Waktu pagi adalah waktu yang cukup berkat. Waktu inilah dibuka pintu rezeki setiap orang. Sebab itu, orang tua cakap, bangun seawal pagi supaya rezeki masuk. Rugilah bagi yang kerap bangun lewat.
Ini antara bait-bait yang dikatakan oleh Khairul Syazwan. Moga ia menjadi panduan dan amalan untuk kita semua.
Pagi diciptakan Allah sangat indah.
Waktu satu jam sebelum subuh dan satu jam selepas subuh adalah sangat yang paling dekat manusia itu dengan Tuhannya.
Sebab itu, siapa yang mengusahakan segalanya di awal pagi, insyaAllah dia akan tenang melalui kehidupan ini walau banyaknya diuji.
Rahsia Yang Maha Esa
Maka, pagi-pagi ni ada rahsia Allah yang akan diberikan kepada kita. Yang mana, kalau kita lakukan, insyaAllah. Kita benar mendapat apa yang terbaik dalam hidup ini.
Ads
1. Pagi itu berkat.
Berkat ni maksudnya cukup. Siapa yang bangun awal, solat subuh awal waktu, tidak tidur selepas subuh, itulah kecukupan yang akan mencukupkan semuanya. Soal rezeki, soal rumahtangga, soal kerja dan segalanya. Itulah powernya waktu pagi. Waktu dimana Nabi kita sendiri mendoakan umatnya.
2. Pagi itu sihat.
Bangun pagi, buka tingkap dan angin yang masuk ke dalam rumah itu, menyegarkan dan menjadikan ahli rumah itu positif. Malah, kalau kita jogging ke, buat senaman di luar rumah pun, memang kita akan rasa segar dan sihat. Embun yang turun di waktu pagi itulah, yang paling segar.
Ads
3. Pagi itu kuat.
Kalau kita lihat orang yang kaya, orang yang berjaya, orang yang ada jutaan followers, hidup mereka memang dari awal pagi. Mereka orang yang tahu dari mana nak dapatkan kekuatan itu. Suami isteri yang kuat itu, walaupun semalam penat, tapi bila mereka positif di awal pagi, mereka lah pasangan yang paling kuat sepanjang hari.
Dari Abu Hurairah R.A,
Ads
Bahawa Nabi SAW bersabda: “Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang dari kalian saat tidur dengan tiga ikatan ia akan membisikkan kepadamu bahawa malam masih panjang, jika ia terbangun lalu berzikir pada Allah lepaslah satu ikatan, jika ia berwuduk maka lepaslah dua ikatan, dan jika ia melanjutkan dengan solat, maka lepaslah seluruh ikatan itu, sehingga pada pagi harinya ia mulai dengan penuh semangat dan jiwanya pun sihat, namun jika tidak, maka dia akan memasuki waktu pagi dengan jiwa yang keji dan penuh kemalasan.” [HR Bukhari]
Berpagi itu berkat!
MW: Waktu pagi nie, ramai yang tarik selimut untuk tidur kembali. Kita tak tahu, inilah waktu pagi yang cukup berkat untuk kita.
Awal-awal perkahwinan, risau nak sediakan masakan sedap untuk suami sebab tak tahu macam mana rasanya. Mesti cuba rasa dua tiga empat kali kan. Nak pastikan rasa elok-elok.
Malah, bila makanan itu sempurna, rasanya tiap-tiap hari nak masak kan. Siapa lagi nak puji masakan kita kalau bukan suami dan anak-anak.
Kadang-kadang, mereka siap minta untuk jual. Tapi rasanya, jual kat suami dan anak sajalah. Kita tak tahu selera orang macam mana pula kan.
Bila bercerita pasal masakan sedap, sebenarnya memasak untuk keluarga juga adalah dianggap satu ibadah. Sebolehnya kita mahu masakan kita sempurna, begitu jugalah dalam kita melakukan ibadah, kena sempurna.
Walau bagaimanapun, memasak tidak hanya letakkan garam dan gula untuk bagi sesedap rasa. Mak-mak terutamanya kena baca doa ini, bukan untuk masakan lebih sempurna, tapi anak-anak mampu mendengar kata dan memberi kebaikan pada keluarga.
Ini antara perkongsian daripada Mudahnya Menjemput Rezeki tentang menyempurnakan masakan. Moga ini memberi manfaat kepada keluarga di luar sana.
Bila kita memasak, kita pun harap masakan itu sempurna dan cukup rasa. Pun begitu, masakan kita ini belum tentu sedap pada orang lain.
Jadi, kita doalah agar Allah sempurnakan masakan itu.
Tujuan makan orang beriman berbeza dengan orang bukan Islam. Orang beriman makan dengan maksud untuk dapatkan kekuatan beribadat kepada Allah. Sebab itu, perlu sangat dijaga bab-bab makan ini.
Bila rasa semangat untuk beribadat cuba ingat-ingat kembali apakah agaknya yang kita makan. Begitulah bila terasa malas dan lemah sahaja untuk beribadat; ingatlah kembali di mana kita makan dan apa yang kita makan.
Berbalik kepada tajuk di atas, bila masak
1) Baca Selawat 3 kali
2) Istighfar 3 kali
3) Berdoalah ketika memasuki dapur dengan doa ini:
“Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar di sisi-Mu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami, terhadap urusan kami.
4) Masuk dapur tutuplah aurat dan moleknya ada air wuduk.
5) Bukankah memasak itu juga ibadat, bila kita niatkan begitu. Adab memasak yang begini akan mendatangkan natijah baik terhadap orang yang memakan makan tersebut. Mudah sahaja bangun untuk bertahajud.
Sungguh pantas masa berlalu, tanpa disedari kita telah memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadan. Hari-hari yang penuh keberkatan, dijanjikan malam Lailatul Qadar yang mana ganjaran dalam melakukan amalan seperti 1000 bulan.Jika tidak berkesempatan untuk konsisten melakukan amalan yang agak sukar seperti bangun solat malam, berzikir sepanjang malam dan sebagainya, boleh kita lakukan 5 amalan mudah ini yang pasti mampu dilakukan di 10 malam terakhir Ramadan.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Puan Aisyah Shahid ini;
Rasulullah SAW bersabda,
Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil. [Riwayat Ahmad]
Apakah 5 amalan yang kita pasti mampu lakukan setiap malam sepanjang 10 malam ini tanpa gagal?
Kita start dengan yang paling mudah okay.
1. Baca Surah al-Ikhlas 3X
Masa diperlukan: 1 minit
Ganjaran: Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surat itu (al-Ikhlas) sebanding dengan sepertiga al Qur`an.
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5013)]
2. Baca Surah al-Kafirun 4X
Masa diperlukan: 2 minit
Ganjaran: Sesiapa yang membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Tarmizi]
3. Berzikir kalimah Lā`ilāha`illāLlāh 100X
Masa diperlukan: 5 minit
Ganjaran: …jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah Lailaha illallah di sebelah yang lain, maka dacing kalimah (Lailaha illAllah) itulah yang lebih berat.
[Hadith riwayat Al-Imam At-Thabrani]
4. Tasbih, Tahmid & Takbir 100X
Masa diperlukan: 15 minit
Ganjaran: Ucapan yang paling Allah sukai itu adalah empat : Subhanallah, al-Hamdulillah, Laa Ilaaha Illa Allah, Allahu Akbar. Tidak ada bahaya darimanapun kamu mulai.
(HR. Muslim)
5. Bersedekah
Masa diperlukan: 4 minit
Kos: Sesuai kemampuan
Ganjaran: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji…2:261
Jadi bila kita kira semula, tak sampai 30 minit pun untuk kita selesaikan kelima-lima aktiviti yang kita senaraikan diatas.
Bayangkan kalau kita amalkan setiap malam tanpa gagal. Ada satu malam tu, Allah izinkan kita beramal kemudian dilipatgandakan ganjarannya seperti 1000 bulan.
Mudah-mudah je nak dapat ganjaran seumpama melakukan ibadat tersebut selama 83 tahun tau.
Akhirat ni mudah nak dapat tapi susah nak faham.
Dunia ni susah nak dapat tapi mudah nak faham.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita merebut ganjaran dengan melipat gandakan lagi amalan-amalan mudah yang pasti boleh dilalukan di 10 malam terakhir bulan Ramadan ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Selepas semalaman merehatkan diri, apabila terjaga dari tidur pada waktu subuh, bersegeralah menunaikan kewajipan padaNya. Namun perlu diingatkan bahawa 1 jam selepas subuh sangatlah bermakna. Ia boleh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita seharian nanti. Biasakan ‘pisahkan’ diri dari bantal, selimut dan tilam yang empuk selepas menunaikan Solat Subuh. Nikmatnya yang Allah bagi kita akan rasai sendiri nanti. Ini antara perkara yang kita perlu lakukan.
Renungkan perkongsian daripada Abu Hurairah Asifa ini sebagai panduan buat kita.
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan Tidur Selepas Subuh
Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Mandi & Bersihkan Diri
Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan
Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Beri ‘Makanan’ Untuk Hati
Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi biasakan diri tidak sambung tidur selepas Subuh. Teruskan melakukan aktiviti seharian, membuat diri kita lebih bertenaga dan hidup lebih bermakna.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.