Pasangan dulu-dulu sudah beranak 2,3 barulah merasa hidup stabil, zaman sekarang lain demandnya jika hendak menyunting anak orang untuk dijadikan pasangan hidup.
Seseorang lelaki seharusnya miliki sekurang-kurangnya kerja yang tetap sebagai bukti dirinya mampu memberi makan anak orang. Miliki juga sekurang-kurangnya sebuah kenderaan agar mudah untuk ke mana, mana.
Dulu dan sekarang lain caranya, namun sebelum berumahtangga pilih dan carilah pasangan yang boleh hidup susah dan senang.
Pasangan Dulu-Dulu
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Ada yang selepas lima tahun berkawin, baru merasa naik kereta baru… Malah, ada juga yang lepas 10 tahun perkahwinan, barulah merasa masuk rumah baru…
Tak ramai yang kahwin, sudah siap serba-serbi, sempurna keperluan. Dan tak ramai yang berumah tangga, terus ada macam-macam harta…
Sudah Beranak 2,3 Barulah Merasa Hidup Stabil
Pasangan dulu-dulu, begitulah kebanyakannya.. Sudah beranak 2, anak 3 barulah kehidupan makin stabil dan semakin baik…
Sempurna itu tidaklah, tapi cukup dengan apa yang ada. Ada makanan untuk makan, ada tempat untuk berteduh dan ada keluarga untuk dibahagiakan semampunya…
Kena buktikan dahulu berharta ke tidak, kena tunjuk dulu mampu ke tidak, kena beritahu dulu kerja apa, gaji berapa, pakai kereta apa…
Jika tidak, macam mana hendak bela anak orang kan…
Betul, memang lelaki patut tunjuk… Lelaki sewajarnya perlu ada usaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Malahan, lelaki juga perlu mampu sebelum jadi suami…
Ads
Cuma tak perlu try hard hendak meyakinkan si dia dengan berhutang keliling pinggang… Tak perlu nak nampak hebat dan nampak mewah semata-mata hendak dapatkan cinta seseorang itu untuk jadikan dia teman hidup…
Carilah Pasangan Yang Sepadan
Pasangan kita nanti adalah seseorang yang mampu terima kita seadanya diri kita… Tak lebih, tak kurang, macam mana diri kita itu, apa yang kita ada, itulah yang dia suka…
Perempuan macam ini, insyallah mampu bersabar, mampu tunggu sehingga kita betul-betul stabil untuk beli kereta baru, rumah baru dan letak dia dalam keadaan yang selesa…
Nawaitu berkahwin itu mestilah untuk menyara isteri, menggembirakan isteri dan membahagiakan isteri walau dengan apa cara sekalipun, sekadar kemampuan yang ada… Jangan berkahwin kalau tidak ada nawaitu ni…
Hidup tak mudah, rezeki tak murah kalau nawaitu berkahwin itu adalah sebab nafsu…
Mingguan Wanita : Sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga, carilah pasangan yang memahami dan mampu menerima anda seadanya. Jangan kerana cinta, sanggup berhutang untuk memuaskan hati si dia.
Kemelut hutang jika tak diurus dengan baik bukan saja merosakkan diri, malah orang terdekat pun akan merasainya. Gangguan emosi akibat hutang cukup menekan. Bila sudah tidak tahu ke mana lagi mahu mengadu, berbaliklah kepada Allah yang Maha Berkuasa.
Perkongsian daripada status facebook Jaq Osman (Abang Jaq), usahawan AT Cupcakes & Bakeri simple saja tapi maksudnya sampai. Benarlah berhutang itu perkara biasa, yang luar biasa adalah lari daripada hutang.
Fasa Hutang Abang Jaq
Sepanjang lebih 10 tahun berniaga, Abang jaq dah melalui 3 fasa berhutang.
1. Hutang Dengan Keluarga
Masa mula – mula nak meniaga dulu, nak beli tray dan bahan mentah, abang jaq pinjam dengan ayah.
2. Hutang Dengan Kawan-kawan
Bila bisnes dah berjalan baik, Mai sesak-sesak, Abang jaq pinjam dengan kawan.
3. Hutang Dengan Supplier
Bila bisnes sudah ada nama sikit, supplier dah percaya dengan kita, order apa pun dia hantaq dulu. Cukup bulan dia hantaq bil. Ni pun dikira hutang juga. Sikit-sikit boleh la bayaq cash. Sekali dia mai berpuluh-puluh ribu Abang Jaq 2, 3 kali juga la nak bayaq tuh. Hutang juga.
Pesan Abang Jaq Lagi
Dalam perniagaan, hutang adalah perkara biasa. Yang luar biasa, hutang tak mau bayaq.
Kadang-kadang kawan bagi pinjam bukan kerana dia banyak duit. Dia bagi atas dasar simpati dan janji yang dicapati hampa tuh. Dia pun ada hari semput juga.
Jangan lari daripada hutang kerana hutang, boleh buat kita terkandas masuk ke syurga.
Abang Jaq Amalkan 2 Doa Inilah…
Doa masuk rumah, keluar rumah ni Abang Jaq dah amal lama.
Tips ni abang Jaq dapat masa Ustaz Ebit Lew baru-baru nak popular dulu. Ustaz cakap ini antara amalan yang boleh bantu menyelesaikan hutang.
Jadi pun tak pa, tak jadi pun takpa. Benda baik masuk rumah keluar rumah amal ja la. Cuba hampa cuba amal yang ni kot – kot boleh bayaq hutang abang Jaq.
Kalau isteri nak sesuatu, dia akan fikir banyak kali. Kalau boleh dia tak nak menyusahkan suaminya dengan macam-macam permintaan. Cuma kadang-kadang, bila isteri nak, dia mulalah berkias-kias.
Kalau suami jenis yang faham, akan terus tunaikan. Kalau jenis suami yang tak faham, sampai ke sudahlah isteri itu menahan rasa. Bukan isteri minta yang lebih-lebih pun, kadang-kadang benda ‘simple’ saja pun.
Walau bagaimanapun, isteri janganlah meminta yang bukan-bukan dan di luar kemampuan suami. Ukur baju pada diri sendiri yer. Kena ingat, suami tak tunaikan bukan sebab tidak sayang tetapi mungkin fikir ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu daripada tunaikan apa yang isteri inginkan. Bukan kedekut ye!
Perkongsian daripada Syamsul Fitri ada benarnya. Kalau isteri nak sesuatu, dia suka berkias-kias. Malah, kalau suami tidak mampu tunaikan, oujuklah dengan penuh kasing sayang. Bukan susah pun kan. Terus lupa apa yang dia nak itu.
Maksud Tersirat
Petang hari tu kebetulan ada kerja.
Ingat nak pergi seorang diri sebab nak pickup barang saja.
“Best nya kalau dapat makan kek kat situ kan”.
Tiba-tiba isteri bersuara.
Terus saya teringat artikel yang saya baca tempoh hari.
Sejenis perangai orang perempuan yang taknak cakap terus terang apa dia nak.
Ada maksud tersirat dalam kata-kata tersebut.
Perlu dijawab dengan berhati-hati.
Sekiranya tak boleh tunaikan.
Perlu dipujuk dengan kasih sayang.
Tak susah pun sebenarnya nak pujuk macam tu.
“Darling, baby minta maaf sekarang ni kita tak dapat makan kat situ. Duit belanja minggu ni dah habis buat makan pizza semalam. Minggu depan kita singgah ya”.
Yang ni tak payah segan nak buat. Walaupun kita tak salah tapi tetap kena buat juga sebabnya isteri itu sentiasa betul!.
Lagi pun memang tugas kita layan nafsu makan isteri!
Penjelasan
Orang perempuan ni memang tak boleh terima jawapan yang ringkas. Dia nak juga kita bagi penerangan panjang lebar.
Elakkan jawab ” tak boleh” tanpa huraian.
Dia akan menyusul dengan lebih banyak soalan lain macam “kenapa tak boleh? Dah tak sayang ke? Saya dah tak lawa ke? Ada orang lain ke? Dah taknak layan saya ke?”.
Hal ini akan menyebabkan kita perlu memberi penjelasan yang lebih jelas dari sepatutnya.
Bagi Pilihan
Tak dapat hari ni boleh bawa ke minggu depan.
Benda ni perlukan ketenangan sebelum dilakukan. Jangan main sebut je janji nak pergi minggu depan kalau tak pasti boleh buat. Kita bagi mereka pilihan untuk tunaikan hasrat tersebut di hari yang lain.
Biasanya isteri saya tu akan teringat-ingat makanan yang dia nak cuba tu sampai minggu depan.
Bercakap dengan isteri kadang-kadang macam jawab soalan peperiksaan juga.
Isi kena padu, huraian yang jelas disimpulkan pada akhir kata.
Adat suami-isteri kadang perlu bermanja.
Benda senang saja bila kita usahakan sentiasa.
MW: Tak susah pun nak pujuk isteri. Dengan kata-kata macam tu pun isteri dah ok. Tapi kalau suami buat tak tahu, mahu boleh gaduh. Padahal perkara kecil saja.
Masa bercinta bukan main lagi tunjuk keprihatinannya. Tup..tup..bila kahwin, sikap yang
ditonjolkan sebelum ini terus hilang. barulah nampak sikap sebenarkan.
Menyesal dah tak guna, dia sudah menjadi suami dan pastinya anda jadi tanggungjawab dia. Bukan sahaja perangai tetapi berat tulangnya juga jelas terpancar. Anda harapkan bila sudah berkahwin, sama-samlah membantu dalam membuat kerja rumah tangga. Tapi, semuanya diserahkan pada anda. Kononnya kita nie perempuan dan isteri.
Nak tak nak, terpaksalah hadap semua ini. Walau bagaimanapun, usah mengeluh, mungkin dari sisi itu anda nampak keburukannya. Tetapi, bila difikirkan balik, ada kebaikan yang tersembunyi yang suami anda lakukan. Jom kita tengok, mungkin inilah sisi hebat suami anda yang anda tidak tahu.
Bercakap dengan elok
Bila berkahwin, maknanya suami anda tidak hidup sendirian. Dia pun ingin tahu pendapat isteri dia. Sebab itulah dia bercakap elok dengan anda, buat lawak hinggakan kadang-kadang anda berdua tidak tahu bila masa anda berdua diam.
Sentiasa dengan anda
Bila berada dengan anda, hati dia senang. Cuba perhatikan bila anda hilang dari pandangan mata dia. Mesti dia akan tanya berkali-kali. Jadi, tiap kali suami dengan anda, dia tidak mahu masa terbuang begitu saja. Jika anda kemas rumah dan dia hanya memerhatikan pun dah kira cukup baik. Ini belum lagi termasuk tengok televisyen bersama.
Ada saja lawak
Kalau duduk dengan dia, ada sahaja cerita yang lawak dan boleh tarik perhatian anda.
Sementelah bila anda rasa sedih, dia tahu bagaimana nak kembalikan mood anda itu.
Selalu bagi sokongan
Sudah dan senang dengan anda sahaja. Suami yang baik adalah suami yang sentiasa buat anda rasa bahagia.
Suami yang setia
Pantang tengok wanita cantik mulalah mata menjeling. Tapi suami yang hebat hanya sekadar kagum sahaja sebab dalam hati dia hanya anda yang terbaik untuk dia.
Tahu kesalahan
Tidak semua ketua keluarga ini betul, Ada masanya, dia membuat salah dan kesalahan yang dia lakukan diakui dengan betul dan janjinya tidak akan ulangi lagi. Itulah yang anda harapkan pada suami kan.
Jaga dan ambil berat
Dia sentiasa pastikan keselamatan dan kesihatan anda sekeluarga. Bila kerja di luar
kawasan, pesanan supaya pintu rumah terkunci, tanya khabar, beritahu sudah sampai dan
sebagainya. Inilah keutamaan dia untuk anda dan anak-anak.
Kadang-kadang bila suami lakukan perkara ini sudah cukup membuatkan dia suami yang hebat. Jadi hargailah suami anda. Dialah yang terbaik untuk anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...