Sebelum ini penyanyi Datuk Nora Ariffin didakwa kononnya sudah bernikah di Selatan Thailand dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Namun gosip kurang enak itu sebenarnya tidak benar sama sekali.
Malah beliau juga begitu tegas menjawab dakwaan kononnya dirinya dan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu sudah bernikah di selatan Thailand. Seperti mana yang dilaporkan menerusi Astro Awani, Nora tidak faham bagaimanan dirinya boleh dikaitkan dengan tuduhan sedemikian.
“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah. Saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.
“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.
“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” ujar Nora.
Nora Umumkan Terima Lamaran Daripada Seseorang
Nora juga akui ada menerima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang didakwa sebelum ini.
“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.
“InsyaAllah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” jawabnya lagi.
Untuk rekod Nora telah kehilangan suami tercinta Johan yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Ads
Kenangan bersama arwah suami tercinta.
Bersedia Nikah & Paling Penting Anak-Anak Restu
Sebelum menerima lamaran daripada lelaki yang merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal, Nora telah berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.
Bersama anak dan menantunya.
“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira.
“Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.
“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu,” ungkap Nora turut kehilangan anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.
Sumber Foto: Instagram Nora Ariffin
Sumber: Astro Awani
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Selalu perpisahan antara pasangan disebabkan oleh bekas mentua yang tidak suka dengan menantu. Begitu juga sebaliknya. Tak kurang juga bekas mentua terlalu cerewet , pasangan jenis ‘anak mak’ yang boleh menyebabkan rumahtangga tak bahagia.
Jangan terus beranggapan begitu sebab tak semua bekas mentua dan menantu begitu. Walaupun berlaku perpisahan antara suami isteri, hubungan dengan bekas mentua tetap baik seperti mak kandung sendiri.
Inilah bezanya dengan Nurul Ain Shuhaidah Othman, 33 tahun yang mempunyai hubungan baik dengan bekas mentua seperti yang dikongsikan olehnya.
Lebih selesa dipanggil dengan nama Yuen, dia menceritakan tentang kisah di sebalik video yang menunjukkan keakraban hubungan mereka walaupun sudah berpisah dengan suami lebih kurang tiga tahun lalu.
“Saya memang rapat dengan ibu mentua. Saya layan dia seperti mak kandung sendiri hinggakan sudah tidak ada rahsia antara kami. Dari mula saya berkahwin, dia jaga saya dengan baik dan dia jugalah yang jaga saya semasa berpantang anak pertama.
“Walaupun, sudah lama berpisah dengan suami, saya tidak pernah bermusuh atau putuskan hubungan silaturrahim sebab dia terlalu baik,” katanya.
.
Luang Masa Bersama
Baru-baru ini, Yuen telah berongsi video di mana dia bersama bekas mentuanya keluar bersama anak-anak meluangkan masa bersama di pusat membeli belah.
Sepanjang 6 tahun perkahwinan, mereka memiliki dua orang cahaya mata.
Saya dan bekas suami masih lagi berhubung baik atas urusan anak-anak. Selama berpisah, saya selalu berjumpa dengan mentua untuk hantar dan ambil anak-anak.
.
“Sebelum ini, kami tidak pernah keluar bersama. Ada juga cakap rindu sebab lama tak jumpa. Mestilah rindu sebab rapat dan sering bertukar-tukar resipi masakan.
“Jadi, kami rancang keluar bersama. Tunaikan hajat dia untuk bawa cucubermain di plaground indoor dalam mall. Insya Allah lepas ini kami rancang untuk keluar bersama-sama sebulan sekali,” katanya lagi.
Apapun Yuen merasakan itu adalah rezeki dapat mentua macam mana.
.
“Kalau dapat yang tak berapa ok, kita buatlah sampai jadi baik. Kena belajar ambil hati, beralah dan bersabar. Orang tua ni, kalau kita tahu macam mana nak ambil hati, lama-lama ‘cair’ juga.
“Kenang jasa dan pengorbanan mereka juga. Anggap mereka seperti mak ayah kandung sendiri. Kita pun akan tua suatu hari nanti, mestilah nak dilayan menantu dengan baik,” katanya.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, rezeki dapat mentua yang baik. Moga hubungan berterusan.
Hasrat anak beli murtabak untuk ibu berbuka puasa tak kesampaian, berbakti hingga akhir hayat.
Hasrat seorang lelaki memenuhi permintaan ibunya untuk menikmati martabak ketika berbuka puasa tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa, Megat Azman Megat Yahaya, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke bazar Ramadan berhampiran untuk membeli martabak dan juadah lain untuk berbuka puasa bersama keluarganya di kampung.
Ekoran kemalangan maut itu, anak saudara kepada arwah pengguna fb atas nama Emma ZA turut berkongsi kisah sedih ini.
“Tulisnya, di bulan Ramadhan. Pakcik saya, Megat Azman Megat Yahaya pergi meninggalkn kita. Al-Fatihah buat pakcik ku sayang. Selamat tinggal. Anak yang baik kepada ibunya. Tiap minggu arwah pulang kampung untuk tengok keperluan ibunya. Dari Sg Buloh Ke Parit.
“Accident semasa nak pergi beli Opah saya (ibu arwah) murtabak untuk Opah. Sampai ke hujung hayat berbakti kepada orang tuanya. Allahuakbar tapi sampai ke sudah tak balik. Semoga ditempatk n dengan orang yang beriman. Semoga Opah kuat. Semoga isteri beliau kuat tabah. Al-Fatihah Megat Jagindas Azman.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan kemalangan diterima melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Suzuki Jimny yang dipandu lelaki berusia 82 tahun dan motosikal jenis Honda RS150 ditunggang mangsa.
Menurut beliau, kemalangan berlaku apabila kenderaan terbabit bergerak dari arah Bota Kiri menuju Tanjung Belanja manakala mangsa dari arah bertentangan.
“Apabila sampai di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hendak masuk ke simpang kanan jalan lalu dilanggar mangsa di bahagian ‘fender’ hadapan sebelah kiri.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Hafezul Helmi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘Severe traumatic brain injury consistent with motor vehicle accident’.
“Warga emas terlibat telah ditahan untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dua tiga hari ini kecoh dengan berita kematian warga emas selepas menikmati hidangan laksa. Sampai ada mak-mak pakat-pakat nak pantang makan laksa. Kenapa pula laksa dipersalahkan?
Dalam posting facebook Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setah, Kedah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor menjelaskan perkaitan laksa dan kematian.
“Dua orang mati selepas makan LAKSA. Apa kaitan antara laksa dan kematian? Inilah yang pernah saya tulis mengenai kaitan di antara punca dan akibat (“causal relationship”).”
“Bila berlaku kes kematian akibat makan laksa, adakah semua orang kena PANTANG MAKAN LAKSA? Jawapannya TIDAK sebab punca kematian bukan laksa tetapi pencemar yang ada di dalam laksa.”
Pencemar ini telah menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makananlah yang menjadi punca kematian.
“Di antara pencemar yang boleh menyebabkan kematian adalah bakteria, virus, toksin, sebatian kimia (racun serangga dan lain lain) dan logam berat.”
Kesimpulannya, punca masalah adalah PENCEMAR dan akibatnya KEMATIAN. Laksa tidak bersalah jika ianya tidak tercemar. Orang lain tidak perlu pantang makan laksa.
Bakteria Dari Jenis Ganas Akan Cepat Merebak
Dalam posting yang lain pula beliau menjelaskan agar penyakit bawaan makanan ini jangan diambil ringan. Sebab makanan keperluan harian manusia.
“Manusia mengendalikan makanan dan minuman sepanjang masa, bakteria sangat mudah dipindahkan daripada seorang kepada orang lain, dari satu lokasi ke lokasi lain.”
“Jika bakteria itu daripada jenis yang ganas dan cepat merebak maka kesannya sangat cepat.”
“Sukar untuk mengesan pembawa sebab mereka tidak ada gejala tetapi mereka melepaskan bakteria di dalam najis dan air kencing.”
Elak Jadi Keracunan Makanan, Doktor Pesan Buat 13 Perkara Ini
Sementara kes keracunan makanan masih lagi dikesan dan berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan, maka kalau boleh :
√ Jangan makan di luar.
√ Inilah masanya kita pakat masak di rumah dan makan di rumah.
√ Beli bahan-bahan mentah secukupnya.
√ Pastikan membasuh makanan sebaik-baiknya dengan air yang dirawat.
√ Elakkan makanan separuh masak.
√ Simpan makanan mentah pada suhu 0-4 darjah selsius.
√ Jangan campur makanan yang sudah masak dan mentah.
√ Nyahbeku makanan mentah dengan sempurna.
√ Masak makanan dengan sempurna.
√ Masak air hingga mendidih.
√ Jika ada gejala keracunan makanan cepat-cepat jumpa doktor.
√ Minum air dalam botol lebih selamat.
√ Akhir sekali pastikan diri sendiri itu bersih dan bukan pengotor.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...