Penghijrahan selangkah demi selangkah “Mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini”. Begitulah doa dan harapan daripada pelakon, Nelydia Senrose yang kini sedang belajar ke arah menjadi Muslimah yang baik.
Penampilan bertudung Nelydia Senrose sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga dan diikuti kembara percutian ke negara Timur Tengah baru-baru ini begitu mencuri perhatian ramai.
Isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ini begitu cantik dan ramai peminat yang mendoakan Nelydia terus istiqamah dalam menggenakan hijab.
Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah
Akui dirinya masih bertatih, Nelydia tidak mahu terlalu drastik dalam penghijrahannya.
“Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah tapi pasti. Saya memang ke arah itu. Saya cuma tak berani nak cakap lebih.
“Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.
“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya.
Hormati Bulan Ramadan
“Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.
“Kita pun nak sambut Ramadan, jadi ia juga satu cara menghormati bulan itu.
“Sekaligus saya mahu menjadi muslimah yang lebih baik.
“Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” ungkap adik kepada Uqasha Senrose ini.
Doa Yang Baik-Baik
Pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu juga takut jika tersilap percaturan.
Ads
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut juga andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okay, esok jadi lain. Namun saya tak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.
“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat. Tak semua akan faham apa yang dilalui kerana mereka (netizen) tidak berada di tempat kita.
“Cuma saya percaya dan berharap mereka tahu proses untuk terus istiqamah mengambil masa, berdepan cabaran dan ujian. Saya harap mereka dan peminat boleh terus menyokong diri ini,” ungkapnya.
Wajah MINAZ Hijab
Nelydia juga telah disunting jenama MINAZ Hijab sebagai wajah wakilan koleksi raya, dipanggil MINAZ Blooming Raya.
“Sejak Nelydia diperkenalkan di semua platform digital sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan maklum balas positif terhadap pemilihannya. Tidak kurang juga yang mendoakan dia untuk kekal istiqamah berhijab.
“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengannya,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pija MINAZ.
“Cepat-Cepat Naik Pelamin Tau, Yang Penting Anak-Anak dan Shuib Happy” netizen. Begitulah antara komen netizen menerusi foto hantaran Instagram Shuib yang tular.
Menerusi foto tersebut menampakkan pantulan imej seorang wanita yang dipercayai wanita yang pernah digosipkan dengan Shuib iaitu Watie Hanifiah pada cermin sebuah restoran mewah.
Rupa-rupanya ramai yang mengambil berat tentang jodoh Shuib dan salah seorang netizen mendoakan agar Shuib dan Watie cepat-cepat naik pelamin.
Shuib Sahkan Sedang Berkawan Dengan Watie
Tidak menafikan hal tersebut, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengesahkan sedang berkawan dengan Watie Hanifiah.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, pada foto berkenaan Shuib bergambar bersama dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
“Saya tidak nafikan, kami dalam fasa baru berkawan,” begitulah luahan ringkas dari Shuib.
Hantaran Shuib itu ternyata menjadi perhatian ramai sekali gus mencetuskan spekulasi mendakwa mereka sedang bercinta.
Sebelum ini, bapa kepada empat orang anak itu pernah menafikan hubungan istimewa dengan wanita itu.
Kerap Dikaitkan Dengan Beberapa Selebriti Wanita
Sejak pemergian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.
Antara nama yang sering disebut ialah Siti Nordiana, Wan Sharmila dan Zara Zya.
Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua orang lagi cahaya mata Uwais Alqarni, 11, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
4 hari bergelar pengantin baru, pelakon Elly Mazlein yang baru sahaja disatukan dengan cinta hatinya, Mohamad Azlan baru-baru ini telah diundang menjadi tetamu jemputan dalam rancangan MeleTOP yang disiarkan malam Selasa.
Punca Rahsiakan Identiti Suami
Hampir setahun pelakon dan pengacara Elly Mazlein merahsiakan identiti suaminya itu. Namun, ramai yang tumpang gembira dengan kebahagiaan pasangan ini.
Elly Mazlein menjelaskan dakwaan merahsiakan bakal suami dari muncul di mana-mana majlis mahupun memuatnaik wajah Cikgu Azlan yang juga merupakan seorang guru geografi berusia 29 tahun di media sosial.
“Sebenarnya kerana suami saya seorang cikgu. Dia tak biasa dalam line kita (industri hiburan). Dia segan dan tak biasa serta perlukan masa untuk sesuaikan diri dalam bidang hiburan,” ujar Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pompom.
Pasangan pengantin baru ini diundang menjadi tetamu jemputan dalam program rancangan meleTOP.
Jumpa Di Majlis Akikah
Menceritakan bibit perkenalan yang berlaku secara tidak sengaja pada majlis Akikah di rumah sahabat mereka. Mohamad Azlan menceritakan, dirinya jatuh cinta pandang pertama dan memberanikan diri memberikan nombor telefon yang ditulis diatas kertas kepada pelakon ini.
“Saya bertemu Elly di majlis Akikah anak kawan saya. Secara kebetulan wife kepada kawan, adalah rakan Elly. Selepas itu saya tengok dia dan saya jatuh cinta. Saya memang meminatinya.”
“Kita cikgu takde name card, saya ambil sekeping kertas, tulis nombor telefon dan beri pada Elly,” ujar Azlan
Jelas Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,39 pula berkata, suaminya itu memberanikan diri memberikan nombor telefon yang ditulis di sekeping kertas.
“Kami mula berkenalan dalam satu majlis akikah rakan cikgu. Kebetulan suaminya seorang cikgu jadi ramai la tetamu daripada kalangan cikgu.
“Kemudian Azlan ternampak saya dan memberanikan diri memberi nombor telefonnya yang ditulis pada sekeping kertas atas dasar meminati saya sebagai seorang pelakon.
“Maklumlah cikgu mana ada business kad, tapi lama juga nak tunggu saya contact dia semula. Alhamdulillah akhirnya kami disatukan juga sebagai suami isteri,” ujar pelakon utama Kampung People ini.
Tambah Cikgu Azlan, bukan mudah untuk menawan hati Elly. Sebenarnya ambil masa juga sebelum melangkah ke fasa yang serius.
“Berbulan-bulan juga menanti Elly menghubunginya.Namun dirinya tak berputus asa untuk memulakan perkenalan.Alhamdullillah, bila dah cakap di telefon macam kita dah kenal lama. Hampir 2-3 jam kita bercakap, dari situ kami mula serius,”
“Ketika dalam fasa berkenalan, saya bersikap jujur dan berbincang latar belakang diri. Saya bukan dalam dunia dia. Berasal dari kampung, jenis kerja, keadaan keluarga orang biasa dan bukan orang kaya, anak datuk dan sebagainya. Dan Alhamdulillah selepas bawa balik kampung, mak pun suka. Kami pun mula serius” ujar Azlan lagi.
Penuh kesyukuran keluarga kedua-dua pihak merestui hubungan pasangan ini.Terdahulu, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 18 Januari 2020 dengan majlis bertemakan ‘Bagai Bulan Di Pagar Bintang’ yang telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.
MW: Mingguan Wanita mengucapkan selamat Pengantin Baru buat Elly Mazlein dan suami. Selamat berbahagia dan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kejadian yang berlaku di Argentina, Amerika Selatan ini, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun 8 bulan selepas didapati bersalah menodai anak kandungnya sendiri.Lebih menyedihkan, perbuatan terkutuk itu diulang berkali-kali sejak 22 tahun lalu sehingga mangsa melahirkan lapan anak.
Domingo Bulacio, 57, tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hukuman dijatuhkan di mahkamah Santiago del Estero, Rabu lalu.
Bulacio yang dikenali dengan nama panggilan Vernacho dilapor berada dalam tahanan polis sejak Januari tahun lalu.
Bulacio melarikan diri dari rumahnya di Villa Balnearia selepas mangsa, Antonia Bulacio memutuskan untuk melaporkan perbuatan terkutuk bapanya.
Sejak Mangsa Berumur 11 Tahun
Mangsa mendakwa ayahnya telah menjadikan dia sebagai pelampias nafsu sejak dia berumur 11 tahun, selepas ibunya meninggalkan rumah.
“Sejak ibu saya meninggalkan rumah, saya menjadi ‘isteri’ ayah saya, dia selalu mengugut untuk membunuh saya jika saya berkata apa-apa.
“Dia akan memukul saya jika dia melihat saya berbual dengan jiran atau apabila ingin ‘tidur’ bersama.
Ancaman Bunuh
Menurut mangsa, dia juga menerima ancaman bunuh beberapa saudara sebelah bapanya selepas melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.
“Saya takut akan keselamatan saya dan anak-anak saya.
“Saya kini menerima ancaman dari saudara pihak ayah saya untuk menarik balik aduan saya terhadapnya,” katanya lagi.
Bulocia dijatuhi hukuman selepas keputusan DNA mengesahkan dia sebagai bapa kandung kepada anak-anak itu.
Sadis sungguh perbuatan sang bapa durjana ini.Tempoh 22 tahun bukan jangka masa yang sekejap. Ayah yang seharusnya menjadi pelindung, sebaliknya menghancurkan kehidupan anak-anak.Semoga hukuman yang lebih berat dan setimpal dikenakan kepada perogol ini!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.