Kalau makan pisang goreng, pasti kita suka yang rangup. Dapat pula makan serdaknya yang rangup, tak cukup sekeping pisang itu.
Boleh Cuba Cara Buat Pisang Goreng Rangup Perkongsian Afy AL Habibi Ini.
Resipi Pisang Goreng Ore Kelate
Mari pulok dohh. Ahaa. Sebab cikgu dah rindu sangat nak balik kampung. Apakan daya diuji wabak sebegini rupa. Sama-samalah kita doakan wabak ini cepat berakhir.
Cikgu cerita balik sedikit pasal pisang goreng Kelantan. Gaya jualan orang Kelantan goreng pisang tak guna tepung segera. Penjual bancuh adunan guna gaya sendiri. Pisang pun kami pilih yang masak sedang. Bukan keras-keras dan tawar rasanya. Warna pisang sesudah goreng mesti kuning keemasan bukan pucat.
Nak jumpa pisang lemak manis goreng jarang ada kat KL. Selalu nangka je. Kalau belah negeri cikgu tu banyak lagi pisang yang sesuai digoreng. Semua rasa berbeza dan punya manis yang sedap.
Paling penting kena ada banyak ‘habuk’ nipis yang rangup. Pastinya menjadi sempurna tanpa letak air kapur pun. Selalu cikgu letak juga. Cuma resepi kali ini cikgu tak letak. Cara makan cikgu kongsi juga. Aha ada dalam gambar cikgu tulis. Ado ore Kelate samo gayo make pise goreng mace cikgu ko? Baik oyak cepat. Buleh jadi geng kacikk cikgu.
Nota kaki: Cikgu cerita mengenai makanan orang Kelantan sahaja. Selalu dengar ramai orang luar suka bercuti di Kelantan kerana syurga makanannya. Sementara belum sampai, cikgu kongsi dulu resepinya untuk dicuba sendiri.
Mana tahu keinginannya mendalam sekali. Soal kesedapan ikut tekak sendiri tak kira asal negeri. Kalau ada perbezaan sekalipun, cikgu masih raikan keunikan itu. Bukan meletakkan ia pada tangga pertama atau terakhir tempatnya. Harap faham setiap posting cikgu dengan baik.
Masukkan sukatan bahan di bawah dalam satu bekas:
7 sudu besar tepung beras
1/3 sudu kecil garam
1/3 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar telur. Seeloknya putih telur sahaja lagi baik.
1/2 cawan kecil air sejuk
Kacau rata semua bahan tadi. Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
Ads
Kopek pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.
Tips untuk menghasilkan pisang goreng yang cantik:
– Guna minyak yang banyak
– Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan)
– Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya.
Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras. Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar sampai hangit.
Ads
Dapat rupa pisang begini bolehlah angkat dan toskan.Inilah hasil akhirnya. Nampak sedap kan? Adunan yang sama untuk menghasilkan ikan / udang / sotong celup tepung. Fuhh rindu makan ICT tepi pantai.
Cara cikgu suka makan. Cicah sekali dengan habuk krup krap. Uishhh nikmat. Samo dop ore kelate make gini? Ko cikgu sore pelik. Ahaha
MW: Bolehlah cuba kalau hendak makan pisang goreng yang ada serdak atau ‘habuk’ rangup.
Mak-mak dalam pantang atau dah habis pantang, yang ada masalah susu badan tak banyak boleh cuba petua minum air rebusan kurma merah ini.
Katanya, resepi ini berkesan tambahkan lagi jumlah susu badan.
Bagusnya lagi, air rebusan ini buat kulit mak-mak jadi lebih cantik dari biasa. Rugi siapa tak cuba. Sebab, Nurul Syazwanidapat petua ini dari kawannya yang berbangsa Cina.
“Ada jugak yang suruh minum air kotak kurma merah tu. Bukan tak nak tapi kandungan gula dalam air kotak tu terlalu tinggi. Takut penyakit lain pula yang datang nanti.”
Resepi Air Rebusan Kurma Merah
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1. Kurma merah
2. Kurma hitam
3. Goji berries
4. Longan kering
5. Rose buds
6. Gula batu (jika suka manis)
Cara-caranya :
1. Basuh semua bahan dan toskan
2. Rebus semua bahan dengan 5 gelas air
3. Renehkan sehingga tinggal 3 gelas air
Manfaat Lain
Air ni bukan sahaja untuk tambah susu badan, tapi banyak juga khasiat lain yang akan kita dapat. Kulit pun cantik kalau kita amalkan air ni.
Tukang Masak Kongsi Resipi AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’! Ada caranya untuk memasak ayam berlado yang sangat sedap, tak keras malah kekal ‘juicy’. Rupanya kena rebus sekejap sebelum digoreng. Ini tip yang dikongsikan oleh tukang masak yang juga peniaga makanan nasi campur sendiri.
Cuba resipi Ayam Berlado daripada Tukang Masak Yayar B. Awang Noh ini. Menu masakan yang selalu dibuat niaga.
Takde idea nak masak apa hari ini? Dah tak lalu nak makan daging, jom yayar kongsikan resipi Ayam Berlado super sedap.
Bahan-Bahan:
10 ketul ayam (direbus sekejap)
Bawang putih (kisar)
serbuk kunyit
garam
Segenggam Cili Api
Cili Besar
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Rebus ayam sekejap.Selepas rebus kisarkan bawang putih bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Gaulkan pada ayam kita yang telah rebus tadi, perap seketika.
3. Dah setengah jam boleh goreng sekejap ayam tadi. Jadinya ayam takkan keras malah akan juicy tetapi tetap masak kerana kita dah rebus ayam tadi.
4. Kisarkan cili api dicampur bersama cili besar, bawang besar dan bawang putih. Kisar manja-manja je.
5. Masukkan dalam kuali dan didihkan biar berkurangan air dalam cili kita tadi.
6. Bila air dah separuh kering, masukkan minyak masak. Boleh guna minyak yang kita buat goreng ayam tadi.
7. Masukkan serai serta daun limau purut.
8. Kacau dan boleh perasakan dengan garam dan ajinomoto (kalau guna)
9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dan siap!
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak buat ayam berlado ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan rebus ayam sekejap barulah digoreng. Barulah ayam tak keras atau kering dan kekal ‘juicy’.
Buat mak-mak yang suka buat aiskrim Malaysia tak kiralah untuk makan sendiri atau dibuat jual boleh cuba perisa baru menggunakan gula-gula Bluemint Dynamit ini. Warnanya cantik kebiruan, lemak dan menyegarkan pasti ramai yang sukakan rasanya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Che Marlyah Ina Saad ini sebagai panduan;
“Aiskrim Malaysia.Aiskrim Bluemint Dynamite.First time buat dan nak merasanya.Orang lain dah berzaman buat. Suami cakap aiskrim alien ke.Bila dia dah rasa, dia cakap sedap.”
“Selit jelah resepi.. kot ada yang baru nak belajar buatkan”
Bahan-Bahan:
1 tin susu cair*
1 tin susu pekat manis*
4 tin air*
1/2 sudu kecil kecil garam*
5 sudu besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat.
(Dibancuh dengan air dahulu)
Pewarna makanan (biru)
Gula-gula dynamite secukupnya.
Cara Membuat:
1.Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk.. kacau bagi sebati.
2.Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
3.Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
4.Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
5.Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih jap.
6.Tutup api.. sejukkan dan tapis ke dalam jug.
7.Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
8.Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.
Dah siap menyimpul sedia untuk dibekukan.Aiskrim dah beku, sedia untuk dinikmati.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang nak buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba kelainan perisa Bluemint Dynamite sedap yang dikongsikan ini.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.