Bahagianya dapat menikmati Sagu Gula Melaka sebagai pencuci mulut. Manis, berlemak dan kenyal rasanya, dimakan pula waktu sejuk-sejuk, memang sedap!Jika selalu, kita buat sagu, kuah gula melakanya dibuat asing. Namun mengikut perkongsian resipi Puan Aishah Ismailini, Sagu Gula Melaka Ori tak letak pewarna pun. Malah gula melaka dimasak sekali dengan sagunya.
Berikut resipi yang dikongsikan;
Petang ni saya buat Sagu Gula Melaka Ori.Tak bubuh pewarna.Sedapnya makan sejuk-sejuk, basahkan tekak.Saya kongsikan di sini resipinya.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan biji sagu
2 ketul gula melaka (Dihiris)
1 tin susu cair
2 helai daun pandan
4 cawan air
Cara Membuat:
1. Masak air dalam periuk bila mengelegak masuk sagu dan kacau sampai jernih biji sagu. Tapis lalukan bawah air paip bagi hilang kanji.
2. Masak air masukkan gula melaka yang dihiris daun pandan.Biar sampai gula larut dan mendidih.
Ads
3. Bila dah mendidih masukkan sagu yang telah ditapis tadi.
4. Kacau sampai pekat dalam 10 minit.
5. Tuang dalam loyang 10×10. Biar dia sejuk baru simpan dalam peti ais.
Ads
6. Kebetulan ada kelapa parut saya letak garam gaul jadilah Sagu Bronok Gula Melaka, kaedah 2 dalam 1.
7. Susu cair saya masak sekejap atas api letak secubit garam. Ada yang tak nak masak susu terus curah atas sagu pon boleh jugak. Terpulang pada citarasa masing-masing.
MW: Sedapnya Sagu Gula Melaka ‘Ori’ yang dikongsikan ini, boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, apatah lagi makan sejuk-sejuk, buat basahkan tekak memang nikmat tak terkata.
Resipi agar-agar milo, bukan setakat anak-anak saja suka makan, orang tua pun sama. Tak perlu hiasan lain pun, milo saja pun dah cukup sedap. Makan sejuk-sejuk.
Tapi tak semua ‘terror’ nak buat resipi agar-agar milo ini. Salah cara boleh terlembik atau kurang air pun boleh terkeras pula. Nampak simple tapi kena tahu asasnya.
Kali ini Ina Anizaina kongsi resipi agar-agar milo paling simple dan mudah untuk mak-mak buat pada anak-anak.
Pakat mai masak agar-agar milo yang teramat simple ini. Anak-anak memag suka makan, cuma mak-mak saja rajin atau malas untuk membuatnya.
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali (25g)
4 cawan besar air
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan milo + 1 cawan air panas (larutkan bahan ni)
Secubit garam halus
Caranya:
1. Basuh agar-agar tali buat seketika. Tos.
2. Kemudian, masukkan semua bahan bahan.
3. Biarkan ia mendidih.
4. Boleh masukkan susu atau gula ikut rasa yang diinginkan.
5. Biarkan ia mendidih seketika.
6. Masukkan ke dalam bekas.
7. Apabila agar-agar sedikit suam, barulah masukkan ke dalam peti ais.
.
Agar-agar ini, banyak jenis. Kalau sukatan air tak tepat, sukar untuk dapatkan agar-agar yang sempurna. Kalau agar-agar kita tepat sangat, terlembik atau terkeas, untuk buat lain kali dah boleh adjust sukatan air nanti.
Mingguan Wanita : Anak-anak memenag sukalah kalau perasa milo atau coklat, sekejap saja dah boleh habis ni. Selamat mencuba.
Resipi Mudah ‘Potato Salad’ Sedap Berkrim, Boleh Makan Sejuk Atau Hidang Suam. Jika sesekali ingin ubah selera keluarga, boleh cuba buat ‘potato salad’ atau salad kentang yang sedap dan lemak berkrim ini. Malah boleh dinikmati dalam keadaan suam, mahupun dimakan sejuk-sejuk.
Boleh ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza Abdul Hamid ini sebagai panduan;
Jika saya sebut kerabu ubi, mungkin akan terasa ‘kampung’nya hidangan ini. Cuba saya sebut potato salad, terus terasa sangat pekan.
Potato salad diperkenalkan oleh peneroka Sepanyol ke Dunia Baharu Eropah pada kurun ke-16. Namun lebih banyak yang kenal potato salad daripada pendatang Jerman ke Amerika.
Memang asalnya makanan kampung dan lama-kelamaan menjadi Amerikana apabila mula ditambah mayonis.
Pertama kali saya tengok potato salad dibuat di rumah Kak Lin. Hayani yang buat dan saya terkejut tengok beliau guna telur rebus.
Kemudian semasa beliau letak lada hitam, beliau sebut,
“Ini petua orang tua-tua sebab ubi angin.”
Hayani memang pandai buat coleslaw dan potato salad. Sedap sungguh.
Pada saya, potato salad ini seperti salad pembawa (carrier salad). Maksudnya salad yang boleh dijadikan alasan untuk masukkan bahan-bahan lain untuk dimakan.
Hendak tambah brokoli celur? Silakan.
Hendak tambah isi ayam? Silakan.
Hendak tambah sosej yang dicincang dan digoreng rangup? Silakan.
Potato salad juga sangat mesra dengan pelbagai rasa dari latar budaya yang berbeza.
Hendak jadikan rasa Asia? Gunakan serai dan halia.
Mahu rasa Mexico? Guna rempah-ratus Cajun atau Tex-Mex yang biasanya ada kayu manis, jintan putih dan cili.
Potato salad juga tidak menyakitkan kepala. Hendak hidang suam, boleh. Jika takut terlambat, buat awal, simpan dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk. Tiada masalah.
Emak tanya semalam, “Cek bubuh apa dalam ni?”
Soalan itu tandanya emak suka. Alhamdulillah. Lulus oleh Ratu.
Bahan-Bahan:
5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk
4 biji telur – rebus
1 biji bawang besar – cincang halus
¼ biji lobak merah – cincang halus
½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus
½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus
2 sudu makan daun bawang – dihiris
2 sudu makan daun sup – dihiris
1 batang saderi – dicincang halus
Jika hendak pedas, biarkan biji cili. Saya lebih kepada mahukan warnanya.
Sos Salad
½ cawan mayonis
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs
2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu teh gula
2-3 sudu makan cuka/jus lemon/ jus limau nipis
Cara Membuat:
1.Dadukan ubi agak saiz semulut.
2.Lecek telur rebus guna garfu seperti yang kita belajar dalam ERT di sekolah dulu.
3. Kemudian tambah bahan sos salad iaitu mayonis, garam, serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs, serbuk lada hitam kasar, gula, cuka/jus lemon/ jus limau nipis ke dalam telur yang telah dilecek tadi.
4. Masukkan pula sayur-mayur dan gaul rata.
5. Masukkan pula ubi kentang yang didadu tadi dan gaul rata.
6. Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk.
Berkrim, rasa yang ‘meletus’ dan seronok dapat kunyah-kunyah benda-benda kecil.
Kali ini nak kongsi resepi onion ring yang paling mudah dan lagi best kos nak buat tak sampai RM1. Elok sangat mak-mak yang anak ramai buat menu ini untuk disajikan waktu petang, jom godek bahan dan cara buat yang dikongsikan Puan Nad Nouyu ini…
Dari beli kat marrybrown, a&w, domino atau pizza, baik buat sendiri. Jimat dan fresh pula tu. Beli kat franchise tu dah laa mahal… 6/10 ring dalam RM4.80 – RM6.80. Nak makan pun tak puas. Kalau buat sendiri, boleh makan banyak dalam 10 ring tu kos dia tak sampai pun Rm1.
Bahan-bahan:
Bawang holland
Serbuk roti
Air secukupnya
Tepung Bestari
(Kalau suka pedas, beli yg pedas tu)
(Kalau tak suka pedas, beli laa yang original)
Minyak untuk menggoreng
Cara Buat Onion Ring:
Bancuh tepung bestari dengan air.. bancuh macam nak buat lempeng tu.
Potong bulat-bulat bawang holland tu.. masukkan ke dalam bancuhan tepung bestari.
Kacau sebati.. sekejap pon takpe dah.. pastikan semua bawang disalut dengan tepung macam gambar tu ya.
Masukkan bawang yang disalut dengan tepung tu ke dalam serbuk roti.. salutkan sampai semua bahagian kena serbuk roti tu.. masuk satu-satu. Jangan masuk banyak-banyak nanti takut dia tidak disaluti sempurna dengan serbuk roti tu. Tak sedap pulak makan bawang je semata-mata.
Buatlah dengan suasana yang tenang.. sebab nak buat tu kena satu-satu kan.. nanti lambat laa siap.
Sebanyak ni hanya guna sebiji bawang holland sahaja.
Dah siap buat tu.. boleh laa goreng ye.. pastikan minyak betul-betul panas baru goreng.. nanti takut berminyak sangat.. goreng api perlahan dan sekejap je.. nanti hangus.
SELAMAT MENCUBA!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...