Ibu anak empat ini, Dr Noor Atiyah Azmi merupakan anak kedua Pakar Bedah Mata terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad. Pertengahan Disember lalu, ibu ini diuji kehilangan anak lelaki pertama, Muhammad Ahmad Aiman, 2 tahun.
Allahyarham Aiman mengalami masalah semilobar holoprosencephaly iaitu kecacatan dari lahir yang menggangu perkembangan otak.
Menerusi instagramnya, Dr Noor Atiyah (Mama Tiyah) berkongsi rupanya, 20 tahun lalu ibunya juga mengalami kehilangan yang sama. Anak ketiga Prof Muhaya, kembali ke rahmatullah pada usia 11 tahun.
Coretannya benar-benar menjentik hati. Betapa naluri seorang ibu merasai kesedihan anaknya. Dan begitulah sebaliknya.
Kongsinya.
Diuji Kehilangan Anak Lelaki Pertama
Mama Tiyah ni anak kedua daripada tiga adik beradik, atas Mama Tiyah seorang kakak, dan bawah pula seorang adik lelaki. Adik lelaki telah ke Rahmatullah 20 tahun yang lepas pada usia 11 tahun.
Mak dan Ayah adalah 2 insan yang sangat Mama Tiyah sayang. Tak terkata dengan perkataan. Kami kini kongsi persamaan yang sama iaitu anak lelaki pertama kami kembali bertemu Allah di usia yang kecil.
Ads
Kerana itu, Mama Tiyah rasa sayu dan terharu mereka memahami perasaan anak mereka. Bayangkan perasaan kita apabila anak kita mengalami cabaran, ibu dan ayah yang merasainya lebih. Begitulah agaknya perasaan mereka apabila baru-baru ni Mama Tiyah bersedih dan menangis kehilangan (sementara) anaknda Muhammad.
Persoalan Ini Bermain Di Kepala
Sebagai anak, Mama Tiyah selalu terfikir yang kita selalu inginkan anak kita menjadi pencen kubur kita dan bantu kita di Hari Kiamat nanti. Namun adakah kita terfikir benda yang sama dari sudut anak.
Adakah diriku ini soleh/ solehah?
Adakah aku yang akan membantu Ibu dan Ayah pada saat setiap manusia sangat tercari-cari amalan kebaikan?
Adakah kita yang usaha menghafal Quran agar mereka dianugerahkan mahkota di padang mahsyar atau kita hanya fikir kita inginkan kelebihan itu?
Banyak lagi Mama Tiyah fikir, dan sedar tidak akan pernah dapat membalas jasa Ibu Ayah setimpal dengan apa yang mereka lakukan.
InsyaAllah, semoga kita semua menjadi anak yang menyejukkan mata Ibu Ayah, menjadi anak yang beriman dan bertaqwa dan sentiasa berusaha untuk berbakti kepada mereka sebelum mereka minta pun.
Ads
Untuk Ibu Yang Diuji Anak Sakit
Khusus buat para Ibu yang mengandung anak yang diuji dengan penyakit, atau Ibu yang ada anak yang sakit atau istimewa. Mama Tiyah nak kongsikan beberapa nasihat orang lain buat Mama dulu terutama ketika mengandung dan mula-mula bersama Arwah Muhammad.
Semoga bermanfaat:
“Kita tidak tahu apa-apa, hanya Allah yang tahu segalanya”
“Selagi anak berada dalam rahim anak itu berada sepenuhnya dalam jagaan Allah dan kita tidak tahu apa-apa. Yakin dengan kuasa Allah”
“Anak yang bakal dilahirkan ini akan menarik kasih sayang dan rezeki InsyaAllah buat rumah dan sekeluarga”
“Ingat cinta kita kepada Allah, dan tidak sabar bertemu anak ini bukan kerana cinta kita kepada anak itu tetapi kerana cinta kita kepada Allah”
“Atiyah tak rugi apa-apa, kalau anak ini hidup dapat pahala menjaga anak istimewa, kalau Allah izinkan tidak hidup dapat anak syurga menanti di sana”
Banyak lagi pesanan penuh hikmah dan memberi semangat pada Mama Tiyah, tetapi ini antara yang cukup menyentuh jiwa Mama.
Ads
Alhamdulillah. Mama Tiyah mendoakan agar Ibu yang sedang berjihad seikhlas hati menjaga dan mengandungkan anak-anak istimewa ini dikurniakan kekuataan, ketaqwaan dan ketabahan.
It’s okay, dunia ni sekejap je dan jangan persoalkan kenapa kita diuji begini tetapi fokuslah pada segala kenikmatan yang Allah dah bagi sebelum ini. InsyaAllah tidak sempat untuk komplen. Mereka bukan musibah, tetapi nikmat untuk kita.
Gambar-gambar ni antara selfie terawal dengan Arwah Muhammad. Masa ni berdebar dan gembira, berdebar sebab takut tak beri yang terbaik pada Muhammad dan gembira kerana Allah pilih kami.
Fasha Sandha belum bersedia hamil lagi, begitulah yang diungkapkan oleh pemilik nama penuh, Nur Fasha Sandha Hassan apabila ditebak persoalan untuk menambah cahaya mata.
Akui ibu kepada Putra Rayfal, Putri Rasyha Jemyma dan Aisha Amaira ini suami tercinta, Aidil Aziz memintanya untuk hamil lagi tahun ini.
Fasha Sandha Belum Bersedia Hamil Lagi
Jiwa Fasha yang begitu sayangkan kanak-kanak sejak zaman anak dara lagi akui begitu selesa apabila dikelilingi anak-anak kecil.
“Saya memang sukakan kanak kanak sejak zaman anak dara lagi. Dulu kalau ada masa lapang, saya sanggup angkut anak jiran bawa jalan ke sana ke sini.
“Tapi sekarang, cukuplah dulu ada tiga anak. Nak tambah lagi anak… lambat lagi. Aidil memang cakap nak ‘baby boy’ pula tahun ini.
“Tapi sejujurnya, saya belum bersedia. Saya sibuk dengan komitmen seni dan duta produk,” ungkap Fasha yang juga duta Vitamin C Gebu Glow.
Mujur Suami Memahami
Fasha juga menyatakan jika hamil lagi dia tetap terima dengan rezeki Allah.
“Tapi andai Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima. Saya baru 37 tahun.
“Mungkin sebelum masuk usia 40, saya boleh beranak lagi. Mujur suami memahami,” sambungnya.
Suka Bermula Awal Pagi
Terkenal dengan sikapnya yang terus kekal menjaga disiplin dan komitmen kerja rutin hariannya sebagai ibu, isteri dan anak bermula sesudah waktu Subuh.
“Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya yang mengakui ‘mengunci’ jam pada tiga telefon bimbit supaya tidak terbabas untuk bangun pagi.
Mingguan Wanita: Kagum dengan displin Fasha. Memang dari awal pembabitan dalam bidang seni pelakon ini tidak pernah lewat ke set penggambaran dan juga sesi fotografi.
Buah honeydew ini kalau dapat yang betul-betul ranum, memang manis dan berjus. Sedap dimakan selain baunya yang wangi. Tapi berapa ramai suri yang pandai pilih honeydew atau tembikai susu yang superb rasanya.
Perkongsian Dari Cik Puan Nurul Fazrena Kamal ini menjadi amalan ketika dirinya mahu memilih buah kegemaran. Ada 6 langkah yang anda perlu hafal.
Suka honeydew?
Kami suka. Bukan honeydew je, kami suka buah.:) Potong kecik- kecik, simpan dalam tupperware, bawak masuk fridge. Makan sejuk-sejuk, best awak! Bagus dijadikan snack sihat seisi keluarga.
Hari ini, Ena nak share tips yang selalu Ena buat kalau nak beli buah honeydew.
1) Bau Di Bahagian Tangkainya
Ada bau manis dan fresh tak? Kalau ada, ambil. Kalau tak ada, yok kita move on bau buah honeydew yang lain pula. Bila ada bau tu maksudnya dah masak tu 🙂
2) Tengok Kulit Dia, Shining Tak?
Kalau berkilat licin, letak. Cari yang lain. Cari yang kulitnya nampak dull, sebab kalau berkilat biasanya kerana dipetik sebelum ianya masak. Atau belum masak lagi tu. Muda.
3) Warna Kulit
Pilih yang warna kuning ya. Bukan putih. Bukan hijau 🙂 Kuning tanda dah ranum.
4) Beratnya Sesuai Tak Dengan Saiz
Agak-agak berat buah tu sesuai tak dengan saiznya? Pilih buah yang ‘eh saiz ko macam ni je, awat berat kemainn nih?’. Buah yg beratnya macam terlebih berat berbanding saiz ni maksudnya isinya juicy awak.
5) Kulit Lagi
Ada tak nampak macam brown spot. Kawasan coklat-coklat tu, macam dalam gambar Ena letak tu. Ha, pilih buah yang ada tanda macam ni ya. Lagi besar tanda tu lagi bagus. Selalu kita tak pilih kan, sebab nampak buruk je, tapi sebenarnya itulah penanda buah yang manis. Takkan nak buah juicy jekan tapi tawar, mestilah nak yang juicy lagi manis gitu.
Brown spot ni tanda lebah dah pernah datang pada bunga buah ni.
6) Goncang Buah Tu. Slow Je
Jangan sampai tercampak pula! Dengar, ada bunyi tak? Jika ada bunyi sikit, tu tanda dah ranum dan mekar. Bunyi bijinya tu, dah mulai lekang.
Ha. Macam ni la caranya kalau nak pilih buah honeydew yang ranum, juicy lagi manis. InsyaAllah
Hafidz Roshdi akui masih mencintai isteri, mahu berbaik kembali & harap ruang perdamaian masih ada. Kontroversi perkahwinan pelakon Hafidz Roshdi yang dikaitkan dengan hubungan orang ketiga menjadi bualan ramai. Menambah kontroversi apabila dirinya menghadapi tuduhan mencederakan isterinya hingga mengakibatkan parut di bahagian muka menjadi kekal.
Hari ini, dirinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu. Namun dirinya diperintahkan menjalani menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Hafidz Roshdi Akui Masih Mencintai Isteri
Dalam pada itu, dalam temubual bersama wartawan yang menunggu di luar mahkamah, dirinya mengakui masih mencintai isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hafidz berkata, beliau akan berusaha untuk berdamai dan berbaik semula dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.
Mahu Berbaik Kembali & Harap Ruang Perdamaian Masih Ada
“Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka.
“Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada,” katanya kepada pemberita selepas diikat jamin pada Isnin.
Hafidz terdahulu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.
Bagaimanapun, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.
Mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang sebelum kesnya itu lebih panas apabila dia bertindak mencederakan isterinya. Sumber :- Sinar Harian
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...