapi macam yang saya beli ni, kecik je.. acuan karipap besar lagi.
Raya dah nak dekat nie, tinggal beberapa hari lagi. Sudah tentu bahan-bahan kat bakeri pun banyak yang habis. Lebih sedih, bila gi kedai bakeri punyalah beratur panjang, sekali bahan yang nak pakai pulak dah habis. Sedih!.
Tak payah, pening-pening kepala. Ada resepi cornflakes coklat yang guna bahan kat pasar raya sahaja. Boleh buat banyak-banyak. Anak-anak pun suka, coklat katakan. Mak-mak lak mesti ralit juga bila makan nie.
Perkongsian daripada Nor Hafidzah Qasim
“Bila cari cooking coklat kat kedai semua tak ada stok. Nak pi kedai bakery, malas nak beratur panjang. So, singgah supermarket, kita beli coklat tango yang plain, untuk buat cornflakes coklat.
“Resipi ni memang mudah, tak perlu guna oven. Boleh serah kat anak sahaja untuk buat. Sebab nak makan nanti merekalah juga kan.
Cornflakes Coklat
Bahan-bahan:
A. 1 pek coklat tango plain 140gm dan 1 sudu besar butter. Cairkan guna teknik double boiler.
B. 2 1/2 cawan cornflakes yang dihancurkan sedikit.
Cara Membuat:
Satukan bahan A dan B ke dalam bekas. Gaul sehingga rata.
Sudukan ke dalam bekas kertas. Biarkan sejuk seketika di dalam peti ais.
Resepi yang sangat mudah sebab tak perlu bakar.
Masukkan 140gm coklat tango dan 1 sudu besar butter. Gunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair.Guna penyukat macam ni lebih mudah. Masukkan 2 1/2 cawan cornflakes ke dalam coklat yang telah dicairkan.Masukkan ke dalam bekas kertas, sejukkan seketika di dalam peti ais.Dah siap.Simpan dalam bekas kedap udara.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.