Kuali merupakan salah satu perkakasan wajib ada di dapur. Namun jika tak tahu jaga, kuali memang senang berkarat dan masakan mudah melekat. Rupa-rupanya jika baru beli kuali kena bakar dahulu atau dikenali “season the wok”. Proses ini penting bagi memastikan kuali tahan lama, elak berkarat dan masakan pun tak melekat.
Ini yang dikongsikan oleh Wan LuQman, boleh dijadikan panduan.
My 3rd kuali.
Baru-baru ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″.Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni. Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah. Haha…macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda.
Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi tu, goreng telur mata, goreng ikan, memang cantik dan best. Ade je yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah.Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Kander punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner.
Ini Cara-Caranya:
1. Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu. Tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″.. saiz 13″ susah sikit nak dapat. Tapi kuali jenis ni takde dah saiz lagi kecik rasanya kat malaysia. 13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasik goreng sorang makan.
Harga dia average RM18-23. Tengok kedai dan tempat.
2.Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang. Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
5.Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
6.Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.
7.Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10min.
8.Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit.
Ads
9.Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak kat ruang tamu tu!
10.Test Run…goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke.
Masa ni kander goreng kobis, halia dan bawang putih je pun. Tapi bau dia masyaallah terliur! hehe
11.Bile dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
12.Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah…kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar-tukar hahah
13.Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.
Ads
14.Lap-lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.
15.Bile kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api…siap.
Besok-besok nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season. Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.
16.Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu tak season pun…malas. Bila tak season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih-bersih, bila dah kering dan simpan. Akan naik karat-karat tu…jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan.haaa gitulah. Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Kuali pun kander jaga, apetah lagi hati dinder. Lagi lah dijaga….cewaahhh. Eh?!
Kander selitkan gambar kuali yang dibakar semalam. Tengok jadi macam mana? Itu lah hasil yang kita mahu..fully seasoned, hitam. Season ni kena buat 2-3 kali tau. Mula-mula je banyak proses. Lepas dah season pertama kali, kali kedua season simple je.
Sebelum masak, panaskan kuali tu sampai berasap sikit, tuang minyak dan ratakan ke seluruh permukaan then start masak.
Ads
Dah habis pakai nanti lepas, didihkan air dalam kuali tu sekejap sebelum mencuci. Lepas tu keringkan atas api dapur, sampai dia panas dan betul-betul kering. Tutup api kemudian sapu minyak dan simpan (bila dah sejuk).
Dengar macam renyah, tapi kita mesti ada 1 kuali feberet. Bila semangat nak masak stir fry ke nasi goreng ke, mesti nak guna equipment yang paling kita suka dan sayang ya and I love my wok.
Oh ya ada yang tanya semalam pakai dapur ape? Kander guna dapur cap Morgan. Ape ntah model dia….tak ingat. Beli melalui shopee waktu PKP tahun lepas. Lingkaran api dia banyak, turbo fire. Memang yang macam ni kander cari. Akhirnya dapat. Tapi sebaiknya guna high pressure…tapi macam tak sesuai nak guna dalam rumah melainkan ada kawasan open and good ventilation area / exhaust fan.
Tengok api dia, puas hati kan? Tuku ni kena rajin servis. 1-2 bulan sekali. Cucuk-cucuk guna lidi dalam lubang api tu je.
MW: Baru tahu tip ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ni, bila beli kuali baru, pastikan dibakar dahulu supaya tak berkarat masakan pun tak melekat nanti!
Jantung pisang memang sedap dibuat ulaman. Di rebus begitu sahaja dan dicicah dengan sambal belacan. Namun begitu jika salah tekniknya membuatnya jantung pisang ini berbirat hitam dan lebam kerana getahnya. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan jantung pisang ini putih melepak selepas direbus.
Cantik betul hasil ubah suai rumah kediaman usia 30 tahun ini. Setelah diberi nafas baru, hasilnya memang wow! sungguh. Terutama, binaan loteng yang baru.
Pemiliknya, Quzarina Syazareen berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas ubah suai kediaman rumah lama di grup Kelab Kaki Deko. Tertarik sungguh dengan hasil selepas.
Untungnya rumah dulu dulu ini, mempunyai syiling yang tinggi. Asalnya binaan loteng kediaman dijadikan ruang santai keluarga. Memandangkan hampir reput, ianya melalui proses pengubah suaian. Selepas diubai suai struktur binaannya, hasilnya jadi lebih kemas. Malah, menjadi tumpuan mata setiap kali memasuki kediaman berkenaan.
Ruang loteng yang baru, dijadikan tempat study.
Kongsinya lagi, konsep kediamannya itu adalah gabungan modern farmhouse, boho, moden dan industrial.
Bolehlah ambil inspirasi daripada rumah cantik ini ya. Pemiliknya juga tak lokek berkongsi di mana mahu mencari perabot dan beberapa kelengkapan yang mencantikkan rumah usia 30 tahunnya itu.
Rumah Usia 30 Tahun Selepas Diberi Nafas Baru
Ruang tamu asal, rona catnya lebih gelap.
Ini keadaan rumah yang asal.
Loteng asal yang dah hampir reput dan kedudukan tangga kena naik dari ruang makan.
Rak buku saya pindahkan di ruang study/loteng.
Hasil Ruang Tamu Dengan Binaan Loteng Lebih Kemas
Kata pemiliknya, kos untuk hasilkan loteng sebegini adalah RM9000.
Bila syiling tinggi, binaan loteng memberi keseimbangan ruang pada bahagian ruang tamu.
Sofa dan meja kopi yang cantik itu pemiliknya memberi di SSF.
Lounge chair rekaan klasik pula di peroleh dari LAZADA.
Untuk syiling, pemilik cuma warnakan dengan cat hitam ‘syiling yang tu memang dah ada, cuma dulu warna putih, saya cat hitam’.
Menariknya Pintu ‘Sliding Barn Door’
Sliding barn door dihasilkan oleh tukang dari Sungai Petani. Pintu barn ini juga menjadi tumpuan klasik di kediaman ini. Kosnya sekitar RM1500.
Di sebalik pintu ada satu lagi ruang yang ada bilik air dan 2 bilik tidur. Akuinya, ‘design rumah lama macam puzzle sikit.’
Pintu di sama tingkat dengan loteng pula akan membawa anda ke bilik tidur di tingkat atas.
Rak Hitam Bawah Loteng
Kongsinya, rak hitam adalah trofast Ikea.
Manakala raga beli di shopee
Lampu 6 Bulb Ceriakan Ruang
Rekaan lampu pun sedap mata memandang. Beli lampu di shopee
“Saya beli yang 6 bulb je. Harga dalam RM200 tak silap. Yang mahal tu kalau double layer.”
Untuk tulisan khat yang terhias di dinding, pemiliknya mendapatkannya dari IG Tasniim Creative.
Begitu juga dengan kipas angin adalah dari brand Rubine.
Pemilik memilih cat – Summer Snow JOTUN untuk mendapatkan hasil putih nan luas.
Cantik terinspirasi kan? Jika ada ruang tinggi di dalam kediaman, boleh ambil idea bina loteng sebegini. Nampak kemaskan. Anak-anak pun tentu seronok nak duduk di ruangan tu.
Bercita-cita Jadi ‘Pilot’ WAJIB Dapat 5 Kredit Dalam SPM, Juruterbang Dedah Kriteria Utama. Mengambil jurusan penerbangan, beroleh lesen dan menjadi juruterbang antara impian ramai pelajar lepasan SPM. Kerjaya ini sering dipandang tinggi, mempunyai pendapatan lumayan dan berpengalaman ‘terbang’ di awan biru.
Bagi pelajar lepasan SPM yang bercita-cita untuk menjadi juruterbang baca perkongsian daripada Kapten Mohd Ezairol Rezan Zainolyang merupakan bekas Kapten kapalterbang Polis DiRaja Malaysia dan juga bekas Jurulatih juruterbang PDRM ini. Kini beliau merupakan Juruterbang Boeing 757 & 767 berkhidmat di syarikat penerbangan swasta.
Sempena keputusan SPM yang baru keluar. Memandangkan ramai yang PM dan bertanya denganku macam mana nak jadi seorang “pilot”, maka di sini Aku tuliskan bagaimana untuk bermula.
Sekolah Penerbangan
Ada beberapa “Flying School” di M’sia yang menawarkan lesen penerbangan awam kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.
Antaranya adalah M’sia Flying Academy (MFA) Melaka, International Aero Training Academy Melaka, HM Aerospace di Langkawi dan beberapa lagi flying school di Johor, Subang dan Ipoh.
Nak jadi pilot dekat M’sia ni perlu ada 3 kriteria di bawah :
1. Kelayakan Akademik (SPM) : Wajib dapat 5 kredit dalam SPM (Subjek English,Math,Fizik dan 2 subjek lain).
2. Kesihatan: Wajib sihat, tinggi yang mencukupi, jantung dan pendengaran baik, tidak buta warna dan BMI di bawah 35. Medical Certificate Class 1 atau 2.
3. Kemampuan Kewangan : Mampu membayar yuran lesen penerbangan sebanyak RM400K ke RM450K bagi lesen kapal terbang atau RM900K bagi lesen helikopter. Jangan tanya kenapa kos helikopter ni lagi mahal sebab bukan Aku yang tetapkan harga tu.
Jika kita tidak mampu untuk bayar dengan duit sendiri, bolehlah cuba memohon menyertai Tentera Udara TUDM, Pasukan Gerakan Udara PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM, kadet Bomba atau kadet pilot airlines seperti MAS dan AirAsia.
Tapi perlulah diingat, peluang adalah sangat terhad. “Only the best among the best” saja yang akan dipilih dan terpilih.
Agensi seperti Mara dan Yayasan negeri juga ada menyediakan pinjaman. Berdoalah, jika rezeki Allah dah tertulis, Insyallah pasti ada rezeki kita.
#MoralOfTheStory
Apabila mendapat peluang, buatlah yang terbaik, “Do your best”. Kadangkala peluang hanya terhidang sekali sahaja untuk kita mencapai cita-cita kita.
Alhamdulillah, nama Aku telah tercatat antara yang terbaik dikalangan yang terbaik… Satu sejarah dalam kisah hidupku. Syukur, alhamdulillah.
Di saat kita merasa ingin berhenti, fikirkan tentang mengapa kita memulakannya. Think about your “dream” and your “Big Why”. Never give up.
Kejayaan memburu cita-cita tidak akan datang tanpa usaha, tidak akan datang tanpa doa dan tidak akan datang tanpa tawakal.
Semoga coretan ini memberikan pencerahan kepada yang berminat. Selamat memburu cita-cita.
#Merz
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!