Sedapnya dapat makan roti ban manis. Bertambah sedap kalau roti kosong itu dibubuh inti seperti krim, coklat atau kaya di dalamnya.
Bagi penggemar roti, resipi ini boleh juga digunakan jika mahu membuat pelbagai ban roti, donut dan pizza.
Boleh cuba resipi dan cara buat Ban Manis kosong yang boleh dibubuh pelbagai inti ini yang dikongsikan oleh Fierah Zulaikha di dalam grup Kelab Roti 1 Malaysia ini.
Resipi Ban Manis
Resipi untuk 250 gram
250 g tepung roti
45 g gula halus
4 g garam halus
14 g shortening
15 g marjerin
4 g yis
3 g magic improver
133 ml air sejuk
(Telur ikut suka nak letak pon boleh, tak nak pun tiada masalah)
(Air sukatan anggaran sahaja. Jadi bubuh air sikit dulu ikut kelembutan doh masing-masing)
Ads
Resipi untuk 500 gram
500g tepung roti
90 g gula halus
7 g garam halus
28 g shortening
30 g marjerin
8 g yis
3g magic improver
266 ml air sejuk
(Telur ikut suka nak letak pon boleh, tak nak pun tiada masalah)
(Air sukatan anggaran sahaja) jadi bubuh air sikit-sikit ikut kelembutan doh masing-masing).
Cara Buat
Campur semua bahan kecuali yis dan air sejuk
Putar sebati dalam pengadun / mixer. Masukkan air sejuk dan adun.
Kemudian akhir sekali masukkan yis dan adun hingga elastic.
Marjerin pelangi atau puteri 500g
Gula halus 200g – blender/ kisar halus.
Sedikit esen vanila
Putar marjerin dan gula hingga putih dan kembang sedikit.
Nota:
Untuk perisa, boleh guna emulco.
Untuk coklat saya guna emulco coklat.
Jagung saya guna emulco, kordial jagung dan esen jagung.
Bila sebut Melaka, tentu teringat asam pedas kan. Kongsi Naros Naib, selain asam pedas, di Melaka juga ada lauk masak lada. Cuma ramai yang tak tahu tentangnya.
“Nak tau tak semalam Acik masak lauk apa? Acik masak Masak Lada. Lauk orang Melaka yang ramai tak tau. Mungkin sebab menu ni terlindung di belakang populariti asam pedas. Kasihan kan. Sedap, tapi tak ramai orang tau. Ni kirakan unsung hero lah.
Masak Lada ni seakan-akan rasa asam pedas tapi sedikit berempah sebab guna jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar. Warnanya pula sedikit kecoklatan. Mungkin ada rasa macam asam pedas Johor yang masukkan lada hitam tu. Tapi, ni Acik agak-agak saja.
Nak tau rasa sebenar masak lada ni, jomlah buat. Meh Acik kongsi resipinya.
Resepi Ikan Pari Masak Lada Acik Naros
Bahan-bahan :
500gm Ikan pari
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
Belacan (lebih kurang macam dalam gambar)
2 batang serai
3 helai daun limau purut
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan cili kisar
1.5 liter air asam jawa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (pilihan)
Minyak untuk menumis
Bendi secukupnya
Bahan-bahan yang perlu disangai dan dikisar halus :
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan biji ketumbar
Begini Cara Membuatnya
Cara memasak ada pada gambar. Langkah demi langkah. Ikut saja. InsyaAllah jadi.
Cuci bersih ikan pari. Acik perapkan sekejap dengan asam jawa dan air limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
Bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan ni tumbuk halus. Kalau nak kisar, boleh saja. Tak ada masalah.
Serai tu jangan dikisar. Cukup sekadar titik untuk keluarkan aromanya.
Daun limau purut pula siat-siatkan. Buang batang tengahnya.
Mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk halus. Masukkan juga serai yang dititik.
Kacau kesemuanya sehingga naik bau dan hampir garing.
Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar halus. Acik kisar kasar-kasar sebab suka tekstur macam tu.
Kacau bahan-bahan tumisan hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau.
Apabila cili kisar hampir garing, masukkan daun limau purut. Kacau lagi.
Setelah cili cukup garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Kacau hingga semua sebati.
Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Kacau lagi.
Tunggu sehingga kuah mendidih sekali lagi. Dari semasa ke semasa, kacau kuah perlahan-perlahan. Nampak macam lauk asam pedas kan.
Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan kerisik dan kacau.
Sebenarnya resipi original masak lada ni tak guna kerisik. Sebaliknya guna kelapa bakar. Kepingan kelapa tua dibakar, kikis dan diparut atau dihiris halus. Lepas tu tumbuk halus jadi tekstur macam kerisik. Dah siap tu campur ke dalam kuah. Rasanya lagi sedap dan wangi.
Acik gantikan dengan kerisik untuk memudahkan. Sekarang ni kan susah dah nak dapat kelapa. Lagipun, rasanya tak lah jauh lari. Masih ‘on point’.
Apabila kerisik dah mesra dalam kuah, masukkan garam dan bahan perisa (jika suka). Kacau lagi.
Akhir sekali, masukkan bendi. Kalau tak ada bendi, boleh juga masukkan terung. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit.
Acik suka bendi yang tak lembik, sebab tu tak biarkan lama sebelum tutup api. Terpulanglah kepada selera masing-masing.
Sebelum tutup api, rasa kuah tu, cukup tak rasa garam, masam, rempah dan pedasnya. Kesemua rasa tu kena seimbang tau. Baru sedap. Hishh…kecur pulak air liur ni. Terbau-bau wangi daun limau purut bergabung dengan serai dan rempah-rempah tumis tu.
Dah siap. Masak Lada Ikan Pari Acik Naros. Nak lagi power, makan dengan ikan masin dan sambal belacan. Nasi habis seperiuk pun tak sedar tau. Punyalah kuat mandrem lauk ni. Tak percaya? Cuba buat. Selamat mencuba.
Roti nan memang enak dimakan bersama ayam tandoori. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Selama ini ramai yang ingatkan susah nak buat roti nan sedap macam dekat kedai, rupanya mudah sahaja.
Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian Nor Aini Abd Rahman ini ya!
RESIPI ROTI NAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
Cara membuat:
1. Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
3. Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.
Korean Garlic bread, memang cukup popular sebelum ini dan sampai sekarang pun masih mendapat permintaan daripada penggemarnya. Gabungan rasa bawang putih dan krim kejunya sangat mengasyikkan.
Pernah juga terfikir, macam susah sangat nak buat korean garlic bread dan paling senang pesan dan beli saja. Memikirkan nak kena buat sendiri rotinya dan belum lagi untuk inti krim keju di dalamnya.
Agak-agaknya, ambil masa berapa la nak siapkan. Jadi, lebih baik pesan sahaja. Harganya pun masih berbaloi dengan cara pembuatannya.
Jadi, bagi yang suka dengan korean garlic ini boleh cuba buat sendiri sahaja. tak perlu nak fikir buat roti sendiri, boleh saja guna roti biasa terutamanya roti buegr yang sesuai bentuknya. Bahan inti masih sama. Cukup senang kan!
Perkongsian daripada Nur Azliza atua dikenali Cikgu Za ini memang menarik dan bolehlah cuba di rumah nanti.
2. Untuk larutan bawang putih, cairkan 150g mentega.
Tumbuk 5 ulas bawang putih dan campur dalam larutan mentega.
Tambah 1 sudu besar susu pekat,
Masukkan sedikit serbuk oregano
Tambah kan sebiji telur.
Putar mesra bahan-bahan tersebut.
3. Ini larutan bawang putih tu. Ketepikan, kita buat inti cream cheese pulak.
4. Potong roti 3 kali macam ni.
5. Putar 250g krim keju (cream cheese) tatura dengan 1 sudu besar susu pekat. Ikut citarasa sendiri. Kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi. Bagi cikgu macam ni dah ok ngam-ngam saja.
6. Masukkan ke dalam piping beg. Nanti potong hujung plastik tu tau.
7. Pipe isi krim ke dalam belahan roti. Buat sendiri kita boleh letak banyak-banyak
8. Celup roti ke dalam larutan bawang putih dalam beberapa saat biar dia meresap. Tuang baki larutan ke atas roti.
9. Bakar pada suhu 170′ selama 10-15 minit atau hingga masak.
10. Masa bakar, aroma bawang putih akan memenuhi ruang dapur hingga ruang tamu.
11. Done! Makan panas-panas memang sedap
MW: Senang sangat nak membuatnya. Kalau anak tak suka bau bawang putih boleh kecualikan ye.. Buat yang ringkas-ringkas saja untuk keluarga.
Aura kecantikan Tiffany Young ibarat bidadari, kulitnya begitu berseri-seri sehingga memukau setiap mata yang memandang. Artis antarabangsa yang juga dikenali sebagai ahli k-pop group...