Kecoh di media sosial tentang pelabur yang rasa tertipu apabila duit yang dilaburkan dalam Lavida Coin hanya diam menyepi, langsung tiada berita dan 5 tahun menunggu masih belum ada apa-apa lagi.
Apatah lagi wang pelaburan bukannya sedikit sehingga mencecah beribu-ribu ringgit semata-mata untuk dilaburkan dalam Lavida Coin. Apayang membuat pelabur percaya untuk melabur kerana ‘dia’seorang usahawan yang sangat dikenali dan tiada apa yang nak diragukan.
Berikutan itu, sebahagian pelabur skim pelaburan mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) kerna wang yang mereka laburkan tiada memberi sebarang keuntungan setelah 5 tahun menunggu.
“Kami ada tanya di media sosialnya semasa dia buat ‘live’ berkenaan wang kami. Namun, kami dimarahi dan tidak dilayan. Paling dikesali apabila dia buat tidak tahu berkenaan wang kami.”
Seramai 41 orang mangsa itu tidak mampu lagi bersabar dan bertindak mengemukakan tuntutan kerugian berjumlah RM59 juta terhadap usahawan kosmetik dalam satu sidang media baru-baru ini.
Mereka mendakwa, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman gagal memberikan keuntungan yang dijanjikan serta mengembalikan wang pelaburan yang dibuat sejak 2018.
Tambah memburukkan keadaan, Vida dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla bertindak menyekat panggilan dan mesej WhatsApp.
“Mereka masing-masing buat tak tahu. Dia boleh derma dan sedekah tapi kenapa enggan pulangkan wang kami. Tolonglah, kami perlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Ads
Sudah lima tahun kami menunggu tapi tiada apa yang ditunaikan malah semua kakitangannya mengelak untuk jawab mengenai pelaburan itu dan tidak tahu di mana Vida berada,” kata mereka.
Failkan Saman
Mereka turut memfailkan saman terhadap Vida di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama tiga lagi rakan kongsinya yang menjalankan Lavida Coin.
Peguam yang mewakili semua plaintif iaitu Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan sudah diserahkan kepada Vida selaku defendan pertama pada 15 Disember tahun lalu di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak.
Pada Ogos 2018, mangsa membuat pindahan wang ke syarikat-syarikat milik Vida dan menurut representasi oleh pihak defendan iaitu Vida dan lain-lain mendakwa Lavida
Coin adalah sah dari segi undang-undang, ada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia dan agensi lain.
“Namun, pada 29 Ogos 2019, SC mengumumkan Lavida Coin dimasukkan ke dalam senarai amaran pelanggan agar tidak membuat pelaburan.
Ads
“Sehubungan itu, jika Vida gagal membuat bayaran kemungkinan tindakan akan diteruskan termasuk muflis selain rumah dan harta di sita,” katanya.
Izwan berkata, di antara pelabur-pelabur terbabit, ada yang memasukkan sekitar RM68,000 dan RM59,000 dan juga bukan sahaja sekitar Malaysia tetapi juga dari Singapura.
“Walaupun mereka berada di luar negara, menerusi promosi dan publisiti yang dibuat di media sosial membuatkan mereka tertarik untuk melabur.
“Namun selepas Vida beberapa kali berjanji untuk pemulangan dan gagal berbuat demikian, mereka akhirnya tampil memilih tindakan mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Mohammad Izwan berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan itu juga turut diiklankan di akhbar Berita Harian bertarikh 10 Februari lalu atas perintah mahkamah berikutan ia tidak dapat diserahkan kepada tiga lagi defendan-defendan yang lain.
Tiga lagi defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu adalah Shuhada Ab Aziz, Mohd Kamarul Azmi dan Noordin Sahlam.
“Tarikh pengurusan kes juga ditetapkan mahkamah pada 4 November 2022, 17 November 2022, 19 November 2022, 4 Januari 2023, 18 Januari 2023, 14 Februari 2023 dan 27 Februari 2023 lalu.
Ads
“Bagaimanapun semua defendan gagal menghadirkan diri pada semua tarikh yang dinyatakan,” katanya.
“Kembalikan Duit Kami”
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk memaklumkan status kes terkini selain memfailkan permohonan taksiran kos oleh pihak mahkamah.
Mangsa-mangsa antaranya berkata, mereka membuat pelaburan itu kerana percaya dengan jenama milik Vida malah ada yang mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Seorang mangsa , Yuni Astuti Sutrisno, 42, mendakwa, dia melaburkan wang sebanyak RM61,380 bersama suaminya dan masih berharap agar mendapat kembali wang terbabit.
“Wang ini sangat besar nilainya kerana suami kini bergelar Orang Kurang Upaya (OKU). Saya perlukan wang itu balik. Saya harap ada jalan untuk mendapatkan kembali wang ini,” katanya
Mingguan Wanita : Banyak betul duit rakyat Malaysia, melabur sampai berjuta-juta. Apa pun kena beringat juga. Jangan sebab nak kaya cepat, semua duit lebur..
Menjadi impian bagi setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga supaya dapat mengejar kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bagi penyanyi yang juga anggota kumpulan K-Clique, MK, 27, tarikh 16 Jun lalu menjadi paling terindah buatnya.
Lebih dua minggu bergelar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkongsi kemanisan rumah tangga dan bagaimana perkahwinan ini sedikit-sebanyak mengubah kehidupannya.
“Sekarang, saya dan isteri masih dalam fasa kemanisan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, bahagia dan gembira.
“Perasaan saya sekarang, sukar untuk saya gambarkan. Yang pasti, saya jauh berbeza dengan saya yang sebelum ini (bujang),” katanya.
Perkahwinan Fasa Pembelajaran MK & Isteri
Ditanya mengenai erti perkahwinan dalam kehidupannya, MK berkata, perkahwinan itu umpama satu fasa pembelajaran buatnya dan isteri.
“Saya rasa perkahwinan ini lebih kepada mengajar kami berdua untuk mengejar satu cita-cita sama iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Masing-masing belajar benda baharu untuk menjadi lebih baik. Kami sama-sama memperbaiki diri dan menerima satu sama lain,” katanya.
Perkara Asas Bagi Wanita Muslimah
Menuai pujian daripada netizen mengenai adab dan sikap sopan Hajaar, MK berkata, itu adalah perkara asas sebagai wanita.
“Adalah menjadi tanggungjawab untuk seseorang suami dan seorang wanita Muslim, menundukkan pandangan, menjaga pertuturan, menjaga adab, tingkah laku serta gerak-gerinya. Sebagai suami, saya akan menjaga benda itu juga.
“Apa yang saya tunjukkan di hari pernikahan saya, semuanya spontan dan tidak dirancang. Kalau ada tindakan kecil kami yang memberi impak besar, saya pun tak sedar.
“Alhamdulillah, bila orang bercakap mengenai pakaian isteri saya, saya rasa itu adalah benda wajib untuk seorang muslimah, yang mana tidak mengenakan pakaian yang ketat dan sebagainya.
“Ditambah pula, dalam majlis itu, jemputan kita ramai dan datang daripada pelbagai lapisan. Jadi, wajib untuk kami menjaga (aurat dan penampilan),” katanya.
Tak Takut Buat Silap
Ditanya sama ada pujian yang diberikan memberikan kegusaran andai kata dia dan isteri melakukan kesilapan di masa akan datang, MK berkata, dia tidak pernah takut melakukan kesilapan.
“Saya tak pernah takut untuk melakukan kesilapan kerana dari kesilapan, kita akan belajar sesuatu. Tanpa kesilapan dan tanpa teguran, kita akan sentiasa rasakan bahawa diri kita seorang yang sempurna.
“Apabila melakukan kesilapan, saya terima teguran dan kalau orang menegur, tandanya orang sayang,” katanya.
Menurutnya, dia juga turut menitipkan nasihat dan tunjuk ajar buat Hajaar yang kini sudah mula terkena tempias populariti.
“Sebagai suami dan orang yang berpengalaman dalam dunia seni, saya berkongsi dengannya beberapa perkara. Menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kepadanya mengenai bagaimana nak menjaga pertuturan, adab dan gerak geri. Insya-Allah,” katanya.
MK dan Hajaar diijabkabulkan pada 16 Jun lalu di Masjid Jamiul Huda, Ampang sekali gus menjawab teka-teki mengenai hubungan cintanya dengan wanita itu.
Tahniah diucapkan buat Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom. Khabar gembira tersebut dikongsi bersama menerusi entri di laman Instagramnya.
Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, meluahkan rasa syukur apabila kini hamil cahaya mata kedua.
Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh yang juga merupakan seorang guru, pada 18 Januari tahun lalu. Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014, sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Menerusi perkahwinan tersebut, wanita ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Elly Mazlein Jawab Spekulasi Kehamilan Kedua
Menerusi luahan tersebut maka terjawablah spekulasi kehamilan keduanya.
“Syukur alhamdulillah. InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.
“Atok akan dapat cucu lagi. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak Manja (anak sulung) akan dapat adik.
“Tapi kakak Manja mintak ‘sister’. Mana-mana pun tak apa. Hanya mendoakan baby sihat dan dipermudahkan,” jawab Elly yang juga akui tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya mata keduanya itu.
Terima Kasih Wahai Kesayangan Semua
“Mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ini. Alhamdulillah.
“Terima kasih atas doa, wahai kesayangan semua. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa.
“Doa saya agar Allah permudahkn urusan anda semua.
“Dan akhir sekali jawapan bagi semua soalan adalah? Alhamdulillah, ya Kak Kepom pregnant,” katanya.
Kak Lina dan Awal Ashaari juga mengacarakan program Borak Kelamin.
Doa Dari Rakan Artis
missfazura
Congratulations my sweetheart Elly. Praying Semoga dipermudahkan segalanya for you and baby. InsyaAllah mudah mudahan.. Aminnn elizadsharifuddin
Alhamdullillah kakak ku . Moga dipermudahkan segala nya utk mu . Lapchuuuu kakak ! Thank u so much hadiahkan kita “ supplement “ dari mu . Doakan utk kita juga . Aaaa aiiii cryyyy , so happy for u kupu_kupu
Verified
Congratulations kakak !! almynadiaofficial
Kakak @iamellymazlein tahniah kakak loveee uuu .. take care love ardellaryana
Masyaallah Alhamdulillah kak !!! Semoga Akak sentiasa dalam lindungan nya Aamiin. Sihat sentiasa dan selamat semua nya. Love u kakak !!!
sallywho
Congratulations kak lina Pom Pom lizahanim79
Alhamdulillah tahniah adik!!!!
fashasandha
Verified
Congratulations kakak sayang
sherry_alhadad
Kak Lina congratulations. We love you
Sumber/Sumber Foto: Instagram @iamellymazlein
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Inspirasi kisah penghijrahan, aktif misi kemanusiaan Mizz Nina terima Anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan.
Tahniah diucapkan buat selebriti yang juga bergelar aktivis Syazrina Azman atau lebih dikenali dengan Mizz Nina yang menjadi antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Wanita yang aktif sebagai aktivis kemanusian sejak 2013 itu dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.
Inspirasi Kisah Penghijrahan, Aktif Misi Kemanusiaan
Kisah hijrah Mizz Nina sememangnya sangat mengispirasikan ramai. Mingguan Wanita juga kagum dengan penghijrahan Mizz Nina ini, berusaha menjadi muslimah sejati.
Malah dugaan keruntuhan rumah tangga dan akhirnya berpisah dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang dilalui sebelum ini juga menjadikan dirinya dilihat sebagai wanita yang cukup tabah.
Sebelum memilih untuk berhijab Mizz Nina pernah terleka dan terlibat dalam bidang seni yang penuh cabarannya. Sungguh pantas masa berlalu, tanpa sedar sudah hampir 10 tahun Hajjah Mizz Nina, memakai hijab menjadi muslimah sejati. Malah sejak itu juga dia aktif menyertai misi kemanusiaan, dirinya juga kerap kali ke negara-negara bergolak atas misi kemanusiaan.
Terdahulu pada 2016, Mizz Nina bersama rakan kongsinya ada mengasaskan saluran gaya hidup Islam iaitu Deen of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang menghasilkan beberapa siri TV dan program bual bicara.
Tidak hanya itu, Mizz Nina juga komited untuk berkongsi dan memberi kembali kepada masyarakat menerusi jalinan kerjasama dibuat dengan pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan Into Taqwa Malaysia untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
Pada Mei tahun lalu, menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.
Perkara itu diumumkan Mizz Nina menerusi Instagram di mana dia sangat bersyukur dengan hasil kutipan dikumpul dan tidak menyangka mendapat sokongan luar biasa.
Hasil sumbangan itu juga dimaklumkan diguna secara berperingkat untuk disalur kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...