Rasanya ramai yang melihat video “prank” anak kepada mak, ayah tentang rutin harian di rumah sepanjang PKP. Rata-rata memang kelakar bila anak-anak buat pengakuan itu dan ini, padahal tidak.
Mungkin setengah orang betul ke semua orang begitu, tetapi memang itulah realiti kehidupan sebenar. Rumah bising, banyak cakap itu adalah realiti, yang tak normal bila tiada emosi dalam keluarga.
Bila masing-masing buat hal sendiri dan kurang keceriaan dalam rumah. Rumah terlampau tenang dan sunyi secara tak langsung mencerminkan emosi seluruh isi rumah. Betul tak?
Kongsi Siti Suryani Yaakop, “Saya rasa kita satu Malaysia tengok video anak prank mak ayah kononnya depa (mereka) kena buat homework aktiviti seharian di rumah masa PKP itu. “
Rumah Bising, Banyak Cakap Itu Realiti
Selain dari terhibur tengok gelagat mak ayah gelakkan anak, apa lagi kita boleh tengok dari situ ialah hidup kita is completely normal.
Mak gelakkan anak.
Sebab tidak adanya anak dia bangun awal.
Kemudian anak kutuk anak.
Sebab tidak adanya anak dia bangun pagi buat sarapan.
Yang cakap aku engkau dengan anak pun ada dalam tu.
Itu kalau ada sesetengah orang dengar mesti kata, “OMG…why talking like that to your precious kids”.
Realitinya Begitu
Itulah…
Apa yang kita hadap dalam rumah kita. Dengan suami kita. Dengan anak-anak kita. Adalah apa yang kita hadap. Orang lain tak hadap benda yang serupa. Apa yang kita seronok dan apa yang orang suka tak sama.
Kejap kita jadi paling lemah lembut.
Selepas itu kejap , kita terjerit pekik macam tarzan. Kejap kita jadi mak yang sabar.
Kejap kita mudah sangat rasa terbakar.
Kemudian, kejap kita cakap pakai mulut.
Kejap kita cakap pakai biji mata.
Ads
Normal Tunjukkan Perangai Sebenar
Tapi at the end of the day. Kita okay. Anak-anak okay. Dia sedar dia salah, dia minta maaf. Kita sedar kita salah, kita minta maaf. Kita belajar. Anak belajar. Dia jadi matang. Kita jadi matang. Tapi dia tetap kekal menjadi dia. Dan kita tetap mampu menjadi kita.
Lepas pung pang pung tadi, anak kita datang duduk makan juga macam tadi tak ada apa. Atau mungkin juga kita suap dia nak pujuk dia jangan merajuk lama. Lepas tu dia senyum. Dan kita pun sama. Dan lebih ajaibnya, lepas tu dia buat perangai dia semula!
Normal ialah itu.
Ada banyak emosi. Banyak bising, ditambah dengan banyak cakap. Banyak suruh. Kemudian, banyak soal jawab. Banyak kisah. Banyak nasihat. Tapi akhirnya masih boleh kekal ketawa bersama.
Tidak ada siapa bercakap dengan sesiapa. Tak ada siapa kisah siapa buat apa.
Tidak ada siapa rasa emosi dalam keluarga.
Tak ada siapa rasa dia nak rasa apa-apa.
Rumah bersih tapi anak jadi pasif. Nak sentuh apa pun takut.
Rumah diam tapi anak tak nak bercakap. Nak bercakap apa pun tak tahu.
Rumah sunyi sepi tapi tidak ada emosi. Nak letak perasaan pada rumah pun tak reti.
Rumah itu adalah semua sikap dan semua emosi yang wujud dalam dunia lalu kita habiskan segalanya di sana tanpa rasa bersalah dan yakin kita tetap akan diterima.
Mingguan Wanita : Rumah kirta biarlah meriah, bising, tak terurus tapi bahagia daripada kemas, diam namun anak-anak terasa sunyi dan dipinggirkan. Renung-renungkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
‘Walaupun perlukan alat sokongan, daddy bangga dengan abang! Ahmad Idham syukur anak istimewanya boleh berjalan. Alhamdulillah.
Ternyata tiada perkataan yang dapat diluahkan apabila melihat anak yang selama ini tak boleh berjalan kita mampu berdiri dan melangkah biarpun bergantung kepada alat sokongan.
Pengarah dan juga pelakon Dr Ahmad Idham berkongsi rasa syukurnya di akaun Instagramnya. Ikuti luahannya:
Romantis? Jangan haraplah. Sejak kahwin tak pernah buat kejutan ke..bagi hadiah ke…Ah, tak sayanglah tu. Itulah tanggapan pertama isteri, kalau suami tak penuhi kehendaknya atau ‘jadi’ seperti yang dia impikan.
Suami ada cara masing-masing untuk menunjukkan kasih sayang mereka terhadap isteri. Ada suami yang memang tebal dengan sikap romantis. Tiap kali tarikh istimewa isteri, pasti tak lupa hadiah dan kejutan manis untuk isteri tersayang. Tentulah hati isteri berbunga bahagia!
Suami Tak Sama Perangai, Jangan Bandingkan
Namun ada juga suami yang sebaliknya. Ingat tarikh hari jadi isteri pun dia lupa, ini kan pula dia nak belikan hadiah dan buat kejutan.
Isteri tolong jangan sesekali bandingkan suami sendiri dengan suami orang lain. Sikap suka membanding-bandingkan ini boleh jadi punca gaduh suami isteri.
“ Awak ni tak romantis langsung. Suami orang lain, ada juga hadiahkan bunga masa birthday isteri dia. Awak? Mimpi la…”
Sebelum keluarkan kata-kata itu, tolong tarik nafas sejenak dan fikir. Apakah sikap suami yang anda anggap tak romantis itu memberi petanda suami tak sayangkan anda?
Semak dulu perkara ini Sebelum Tuduh Suami Tak Romantis Tu Tak Sayang Ye:
1. Kalau anda sakit, suami yang mendesak anda ke klinik walau pun anda malas. Dengan alasan demam sikit saja. Itu tak sayang ke
2. Memang suami tak belikan jambangan bunga tapi bila tiba hari jadi anda, dia akan bawa anda dan anak-anak keluar makan. Baginya, itu lebih bermakna. Sekurang-kurangnya anda sekeluarga dapat menikmati masa berkualiti bersama. Tak suka ke?
3. Kalau anda penat kerja dan beritahu tak sempat masak, suami tak mengeluh pun. Malah siap belikan lauk untuk makan malam. Tak prihatin ke?
4. Bila keluar shopping, suami akan tanya apa barang anda nak beli untuk diri anda? Ada saatnya, dia sanggup belikan barang keperluan anda saja kerana bajet bulan itu tak cukup. Itu bukan tanda sayang ke?
5. Muka suami anda memang garang dan ‘ketat’ je, tapi pernah tak dia naik tangan dan pukul pada anda atau anak-anak? Tak ada kan?
Realiti Dan Fantasi Romantis
Kadangkala, jangan kita cuba nak bentukkan suami dengan acuan yang kita anggap ‘sempurna’ bagi diri kita. Kadangkala lelaki yang ‘sempurna’ itu tak ada pun di dalam realiti. Jangan terbawa-bawa dengan fantasi hero drama Korea yang serba romantis.
Bila anda sudah bersetuju untuk menjadi suri hidupnya, maka dia sudah dapat menerima segala buruk anda. Jadi, anda juga kena buat benda yang sama.
Tak terfikirkah, selepas kahwin dan beranak, dia tak pernah berungut walau pun saiz anda dah berubah. Anda yang susah hati nak diet dan sebagainya. Kalau fikirkan, tentu dia pun inginkan isteri yang tetap cantik dan solid macam baru-baru kahwin dulu. Tapi dia faham, kecantikan dan saiz anda berubah mungkin kerana faktor usia yang makin bertambah dan selepas beberapa kali bersalin.
Bila Terima Suami Seadanya, Anda Akan Bahagia!
Percayalah, apabila kita sentiasa memandang perkara baik dan apa lebihnya suami kita, maka kita akan menanam rasa bahagia dalam diri kita. Biarlah dirinya tak romantis seperti suami orang lain, yang penting dia sayang dan menjaga anda dan anak-anak dengan baik.
Serius, kalau anak demam kesannya si ibu yang tak lena tidur. Apatah lagi, anak kerap demam malam. Siang hari, si kecil ini cukup aktif tetapi apabila malam tubuhnya mula panas dan diserang demam.
Untuk pantau anak-anak, ibu boleh pantau anak demam malam dengan cara ini…
1. Pastikan anak betul-betul demam
Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Sediakan termometer bagi menyukat suhu tubuh anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah di antara 36- 37.4 darjah Celsius. Ketahui tahap demam anak anda berpandukan suhu berikut:
‘Sponging’ atau menjerlum kepala anak anda merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu tubuh. Cara untuk melakukan menjelum adalah:
Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil.
* Rendamkan tuala dan perahkan airnya.
* Kemudian, lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan.
* Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua dan biarkan ia di situ.
* Akhir sekali, lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
3. Berikan ubat ikut dos dan ketepatan masa
Ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar jika diberi mengikut sukatan dan jangka waktu yang ditetapkan.
Ubat ini selamat untuk bayi seawal usia dua bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan tidak melebihi empat dos sehari.
4. Galakan minum air
Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap. Jika anak masih kecil, anda sebagai ibu bapa haruslah rajin memberikan anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya.
5. Pakaikan pakaian nipis
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya untuk anak yang mengalami demam malam. Pakaian tebal akan meningkatkan suhu tubuh. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia agen penyerap peluh yang baik dan anak- anak anda juga lebih selesa.
Ingat ibu ayah, jangan sesekali abaikan kalau anak demam sebab sekelip mata macam-macam boleh jadi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...