Cukup manja dan jelas melalui gambar yang ditayang pasangan Izreen Azminda dan Ude Wahid begitu bahagia ketika menghabiskan percutian bulan madu di Bali, Indonesia.
Pasangan yang mula mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing, ternyata lebih terbuka untuk berkongsi foto mesra mereka berdua walau ruangan komennya masih belum dibuka.
Buat yang masih belum sampai Bali, nah… Hakak ‘velanja’ keindahan Bali yang dikongsi pasangan ini.
Ads
Izreen Azminda Ketika Di Bali Bersama Ude
Cantik sangat!
Melalui gambar yang dikongsi, pasangan ini singgah dua hotel ketika di sana…
Tapi kehangatan cinta pasangan ini tak habis di Bali je, balik rumah pun tetap romantik. Rajin Ude Wahid masuk dapur ya. Apa pun moga hubungan pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah.
Wah, berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, akan ada hospital khusus untuk wanita dan Kanak-Kanak tidak lama lagi dan ia dijangka siap pada akhir tahun ini.
Hospital yang mula dibina pada 2013 melibatkan kos kira-kira RM848 juta itu merupakan projek pembangunan yang sedang dijalankan bagi menaik taraf HKL.
“Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu ini adalah bukti komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) menjaga kesejahteraan rakyat dengan memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada golongan ibu dan kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra ke Wad Bersalin HKL dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, HKL yang baharu hari ini.
Perdana Menteri telah meluangkan masa selama satu jam melawat pesakit di Wad Bersalin dan melihat kemudahan yang disediakan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu tersebut.Turut mengiringi perdana menteri dalam lawatan itu ialah Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datin Dr Nor Akma Yusof.
Najib berkata bayaran untuk bersalin di HKL cuma RM10 sahaja, satu yang caj yang minimum berbanding caj dikenakan di negara-negara lain.
“Alhamdulillah, hari ini saya dapat melawat wad bersalin HKL di mana saya dapat menyaksikan bagaimana wad bersalin ini telah memberi perkhidmatan yang cemerlang sejak ia ditubuhkan pada 1963. Bagi wad kelas ketiga ini bayarannya sangat minimum (murah),” katanya.
Beliau berkata tujuan lawatannya adalah untuk memberi penegasan bahawa kerajaan BN mengambil berat mengenai perkhidmatan kesihatan kepada rakyat khususnya golongan wanita dan kanak-kanak dan ia terkandung dalam manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Antara teras utama dalam manifesto PRU ke-14 melibatkan kaum ibu dan kanak-kanak ialah ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050 iaitu skim yang diperkenalkan kerajaan ketika pembentangan Bajet 2018.
“Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Jan 2018 sehingga 31 Dis 2022 akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit amanah saham di bawah skim tersebut,” katanya.
Teras kedua pula di bawah penjagaan kanak-kanak universal ialah memberikan insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi serta melaksanakan polisi Penjagaan Awal Kanak- Kanak Universal (Universal Child Care) dengan memformulasikan kurikulum, program inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesional.
Teras ketiga pula ialah mengutamakan peranan kaum ibu dan wanita menggalakkan sektor swasta membenarkan ibu-ibu mengandung pulang sejam lebih awal dan memperluaskan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran pekerjaan.
Najib berkata banyak lagi inisiatif diberikan kepada golongan wanita antaranya menggalakkan sektor swasta mengamalkan dasar Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan.
Selama ini bila beli buah-buahan kering macam aprikot, kiwi, kismis, buah tin, strawberi malah prun, mak ayah akan beli saja yang ada di kedai atau pasaraya kan. Rupanya, cara nak pilih buah-buahan kering ini ada panduannya. Bukan saja sesetengah limau mandarin direndam sulfur dioxide.
Malah cecair kimia ini juga digunakan dalam pengeluaran buah-buahan kering. Seperti yang dimaklumkan, Puan Ainini Zainal, Pengasas dan pengarah Oven Nini, “Patutlah bila makan aprikot kering, kiwi kering, perit rasa tekak. Ada yang makan terus semput.”
Sekadar ulang semula info. Hari tu dah pernah kongsikannya, masa ‘musim’ limau mandarin. Tentang penggunaan sulfur dioxide ini.
Ini kerana Sulfur dioxide juga digunakan dalam pengeluaran buah-buahan kering, ya.
Contohnya:
Aprikot. Kiwi. Kismis. Buah tin. Strawberry. Prun.
Macam mana nak tahu yang mana ok yang mana tak?
PILIH YANG WARNANYA GELAP DAN BUKANNYA CERAH (KUNING/OREN/HIJAU/MERAH CERAH).
Aprikot yang kering semulajadi warnanya gelap. Bukan oren.
Kiwi juga begitu.
Kismis, ‘avoid’ terus yang warna kuning cerah tu. Pilih terus yang gelap/hitam kerana yang itu tiada sulfur dioxide digunakan.
Buah-buahan yang kering semulajadi, warnanya sedikit gelap.
Teringat dulu pernah lepas makan aprikot dan kiwi kering, terus rasa sakit tekak dan ‘wheezing’, rasa susah nak bernafas.
Mulanya ingat kebetulan saja.
Tapi silap kita, selalu anggap kebetulan memanjang tanpa fikir kenapa jadi begitu, kan?
Buah buahan kering ni, lagi risau yang re-pack dan timbang tu.
Kat mana nak belek labelnya lagi, kan?
Sebab tu perlu tahu juga bab begini.
Nampak warna tak gelap, tak perlulah beli, ya.
Jika anda ingin dapatkan yang selamat, cari yang berlabel
Sekurang-kurangnya seminggu sekali mak-mak akan beli ayam untuk kegunaan lauk harian. Tapi mak-mak tahu tak macam mana cara terbaik membeli dan menyimpan ayam mentah yang mak-mak dah beli terutama di pasar.
Ini tip yang dikongsikan oleh Safe Food – BKKM Melaka (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan) dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengenai cara terbaik membeli dan menyimpan ayam mentah.
1. Amat penting untuk mak-mak tahu, sebelum membeli ayam, pilihlah ayam yang segar. Itu sangat penting. Contoh ayam yang segar, ia akan berwarna merah jambu, isi kenyal dan tidak berbau.
2. Ayam mentah pula perlu disimpan di bawah 4°C (suhu sejuk) untuk mengurangkan pembiakan bakteria Salmonella. Tapi di Malaysia jarang-jarang kita boleh cari pasar yang menyimpan ayam mentah di atas ais. (nota: bakteria Salmonella inilah yang boleh menyebabkan pemakan yang terdedah dengannya sakit perut dan cirit-birit)
Jadi apa yang kita boleh buat ialah, beli satu polisterin box yang kecil ( yang boleh muat dalam kereta ) & isikan dengan ais. Jadi sebaik saja beli ayam di pasar, anda boleh simpan ayam mentah itu dalam bekas polistrin yang berisi ais tadi. Cara ini mengurangkan pembiakan bakteria & memanjangkan kesegaran ayam tersebut.
3. Sekiranya anda membeli ayam mentah dari pasar raya pula, anda juga boleh membeli barangan runcit yang lain terlebih dahulu dan terakhir sekali beli ayam. Dengan cara ini, kita boleh kurangkan tempoh masa ayam mentah itu terdedah pada suhu persekitaraan.
√ Mula-mula bersihkan ayam terlebih dahulu dan toskan. Wrap ayam dengan beg ziploc atau dengan plastic warp / foil. Masukan ayam tadi yang sudah wrap dalam beg ziploc yang lain (double-bagging). Simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer)
Tujuan menggunakan foil / plastic wrap / beg Ziploc sebagai lapisan pertama ialah untuk mencegah permukaan ayam daripada membentuk lapisan ais. Sementara, beg zip luar pula untuk membantu menghalang freezer burn dengan menahan udara masuk.
√ Dengan cara ini ayam boleh disimpan selama 2 bulan. Kalau anda lagi rajin boleh labelkan bungkusan ayam dengan tarikh pembelian.
√ Anda juga boleh menggunakan bekas plastic biasa ( cth :Tupperware). Yang penting anda perlu bersihkan ayam dan toskan sebelum ia disimpan di peti sejuk beku.