Lama dah mencari resepi bulgogi (daging BBQ Korea) cara yang mudah disediakan dan yang penting sedap. Ini resepi lengkap yang disediakan oleh Puan Khadijah Jaafar (Dapur LAZZ). Sambil layan drama Korea boleh ‘ngap’ penuh kenikmatan. Paling best, tekak Melayu pun boleh layan.
“Ini lauk kegemaran anak-anak. Diratah macam itu saja. Jom layan resepinya. Sayurnya boleh diolah ikut citarasa.”
Puan Khadijah Jaafar
Bahan-bahan Bulgogi (Daging BBQ Korea)
500 gram daging, hiris nipis
Ads
1/4 cawan Kicap Soya Cair
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar Minyak Bijan
4 ulas Bawang Putih dicincang
1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 biji Bawang Besar, hiris
1 sudu besar Gula Perang
1 batang Lobak Merah, hiris halus
1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) – tak ada pun tak apa
Sedikit garam
Bijan disangai
Sila Ikut Step Memasak Ini
Ads
Masukkan semua bahan kecuali lobak, enoki & tau meu.
Perap selama 1-2 jam.
Ads
Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
Sebelum angkat, masukkan hirisan lobak, tau meu & enoki dan biarkan sehingga layu.Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang. Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.
Jadi mak-mak, bila anak mulai demam dan tak kebah-kebah suhunya memang memang merisaukan.Kasihan dan tak sampai hati melihat anak yang aktif dan cergas, jadi lesu, lemah dan tak berdaya.Selain mengamalkan perubatan secara moden, tak salah mak-mak turut mencuba remidi secara semulajadi untuk kebahkan demam anak.
Menerusi perkongsian oleh Hayana Darliz beliau berkongsi resipi Sup Ayam Barli, yang dikatakan berkesan meredakan demam anaknya dengan cara ini.
“Sekali lagi berjaya tumpaskan demam dengan resepi sup ayam barli ni. Tanpa ubatan dadah. Adam demam panas tak kurang daripada 39.3 suhunya sejak pagi semalam. Kali ni dia jadi lemah sangat. Sepanjang hari lembik, tak selera makan.”
“Bagi hirup sup ayam ni, alhamdulillah pagi ni kebah terus.Resepi sup ayam barli ni tak pernah kecewakan saya sejak dulu lagi.”
Nah saya kongsikan resepinya.
Ayam bahagian yang banyak tulang. Lebih baik guna ayam kampung atau ayam tanpa dicucuk antibiotik.
Halia yang banyak. Sebesar penumbuk pun tak apa. Hiris.
Dua sudu besar Barli . Basuh dan tos.
Rempah 4 beradik. Kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang.
Serai diketuk.
Batang saderi.
1 ulas sederhana Bawang merah dimayang.
5-7 ulas Bawang putih cincang
1 sudu besar Apple cider vinegar atau cuka epal untuk 1 liter air
Garam himalaya.
1. Rebus semua kecuali bawang putih dalam pressure cooker. Tak ada pressure cooker pun boleh, jangan stress pulak.
2. Kalau guna pressure cooker rebusnya 20-30minit, kalau rebus biasa 45-60minit.
3. Rasa, adjust garam. Tutup api.
4. Tabur bawang putih cincang.
Hiruplah sebanyak mana pun sampai demam kebah. Nak jadikan rutin mingguan pun boleh.
Ayam boleh tukar kepada tulang lembu atau kambing. Guna pressure cooker sejam, periuk biasa reneh sejam setengah.
Rasanya ramai mak-mak muda tak tahu apa itu ubi bemban. Dengar nama pun dah pelikkan? Memang pun ubi ini sejenis ubi yang rare dah susah nak jumpa. Rasa dia memang sedap, walaupun cuma direbus dan campur sedikit garam.
Dulu-dulu ubi bemban ini mudah nak jumpa, sekarang dah agak sukar. Tapi di sesetengah tempat ubi bemban boleh ditemui di pasar tani atau pasar basah. Hairan juga dulu, asal demam saja mak akan rebuskan ubi bemban ini. Rupanya memang inilah antara khasiat dia, jadi penawar demam panas.
Bila baca perkongsian Sahira Lim ini makin jelaslah yang ubi bemban ini kaya pelbagai khasiat. Ada 5 kegunaan ubi bemban yang dikongsikan dan cara penggunaan sebagai amalan petua untuk menawarkan sesetengah penyakit.
Nah petua tradisional menggunakan tumbuhan (ubi bemban) yang korang tak pernah dengar tapi hasil dia untuk rawatan sakit ni sangat membantu!
Ambil ubi bemban yang matang, tumbuk kasar-kasar dan tepek dekat bahagian kayap. Boleh juga asah ubi bemban yang dah matang tu dekat buntut pasu, ambik air asahan dia tu dan tepek dekat bahagian kayap. Insya-Allah, sekejap je kayap akan kering.
Ulser dalam mulut ini biasanya sebab kurang minum air atau sebab badan panas kan. Kalau dah kena pedih dia ya Allah, tuhan je tau. Mulut pun bau busuk.
Ambil ubi bemban, basuh bersih- bersih dan makan. Kunyah lama-lama sikit. Dah la sedap, ulcer pun kecut tau. No more bad breath!
Untuk petua penawar sakit mata, ambil batang ubi bemban dan perah air dari batang tu. Air perahan tu boleh dititiskan dalam mata sebagai ikhtiar untuk sakit mata. Ada juga orang guna air rebusan ubi bemban untuk titis dalam mata sebagai ikhtiar.
Ambil daun ubi bemban yang dah matang, layurkan atas api sampai layu dan nampak macam berminyak, dan tampalkan dekat kawasan bisul atau tempat kena gigitan serangga. Digunakan untuk mempercepatkan proses pematangan bisul, jadi tak adalah bengkak teruk sangat kesan luka bisul tu nanti.
Orang tua-tua pun menggunakan ubi bemban untuk sakit-sakit berkaitan dengan perut tau, macam cirit-birit, kembung, perut tak selesa dan macam-macam lagi. Caranya rebus ubi bemban, lepas tu tapisnair rebusan tu dan campur dengan gula. Minum air dia, insya-Allah lega sakit perut.
Ubi bemban ni bersifat sejuk, sebab tu kalau tengok kebaikan dia kebanyakannya untuk sakit-sakit yang panas. Untuk demam panas pun elok amalkan minum air rebusan ubi bemban, ataupun makan je ubi bemban yang muda sebagai ikhtiar. Haaa banyak lagi tau kebaikan ubi bemban ni sebenarnya. Cuba korang tanya orang lama-lama, mesti diorang tau lagi banyak.
Kalau korang rasa post Ira ni bermanfaat, boleh like dan share supaya orang lain pun boleh dapat manfaatnya, dan mana tau sampai dekat orang yang memerlukan kan. Boleh dapat pahala free.
Resepi asam pedas ini bermacam cara membuatnya. Belah Johor dan Melaka memang terkenal dengan asam pedasnya yang power lagi meletup rasanya. Jadi bila ada resepi nak buat pes asam pedas Johor ini, silalah simpan siap-siap dalam phone masing-masing ya mak-mak.
Sebabnya resepi yang Tengku RosElyza Raja Muhammad ini kongsikan memang terbaik dan sedap. Tengok rempah dan herba yang digunakan pun kita dah tahu, hasilnya nanti enaknya macam mana.
Kata Tengku RosElyza cinta hatinya cukup suka dengan masakan asam pedas dari air tangannya. “Kena masak selalu, kalau tak nanti dia mesti akan cakap dah lama sayang tak masak asam pedas. Padahal kita baru masak minggu lepas tau.”
Resepi yang beliau kongsikan ini pedas sampai boleh mengundang linangan air mata.
“Ni asam pedas Johor dari air tangan MekZa. Menu yang wajib ada setiap minggu. Boleh kata Za memang expert masak menu ni.
2 biji bawang merah besar (blender)
4 ulas bawang putih (blender)
1 1/2 inci halia (blender)
1 inci kunyit hidup (blender)
1 senduk penuh cili kering blender
Sedikit belacan (ikut rasa masing-masing. Tak letak pun tak apa. Masukkan dalam bahan blender)
ikan apa-apa je pun boleh
1 sudu kecil lada hitam (blender)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1-2 kuntum Bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya
Panaskan minyak masukkan bahan blender tadi, tumis sampai naik bau.
Masukkan cili kering blender, tumis sampai pecah minyak.
Bila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa, tunggu sampai didih.
Masukkan bunga kantan / daun kesum.
Masak sampi naik bau.
Last sekali baru masukkan 1 ekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.
Sebagai hiasan:
√ Tambah bendi dan tomato.
√ Jika kuat pekat tambahkan dengan sedikit air.
Resepi asam pedas power orang Johor yang dikongsikan ini akan hasilkan kuah asam pedas yang padu. Buat mak-mak yang selalu kesuntukan masa tapi dalam masa yang sama nak mencuba resepi ini setiap minggu, boleh cuba cara ini.
Jadikan kuah asam pedas ini dalam bentuk pes. Caranya mudah saja. Mak-mak cuma perlu ikuti cara masak kuah asam pedas seperti yang diterangkan di atas. Tapi sampai langkah ke-5 saja.
Memandangkan asam jawa pekat digunakan, mak-mak akan dapat kuah yang pekat. Jangan tambahkan air. Nanti sejukkan. Sebaik sejuk boleh masukkan bekas dan bekukan.
Bila nak menikmatinya boleh tumis semula dan masukkan apa-apa jenis ikan, bendi atau tomato. Kalau kuah pekat, tambahkanlah air.
Sumber/Foto : Tengku RosElyza Raja Muhammad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.