Bunga Kantan selalu ditambah pada kuah Laksa Penang, Asam Pedas dan sebagainya sebagai penambah aroma menyedapkan lagi rasa masakan. Jika mak-mak ada tanam sendiri bunga kantan, ada lebihan bunga kantan di rumah boleh cuba buat Sambal Bunga Kantan yang sedap, garing dan pedas ini. Rasanya yang unik, pasti membuka selera dan boleh dinikmati dengan bubur atau nasi panas.
Berikut perkongsian daripada Puan Mastuty Ramly sebagai rujukan;
“Kali pertama buat.. macam gini ke rupa sambal bunga kantannye. Terjebak tengok tv3 tadi..teringin nak rasa, terus gi cari bahan. Jadi kan malam ni jugak sambalnye.”
Bahan-Bahan:
Bunga kantan dihiris halus
Cili padi ikut rasa pedas sendiri
Bawang merah dalam 10-15biji kecil
Ikan bilis (Digoreng hingga garing)
Ads
Cara Membuat:
1. Gorengkan bawang merah dan cili padi, setelah layu blend kan (jangan halus sangat).
2. Kemudian tumiskan kembali bahan yang di blender tadi. Dah naik bau serta minyak masukkan bunga kantan beserta air (saya letak dalam 3 cawan untuk layukan bunga kantan)
3. Masak sampai naik minyak semula, masukkan garam dan perasa secukupnya.
4. Dah naik minyak, matikan api.Last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng ketika sambal dah sejuk supaya ikan bilis masih lagi kekal rangup.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak rasai kesedapan dan keunikan sambal bunga kantan ni, bolehlah cuna sendiri di rumah. Makan dengan bubur atau nasi putih panas, fuhh memang sedap.
Sesekali cubalah resipi Lala Buttermilk Cheese ini. Mudah saja nak membuatnya. Malah, nak dapatkan bekalan lala pun mudah sebenarnya.
Boleh cari yang frozen di pasaraya. Berbanding kerang, lala ini boleh dibuat bila-bila masa yang anda mahukan.
Dapur Mak Rerama, Umie Watie berkongsi resepi mudah sedia ini. Kongsinya, “petang ni kita minum petang macam omputih sat. Lala Buttermilk Cheese namanya. Meratah saja pun sedap oi. Makan dengan roti boleh. Makan dengan spageti pun boleh tau.
Jom kita buat.
Bahan-bahan dan cara ada di setiap gambar. Selamat mencuba.
Cara Buat Lala Buttermilk Cheese
Sedap oiii. Meratah saja pun sedap yakmat. Lemak berkrim disukai ramai. Lagi-lagi ada topping cheese tu. Tak jadi lauk kalau masak gini. Kalau yang buat diet keto atau atkins memang boleh buat. Nak tau apa ke benda atkins dengan keto tu boleh gugel ek.
Bahan-bahan
1kg lala
5 ulas bawang putih
2 biji cili api
1 sdb chili flake
1 sdb lada hitam
1 cawan susu segar
4 keping keju
Daun bawang
Keju mozarella
Mula-mula tumiskan bawang putih cincang. Tumiskan sampai dia naik bau. Masa ini bau dia Masya-Allah sistur memang bikin cacing goyang Inul.
Bila bawang putih dah kekuningan bubuh cili api, chili flake dan lada hitam. Kalau suka pedas boleh gandakan jumlah cili api. Kakchik suka pedas manja-manja macam kakchik. Manja tu kakchik, yang pedas tu korang.
Semua dah garing dan wangi bubuhkan susu segar. Takde susu segar bubuh susu cair pun boleh. Nak bancuh susu anak pun boleh. Takde hal ye adik kakak.
Bila susu dah mendidih masukkan keju keping. Gaul gaulkan supaya semua rata. Kena adil dan saksama.
Bila keju dah cair elok masukkan lala yang dah dibasuh bersih dalam kuali. Gaul gaulkan biar lala masak.
Sedia Untuk Dibakar
Tuangkan dalam mangkuk cantik yang tahan ketuhar.
Taburkan keju mozarella dan daun bawang. Bakar dalam ketuhar 180 darjeh selsius selama 25 minit sampai keju cair.
Tada dah siap, hidangkan pada anak dan suami. Sesekali makan gini seronok juga. Modal pun tak mahal mana. Selamat mencuba korang.
Sedap oiii. Meratah saja pun sedap yakmat. Lemak berkrim disukai ramai. Lagi-lagi ada topping cheese tu. Tak jadi lauk kalau masak gini. Kalau yang buat diet keto atau atkins memang boleh buat. Nak tau apa ke benda atkins dengan keto tu boleh gugel ek.
Chef Selebriti yang juga peserta program Masterchef Malaysia musim pertama iaitu Brian Chen memang rajin berkongsi resipi buat para pengikutnya dilaman instagramnya. Posting terbaru yang kongsikan oleh brian adalah Resipi Ikan Berlado, serta tip untuk menjadikan sambal rasa lebih sedap!
Ujar pengasas Brian Masterchef Young Chefs Academy Malaysia dan penyampai Suria FM ini, antara tipnya jangan campurkan air atau minyak bila nak kisarkan bahan-bahan seperti cili dan bawang. Sebaliknya giling bahan-bahan tersebut atau gunakan chopper.Namun jika masih mahu gunakan blender/ pengisar biasa, pastikan tumis lama sedikit sampai garing dan pecah minyak cilinya.
Berikut perkongsian resipi Ikan Berlado Abang Brian yang mak-mak boleh cuba sendiri dirumah.
Ikan pilihan, diperap bersama garam dan kunyit
Bahan kisar/giling:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi boleh tambah
5 biji cili hijau
1 cili merah
1 sudu besar Ikan bilis
Asam keping
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1. Gorengkan ikan dalam minyak panas secukupnya sehingga masak sepenuhnya. Toskan minyak berlebihan. (Nak lagi sihat guna air fryer jer)
2. Tumiskan bahan kisaran/giling dengan minyak secukupnya sehingga pecah minyak. Masukkan asam keping seketika. (Abg brian suka keluarkan supaya tidak terlalu masam).
3.Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambalnya menjadi hijau gelap.
Ayam Geprek sedap dimakan bersama ulam-ulaman, nasi putih,sup kosong,tempe dan tauhu goreng.Namun paling penting bagi Nasi Ayam Geprek ini adalah sambalnya mestilah pedas, manis, masam dan secukup rasa.
Mak-mak boleh buat sendiri nasi ayam geprek ini di rumah, makan bersama-sama dengan anak-anak dan suami dalam talam mesti lagi seronok. Paling best sambal ini boleh dibuat stok, tahan lama berbulan-bulan bila disimpan dalam peti sejuk.
Boleh rujuk perkongsian resipi sambal ayam geprek ini daripada Puan Zara Zahara sebagai panduan;
“First time makan dalam talam dengan suami.Bukan bertalam dua muka noo.Best rupanya makan satu talam pastu berebut-rebut ni, alas daun pisang lagi.Ni antara nasi feberet hakak, nasi ayam geprek derhaka versi hakak.”
“Ada hantu sambal yang nak resepi sambal ni tak??? Hakak suka buat banyak terus sebab nak jadikan stok.Sambal ni kalau simpan dalam peti memang tahan sampai berbulan-bulan tau.”
Bahan-Bahan (Sambal Geprek):
Cili api merah dan hijau (kuantiti ikut tahap kepedasan masing-masing)
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Belacan
Gula
Garam
Ajinamoto (optional)
Ni antara bahan-bahannya. Hakak guna banyak cili api. Ni sekali untuk di jadikan stok ye.
Cara Membuat:
Jangan lupa patah-patahkan dulu cili api tu. Takut nanti meletup masa menggoreng. Taknak patahkan pun takpe. Atas keselesaan masing-masing.
2. Seeloknya goreng menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam. Nak guna minyak baru pun boleh. Goreng hingga layu.
3. Angkat dan kisar bahan tadi tanpa letak air hingga separa hancur. Jangan terlalu hancur ye. Nanti tak berapa best. Sepatutnya sambal ni lagi sedap tumbuk pakai lesung je, tapi memandangkan banyak sangat kuantiti bahan. Jadi hakak blend jelah. Tak daya weh hakak nak menumbuk.
4. Tumis pakai minyak tadi. Masukkan gula. Hakak suka sambal ni manis sikit. Jadi hakak lebihkan gula.
5. Masukkan garam kasar.
6. Masukkan ajinamoto, terpulang ye kalau suka. Kalau tak suka tak perlu letak. Tumis sampai sambal tu kering.Goreng dgn baki minyak bekas goreng tadi.
7. Yeayyy!!!! Dah siap sambal hakak. Lebihan minyak tu jangan buang ye. Untuk di jadikan stok, simpan sekali dengan minyak. Sambal ni boleh tahan hingga berbulan-bulan tau.Bila nak makan, minyak tu tak payah kaut, kaut sambal je.
Ayam Goreng
Ayam tu saya rebus kosong je dulu. Rebus sampai masak sepenuhnya ye. Dah masak, angkat dan toskan sekejap bagi kering airnya. Lepas tu saya cuma lumurkan garam dan kunyit je. Perap sekejap dan boleh di goreng.Air rebusan tu saya jadikan sup.
Ada jugak sesetengah orang dia rebus ayam tu letak bahan yang ditumbuk terlebih dulu iaitu lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia. Saya dah lupa apa lagi bahannya.Dia rebus sampai masak, angkat dan toskan ayam tu. Pastu digoreng tanpa lumur apa-apa bahan dah.
Info Ekstra!
Letak dalam peti bahagian bawah bukan freezer. Sebab kita dah tumis sambal tadi hingga masak kan. Pastu minyak yang banyak tu buatkan sambal tahan lama. Saya pernah simpan sambal ni nak cecah setahun tau, elok je.
MW: Nampak sungguh sedap sambal ayam geprek ni. Paling penting boleh buat stok banyak-banyak dan sambal boleh tahan lama berbulan-bulan bila simpan dalam peti sejuk. Cukup memudahkan.Bila nak makan tinggal panaskan je.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...