Ada sebabnya bagi perjalanan jauh dan memandu seorang diri seeloknya setkan masa ‘live location’ di whatsapp dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat.
Bukan apa, memandu adakalanya memang cukup meletihkan, lebih-lebih lagi jika jarak perjalanan jauh dan memandu seorang diri. Lebih membahayakan apabila kawasan yang dilalui merupakan kawasan terpencil atau sunyi.
Ini kerana malang tidak berbau, semoga ia dapat memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kemalangan mahupun kejadian yang tidak diingini.
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:
1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
Ads
2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).
3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).
4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak).
Ads
5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.
6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Ads
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat yang sering memandu seorang diri, dalam perjalanan jauh seeloknya guna ‘live location’ di WhatsApp ini dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat. Bukan apa, malang tidak berbau semoga ia memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sebak sekali perkongsian pelawak Ali Puteh ini. Akuinya tak mudah untuk mencari rezeki dalam keadaan anak, Sharifah Nur Ainul Mardhiah diuji sakit komplikasi paru-paru selepas lalui 12 jam pembedahan.
Semoga ada hidayah dari Allah…Ainul Mardhiah kuat!!!!! Terus kuat!!!!
Ainul Sudah Membuang Air Kecil
Terdahulu, anak keduanya yang berusia tiga bulan ini, Sharifah Nur Ainul Mardhiah disahkan menghidap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Terbaru dikongsi Ali, anaknya sudah membuang air kecil sendiri dan menunjukkan tanda-tanda positif. Walau bagaimana pun, Ainul masih lagi bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Ketika ini, Ali juga sibuk dengan pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019. Itulah punca rezekinya untuk menampung kehidupan keluarganya yang sedang diuji ketika ini.
Demi Adik Ainul Mardhiah, Saya Kena Kuat
Kongsinya,
“Saya kena kuat! Demi mencari rezeki untuk adik Ainul.. saya kena kuat! Doakan buat saya dapat buat anda terhibur di Maharaja Lawak Mega Jumaat ni.”
“Walaupun dalam keadaan yang amat-amat perit.. demi adik.. Walid kena buat.”
Sebagaimana dilaporkan Harian Metro, keadaan Ainul masih lagi kritikal.
MW : Doa untuk Ainul semoga terus kuat dan membesar dengan sihat.
Apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya, memang panik dibuatnya. Buntu tindakan rasional yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan begini.
Namun demikian, pesanan penting yang perlu diambil perhatian, apabila berlakunya kemalangan jangan sesekali melakukan kesilapan dengan menandatangani sebarang jenis dokumen daripada pihak Lori Tunda yang datang. Ini kerana keberangkalian pihak tersebut untuk mengambil kesempatan atas musibah ini mungkin berlaku.
Hadamkan perkongsian pengalaman daripada Encik Syahrul Asyrafyang terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini dan menguruskan prosedur tuntutan takaful/kereta yang dilakukan.
Kami baru accident teruk. Kereta total loss! Jangan buat kesilapan yang kami buat ni. Ingat sampai bila-bila.
Bila accident, jangan sign any dokumen dari orang tow truck yang datang. Salah ke? Tidak! Cuma ada possibility kereta korang tak dibawa ke authorised bengkel yang berdaftar dengan pengeluar kereta (kes aku: Honda). Kereta pun masih baru (kurang setahun).
Waktu kami accident hari tu, within few minutes wife aku accident dia terus didatangi brother tow truck dan minta dia sign dan she sign tanpa fikir. Yelah, tengah panik & terkejut kan.
Tunda Kereta Ke Bengkel Pilihan
So when I arrive, I decide to use Honda tow program. Malangnya call centre Honda tak angkat call. Jadi, aku kena nego dengan brother tow truck untuk minta jasa baik dia bawa kereta aku ke workshop under Honda official.
Aku insist gila, “Kalau kau tak bawa ke bengkel pilihan kami, saya takkan benarkan you tow” dan aku record janji dia untuk bawa ke official Honda repair centre.
“Kenapa tak cancel je?”
Nak cancel kena bayar RM500 cancellation fee. Gila, padahal kos sebenar dalam invois tak sampai RM250.
“Alah, bengkel memana pon sama saja!”
Tidak semestinya! Sebab aku nak barang ori, sebab kereta ada takaful yang boleh cover takaful.
“Sayang la kereta baru.”
Tapi ditakdirkan, kereta aku total loss So takyah la repair!
Recap: Selepas accident, jangan panik dan jangan terima servis external tow truck selain yang berdaftar dengan takaful korang!
Post ini bukan bermotif nak burukkan third party tow truck. Aku punya matlamat, nak kongsi pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk orang ramai. Semoga Allah pelihara kita semua.
Prosedur Sehingga Dapat Tuntutan Penuh
So selepas selesai proses towing, apa yang kena buat? Aku kongsikan step by step sehingga dapat full claim.
First. Kami accident isnin 16 May 22. Dan, jujur aku cakap, aku berterima kasih sangat ke brother tow truck (bukan official towing takaful/honda) yang tolong bawak keluar wife aku & anak aku time accident
Waktu tu aku kat office. Sampai-sampai anak isteri aku dah selamat.Mujur adik ada. Aku juga kena bagi kredit ke brother tow truck ni walaupun dia bukan official takaful, dia bawak kereta aku ke Honda offcial.
Tapi sebelum tu panjang jugak la kami bertegang urat insist untuk dia bawa ke official Honda repair centre.So, dia bawak ke sana, so settle case.Respect!
Jadi, lepas accident first thing kena;
1. Call official tow truck dari takaful company.
2. Segera ke Balai Polis buat laporan polis.
Kat situ, polis akan ambil gambar dan keterangan.Kalau injured, pergi klinik dulu, baru ke balai. Ni abang polis cakap camtu,
3. Settle urusan laporan polis,kena print report polis di balai trafik.Simpan elok-elok. Memudahkan urusan claim nanti.
4. Lepas report polis, boleh singgh ke bengkel untuk check in kereta (daftar).
PENTING!!
Pergi balai polis cawangan trafik ye. Bukan balai polis biasa. Any cawangan pon boleh untuk ambik salinan report.
5. Dalam sehari bekerja biasanya wakil bengkel kereta akan call minta dokumen.
– Lesen Memandu
– Kad Pengenalan
– Report Polis
– Gambar Kereta (optional)
6. Pihak bengkel akan bantu submit claim report ke pihak takaful.Biasanya dalam 3 hari bekerja, akan dapat notification dari takaful kata permohonan diterima.
7. Lepas permohonan diterima, pihak takaful akan arrange adjuster untuk asses keadaan kereta.
– Sama ada boleh dibaiki
– Atau total loss
8. Haa, part adjuster ni kena bagi perhatian khusus dekat mereka.Dalam beberapa hari, adjuster akan datang ke bengkel untuk tengok apa yang rosak dan keluarkan claim report. Untuk kes aku, 2 minggu juga aku push gila. Last-last dapat ke bos adjuster baru kes aku nak gerak.
9. So aku cakap ke adjuster, tolong tengok elok-elok. Kalau perlu total loss, total loss kan saja. Sebab apa guna repair, kalau esok-esok saya kena datang bengkel lagi.
“Kalau ni kereta u, u nak buat apa?”.
Aku psiko gitu ja. Tatau la berkesan ke tak.
Ada yang kata
“Dengan adjuster ni kena beri ‘wang kopi’ supaya laju kerja”
TAK PAYAH GATAL BAGI. ITU RASUAH (my PoV)
Adjuster ni takaful dah lantik. So lek ja.Alhamdulillah, adjuster aku pon sangat professional. I respect them sebab tak minta bukan-bukan. Salute
So lepas adjuster dapat report kerosakan, adjuster akan submit ke Takaful.Kalau takaful puas hati dengan kos kerosakan dan justification adjuster, boleh mula repair.
TAPI
Dalam kes aku, takaful aku tak puas hati tengok kerosakan quotation first
First result 7/6/22 Kos repair first quotation= RM 70k
Jadi, takaful suruh asses semula & STRICTLY DO NOT COMMENCE REPAIR
So terpaksa la aku tunggu 2 minggu lagi. 28 Jun baru dapat call dari takaful kata confirm total loss.Sebab kos rosak dekat RM 90k (beyond economic repair ebab more 80% sum insured). So 30 Jun aku dapat letter offer takaful untuk bayar full insured amount ke Bank.
10. Jadi, aku pun kena dapatkan letter of undertaking dari bank maybank untuk membolehkan takaful bayar ke akaun aku.Sini aku stuck 2 minggu sebab tak tahu nak call siapa.Rupanya kena pergi auto loan department maybank (kes aku di Jalan Kelang Lama).Sehari ja diorang proses surat.
Lepas dapat surat LoA dari bank dan upsurat settlement baki kereta.
Aku kena submit dokumen claim ke takaful
– Geran kereta ORI
– Kunci kereta ori
– Surat bank
– Lesen
– dan surat JPJ
Aku submit 26 Julai
Sumpah syukur gila
1 Ogos, takaful bayar bank.
2 Ogos, loan account aku dah kosong.
3 Ogos, aku dah dapat duit lebihan claim aku dari bank(sebab ada cashback).
Syukur aku ambik Honda Insurance Plan (takaful zurich). Jadi takaful bayar segala balance hutang bank tanpa aku perlu top up. Normal kot eh? Sebab kereta aku baru 7 bulan. Mana nak cari duit kalau kena topup loan bank. Dan aku dapat cash back.
Jadi baca polisi takaful elok-elok.
Certain takaful
1. Akan bagi duit saguhati one off. Kes aku RM 1500
2. Ada yang akan bagi kereta ganti. (Aku tak dapat)
PALING PENTING TAKAFUL YANG BOLEH BUAT FULL SETTLEMENT ON INSURED AMOUNT
So pilih la takaful yang senangkan dan banyak benefit.
Apa yang aku belajar;
1. Kena bertenang bila urus proses ni. Sumpah overwhelmed gila.
2. Constant follow up pihak terlibat. Setiap pagi 9.15 am sharp aku call adjuster. Hahaha. Sampai dapat jawapan.
3. Doa ke Allah. Tuhan yang pegang urusan manusia ni.
So to recap lepas accident;
1. Call tow truck official
2. Pergi balai polis
3. Submit dokumen ke bengkel
4. Tunggu adjuster untuk jawapan repair atau total loss.
5. Kalau repair,tunggu sampai siap.
6. Kalau total loss, submit dokumen elok-elok ke bank & takaful,
tunggu approval.
Mingguan Wanita: Jadi jika berlakunya kemalangan jangan mudah panik dan lakukan kesilapan dengan’sign’ apa-apa dokumen dari orang tow truck yang datang. Kekal bertenang dan ikut prosedur tuntutan insurans/takaful kereta seperti yang dikongsikan ini.
Jika sudah tiba ajalnya, tak akan lambat walaupun sesaat. Kereta dihempap pokok getah, seorang kerani wanita meninggal dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi.
Perjalanan seorang wanita ke tempat kerjanya di Gemencheh, dekat sini, berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas kereta dipandu dihempap pokok getah yang tumbang.
Dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Keru-Batu Belang, dekat sini, jam 8.20 pagi, mangsa, Nur Zalehan Balkish Abdul Majid, 27, dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bukit Ria, di Tampin ke tempat kerja di Gemencheh.
Wanita Meninggal Di Tempat Kejadian
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat mengenai kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima panggilan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) pada jam 9 pagi.
Katanya, anggota bomba memaklumkan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dihempap pokok di Jalan Dalam Kampung Keru iaitu satu kilometer dari jalan utama Tampin.
“Siasatan awal polis mendapati, ketika mangsa memandu kereta di Jalan Dalam Kampung Keru, sudah dihempap sebatang pokok getah yang tumbang.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa tersepit di antara kereta dan pokok berkenaan.
“Keadaan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa bekerja sebagai kerani di Ar Rahnu Cawangan Gemencheh.
Foto: Sinar Harian
Kereta Dihempap Pokok Getah, Wanita Tersepit
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.
“Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, Komander Operasi JPBM Tampin, Pegawai Bomba Kanan Mohd Helmi Ayob berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.26 pagi.
Beliau berkata, pihaknya mendapati sebatang pokok getah tumbang menghempap kereta mangsa dan mangsa tersepit yang menyebabkan kecederaan pada bahagian dada.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan.
“Anggota kami mengambil masa 45 minit bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas ‘Rescue Tools’ dan mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
MW: Ajal tak mengenal usia dan tempat, bayangkan sebelum ke tempat kerja arwah sihat. Namun dipertengahan jalan, ajal datang menjemput dengan tragedi yang tidak disangka-sangka. Al-fatihah.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...