“Pakai ketat-ketat, menari Di TikTok.’ Suami tanggung dosa sebab tak didik isteri betul-betul menurut perintah agama. Seolah-olah suami tidak menjalankan amanah dalam menjaga isteri.
Pekahwinan bukan sekadar berkongsi hidup semata-mata sebaliknya segala yang isteri lakukan adalah menjadi tanggungjawab suami.
Suami yang baik akan menegur atau menasihati isteri agar tidak terlanjur dalam perbuatan. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Pakai Ketat-Ketat
Isteri pakai ketat-ketat, kemudian tak tutup aurat, isteri menari bergelek di TikTok dan juga isteri tarik perhatian lelaki lain…
Dosa si suami sebab tak didik isteri…
Suami tak dosa jika sudah didik, telah tegur, malah sudah nasihat…
Menari Di TikTok
Suami jenis sporting, tak kata apa-apa, suami biar, maka apa yang isteri buat tu, dosa dia suami tanggung…
Ads
Ini di bawah tanggungjawab dan kewajipan seorang suami. Allah sudah perintahkan suami untuk pelihara dirinya dan keluarganya dari api neraka, maka kalau dia tak buat, dia dosa…
Suami Tanggung Dosa
Dia dosa sebab dia abaikan tanggungjawab dia dan dia berdosa disebabkan dia tak buat atau tunaikan kewajipan dia…
Inilah suami yang tak didik isteri sebagaimana yang agama suruh…
Yang isteri jangan seronok sangat sebab isteri pun berdosa untuk setiap yang dia buat.
Ads
Dia mengabaikan kewajipan dan tanggungjwb dia sebagai seorang wanita islam yang perlu tutup aurat dengan sempurna dan tidak menarik perhatian lelaki lain terutamanya bila sudah bersuami…
Mingguan Wanita : Perkara sebegini jangan ambil ringan. Hanya disebabkan hendak mengikut trend dan demi sebuah konten membuatkan mak ayah hilang rasa malu dalam diri.
Jangan Biarkan Berlarutan Jika Pasangan Semakin Jemu, SUBURKAN Kasih Sayang Dengan Diet Sentuhan Cinta.
Hubungan suami isteri perlu disemai sebaik mungkin. Jangan biarkan berlarutan jika anda melihat pasangan semakin jemu.
Semaikan dan suburkan ia dengan kasih sayang. Malah ada yang meluahkan selepas beberapa tahun mendirikan rumahtangga hendak sentuh atau pegang pasangan pun sudah tak rasa apa malah ada yang rimas.
Kembalikan Rasa Cinta Pada Pasangan
Ikuti penerangan dari Pakar dalam Relationship and Intimacy Expert, Diyana Tahir untuk kembalikan rasa cinta pada pasangan anda.
“Ramai orang bila ada masalah mereka pilih untuk selesaikan hanya pada permukaan sahaja. Ibarat anda hanya memotong dahan dan membuang daun-daun pada sebatang pokok dan kemudian ianya akan tubuh semula.
“Begitu juga pada masalah anda, ianya akan berterusan jika tidak di selesaikan dari akarnya.
“Jadi perlu beberapa langkah yang betul untuk anda kembalikan semula rasa cinta dengan pasangan dan untuk anda merasai semula kehangatan asmara dengan pasangan.
Yang pertama adalah ‘reboot’ hati. Sebelum nak buat apa-apa penting untuk pikat dari hati dulu. Kenali keegoan pasangan ni seperti apa. Ambil hati pasangan dengan ketahui apa kehendak hatinya. Berhenti untuk berteka-teka apa kemahuan suami. Sebab itu penting ada ilmu. Setiap orang adalah berbeza-beza. Tidak semestinya kita akan faham dia dan dia akan faham kita 100 peratus. Sebab itu penting untuk mengenali keegoan pasangan anda ini seperti apa. Sebab sebenarnya keegoan manusia ini ada tiga iaitu keegoaan ingin disukai, keegoaan ingin selamat dan keegoan ingin berkuasa.
Yang kedua adalah ‘reboot’ fikiran. Ketahui pasangan maskulin atau feminin. Kembalikan polarisasi feminin maskulin itu dalam hubungan. Sebenarnya untuk menjadikan hubungan itu menjadi lebih tertarik anda dan pasangan perlu ada polariti feminin dan maskulin. Dalam perhubungan perlu ada keseimbangan, kedua-duanya tidak boleh jadi feminin sahaja atau sebaliknya. Penting juga untuk mengenali samada pasangan anda itu feminin atau maskulin. Kenali ciri-ciri feminin dan maskulin itu bagaimana. Lelaki alaminya bersifat maskulin. Salah satu ciri maskulin adalah kekosongan. Dan untuk menarik perhatian maskulin perlu ada polariti (berlawanan) pada kekosongan iaitu keberlimpahan kehidupan (feminin).
Yang terakhir adalah reboot tubuh. Suburkan hormon cinta dengan diet sentuhan cinta. Punca hubungan dengan suami yang dah semakin hambar dan hilang rasa ghairah atau suami dah tak bernafsu adalah disebabkan kurangnya oxytocin dalam badan. Oxytocin ini ialah HORMON LOVE yang semakin berkurang kerana aktiviti seksual dan faktor cara hidup yang tak seimbang.
“Kalau dulu masa masih anak dara atau bujang, hormon ini melambak dalam badan kita sebab tu masa mula-mula kahwin jeling-jeling pun dah terasa kat hati, mesranya bukan main lagi kan?
“Tapi sekarang ni sentuh-sentuh atau pegang pasangan pun tak rasa apa dah malah ada yang rasa rimas.
“Jadi dengan mengamalkan Diet Sentuhan Cinta yang lebih efektif akan dapat membantu menguatkan semula hormon cinta dengan pasangan. Bukan sekadar merawat tetapi menjadi BOOSTER untuk hubungan cinta yang lebih hangat,” akhiri Diyana Tahir.
Mingguan Wanita: Jangan terlalu leka, usaha lah untuk semaikan cinta antara anda dan suami.
Musim-musim PKP ini, walau anak berkurung dalam rumah cepat benar mereka jatuh sakit. Kalau tak selema, adalah sikit sakit tekak mahupun batuk. Risau jangan ceritalah.
Lagi-lagi waktu sekarang ini, dengan perintah Duduk Rumah tak mudah nak dapatkan klinik harian yang buka bila-bila masa. Nak kata anak terdedah dengan persekitaran yang tak bagus, tak juga.
Rupa-rupanya, kata Dr Ahmad Luqman Bukhari anak yang mudah benar jatuh sakit ini sebab mak ayah tak jaga pemakanan anak, masih simpan junk food dalam rumah.
Ini Kisah Anak Yang Kerap Jatuh Sakit..
Dah seminggu (ketika status dimuatnaik) anak-anak duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema.
Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka.
Kawan-kawan yang kerja di klinik kesihatan beritahu perkara yang sama juga.
Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital.
Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda immuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah.
Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap hari-hari.
Jajan.
Keropok.
Mi segera.
Air kotak.
Gula-gula.
Coklat.
Minuman dalam tin.
Air gas.
Semua makanan tu tak ada zat dan nutrisi penting.
Rugi Je Bagi Anak Vitamin C, Masa Sama Bagi Makan Junk Food
Ada kajian daripada pemenang hadiah Nobel, Linus Pauling, dia beritahu yang pengambilan gula berlebihan sebenarnya akan beri effect besar pada proses penyerapan vitamin C dekat usus manusia.
Proses tu terganggu dan berkurangan kerana kandungan gula yang tinggi dalam makanan dan minuman.
Sia-sia je kita beri anak diet buah yang ada vitamin C, tapi dalam masa sama kita beri juga junk food sebab badan tak mampu nak serap zat tu.
Akhirnya sistem pertahanan badan anak jadi merosot dan imuniti makin lemah. Mudah benar jatuh sakit. Hatta dekat dalam rumah sendiri!
Tolong ya. Mak ayah kena revise balik apa yang kita suap masuk dalam badan anak.
Saya risau sangat bila lihat ada kanak kanak yang terpaksa dibawa ke hospital, ke klinik, waktu wabak teruk macam ni. Takut-takut tak bernasib baik, terbawa balik virus berbahaya ke rumah.
Saya betul-betul nak sedarkan semua parent tentang hal ni.
Bantu saya #share info ni pada mak ayah yang lain ya. Harapnya kita semua dapat kuatkan imuniti badan anak pada waktu genting sekarang ni.
MW : Dah tahu kan bahaya junk food dekat anak-anak ini. Jadi lebihkan lah makan sayuran dan buah-buahan untuk membina sistem imuniti yang baik dalam tubuh anak kita.
Kuat sentap? Apa tu? Mengikut Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka, dentap ialah menarik dengan kuat. Namun jika dikaitkan sikap seseorang, yang dikatakan sentap atau tersentap itu terjadi apabila kita rasa sakit hati, terasa dengan sindiran, nak marah tak tentu pasal ataupun terkejut dengan kenyataan seseorang.
Orang yang kuat sentap ini terlalu emosi, sensitif dan tidak boleh menerima teguran walaupun teguran itu sekadar gurauan, terlalu mengikut perasaan dan kuat merajuk.
Sebagai seorang suami, kadangkala bosan dan penat juga bila berdepan dengan sikap isteri yang terlalu sensitif dan kuat sentap. Pantang silap, dia akan sentap dan merajuk. Aduh, bagaimana ye?
Bukan Sempurna
Anda kena ingat, isteri juga manusia biasa yang ada banyak kekurangannya. Sama seperti diri anda. Sebagai pasangan, anda perlu terima kekurangan masing-masing. Nak tak nak, anda perlu jalankan tanggungjawab anda untuk mendidik isteri dan mengubah sikap mereka yang tidak elok itu.
Kenal Pasti Punca
Apa puncanya isteri anda teramat sensitif sehingga dia mudah tersentuh hati dan sentap walau pun dengan anda suaminya sendiri. Mungkin isteri mengalami tekanan yang tidak dapat diluahkan. Jadi sentiasa cuba berbual dengan isteri agar dia ada tempat untuk meluahkan segala apa yang dia rasa. Jangan sampai dia memendam seorang diri.
Elakkan Perkara Ini, Walaupun Niatnya Cuma Bergurau
Sebagai suami sudah pasti anda tahu apa yang isteri suka dan tak suka. Kalau dah tahu isteri tak boleh ditegur bab penampilan fizikalnya, elakkan menyentuh tentang perkara itu walau pun niat anda sekadar untuk bergurau.
“Mummy ni comel lah, dah macam teddy bear papa tengok.”
Gerenti dia akan sentap dan merajuk. Mana taknya, perkataan ‘teddy bear’ itu merujuk kepada bentuk badan yang tembam dan montel. Jadi, awas bila bergurau ye wahai suami!
Tegur Berhemah
Sikapnya itu boleh menjadi bertambah buruk. Bayangkan kalau dia bersikap yang sama dengan orang lain. Pasti orang tak selesa dengan dirinya. Pantang bergurau atau orang bercakap sesuatu yang tidak disukai tentang dirinya, terus dia terasa hati dan sentap.
Kena belajar berlapang dada dan isi diri dengan aura positif. Jangan anggap buruk terhadap komen dan gurauan orang yang mungkin tak bermaksud apa-apa. Kalau bersembang serius sepanjang masa, tak syok juga kan?
Ada masanya pula dia sentap dan merajuk bila kehendaknya tak dipenuhi. Sebagai orang yang paling rapat, sentiasa nasihati dia. Bukan semua perkara berlaku mengikut kehendaknya sahaja. Begitu juga dengan orang lain. Jadi, bila kehendaknya tak dituruti, jangan pula terasa hati dan sentap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.