Sambal Belacan bagaikan pembuka selera setiap kali makan nasi. Walaupun bahan-bahan yang digunakan simple je, tapi tak semua orang pandai nak buat sambal belacan ni. Ada caranya untuk jadikan sambal belacan ni sedap, wangi beraroma dan tahan lebih lama.
Boleh cuba petua dan tip yang dikongsikan oleh Nurulain Insyirah ini sebagai panduan;
Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti. Boleh makan dengan nasik panas-panas, ikan goreng+timun batang.
PETUA SAMBAL BELACAN
Tip 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.
Tip 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam.Petua supaya sambal belacan tahan lama.
Tip 3
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
Petua 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai, petua supaya tidak sakit perut makan sambal
Cara buat ikut urutan:
( kisar kasar bahan-bahan )
5 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yg telah dibakar
3 biji cili merah+1biji cili hijau
5 biji cili padi merah
25 biji cili padi hijau
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
Ads
Nak buat banyak untuk buat stok pandai-pandai la tambah bahan-bahan tu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Resipi DONUT PISANG Wangi Berlemak, Rasa Manis Ngam-Ngam Tekak Sedap Sangat! Donut selalunya kegemaran anak-anak dan seisi keluarga. Memang tak jemu membuatnya. Jika mak-mak inginkan kelainan boleh cuba resepi Donut Pisang ini pula. Memang sedap, aroma wangi pisang rasa berlemak dan manisnya pula ngam-ngam je di tekak.
Ikut resipi donut pisang yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha ini.
Lanjerr Donut Pisang. Aroma bau pisang & rasa dia memang sedap ya amat.
Resepi Donut Pisang
Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh) 2 peket mauripan
4 sudu majerin (saya guna majerin pelangi) 2 cawan susu pisang (farm fresh@dutch lady) Emulco pisang kuning@putih tak kisah (saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (yang ni saya agak-agak je tiada sukatan, campurkan dengan susu pisang kacau sebati)
5 sudu makan susu pekat (saya guna f&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain).
Cara Membuat:
1.Masukkn tepung, majerin, mauripan, susu pekat gaul sebati.
2.Kemudian masukkan susu pisang gaul sehingga jadi doh, kalau kurang tambah air @ lebihan susu pisang, uli sehingga kembang.
3.Biarkan doh seketika, kemudian dah boleh mendonat.
4.Goreng macam biasa jangan guna api terlalu panas, biasa saya goreng donut, saya akan terbalikkn 2 kali sahaja, pastu angkat.
5. Dah sejuk gaul gula icing,siap.
Selamat mencuba! Hasilnya donut pisang wangi & rasa berlemak. Jangan risau tak manis rasa dia ngam-ngam tekak..cuba dulu lah baru tau.
Pucuk Ubi biasanya dicelur dan dicicah dengan sambal belacan ataupun dimasak lemak cili padi. Namun masakan bagi orang di Negeri Sembilan, pucuk ubi juga boleh dibuat rendang yang sangat sedap, malah jika dijual harganya boleh tahan mahalnya.Ini kerana nak buat rendang ini agak renyah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Ia perlu dikacau lebih 2 jam, sehingga betul-betul kering. Barulah rendang pucuk ubi ini dimasak sempurna.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maria ini sebagai panduan;
Saya orang Perak utara, bila suami nak makan masakkan negeri dia (Negeri Sembilan). Berdesup telifon mak mertua tanya resepi. Nak balik PKP, 2 jam lebih mengayuh di dapoq. Patut la orang juai mahai. Sedap sungguh la nak habaq kat hampa “Rendang Pucuk Ubi”.
Akak tunaikan permintaan sahabat semua. Rendang Pucuk ubi kayu. Ni ambik resepi kat mak mertua orang Rembau. Akak halalkan , Nanti pakat buat tau. Insyaallah sedap.
Rendang Pucuk Ubi Omak Mertua Den
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi potong halus ( akak punya sebesen besaq)
10 helai Daun kunyit dipotong halus
6 batang diketuk serai
Ikan bilis halus ( ikut suka nak banyak atau sikit, banyak lagi sedap)
Garam
Secukup Rasa.
Santan (4 biji kelapa)
Bahan Kisar:
Segengam Cili api
6 biji Bawang Besar
6 ketul besar Kunyit hidup
Cara Membuat:
1.Tumis bahan blender dalam kuali.
2.Masuk Serai diketuk
3.Dah wangi, masuk santan
4.Santan mengelegak masuk ikan bilis, pucuk ubi,daun kunyit yang dihiris halus tadi.
5.Masuk perasa, garam.
Kacau sampai betul betul Kering. 2jam lebih jugak la nak bagi kering .
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada pucuk ubi di rumah boleh laa cuba resipi rendang pucuk ubi yang dikongsikan ini. Memang berbaloi sedap dan puas hati makan.
Jeruk Ikan Masin Tenggiri memang ramai yang suka. Boleh digoreng begitu sahaja, dicampur dalam nasi goreng dan sebagainya. Namun jika beli di kedai, boleh tahan mahal harganya. Malah diragui ramuan yang digunakan, tahap kebersihan dan status halalnya.
Sebenarnya kita boleh buat sendiri jeruk ikan masin tenggiri jeruk di rumah.Mudah je nak rupanya. Bukan apa bila buat sendiri lebih jimat, makan tanpa waswas dan dijamin halal serta bersih.
Saya nak kongsi cerita antara saya dan kawan saya (dilahirkan bukan Islam, tapi sekarang dah Islam..Alhamdulillah). Cerita ini lebih kurang 5 tahun lepas.
Kami terserempak di pasaraya. Masa ni saya tengah cari JERUK IKAN MASIN TENGGIRI yang dalam botol tu, dalam nya ada minyak. Saya memang peminat ikan jeruk tenggiri ni. Semua sedia maklumkan, harga dia memang mahal. Botol kecik je dah RM8.Sekali goreng je masa tu. Dan saya belum jumpa lagi yang dalam plastik, kecuali yang kering memang ada. Seekor-seekor dalam tu, termasuk isi perut dia lah kan..masa tu harga sekilo yang kering RM36.
Baik, perbualan kami terselit kisah IKAN JERUK TENGGIRI dalam minyak ni.
Rakan saya kata.. kenapa you tak buat sendiri? You pun main beli je, tak cari produk Muslim punya..main amik je kan? (masa tu dia dah Islam dah)
Saya pelik lah kan, ikan dalam minyak ada halal haram? Dia bagitau cara mereka (bukan Islam) buat macam mana. Bukan semua tapi ramai yang buat macam tu.
Cara mereka bersihkan ikan kita tak tengok. Mungkin bersih tapi di persekitaran mereka ada bela haiwan yang kita dilarang bela, seperti anjing. Masuk dekat kawasan mereka buat kerja tak?
Campuran Minyak Babi
Lepas ikan diperam kena isi minyak masak. Ok bab minyak masak ni yang membuatkan saya terus tak beli yang bukan buatan Muslim. Dalam minyak masak tu mereka campur minyak babi. Tujuannya isi ikan lagi bertambah sedap.
Allahuakbar..Saya tak percaya ke?
ALLAHUAKBAR..TERKEDU SAYA. Sumpah, saya tak bohong..itu lah yang di ceritakan pada saya. Sejak dari tu saya memang tak beli IKAN JERUK TENGGIRI dalam minyak selain dari buatan Muslim.
Dan Alhamdulillah saya dapat ilmu cara nak buat ikan jeruk tenggiri ni dari rakan saya tu. Tolong lah ya, beli lah yang produk Melayu punya. Dah ramai yang jual jeruk Ikan Tenggiri ni.
Nanti saya kongsikan cara nak buat ikan jeruk tenggiri ni. Masa tu saya buat dulu, makan sendiri. Bagi kawan-kawan rasa, bagi keluarga rasa. Alhamdulillah, mak saya suka.
Cuma kita jangan makan hari-hari. Nanti darah tinggi pula. Saya dah ushakan lebih 3 tahun. Tenggiri ni mahal harganya, sebab tu kat luar 250gram yang dalam botol tu harga ya RM29.90. 650 gram RM45. Cara jualan pun cantik, isi dalam botol cantik-cantik.
Berbanding saya punya, simple. Isi ada,rasa sama, cuma saya pek dalam plastik. Harga yang saya jual rasa masih ok lagi. Sesiapa yang teringin nak rasa dan tak mampu nak beli, boleh lah pm saya. InsyaAllah saya beri mereka rasa.
Semoga lepas ni mana-mana yang sama macam saya dulu main beli je. Lepas ni cari produk Muslim ya. Kita makan tanpa was-was, halal dan bersih.
Di sini saya kongsikan cara-cara nak buat JERUK IKAN MASIN TENGGIRI yang dalam minyak.
Bahan-Bahan:
Ikan tenggiri (Nak guna gelama atau senangin pun boleh. Senangin mahal, harga lebih kurang tenggiri. Ikan gelama murah sikit dan isi dia pun sedap)
Bahan Peraman:
Cuka makan
Asam keping (kat tempat saya 1kg RM26)
Garam kasar (1kg 70sen)
Bekas kedap udara
*Rahsia dari orang Melaka, bila dia tahu saya buat Jeruk Ikan Tenggiri ni, dia bilang nak lagi sedap kau peram dalam tempayan. Saya dah buat memang lagi sedap. Sekarang bukan rahsia lagi. Cuma bekas tempayan tu mahal kat sini.
Cara Membuat:
1. Ikan kasi cuci bersih ya. Saya korek darah yang kat tulang tengah tu. Toskan ikan, keringkan dengan cara lap guna tisu makan (ni untuk makan sendiri).
2. Saya jemur sekejap (kurang setengah jam) dalam cuaca yang panas. Ini cara saya, sebab saya buat dalam kuantiti lebih 50kg. Kalau nak jemur pun boleh tapi jangan terlalu lama. Nanti isi ikan akan kecut dan keras.
3. Dah siap dikeringkan, rendam sekejap dalam cuka makan. Rendam kurang seminit.
4. Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara. Letak ikan, tabur lagi garam kasar. Letak asam keping jangan banyak sangat, nanti dia masam sangat, tak sedap. Ulang-ulang sampai ikan habis.
5. Tutup rapat-rapat ikan, biarkan 7 hari. Dah 7 hari, buang air peraman. Bilas ikan, bilas sikit-sikit je. Jangan terlalu cuci, nanti isi ikan hancur.
6. Masukkan ikan dalam bekas lain, tuang minyak masak yang baru. Biarkan ikan terendam lebih kurang sejam dah boleh goreng.
Tengiri tempat saya mahal. Carilah yang pecah perut. Kat sini satu kg pecah perut RM15. Nak yang baru pun boleh je, 1kg RM28. Ok, rajin nak buat? Kalau malas beli yang keluaran produk Muslim tau. Di jamin halal dan bersih.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Mingguan Wanita : Bolehlah nak buat Jeruk Ikan Masin Tenggiri sendiri di rumah. Nak guna ikan senangin atau gelama pun boleh. Bukan apa bila buat sendiri lebih jimat, dijamin halal dan bersihnya. Namun kalau tak berapa rajin nak buat, pastikan beli yang keluaran produk Muslim.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.