Tahun 2020 sememangnya memberi cabaran tersendiri apabila satu dunia dilanda pandemik Covid-19. Siri jelajah redONE Colours of Ramadhan yang bermula di Johor pada awal tahun 2020 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa ditangguhkan buat seketika berikutan insiden yang tidak dijangka ini.
Meskipun pelbagai ujian dan dugaan dilalui, niat ikhlas menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mendekati golongan kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim dan asnaf akhirnya dipermudahkan juga.
Sekali lagi redONE Foundation berkolaborasi bersama Mingguan Wanita meneruskan siri jelajah redONE Colours of Ramadhan 2021, kali ini di Negeri Selangor Darul Ehsan pula.
Lokasi terpilih seterusnya adalah Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting dan Rumah Bakti Nur Ain, Bangi. Meskipun kunjungan dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun ia berjaya dilaksanakan dengan pematuhan (SOP) yang ketat.
Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting
Program redONE Colours of Ramadhan 2021 hari pertama bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting. Rumah kebajikan ini menempatkan 70 orang anak yatim dan asnaf dari pelbagai latar belakang.
Di sini, pelbagai aktiviti menarik dilakukan bersama-sama dengan anak-anak yatim dan asnaf ini seperti sesi mewarna, mengemas bilik, melipat baju, solat berjemaah dan sebagainya. Paling menarik, artis Sissy Iman juga turut hadir membuat persembahan dengan menyanyikan 2 buah lagu dan turut serta bersama-sama melakukan aktiviti dengan anak-anak yatim ini. Majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa, pemberian cenderahati serta sumbangan duit raya dari redONE.
Sissy Iman bersama-sama melakukan aktiviti mewarna dengan anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Menurut anak Pengasas Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Mohd Muaz Hj.Muliana, bantuan utama yang mereka perlukan sekarang adalah dari segi kewangan untuk menampung keperluan harian dan persekolahan anak-anak yatim dan asnaf ini.
“Buat masa sekarang, bantuan yang paling kami perlukan ialah dari segi kewangan.. Kami perlukan kewangan untuk membayar yuran persekolahan dan beli kelengkapan buat mereka,”katanya.
Pandemik Covid-19 Tidak Mematahkan Semangat Beri Bantuan
Sementara itu, bagi Penyelia Informasi dan Latihan redONE Nurul Syahira Aszaha rasa sungguh gembira dengan layanan anak-anak yatim ini yang sangat mesra bagaikan keluarga sendiri. Malah pengalaman seharian bersama mereka turut menginsafkan dan membuatkan beliau sangat bersyukur dengan apa yang beliau ada.
“Kami ingin membantu ramai lagi masyarakat yang memerlukan dan berharap dengan bantuan yang kami berikan ini ada pihak lain akan sambung benda baik yang kami buat ini”
“Pandemik Covid-19 tidak mematahkan semangat kami untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan malah membuatkan kami lebih bersemangat untuk memberi bantuan kepada mereka semua,”katanya.
Rumah Bakti Nur ‘Ain, Bangi
Hari kedua Program CSR redONE Colours of Ramadhan 2021 pula bertempat di Rumah Bakti Nur Ain, Bangi. Rumah kebajikan ini menempatkan 25 orang orang anak-anak yatim dan asnaf di sekitar Lembah Klang.
Ads
Di sini pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti bermain kompang, kerusi beracun, mengemas sudut bacaan dan sebagainya. Artis Wani Syaz turut hadir membuat persembahan dan bersama-sama melakukan aktiviti dengan anak-anak yatim bagi memeriahkan lagi suasana dan memberi kegembiraan kepada mereka. Seharian Wani melayan anak-anak ini dengan ceria serta cukup ‘sporting’ mendendangkan lagu-lagu yang diminta.
Kemuncak majlis disudahi dengan acara berbuka puasa, pemberian cenderahati serta sumbangan duit raya dari redONE.
Wani Syaz menceriakan program CSR redONE bersama Mingguan Wanita ke rumah anak-anak yatim di Selangor.
Tak dinafikan pandemik Covid-19 memberi cabaran pada ramai pihak. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Pengasas Rumah Bakti Nur Ain, Syed Zulkandar Nasir, sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka sangat terkesan. Bantuan makanan dan terutamanya dari segi kewangan sangat diperlukan bagi menanggung anak-anak ini.
CSR redONE Colours of Ramadhan 2021 Beri Kegembiraan
Sementara itu, bagi Rakan Niaga redONE, Mohd Fazrin Razak pula berasa cukup teruja dan gembira dapat meluangkan masa dengan anak-anak yatim di Rumah Bakti Nur Ain ini. Jelas beliau, hubungan diantara anak-anak yatim di sini cukup mesra, bagaikan adik beradik dan setiap aktiviti yang dilakukan nampak seronok dan membuatkan sesiapa yang melihat rasa terhibur.
Ads
“Program ini sebenarnya dapat memberi impak yang baik kepada anak yatim, terutamanya dalam memberi kegembiraan menjelang Syawal dan sekaligus dapat memberi imej positif kepada redONE, di mana redONE sentiasa menjalankan tanggungjawab sosial dan kebajikan buat masyarakat di luar sana,”katanya.
Sejajar dengan program yang berlangsung, pihak redONE Foundation ini juga mengharapkan agar lebih ramai lagi membuka mata untuk memahami akan kesukaran yang dialami anak-anak ini. Malah, sama-sama ringan tulang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka. Terutama Ramadhan, kerana inilah masa terbaik untuk memanjangkan amalan bersedekah.
Jika anda ingin menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit kepada kedua-dua buah rumah ini boleh menderma di nombor akaun tertera :
Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin: 21246660005241 (RHB BANK)
Atas nama : Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin
Rumah Bakti Nur Ain: 562834629667 (MAYBANK ISLAMIC) 1000141000056920 (BSN)
Atas nama : Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi Selangor
Kekal Berhubung Dengan Yang Tersayang, Lebih Bermakna Dengan Pelan Postpaid Hybrid50U!
Dengan musim pandemik yang melanda membuatkan ramai orang terputus hubungan dengan yang tersayang. Mana taknya, bukan sahaja mereka kena duduk di rumah, malah nak merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman pun tak boleh. Kini, hanya panggilan telefon dan Whatsapp sahaja sebagai pengubat rindu.
Ads
Namun begitu, tidak semua orang mampu untuk berbuat demikian. Kebanyakannya terikat dengan data dan panggilan yang mempunyai had membuatkan mereka sukar untuk berhubung.
Dengan pelan tanpa had, redONE Hybrid50U anda tidak perlu risau kerana biarpun jauh dari yang tersayang, anda akan tetap berasa dekat. Boleh hubungi mereka bila-bila masa yang anda inginkan.
Pelan ini menyediakan data dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Selain itu, pelan ini turut menawarkan 10GB data berkelajuan tinggi kepada penggunanya. Jangan risau, anda hanya perlu membayar RM50 sahaja sebulan dan menariknya, anda tidak akan terikat dengan kontrak apabila melanggan ke pelan ini.
Jika anda pernah disenarai hitam, jangan bimbang. Gunakan pelan ini dengan tenang. Apalagi dengan rangkaian 4G LTE terluas yang ditawarkan. Di kawasan pedalaman pun boleh dapat line!
Dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR), redONE sentiasa memberikan kemudahan terbaik kepada para pelanggannya. Dengan itu, mereka boleh terus berhubung di media sosial dengan mereka yang jauh di mata, tapi dekat di hati.
Jika berminat untuk melanggan pelan Postpaid Hybrid50U, boleh lawati Kedai Rakan Niaga redONE yang terdekat atau layari redONE.com.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam perkahwinan kena ada rasa kepercayaan, baik dalam hubungan suami isteri mahupun keluarga mertua. Perkahwinan juga, bukan bertujuan ‘menjual’ anak untuk mendapat ‘keuntungan’ duit mas kahwin mahupun hantaran. Sebagai mak ayah seharusnya ikhlaskan niat dihati dalam mengahwinkan anak agar kebahagiaan anak itu mampu bertahan selama-lamanya.
Perkahwinan satu pasangan di Dubai hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja apabila pengantin lelaki menceraikan isterinya gara-gara bengang dengan sikap bapa mentua yang tidak sabar meminta wang mas kahwin.
Minta Tunggu 5 Minit
Lelaki terbabit sudah bersetuju untuk menyerahkan wang sebanyak 100,000 dirham (RM108,381) kepada bapa mentuanya. Perkahwinan turut disaksikan keluarga dan rakan mereka yang hadir ke pejabat Hakim Syarie.
Pengantin lelaki telah menyerahkan separuh daripada jumlah wang berkenaan pada masa itu, dan selebihnya akan diberi selepas meninggalkan bangunan, lapor Gulf News. Pengantin lelaki meminta bapa mertuanya agar menunggu selama 5 minit, agar dia boleh mengambil baki duit mas kahwin tersebut didalam kereta.
Bagaimanapun, bapa mentuanya berkeras meminta wang selebihnya dengan segera menyebabkan lelaki berkenaan berasa terhina dan menganggap tindakan tersebut seperti hilang percaya dengan dirinya, sebelum mengambil keputusan membatalkan perkahwinan mereka, kata peguam yang mengendalikan kes itu.
“Dia memberitahu bapa mentuanya bahawa dia tidak lagi mahu memperisterikan anaknya dan menceraikan wanita itu kurang 15 minit selepas menandatangani kontrak perkahwinan,” kata peguam itu.
Gadis jangan jadi “rumah kebajikan”, jangan melabur pada lelaki tak nampak masa depan sendiri. Cinta itu buta. Ini istilah biasa kita dengar berkaitan cinta. Orang dewasa pun selalu tewas dengan penangan cinta hingga sanggup melabur duit banyak. Apa tah lagi golongan awal 20-an yang masih banyak belajar mengenainya.
Hari ini, kehidupan agak keras. Serba serbi mahal dan semua memerlukan duit. Hari ini kebanyakan isteri bekerja untuk bersama-sama menampung kehidupan berkeluarga kerana perbelanjaan hari ini tidak sama dengan terdahulu. Semuanya dilakukan demi memastikan kehidupan berumahtangga dilalui sama seprti orang lain.
Namun di saat ramai isteri dan wanita berusaha keras tetapi ada lelaki masih tak nampak masa depan sendiri. Selesa dibantu kerana beranggapan, ada si dia yang mampu support hidupnya.
Gadis Jangan Jadi “Rumah Kebajikan”
Dikongsi dari satu akaun twitter @brgsjks, kes gadis memberikan wang kepada kekasih adalah realiti masih wujud atas istilah sayang dan mahu lelaki berubah.
Jangan Melabur Pada Lelaki Tak Nampak Masa Depan Sendiri
Tapi benarkah hal ini akan mengubah lelaki? Satu gadis harus tanamkan dalam diri, belajarlah angkat kaki pada lelaki tak nampak masa depan sendiri. Bila berkahwin, sifat malasnya itu akan kekal selamanya kerana dia rasa selamat dibantu selalu.
Ramai menyuruhnya belajar “angkat kaki” dan tak bersetuju dengan tindakannya terus memberikan wang kepada teman lelakinya itu.
Kata mereka,
Nak pilih laki buat husband ni tolonglah pilih yang ada matlamat hidup. Dari gaya dia bekerja yang memain tu pun nampak tak serius nak proceed hubungan tu ke next step. Tak salah susah senang sama2 tapi nampak macam kau je yang susah sekarang ni. Laki tu sedap ada orang tolong.
Nk pilih suami ni, pilihlah yg ada hala tuju hidup, boleh buat decision sendiri, matang dan boleh beza baik dan buruk. Lelaki mcmni ke sis nk pilih utk jd ketua keluarga? Say bye bye to him and ur money rm2300 tu, anggap sedekah je la ye 🥲
Pernah juga saya support orang sebab saya ambik berat dan fikir yang orang lain tak pedulikan dia, denial gak la yang dia sebenarnya gunakan saya je 😂 time to get a-moving sis, it’s hard and you have to do it, you owe better someone for yourself.
please la anon tinggal dia. takpe single pun. aku dah merasa terkawen dengan orang macam ni. perit. sekua harap duit aku. tiap bulan tukar kerja. end up burukkan aku 🫠
hello anon kalau kau baca ni tolong la sedar sikit bukan dia yg senang kena tindas tapi kau yg mudah kena tipu. Kenapa ya masih lagi nak bantu lelaki macam tu ? tak bertanggungjawab tak ada disiplin langsung. benda kalau dh nampak asyik berhenti kerja bukan org lain yg problem
Macam mana tahu mak dia ambik duit dia? Mak dia bagitahu ke?? Ke kau kena goreng je sebab tengok gaya macam bf kau pemalas. Orang pemalas ni dia menipu pun sanggup asalkan untung pada dia.
Now you know kenapa dia di bodoh bodohkan maknya. Lelaki sebelum kawin kau takkan tau perangai dia. Mak dia je tau perangai dia. Dah kawin nanti kau baru tau perangai sebenar dia sebab duduk serumah kan. Hahahaha so awak tak payah nak baik sangat nangung dia,
Jadi dah boleh la buat pilihan kalau jumpa lelaki tak ada masa depan begini. Belajarlah angkat kaki, tak rugi tinggalkan lelaki jenis begni kerana gadis bukan rumah kebajikan yang nak support segalanya pada lelaki pemalas.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan sayang harta dunia! Bila mati satupun tak bermanfaat melainkan amal sedekah. Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan ke atasnya.
Pelbagai ragam manusia, ada orang yang baik dan pemurah, tidak kurang juga yang bersifat kedekut walaupun baik. Sebenarnya, semua manusia memang ada sikap ini. Cuma antara sedar dengan tak saja kita ada sifat kedekut dalam diri.
Sementara kita masih bernyawa sedekahkanlah barang -barang tersebut, jangan sayang harta dunia. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Dzuriasikim Dzulkifli, pengalaman yang dilalui sewaktu mengemas sebuah rumah memberi pengajaran dan peringatan buat dirinya dan juga bermanfaat buat insan di luar sana.
“Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang lama tersimpan. Ianya menjadi pengajaran dan peringatan buat diri saya sendiri juga…
Suatu hari dengan takdir Allah saya mengemas rumah seorang yang telah meninggal dunia…
Ada terlalu banyak pakaian yang mahal harganya. Yang tidak dipakai lagi. Akhirnya rosak begitu sahaja. Ianya dalam keadaan terbiar.
Ada banyak pakaian lama. Yang usianya melebihi 10 tahun. Ianya baju kerja yang sudah rosak, baju anak-anak yang kecil, baju berlipat dan tidak berlipat yang lama. Yang sudah tidak dipakai lagi. Tetapi barangkali sayang untuk diberikan kepada orang.
Ada banyak kasut. Yang sudah tidak dipakai lebih banyak dari yang masih dipakai. Keadaan kasut yang sudah tidak dipakai ini masih baik. Hanya sangatlah berhabuk serta bersawang. Yang lama ini barangkali sayang juga untuk diberikan kepada orang.
Ada banyak perabut lama yang sudah tidak digunakan lagi tetapi dibiarkan berada di dalam rumah. Perabut yang sudah rosak. Hingga ruang rumah menjadi sangat sempit. Bahkan perlu melangkah-langkah barangan ketika hendak berjalan.
Sinki rumah yang bersih. Namun ada bekas yang banyak seperti bekas biskut, tin tin minuman, botol minuman, bekas pencuci pinggan dan banyak lagi yang tidak perlu ada atau tidak digunakan. Sebahagian dalam kotak. Sebahagian di merata tempat. Di ruang dapur juga perlu melangkah barang-barang ini.
Dan banyaklah perkara lagi yang tidak dapat saya tuliskan di sini. Saya tulis untuk ingatkan diri saya sendiri…. Ketika itu saya terfikir….
Sementara kita masih bernyawa, selalulah ingatkan diri bahawa dunia ini hanya persinggahan semata. Tempat sementara. Kita tinggal di sini tidak lama. Selalu juga ingatkan diri bahawa kehidupan itu sendiri adalah nikmat yang sangat besar. Allahuakhbar.
Bukalah almari pakaian kita hari ini. Berapa banyak pakaian yang kita miliki. Berapa banyak tudung. Berapa banyak yang dipakai. Berapa banyak yang belum dipakai. Berapa banyak yang sudah berbulan tidak disentuh. Ada terlalu banyak pakaian yang kita miliki. Sedangkan kita hanya mampu pakai satu sahaja pada setiap kali.
Lihat berapa banyak barangan plastik yang kita simpan. Tetapi tidak dipakai. Saya sudah sedekahkan kesemua barangan Tupperware saya kepada adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan. Hanya tinggal sangat sedikit untuk kegunaan sendiri. Benar-benar yang dipakai sahaja. Yang cantik dan masih dalam plastik semua saya berikan kepada orang. Sebelum ini saya menyimpan ia dengan sangat lama kerana berasa sayang dan suka melihat kecantikannya.
Lihat pula pinggan mangkuk kita. Adakah terlalu banyak. Atau cukup untuk kegunaan harian sendiri. Sebaiknya tidak perlu kita sediakan pinggan mangkuk yang istimewa hanya untuk tetamu. Yang hanya tersimpan di almari. Sementara kita dan keluarga makan dengan menggunakan pinggan biasa. Hidangkan untuk suami dan anak-anak dengan set pinggan terbaik. Ada orang yang tidak sempat menggunakan set pinggan idaman sendiri hanya kerana terlalu sayang.
Sebaiknya, kemaskan lah rumah kita selalu. Jika tidak mampu, sekadarnya pun sudah cukup baik. Tidak perlu simpan terlalu banyak barang yang tidak perlu. Yang tidak kita gunakan. Jangan sayang barang. Jangan sayang pakaian. Jangan sayang kasut. Jangan sayang perabut lama. Jangan sayang harta dunia. Hinggakan berasa berat untuk disedekahkan.
Tidak perlu beli beg tangan berjenama atau murah dengan terlalu banyak atau berlebihan. Satu, dua atau tiga pun sudah memadai.
Hendaklah kita selalu mengingatkan diri agar barangan yang bakal kita tinggal tidak menyulitkan orang lain nanti.
Apabila kita sudah pergi, tidak ada satupun yang bermanfaat lagi kepada kita. Melainkan amal dan sedekah.,” ujar Dzuriasikim Dzulkefli.
“Perkongsian Memberi Manfaat” Warganet
Mingguan Wanita : Sementara kita masih bernyawa sedekahkanlah barang -barang tersebut, jangan sayang harta dunia.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.