Biskut coklat badam, ala-ala famous amos, nak buat pun tadalah susah sangat. Mungkin sesetengah mak-mak ‘pejam mata’ saja. Campak-campak bahan dalam bekas dan kacau. Kalau tak nak buat, boleh pun minta anak tolong .

Tambahan pula, di penghujung Ramadan ini, mesti uang ada bahan biskut raya pun dah tak banyak. Kalau tak dibuatnya, tak tahu bila pula nanti. Nak senang, boleh saja buat resipi biskut coklat badam.

Inilah resipi biskut coklat badam paling mudah hasil perkongsian daripapa Ariana Sofia Ahmad ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Biskut Lejen Almond London, 10 Tahun Guna Resipi Sama, Rupanya Ini Rahsia Badam Rangup Sedap

Resipi Biskut Arab 4 Bahan, Sejukkan Sebelum Salut Gula, Susu, Barulah Cair Di Mulut!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Coklat badam Crunchy Paling Mudah

“Sebagai penutup Radan, boleh saja buat biskut coklat badam crunchy paling mudah sangat. Anak-anak pun boleh tolong buatkan.

Bahan:
250g butter
1 biji telur gred B
1 1/2 cawan @ 190g gula perang
3 cawan @ 360g tepung gandum
60g tepung jagung
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil esen vanila
3/4 sudu besar serbuk koko
9 sudu besar minyak jagung
70g coklat rice
200g badam cincang
140g dark coklat compound coins beryls
1/2 sudu kecil butter

Cara Membuat:
1. Masukkan butter, gula perang, esen vanila, telur. Kacau bagi sebati dengan guna senduk kayu. Jangan pukul bagi kembang.

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

2. Dah sebati ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder. Masukkan juga minyak jagung & kacau sebati.

IKLAN

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

3. Lepas tu masukkan badam cincang & coklat rice. Kacau sebati & jangan lenyek adunan. Nanti coklat rice jadi hancur

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

4. Pastikan sebati macam ni

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

5. Wrap bekas & letak dalam peti ais selama 30 minit.

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

IKLAN

6. Sementara tu didihkan air dalam periuk.

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

7. Air dah mendidih tutup api & letak bekas lain atas periuk tadi bersama coklat compound coins.

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

Kacau hingga cair. Letak sedikit butter supaya coklat nampak lebih berkilat.

Tip:
Dah cair sejukkan dulu dalam 10-15 minit sebelum letak dalam pipping bag. Masa cairkan coklat jangan buka api.

10. Ambil adunan tadi letak dalam 1/2 sudu kecil. Tak perlu bulatkan. Pastikan tray @ loyang dah disapu dengan marjerin.

IKLAN

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

11. Lepas tu tekan menggunakan sudu garfu

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

12. Dah siap tekan. Letak coklat tadi. Hujung pipping bag potong halus je

Resipi Biskut Coklat Badam Crunchy Paling Mudah, Anak Pun Boleh Tolong Buatkan!

Mingguan Wsnita : Anak-anaklah yang paling suka biskut macam ni. Selamat mencuba.

Sumber: Ariana Sofia Ahmad

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI