Bermula 1 Ogos lagi, pemakaian pelitup muka telah diwajibkan. Namun masih ramai yang gagal berbuat demikian dan ada yang kurang bernasib baik dikompaun.
Ternyata ramai masih keliru, pelitup muka hanya wajib pakai di tempat awam yang sesak. Jika duduk berseorangan dan menjaga penjarakan, tidak perlu memakai pelitup muka.
Ramai Masih Keliru
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui masih terdapat kekeliruan berhubung penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemakaian pelitup muka.
Ismail Sabri berkata, apabila seseorang itu bersendirian dan mengamalkan penjarakan fizikal, adalah tidak wajib untuk individu berkenaan memakai pelitup muka.
Wajib Pakai Di Tempat Awam Yang Sesak
“Tempat awam banyak, taman awam adalah tempat awam, tapi bila bersendirian maka tidak perlulah memakai pelitup muka kerana seperti saya katakan di tempat awam yang bersesak. Kalau di pasar bersesak, kalau dalam bas atau LRT bersesak, maka perlulah dan wajib pakai pelitup muka.
“Tetapi kalau bersendirian atau ada penjarakan fizikal antara satu sama lain, sebagai contoh di restoran kita (sudah tentu) tidak boleh pakai pelitup muka semasa makan.
“Tapi kerana ada penjarakan antara satu sama lain maka dibenarkan untuk tidak pakai pelitup muka,” katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Ads
Beliau menyatakan perkara itu berikutan isu tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang individu yang berada di tempat awam berseorangan dan tidak memakai pelitup muka dikenakan tindakan.
Mulai 1 Ogos, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.
Sementara itu, Ismail Sabri turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bertegas dan tidak bertolak ansur dengan pemilik premis hiburan yang masih berdegil tidak mematuhi SOP dengan sama ada menarik semula lesen premis atau menghentikan operasi mereka untuk selamanya.
Ia susulan tangkapan membabitkan operasi pusat hiburan berlaku hampir setiap hari walaupun sudah ada makluman dan peringatan dikeluarkan.
Ads
Pembukaan Aktiviti Pelancongan
“Arahan daripada kerajaan juga amat jelas untuk tidak membenarkan kelab malam dan pusat hiburan kembali beroperasi buat masa ini dan masih di bawah senarai terlarang. Premis seumpamanya tersenarai di bawah larangan kerajaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara juga katanya, bersetuju secara dasar dengan cadangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung pembukaan aktiviti pelancongan khususnya di tempat terbuka seperti Zoo Negara, Legoland dan lain-lain.
Mengenai tangkapan semalam beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 201 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya telah dikompaun menerusi pelbagai kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka dan gagal mematuhi penjarakan fizikal.
Seramai 14 pendatang tanpa izin pula berjaya ditahan semalam menerusi Op Benteng yang diadakan di seluruh negara,” katanya. – Bernama
MW: Biarpun dilihat peraturan sekarang agak longgar, mak ayah seharusnya sentiasa menjaga SOP demi menjaga kesihatan keluarga tersayang.
Siapa sangka pada usia yang mencecah separuh abad, wanita ini kekal cergas, bertenaga dan masih mampu melakukan aktiviti lasak serta ekstrim seperti ‘Bungee Jumping’ ini. Bukan itu sahaja, terjunan sebanyak 23 kali dalam masa satu jam di jambatan setinggi 216 meter di Afrika Selatan sekaligus berjaya memecahkan rekod dunia. Memang hebat dan luarbiasa semangat kentalnya.
Seorang wanita dari Afrika Selatan memecah Guinness World Records selepas melakukan terjun lelabah atau ‘bungee jumping’ selama 23 kali dalam masa satu jam, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Pecah Rekod Dunia
Linda Potgieter, 50, melakukan cubaan memecah rekod dunia itu di jambatan tertinggi di Afrika Selatan iaitu Jambatan Bloukrans (216 meter) merentasi Sungai Bloukrans.
Percubaannya itu turut dirakam untuk episod siri e-televisyen, Stumbo Record Breakers.
Wanita itu turut mengatasi rekod sebelumnya yang dicipta oleh Veronica Dean pada 2003, juga dari Afrika Selatan. Dean melakukan 19 terjun lelabah dalam masa satu jam di lokasi sama.
Rejim Latihan Ketat
Menurut Potgieter, dia bersiap sedia untuk melakukan rekod tersebut dengan bantuan jurulatih, Eugene Eloff yang melaksanakan rejim latihan yang ketat bagi meningkatkan keupayaan kecergasannya ke tahap tertinggi.
Meskipun melakukan latihan di gimnasium, Eloff mengaku bahawa cabaran tersebut memerlukan 90 peratus kekuatan mental dan hanya 10 peratus kekuatan fizikal.
“Kita boleh melakukan apa sahaja jika meletakkan keazaman yang kuat dalam minda,” kata Potgieter.
Wanita berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang dengan tangkas menariknya ke atas jambatan selepas setiap terjunan.
Sewaktu hamil 37 minggu, wanita ini, Kween Regina disahkan positif Covid-19. Keputusan ‘positif’ itu membuatkan dia perlu menjalani kuarantin tanpa sesiapa pun boleh datang mendekat. Termasuklah suami sendiri. Boleh bayangkan kan betapa sunyinya melalui hari-hari itu.
Dalam pada perlu menjadi ‘kuat’ ketika sendirian, dia juga perlu bertahan emosi berdepan dengan persepsi orang lain apabila dirinya positif Covid-19. Bukan dipinta mahu positif Covid-19, namun sudah tertakdir menerima ujian sebegitu.
Dan ini luahan hati yang dicatat selepas melahirkan bayinya.
Hamil 37 Minggu, Disahkan Positif Covid-19
“Bayi saya masih lena, Hafiq (suami) baru tidur. Saya baru saja menikmati sebotol caramel latte. Memandangkan saya susah tidur, saya fikir baiklah saya kongsikan sesuatu di sini (twitter), mimpi ngeri saya. Sewaktu hamil 37 minggu, disahkan positif Covid-19. Dan ini kisah saya.”
Sebaik disahkan positif dia bakal dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh. Bermakna, detik itu juga dia sama sekali tak berpeluang untuk menyentuh malah memeluk suaminya. Tentulah itulah momen paling sedih untuk dihadap dalam keadaan sarat hamil sebegitu.
“Paling sedih. We can only see each other within the line je. No last hugs no touch no nothing. Just a quick one and he was told the procedure for the transfer to Sg Buloh. So this was the last time lah, then bermulalah my 14 days of quarantine.”
Sekitar 2 pagi, sekali lagi dia perlu menjalani ujian saringan Covid-19. Berdasar keputusan itu, akan dibuat perbandingan dari hasil keputusan yang pernah dibuat dari hospital swasta.
“At this moment I really don’t care except for my baby and my family. What will happen tomorrow, who else will get tested positive for Covid and yada yada. Tak boleh tidur.”
Sepanjang menjalani kuarantin, keadaan tubuhnya ketika itu stabil. Tiada demam, tiada lagi selesema, tiada lagi sakit-sakit otot.
“Scary kan this Covid. Saya dapat single room sebab saya ada asthma and pregnant so kira berisiko tinggi. Tapi saya requested for 4 bedded sebab dah tak sanggup stay alone in the room.”
Sekali Dah Masuk Wad, Susahnya Nak Keluar..
Inilah keadaannya sepanjang kuarantin. “Once masuk wad tu, you cannot go out. Tambah sepanjang dalam wad. I was okay except for day 8 where I feel so homesick”
Bila mana rindu mula menjelma pada hari kelapan, dia cuba merayu pada doktor agar dibenarkan pulang ke rumah. Memandangkan keadaannya ketika itu tiada gejala langsung. Dirinya malah bayi dalam kandungan juga sihat. Bagaimana pun, prosedur tetap prosedur.
“I begged the doctors to let me go home since I got no symptoms, I am doing good and my baby also progress really well. but still, they need to follow the procedure. Then I pasrah and just count the days to discharge.”
Dan akhirnya ibu hamil ini terus menjalani rutin kuarantin sehingga benar-benar disahkan bebas Covid-19. Sepanjang menjalani kuarantin di hospital, dia mendapat layanan yang baik daripada frontliners. Malah, frontliners begitu memahami apa yang pesakit Covid lalui.
Berbeza sekali dengan orang luar yang menilai pesakit Covid ini bagaikan orang bersalah. Walhal, dia sendiri tidak tahu bagaimana virus Covid-19 itu boleh berada di dalam tubuhnya.
Berita Positif Covid-19 Ketika Hamil 37 Minggu, Jadi Buah Mulut Orang Kampung
Malah, berita dirinya positif Covid-19 mula menjadi buah mulut orang kampung. Sehinggakan gambar perkahwinannya juga mula disebarkan. Ada yang sesetengahnya, sanggup berhenti depan rumah semata-mata mahu ambil gambar rumah.. kenderaan yang dinaikinya. Layanan itu bagaikan dirinya pesalah, walhal dia adalah pesakit yang sedang terkesan dengan virus Covid-19.
“Hospital Sg Buloh? the staff were very friendly, they followed the SOP. They dont have the c19 stigma like others. They took a good care of the covid patients. Sehari makan 5 kali I think? not gonna complain about the food but you makan je apa yang ada.”
Apart of that, of course the bawang around my residential area. It was crazy and I fucked up. So many false statements were made about me and my family. Everyone tiba-tiba concern texting and all tapi sebenarnya nak be the first one to get the news. And mestilah to spread around.
Perangai orang kita. How on earth this person confidently said I was fetched from my house to Sg Buloh? LORD the audacity. Just to clarify I don’t even know where I got this virus. Ikut akal logic for a pregnant lady like me, I only travel from home to office. I didn’t go anywhere.
Even worse, the kampung people spread out my wedding photos, lalu lalang depan rumah and take photos of our house, our cars and shit. I tak boleh brain. This is a disease people, not a CRIME.”
Syukur, Suami Dan Ahli Keluarga Semua Negatif
Layanan sedemikian, membuatkan dirinya menjadi lebih sedih sepanjang kuarantin di hospital. Bagaimana pun, dia begitu bersyukur kerana setiap keputusan ujian Covid baik pada suami mahupun ahli keluarga adalah NEGATIF.
Bagaimana pun, akuinya sekali Covid pernah ada dalam tubuh. Kehidupan seseorang akan totally berubah. Terutama layanan orang lain terhadap dirinya. Dan inilah yang wanita ini terpaksa lalui.
“And for me if you don’t have any close contact with covid patient you no need to worry. The patient itself akan clarify with KKM who is their close contact so diorang boleh buat swab test. And fyi, all my family members were tested NEGATIVE including my husband. Allah Maha Besar.”
Realiti Bekas Pesakit Covid Hadapi
Walaupun niat asalnya mahu melahirkan di hospital swasta. Memandangkan dirinya pernah menjalani kuarantin Covid-19 di hospital, hajatnya mahu bersalin di hospital swasta tidak kesampaian.
“And also, when I got discharged from Sg Buloh they gave me a full report where I don’t have to go for any other swab tests since I’m free from covid, I can do normal birth and I can go to any hospital since the virus in my body is no longer active.”
Malah sebagai bekas pesakit Covid-19 yang sudah bebas dari virus itu, dia sedikit terkilan apabila dirinya seakan dipinggirkan sewaktu membuat pemeriksaan susulan untuk kelahiran bayinya.
“They didn’t allow me to stay within the labor area. They asked me to sit outside. I pun tak tahu apa dosa orang kena covid ni.
“Of course sis had to go through another swab test before bersalin walaupun it’s clearly stated in the report I don’t have to. Tapi apadahal kali ketiga kita layan je. Alhamdulillah, negative.
And today, I am grateful. My baby is here, my husband and my family are doing good. After all the hardships, it’s all worth it. Dah selamat bersalin, almost towards the end of my confinement.”
Tetap Perlukan Sokongan Orang Ramai
Pesannya, sebagai Covid survivor malah mana-mana Covid survivor mereka amat memerlukan sokongan orang ramai. Mereka juga ada keluarga, malah hati dan perasaan. Daripada bertanya, dari mana kamu dapat virus Covid ini, bukankah lebih baik bertanyakan keadaan kesihatan mereka.
Tulisnya, “Anyway. Stay safe to say I’m a proud covid-19 survivor. We covid patient ada family, ada perasaan and of course we need support. Instead of asking where you got it, better you ask how are you doing? jom kita jaga kita.
Semoga semuanya selalu baik baik jauh dari segala wabak yang ada.”
MW : Tentulah sukar untuk ibu hamil 37 minggu berdepan dengan emosi yang cukup hebat penangannya waktu itu. Alhamdulillah, wanita ini berjaya melalui ujian sakitnya dengan semangat yang kuat.
Pasangan yang kini sedang hangat bercinta, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telahpun selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara atas talian (online) semalam.
Perkongsian gembira tersebut dicoret oleh Ayda Jebat sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang juga teraju utama drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3, Bukan Gadis Biasa memberitahu sudah menjadi tunangan Nabil pada hari ulang tahun kelahiran lelaki itu.
Bertunang Secara Online, Direstui Ahli Keluarga
Pasangan ini masih mengikut seruan kerajaan dengan melaksanakan arahan PKP dan sekaligus mengambil peluang bertunang secara online.
Bertunang Secara Online, Kumpulkan Ahli Keluarga Depan Kamera
Sebelum ini Nabil telah melamar Ayda pada ulang tahun kelahiran gadis itu pada 17 Mac lalu. Sementara itu, Nabil menerusi Instagramnya bersama beberapa rangkap pantun menjelaskan situasi ringkas yang berlaku pada hari bahagia mereka.
“Awal bermula dengan bismillah, Syukur hanya kepada Allah. Selawat Nabi kepada Rasullullah, Semoga pertemuan ini membawa berkah.
“PKP arahan pemerintah, Mengingkarinya akan disaman. Hajat dihati dah nak melimpah, Ingin menyunting bunga di taman.
“Walaupun jauh cinta tidak terhenti, Kumpulkan ahli keluarga di depan kamera, Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami, Harap doa yang baik-baik dari semua,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa gambar mereka merupakan gambar yang disunting.
Turut mendapat ucapan tahniah dan doa dari rakan artis dan peminat.
Tahniah juga diucapkan buat Ayda dan juga Nabil dari MW. Kami doakan pasangan ini akan segera ke jinjang pelamin ya.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.