Terliur pula bila tengok video orang makan-makan ala mukbang. Boleh dikatakan banyak betul video yang memaparkan mereka menikmati pelbagai hidangan dalam kuantiti yang banyak.
Macam-macam hidangan resipi dan belum lagi resipi pelik-pelik yang diaparkan dalam video ala mukbang ni.
Sebelum ini, ada resipi bawang putih jeruk yang begitu menarik perhatian. Kali ini, kita cuba pula resipi Pan-Seared Green Chilli Pepper yang dikongsikan oleh Mimi Sally ini.
Sos:
4 ulas bawang putih – kisar
1 sudu besar kicap
1 sudu besar cuka makan
1/2 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara Membuat:
1. Buang biji pada lada besar. Ikut pada kepedasan masing-masing.
2. Leperkan lada tersebut. Boleh guna lesung.
3. Keringkan lada tersebut dan lap dengan kain.
4. Untuk sosnya, kacau semua bahan sos ke dalam mangkuk. Ketepikan.
5. Panggang lada tersebut sehingga kulit sedikit rentung.
6. Bila lada dah lembut, tuangkan sos tadi di dalam kuali. Renehkan selama 2-3 miniy sehingga gula larut dan kuah menjadi pekat.
7. Siap.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak membuatnya. Bolehlah cuba nanti.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Sedapnya! Bagi penggemar masakan Cina, tengok gambar pun dah boleh dibayangkan akan kesedapan hidangan tersebut. Kali ini dikongsikan tiga masakan asli Cina yang sangat sedap dan mudah dibuat iaitu Ayam Masak Bijan, Deep Fried Shimeji Mushroom With Salted Egg Yolk dan Ayam Masak Kiub Halia Bersama Madu.
Tak susah mana pun. Ikut je cara-cara yang dikongsikan itu. Hidangan ini juga tak pedas, jadi anak-anak pun boleh makan. Jimat masa dan tenaga kerana tak perlu masak lauk lain untuk mereka. Selamat mencuba!
Sedapnya…Ini Resipinya Tau!
AYAM MASAK BIJAN
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam – bahagian dada, bersihkan
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
3 inci halia
Garam dan gula
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan bijan – digoreng tanpa minyak
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Ayam dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi dan tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
Angkat dan sedia dinikmati.
DEEP FRIED SHIMEJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
50 gram Shimeji Mushroom – bersihkan dan asingkan tiap batang
40 gram serbuk kuning telur masin
20 gram serbuk keju parmesan
5 gram serbuk pati ayam
100 gram planta
Tepung jagung
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
Celup cendawan Shimeji satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng tadi ke dalam adunan tersebut dan goreng. Hidangkan ketika panas.
SEDAPNYA AYAM GORENG KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU….
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam – bersihkan, potong kecil
Air secukupnya – untuk rebus
Minyak masak
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
200 gram halia muda
75 gram cuka putih
100 gram gula
30 gram madu
BAHAN UNTUK PERAP:
1 biji telur
50 gram tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
CARA-MEMASAK:
Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
Sedapnya makan sagu susu cair sejuk-sejuk. Buat sendiri confirm sedap malah jimat banyak. Ikut sukatan yang dikongsikan ini boleh dapat 50 bekas, malah boleh dibuat meniaga.
Tengah cuti, makan-makan daging ni, sedap jugak kalau ade pencuci mulut. Meh saya share resipi sagu susu cair yang confirm sedap dan murah. Resipi ni boleh dapat lebih kurang 50 bekas 190ml tu. Anggaran kos tak lebih dari 80 sen sebekas termasuk bekas sekali. Boleh buat meniaga. InsyaAllah sedap tau.
Resipi sagu susu cair sedap nomnomnom.
Bahan-Bahan:
Air Gula
0.5kg Gula merah
(gula yang makan dengan putu mayam tu. Warna gelap. Bukan brown sugar!)
1 cawan Gula pasir
1sk Garam
1.5L Air
*Masak semuanya sehingga mendidih
Kuah susu
1 Tin Susu pekat
3 Tin krimer sejat
5 tin Air dari sukatan tin susu tadi
Tepung kastad 1/2cawan + air 1/2 cawan
2sk Garam
5 tutup Esen vanilla
*Masak sehingga mendidih, cairkan lagi jika perlu.
1. Masak sagu dalam air yang mendidih.
2. Bila sagu dah separuh masak, tutup api dan periuk, biarkan sehingga sagu masak kembang sepenuhnya.
3.Tapis sagu untuk buang kanji.
4. Masukkan sirap+esen+emulco, gaul sekata.
5. Biarkan untuk beberapa minit supaya sagu menyerap semua perisa.
Ni bekas dadih 190ml. Dah kene makan sikit. Isi air gula sampai garisan 1. Isi sagu sampai garisan 2. Isi kuah susu garisan 3. InsyaAllah, boleh dapat lebih kurang 50 bekas.
Mingguan Wanita: Sedapnya Sagu Susu Cair ni, buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan. Nak buat jual pun boleh sangat, sukatan ni boleh dapat 50 bekas!
Roti boleh dikatakan ‘benda’ wajib ada di rumah. Kadang kala tak perasan tarikh tamat tempoh dah dekat, mula lah kalut nak habiskan roti segera. Sayang kalau dibuang begitu sahaja, mak-mak boleh cuba resipi roti sardin celup tepung ini. Gerenti cepat je licin, anak-anak pun pun suka.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Masni Bahari sebagai rujukan;
“Hampa..roti kalau nak abih tarikh hampa jangan dok kalot nak buang na..mai akak ajaq hampa buat roti sardin celop tepung..”
Bahan-Bahan Diperlukan :
Sardin
Roti
(Bancuhan Tepung)
1 cawan Tepung beras
1 cawan Tepung jagung
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil Baking powder
sedikit Garam
Cara Membuat:
1.Bancuh kesemua bahan dengan air. Jangan pekat dan jangan terlalu cair sangat.
* Kalau buat roti celup tepung, bancuh tepung dahulu, sebab lagi lama biar lagi elok dia jadi.
2. Tumis sardin dengan cili, baru pedas sikit.
3. Sumbat dulu inti sardin baru kelim dengan kelim karipap. Sumbat isi penuh, jangan risau, kalau goreng takkan terkeluar intinya.
4.Lepas dah kelim, boleh lah celup dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Menarik idea ni, sesuai untuk buat hidangan minum petang atau sarapan pagi. Jadi bila ada banyak roti lebih dekat rumah tu lebih-lebih dah nak tamat tempoh, boleh cuba resipi ini. Gerenti cepat habis licin, anak-anak makan.
Kisah menyentuh hati tentang Nur Qasehku hilang selama dua bulan akhirnya berakhir dengan berita gembira apabila remaja itu ditemui selamat di Cheras. Doa seorang ibu akhirnya dimakbulkan.