Bertuah dan rezeki sungguh apabila dapat hadiah perkahwinan mewah berupa gelang,cincin dan rantai emas daripada setiap tetamu yang hadir!
Sepasang pengantin baharu di Bach Ninh, Vietnam menjadi tular apabila mengenakan perhiasan barangan kemas yang sarat seperti golongan bangsawan, lapor laman Wolipop.
Menurut rakan keluarga tersebut, semua perhiasan itu dihadiahkan oleh tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja yang kaya-raya.
Dapat Beratus Gelang & Rantai Emas
Pengantin dikatakan menerima beratus-ratus utas gelang serta rantai emas semasa majlis perkahwinan mereka dan memakai kesemuanya serentak.
Ads
Pernikahan tersebut berlangsung pada 10 Jun lalu di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe.
“Keluarga pengantin termasuk dalam golongan kaya di daerah itu. Jadi, sempena meraikan perkahwinan, pasangan itu menerima banyak hadiah termasuk gelang dan cincin emas,” ujar seorang rakan pengantin perempuan.
Berdasarkan komen netizen, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan mewah berlangsung di Bach Ninh kerana kawasan itu sememangnya digelar sebagai pusat kediaman elit.
“Moga Besar Pahala Papaku. Anak Yang Baik Dapatkan Hospital & Doktor Terbaik Untuk Nenek” begitulah ungkapan daripada anak perempuan Datuk Redzuawan Ismail atau mesra dikenali Chef Wan yang memberikan pujian buat ayahnya.
Betapa tinggi sekalipun kedudukan seorang anak di mata dunia, anak yang hebat dan baik takkan sekalipun melupakan jasa orang tuanya. Inilah yang dilakukan oleh Chef Wan dalam melayani ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani. Ada banyak ciri-ciri baik yang patut anak-anak lain contohi dengan sikap Chef Wan melayan ibu kesayangan.
Terbaru menerusi hantaran di Instagram milik Chef Wan telah berkongsi rasa bersyukur tentang Cik Ani yang telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudara.
Menerusi perkongsian di Facebook pula, anak perempuan Chef Wan, Serina Redzuawan turut menyatakan perasaan bersyukur dan gembira apabila neneknya telah selamat menjalani pembedahan.
Paling terharu, Serina turut memuji dan titipkan doa buat ayahnya yang begitu baik dalam membalas budi kepada Cik Ani.
“Syukur Alhamdulillah nenek dah selamat pembedahan untuk buang kanser ketumbuhan tu besar sangat ngeri!
“Patut lah nenek mengadu sakit dan keras sangat tempat yg ada ketumbuhan tu. Nampak nenek makin segar muka dia pun ceria. Esok katanya dah boleh balik rumah.
“Terima kasih ya Allah kerana mudahkan urusan nenek operation, TQ so much juga buat barisan doktor & medical assistant yg bertungkus lumus jalani operation dengan jayanya.
“Papa memang anak yang baik dapatkan the best Hospital & doktor untuk nenek.
“Moga besar pahala papaku Aminn,” luah Serina.
Selepas ibu Chef Wan selamat jalani pembedahan, ternyata pesanan Chef Wan buat ramai terharu.
“Maaf kerana membuat semua orang dalam kerisauan. Menjelang jam 1 tengah hari, dia kembali ke biliknya. Dia seorang wanita yang tegar dan hanya berada di bilik pemerhatian setengah jam sebelum dia terjaga semula, saya diberitahu.
“Seperti yang anda boleh lihat dia masih terpinga-pinga daripada ubat bius dan ubat penahan sakit yang saya rasa.
“Alhamdulilah terima kasih kepada ALLAH dan segala doa daripada anda semua.
“Dan beliau berjaya keluar dari pembedahan dengan jayanya tanpa sebarang masalah,” katanya.
Tambah Chef Wan, seakan melapah daging limpa, doktor berkongsi kepadanya beberapa gambar tumor berkenaan.
“Doktor menghantar kepada saya semua gambar tumor yang menakutkan untuk melihat ketulan yang begitu besar serta bagaimana dia telah memotong payudara ibu dibuka dan membentuknya semula.
“Macam melapah daging limpa sekeping-sekeping. Kalaulah saya boleh berkongsi dengan anda semua tetapi saya nasihatkan untuk tidak menakutkan anda semua.
“Sekarang saya telah memberinya sedikit air dalam dua jam terakhir dia masuk ke dalam bilik, memberinya makan bubur ikan.
“Selepas makan dia terus meronta mahu menarik tiubnya dan terus meminta saya membawanya pulang. Saya berasa sangat tertekan cuba menenangkannya dan akhirnya doktor memberikan ubat tahan sakit dan beberapa lagi untuk menenangkannya dan menidurkannya.
“Memandangkan dia tidak tidur sepanjang malam seperti saya, inilah masa yang sesuai untuk dia tidur. Dia tidak membenarkan mana-mana pelawat buat masa ini.
“Kami hanya perlu memberinya masa ditambah semua kekeliruan ini sebagai pesakit dimensia. Alhamdulilah, ketumbuhan yang mengerikan tu sudah dikeluarkan,” ujarnya.
Gara-gara wanita menolak cinta dan lamarannya, seorang lelaki hilang pertimbangan hingga sanggup menikamnya hingga maut. Mahkamah Mesir cadang suspek dihukum digantung ‘live’
Cinta ‘bertepuk sebelah tangan’ cenderung membuatkan individu melakukan perbuatan yang boleh memburukkan keadaan.
Seperti seorang pelajar lelaki di Universiti Mansoura Mesir ini yang telah bertindak menyembelih rakan perempuannya di hadapan pintu pagar kerana dendam.
Dalam kejadian baru-baru ini, suspek yang merupakan pelajar jurusan seni tahun tiga menikam seorang gadis yang dikenali sebagai Naira Ashraf di hadapan pintu pagar ketika beliau dalam perjalanan ke perhentian bas.
Susulan kecederaan parah tusukan pisau pada leher, keadaan Naira menjadi tidak stabil sebelum disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.
Dalam perkembangan terbaru, The Sun UK melaporkan suspek yang dikenali sebagai Mohamed Adel akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Hakim yang mengendalikan kes jenayah tersebut berkata suspek dijatuhi hukuman mati pada 6 julai yang lalu akan menjalani hukuman gantung, disiarkan secara langsung di televisyen.
Mahkamah Mesir meminta Parlimen supaya hukuman gantung terhadap pembunuh itu disiarkan secara langsung di televisyen bertujuan sebagai pengajaran bagi mencegah jenayah serupa berlaku pada masa hadapan.
“Penyiaran itu walaupun hanya sebahagian daripada permulaan prosiding, boleh mencapai matlamat pencegahan,” titip Mahkamah Mansoura.
Difahamkan kali terakhir siaran langsung hukuman mati dilakukan di negara itu pada tahun 1998.
Mingguan Wanita : Wanita perlu berhati-hati terutama ketika berada di tempat awam, tingkatkan tahap keselamatan diri agar keselamatan sentiasa terjaga.
Anugerah terindah Nelydia & suami jadi tetamu Allah tunaikan ibadah haji. Alhamdulillah syukur kepada Allah apabila Nelydia Senrose dan suami Mohd. Hafez Halimi sudahpun berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Nelydia sebelum ini yang mendapat perhatian ramai dengan mengenakan hijab selepas pulang menunaikan umrah tahun lalu telah berkongsi gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Mekah.
Malah pasangan ini juga menyifatkan panggilan haji yang diterimanya adalah anugerah terindah buat mereka.
“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ diatas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yg mengizinkan kami utk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.
“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua.
“Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kpd semua yg mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yg saya sedari maupun yg tanpa sengaja terlepas pandang selama ini.
“Saya mohon agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik.
“Dipermudahkan segala urusan dan dgn izin-Nya mendapat haji mabrur.
segala yang saya hajatkan…
semua yang saya impikan…
apa yang saya bayangkan…
“Tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat,” kongsi Nelydia.
Menerusi ruangan komen rakan artis mendoakan agar pasangan suami isteri ini dipermudahkan ibadah mereka dan mendapat haji yang mabrur.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!